Selasa, 14 Mei 2013

YANG BERAT LAWAN TOKEH DAN TAK DENGAR CAKAP TOKEH...AKHIRNYA JADILAH BANYAKNYA TOKEH2

Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah tugas berat - Mahfuz

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru adalah satu tanggungjawab berat yang harus beliau pikul.

Mahfuz berkata, biarpun masih terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat semalam itu, beliau sedia memikul amanah itu walaupun dengan berat hati.

"Ini satu satu tanggungjawab sangat berat bagi saya, apatah lagi amanah ini deberikan kepada saya di saat PAS Kedah hilang kerajaan negeri, dan pada masa yang sama (bekas) Pesuruhjaya Datuk Seri Ustaz Azizan mengalami masalah kesihatan, " katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, adalah satu tugas besar baginya untuk memastikan PAS Kedah memimpin semula politik di negeri itu seperti kedudukan sebelum ini.

Hasrat itu katanya adalah mustahil untuk dicapai jika tidak mendapat sokongan dan dokongan dari PAS di semua peringkat.

"Tugas utama saya adalah untuk mengembalikan semula PAS negeri Kedah memimpin politik negeri ini.

"Sebab itu saya harap bantuan dan dokongan dari Presiden PAS dan juga rakan-rakan ahli jawatankuasa PAS Pusat yang lain.

"Pada masa sama saya juga mengharapkan sokongan dan bantuan dari semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat negeri Kedah termasuk rakan dari Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Sebagai langkah awal, beliau mahu memberi fokus kepada memperkukuh tautan ukhwah dikalangan ahli dan kepimpinan di semua peringkat di negeri itu.

"Saya mengharapkan semua pihak mengamalkan politik jujur dan politik ikhlas jika kita benar-benar mahu memperbaiki keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Mahfuz juga memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas PAS negeri Kedah akan diadakan Sabtu ini.

Selain membincangkan isu-isu dalaman parti, mesyuarat itu juga menurut Mahfuz akan meneliti punca kekalahan kerusi-kerusi yang ditandingi PAS sehingga jatuhnya kerajaan negeri Kedah pada PRU13 lalu.

BAWA KEMAHKAMAH LAH,,,ITU BARU BETUL...SOAL JAWAB BUAT APA...LAST2 MINTA MAAF,,,SORI2 TERSILAP....SORI2 TERLEPAS PANDANG...TAKUT KEPUTUSAN MAHKMAH KE

Pakatan dicabar jemput SPR jawab dakwaan penipuan
 
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar parti Pakatan Rakyat untuk menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menerangkan dakwaan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya 5 Mei.
Beliau berkata, tiada sebab mengapa SPR akan menolak pelawaan pembangkang sekiranya bertujuan untuk memberi penjelasan.

"Saya dengan ini mencabar pembangkang supaya memanggil SPR ke tempat mereka. Saya juga mengesyorkan supaya SPR saman mereka yang buat tuduhan terhadap SPR.

“Tetapi paDa pandangan saya, mereka takkan jemput sebab kalau jemput habislah modal mereka. Nak cakap apa?," katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan jentera Penerangan Umno bersama SPR di PWTC hari ini

Sesi yang berlangsung kira-kira dua jam itu dihadiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara.

Ahmad juga menjelaskan, sesi penerangan hari ini bertujuan untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa pilihan raya kali ini yabg terburuk dalam sejarah negara.

"Oleh itu saya jemput Tan Sri Aziz untuk memberi penerangan tentang tohmahan yang diberi oleh pembangkang.

"Segala tuduhan seperti black-out (masalah bekalan elektrik di pusat mengundi), peti undi dibawa lari telah dijawab oleh Tan Sri (Abdul Aziz) SPR dan kita berpuas hati dengan jawapan beliau," katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada 22 November

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.

Untuk tujuan itu Mustafa berkata, tarikh untuk diadakan mesyuarat agung bagi peringkat cawangan dan kawasan termasuk dewan-dewan serta muktamar dewan-dewan negeri dan pusat juga telah ditetapkan.

Bagi peringkat PAS cawangan, tarikh yang ditetapkan bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan adalah bermula 25 Mei ini sehingga 15 Julai manakala peringkat kawasan pula 12 Ogos hingga 30 September.

Bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak peringkat negeri pula, tarikh yang ditetapkan adalah bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober manakala dewan-dewan peringkat pusat akan berlangsung pada 20 hingga 21 November.

Pemuda PAS bantu urus laksana amanah kepimpinan

Harakahdaily, 13 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Orang ramai sudah memberikan kepercayaan yang baik kepada calon-calon pemuda yang telah memberikan saingan sengit dalam PRU13 kali ini.
Melihat kepada saluran pengundi muda pada saluran 4, 5, 6 dan 7 yang telah menyumbang kemenangan besar serta membantu menampung kemenangan pada saluran yang kalah, jelas anak muda menerima dan cakna kepada perjuangan pemuda PAS untuk memimpin kebangkitan anak muda.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak, Syarhan Humaizi Halim kepada Harakahdaily.

Dengan kemenangan yang sangat cemerlang dalam PRU13 kali ini, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi yang telah berjaya mengalahkan Datuk Saifuddin Abdullah, mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Temerloh dengan majoriti undi 1,070.

Ini, ujarnya merupakan antara kerusi panas yang menjadi tumpuan untuk PRU kali ini.

Turut menjadi perhatian, katanya adalah Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang telah berjaya mengalahkan Datuk Ibrahim Ali yang disokong Mahathir di Parlimen Pasir Mas dengan majoriti 8,047 undi.

Tidak dilupakan juga, tambahnya ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan yang memenangi kerusi Dun Gombak Setia mengalahkan calon BN, Datuk Said Anuar dengan majoriti 1,681 undi.

“Ucapan takziah turut dihulurkan kepada kepimpinan pemuda yang muda kerana dengan kemenangan ini telah menambah beban amanah yang perlu dilunaskan,” ujarnya.

Ini, katanya kerana Nabi SAW pernah menyebutkan kepada para sahabatnya tentang perkara ini, antaranya hadis Nabi SAW yang masyhur kepada Abu Dzar Al-Ghifari.

Jelasnya, Nabi SAW menyebutkan bahawa jawatan atau kepimpinan itu bukan satu kemuliaan tetapi merupakan satu taklifan dan ia adalah amanah dan amanah jika tidak dilaksana akan menjadi penghinaan dan penyesalan pada hari akhirat.

Justeru, katanya laksanakan amanah itu sebaik mungkin.

“Insya Allah seluruh pemuda PAS akan bersama-sama menggembleng tenaga membantu mengurus amanah ini dengan jayanya.

“Dengan ucapan yang pernah diucapkan oleh Nabi, kami petugas pemuda melafaznya kembali siru a'la barakatillah. Allahu akbar,” tegasnya.

Terima kasih pengundi, jentera anak muda

Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, 13 Mei 2013
Saya selaku Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pengundi anak muda seluruh negara yang telah berusaha mencatat suatu lagi lembaran sejarah apabila melakukan perubahan di merata tempat di negara ini.
Pengundi muda serta pengundi kali pertama berani melakukan perubahan dengan memberikan kemenangan berharga kepada calon-calon Pakatan Rakyat di merata tempat.

Bahkan, mereka jugalah yang mencorakkan majoriti tertinggi di kawasan Pakatan Rakyat khususnya di bandar-bandar.

Bagi pihak DPPM, kami yakin, keadaan ini mungkin berpunca dari kecelikan politik pengundi muda terhadap isu-isu semasa negara ini. Hasil bacaan, analisa serta artikulasi maklumat semasa mempengaruhi minda mereka melakukan perubahan.

Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kemenangan tambahan 7 buah kerusi parlimen menjadikan 89 buah kerusi pada PRU13 manakala di peringkat Dun pula, PR menambah 71 buah kerusi Dun menjadi 230 buah kali ini.

DPPM juga mengucapkan terima kasih kepada jentera Urusan Pengundi Muda di segenap peringkat daripada Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri, Jentera Pilihanraya PAS Kawasan-kawasan (JPRK), Majlis Tindakan Dun (MTD) serta Unit Peti Undi (UPU) kerana memainkan peranan yang berkesan dalam memastikan kemenangan diraih oleh calon-calon Pakatan Rakyat.

Hasil kerja keras, ikhlas, sabar dan serta istiqamah petugas-petugas ini membuka mata dan hati pengundi untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menguasai Dun atau parlimen yang ditandingi.

Mereka inilah sebenarnya ‘wira yang tidak didendang’ (unsung heroes) yang memainkan peranan penting di sebalik tabir serta di barisan hadapan.

Tanpa pujian, upah dan ganjaran, petugas ini tekun bekerja selama 2-3 tahun kebelakangan ini dengan mengenepikan kepentingan diri semata-mata menyahut seruan jemaah.

DPPM juga merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon pemuda atau anak muda Pakatan Rakyat yang menang di kerusi Dun atau Parlimen.

Kemenangan ini adalah suatu kepercayaan rakyat yang dipikulkan ke atas calon atau wakil rakyat dari golongan muda untuk memimpin rakyat.

Kepada mereka, DPPM nasihatkan supaya memikul amanah in sebaik-baiknya dengan meletakkan rakyat di hadapan berbanding diri sendiri.

Selain itu, utamakan musyawarah dengan menjadikan Pakatan Rakyat di Parlimen atau Dun sebagai penasihat dalam sesuatu tindakan yang akan diambil.

Akhirnya, DPPM mengharapkan jentera pilihanraya pemuda di seluruh peringkat agar tidak berputus asa terhadap kekalahan yang dialami dengan meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan dapat diraih dalam PRU14.

Kawasan atau Dun yang mencatat kemenangan pula diharapkan tidak merasa selesa dengan kemenangan sehingga berdiam diri tanpa tindakan bagi mengekalkan kemenangan.

DPPM percaya, labih banyak kemenangan dapat diraih sekiranya semua pihak terus tekun dan berusaha bekerja untuk PRU13 bermula dari sekarang.
Pecat bekas hakim dari panel SPRM, gesa PKR
 
Naib Presiden PKR N Surendran menuntut supaya bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dipecat daripada jawatankuasa pengaduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman semalam.

Surendran, anggota Parlimen baru Padang Serai berkata, Mohd Noor tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan kepercayaan awam.

NONE"Kerajaan BN harus segera memecat Mohd Noor Abdullah daripada kedudukan yang memerlukan kepercayaan awam.

"Kenyataan Mohd Noor membuatkannya tidak layak untuk memegang sebarang kedudukan yang perlunya kepercayaan awam," katanya.

Surendran berkata, kenyataan Mohd Noor harus disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.
Anwar: Kenyataan Mohd Noor lebih rasis dari KKK
12:00PM Mei 13 2013  
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan kontroversi seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang memberi amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati oleh orang Cina.
Anwar berkata, kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu malah mengatasi kumpulan pelampau kaum Ku Klux Klan (KKK) di Amerika Syarikat, katanya.

mohd noor abdullah ex court of appeal judge 130513“Ucapan rasis bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Klux Klan dan akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman, Adolf) Hitler bangga.

“Berapa lama lagi kita perlu bertolak ansur dengan tindakan meniup kebencian dan mengumpan perkauman dari kerajaan haram (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.
'Menyuap' 17 kerusi di Terengganu
 
ULASAN "Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah."

Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman.

Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara ‘A' yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A' dan ‘Z'.

Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini?

Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.

Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of British Isle'.

Makanan percuma

Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan.

Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian.

Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap.
Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin ‘disuap'.

Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.

Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti. Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti? Guru hebat, murid sama hebat.
Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam.

Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.

Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milik beliau.

Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.

Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim.

Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.

Indah sekali apabila "orang kita" dibiaya, "mereka" turut sama merasa.

Islam mendidik keadilan

Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah
membangunkan roh mereka menjadi pemimpin yang adil. Mereka bertindak sebagai khadimul ummah, iaitu pelayan umah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.

Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat BN daripada ‘team B' berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan?

Adilkah jika seorang menteri besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat? Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah?

Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri? Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab.

Rakyat, sama ada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai menteri besar. Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu.

Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan. Legasi keadilan
Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris. Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.

Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata.

Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
CPO: Perhimpunan Hitam di JB Rabu ini haram
 
Polis Johor menyifatkan Perhimpunan Hitam anjuran parti pembangkang yang dijadualkan di Johor Baharu Rabu ini sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, notis awal yang diberikan pihak penganjur perhimpunan tersebut adalah kurang daripada 10 hari, iaitu tempoh ditetapkan oleh akta itu.

Beliau berkata: "Sabtu lalu, memang ada wakil pihak penganjur datang ke balai polis untuk memohon permit bagi mengadakan perhimpunan tersebut...tapi jarak masa tersebut sudah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan".

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Promosi E-Alerts dan CommAlerts (aplikasi telefon pintar) di sini beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap penganjur dan peserta jika mereka berdegil dan meneruskan perhimpunan itu dijadualkan di Dataran Bandaraya.

Menurut beliau, orang ramai membantah perhimpunan tersebut kerana khuatir tentang keselamatan mereka selain inginkan sebuah negara yang aman dan damai.

"Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu," katanya.

Mengenai E-Alerts, Mokhtar berkata ia merupakan aplikasi pertama yang hanya dimiliki oleh Polis Johor dan mempunyai direktori secara online yang diwujudkan bertujuan menerima dan menghantar maklumat yang akan dipaparkan di laman web www.polisjohor.gov.my.

"E-Alerts kini menjadi satu medium perantaraan polis dengan masyarakat secara interaktif bagi membuka ruang penyaluran maklumat dan menjadi interaksi komunikasi khusus yang lebih berkesan," kata beliau.

Ia merupakan yang kedua diperkenalkan oleh Polis Johor selepas 'Community Alerts', aplikasi sistem bantuan kecemasan yang berfungsi untuk melaporkan sebarang kejadian termasuk jenayah dan kemalangan dalam tempoh lima saat.

Selepas dua bulan pelancarannya, jumlah pengguna Community Alerts telah mencapai sehingga 8,801 dengan 7,161 pengguna mendaftar melalui OS Google Android manakala bakinya mendaftar dengan Apple IOS (iPhone, iPad, iPod Touch).

-Bernama
Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di S'gor
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.

Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

-Bernama

Tiada ulasan: