Jumaat, 24 Mei 2013

UMUR TELAH DIMAMAH USIA....TAPI SEMANGATNYA TINGGI....TABIK SPRING


NONE



 

 

Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.

Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000 dan disifatkan paling ramai sejak diadakan di beberapa negeri sebelum ini.

Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim.

Katanya, tindakan tangkapan serta memberi amaran akan menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mahu berhimpun membantah penipuan pilihan raya, menunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dalam keadaan panik.

"Penangkapan sudahpun bermula, pendekar Bagan Datoh sudag tunjuk belang.

"Zahid Hamidi mula menunjukkan belangnya terhadap rakyat marhean yang tidak bersenjata.

"Dia sudah panik, panik dengan kebangkitan rakyat," katanya.
'Saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama'

Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat.

NONE"Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena.

"Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan "blackout 505" yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi.

NONETurut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Perhimpunan "blackout 505" di Terengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini.

NONEKetiga-tiga mereka telah ditahan dibawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain individu terbabit, polis turut  menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza.

Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming.
1. Tian, Haris, Tamrin pula ditahan
'Polis kejar, jangan lari' - pesan Makcik BERSIH

'Makcik BERSIH' atau nama sebenarnya Annie Ooi mencuri perhatian peserta majlis nyalaan lilin di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang apabila menggesa mereka agar tidak bertempiaran lari sekiranya dikejar polis yang berkawal.

NONEDalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya perlu berjalan menjauhi polis yang menghampiri mereka.

"Kita bukan perompak atau pembunuh.

"Kalau polis datang dekat kita, kita jalan pergi perlahan-lahan. Jangan lari bertempiaran macam pengecut," katanya disambut sorakan gembira kira-kira 700 peserta majlis itu.

Beliau kemudian mengundang ketawa kecil orang ramai apabila mengeluarkan sebatang berus gigi daripada beg uncangnya sebagai tanda bersedia untuk bermalam di dalam lokap.

"Kita semua perlu bersedia untuk dilokap kalau polis mahu tangkap semua rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan dan sorakan orang ramai.

NONEMajlis malam tadi diadakan sebagai tanda bersama dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua; aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, dan aktivis PAS, Datuk Tamrin Ghafar yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Mereka memasang lilin sebagai tanda sokongan kepada ketiga-tiga orang itu yang ditahan di lokap berpusat itu..

Turut berucap di majlis malam tadi adalah bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid,  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan beberapa orang awam yang diberikan peluang berucap.
1. Tian, Haris, Tamrin pula ditahan
Tian, Haris, Tamrin pula ditahan
12:40PM Mei 23 2013
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
NONEMenurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.

"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.
NONEBeliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.
Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.
Polis: Tiada tolak ansur bagi acara nyalaan lilin

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini berkata, pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur dengan penganjuran perhimpunan seperti acara nyalaan lilin di balai polis Jinjang yang disuraikan pasukannya pada malam tadi.

NONEMenurut Mohmad, aktiviti tersebut akan memberi kegusaran kepada orang awam termasuk penduduk setempat.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata protes jalanan bukan satu penyelesaian bagi menyatakan rasa tidak puas hati.

"Perkumpulan atau majlis yang berkumpul sebegini rupa merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Jadi pihak polis sudah sampai pada peringkat kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan macam ini kerana dia memberi kegusaran awam kepada penduduk setempat.

"Jadi saya minta biarlah proses undang-undang itu dijalankan seadilnya. Kalau timbul tak puas hati, bukan cara protes di jalanan sebagai proses penyelesaian. Kita ada mahkamah. Bawalah ke mahkamah dan melalui saluran yang sedia ada," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan polis yang menahan seramai 18 orang dan menyuraikan kira-kira 1,000 orang yang hadir untuk menyatakan solidariti kepada aktivis siswa Adam Adli dalam acara berkenaan.

Tiada ulasan: