Khamis, 23 Mei 2013

ITULAH TAHAP MENTERI KITA...TAK DAPEK ADEN MENOLONG

Kerajaan tak kreatif, GST zalimi rakyat

Harakahdaily, 23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman.

Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita.

"Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam.

"Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Katanya mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

Tidak wajar tangkap, bimbang rakyat marah

Muhammad Faizal, 23 Mei 2013

Dr Hatta dan Tamrin di Balai Polis Jinjang.

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli mempertikaikan tindakan rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat ke atas dua pemimpin Pakatan Rakyat dan seorang aktivis NGO tanpa memikirkan sentimen rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut memberitahu sikap keterlaluan menangkap pemimpin dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan rakyat.

"Ia menunjukkan sikap rakus kerajaan berhubung penangkapan yang dibuat terhadap tiga individu yang bagi saya mereka bukannya satu ancaman kepada berlakunya huru hara.

"Apa yang merisaukan saya tindakan tersebut akan menimbulkan satu sentimen dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan," ujar beliau kepada Harakahdaily.

Kata Dr Hatta lagi sebagai sebuah negara yang mengamalkan hak kebebasan bersuara, ketiga-tiga yang ditangkap itu merupakan pemimpin yang boleh melontarkan suara mereka kepada rakyat sebagai pandangan.

Beliau yang berharap pihak polis segera membebaskan mereka sebelum menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

"Kita mempunyai undang-undang dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan dan dalam beberapa siri himpunan sebelum ini yang dikatakan boleh timbul kacau bilau tetapi ia berlansung dengan aman dan baik

"Sepatutnya ini boleh diambil kira oleh pihak berkuasa untuk menilai bahawa tidak ada suasana kacau bilau sepertimana dihebohkan oleh media milik kerajaan sebelum ini," sambung beliau.

Dr Hatta yang meminta agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak polis berfikir dengan waras dan menghentikan segera tangkapan bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila rakyat benar-benar bangkit mencari keadilan.

Dalam pada itu, beliau yang juga tidak menolak bekemungkinan akan berlaku lagi tangkapan susulan selepas ini.

"Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku lebih banyak tangkapan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga NGO-NGO,” ujarnya.

Mereka yang ditahan hari ini ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi NGO Asal Bukan Umno (ABU), Haris M Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar yang sekarang berada di lokap Balai Polis Jinjang.

Mereka difahamkan ditahan sehingga jam 11 pagi esok bagi mendapatkan lanjutan tempoh reman.


Khairul Hilmi Che Ali and Pakdo Dey shared Fitri Fit II's photo.
KHAS BUAT 'MEREKA' YANG BERDEGAR BILA BERSUARA KRN KUASA,..BONGKAK BILA TERASA DIRI BAGAI DEWA...INI BUKAN RAKYAT CAKAP..INI AGAMA CAKAP..NILAI..-->VIDEO INSIDE
http://www.youtube.com/watch?v=r1bMl27fZzI
KHAS BUAT 'MEREKA' YANG BERDEGAR BILA BERSUARA KRN KUASA,..BONGKAK BILA TERASA DIRI BAGAI DEWA...INI BUKAN RAKYAT CAKAP..INI AGAMA CAKAP..NILAI..-->VIDEO INSIDE
http://www.youtube.com/watch?v=r1bMl27fZzI

Teras kesal kenyataan biadap menteri

Harakahdaily, 23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pemimpin politik yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung di balik kuasa yang ada di tangan mereka.
“Jika mereka berbuat demikian jelas ia memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan kepimpinan,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, adalah memalukan untuk mereka yang berstatus menteri dan bekas menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada di medan politik kerajaan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal terhadap semakin terserlahnya gejala menteri dan ahli parlimen yang hilang adab dalam pernyataan awam bila mengenengahkan reaksi politik mereka.

Dengan pernyataan yang tersiar sehingga ini jelas mereka melambangkan kerendahan budi dan emosi yang tidak sihat.

Dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang menyarankan supaya rakyat keluar dari negara ini sehingga Datuk Noh Omar, bekas Menteri Pertanian yang bereaksi supaya rakyat tinggal dalam hutan, sangat mengejutkan rakyat yang kini boleh berfikir kritikal terhadap pelbagai isu yang berlaku.

Kenyataan Zahid sangat dangkal bila menyarankan mereka yang tidak bersetuju dengan pilihanraya di Malaysia harus hijrah ke negara lain. Soalnya apakah menuntut agar pilihanraya dijauhkan dari amalan penipuan itu satu tuntutan yang salah.

Apakah menuntut supaya penipuan dihalang dalam proses pilihanraya itu satu dosa besar sehingga perlu mencabut kewarganegaraan  rakyat?

Tidak kurang memalukan juga bila para editor akhbar yang pro pemerintah jelas turut tidak menghormati kematangan rakyat dalam berfikir.

Api perkauman terus dibakar dengan memaparkan berita kebencian kepada satu kaum dan meningkatkan semangat perkauman yang semakin tajam.

Nampaknya sehingga hari ini semua kenyataan yang bersifat menghasut dan membawa kepada kebencian antara kaum  itu tidak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Datang dari pemimpin kerajaan yang berkedudukan tinggi adalah jauh lebih bahaya jika dibanding dengan kenyataan yang diungkap oleh rakyat biasa. Lebih kesal lagi pemimpin kerajaan turut memberi komentar yang meningkatkan kebencian yang boleh menegangkan keadaan.

Teras mengingatkan pemimpin politik yang punya kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan  melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung di balik kuasa yang ada di tangan mereka.

Jika mereka berbuat demikian jelas ia memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan kepimpinan.

Adalah memalukan untuk mereka yang berstatus menteri dan bekas menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada di medan politik kerajaan.

Ternyata emosi yang mengatasi rasional kini menguasai pemimpin pemerintah sehingga sukar bersikap berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.

Tatkala  rakyat berhak untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap proses PRU13, pemimpin kerajaan Pusat nampaknya lebih celupar dalam membuat kenyataan yang menimbulkan lagi kemarahan rakyat.

Mereka tidak wajar bersikap curiga terhadap rakyat bila rakyat menunjukkan bantahan  kepada proses pilihanraya.

Jika dari dulu rakyat telah membangkitkan pelbagai isu mengenai fungsi SPR yang kelihatan tidak bebas dan tidak adil, maka perhimpunan rakyat yang puluhan ribu itu seharusnya dianggap suatu pernyataan yang serius dan kerajaan harus memberi maklum balas untuk menjelaskan apa yang dibangkitkan.

Kerajaan dan para pemimpin kerajaan seharusnya jangan mengherdik rakyat dan bertindak dengan menyalahguna kuasa untuk mengugut rakyat dengan tindakan undang-undang.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras

Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib

Roketkini, 23 Mei 2013
BELUM pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Rakyat Malaysia telah bangun daripada tidur panjang. Kesedaran politik yang tersemai, putiknya sudah menjadi bunga. Sebab itu, BN hanya sekadar mampu senyum terpaksa menduduki semula Putrajaya. Mereka sedar bahawa kemenangan tipis mereka kali ini diselamatkan oleh sempadan kawasan pilihan raya dan kesaktian tangan-tangan ghaib.

Merai dan memanfaat jaminan Perlembagaan tetapi…

BN tidak lagi berhadapan dengan PR semata-mata. PR pula tidak akan sekuat sekarang tanpa dokongan pelbagai peringkat lapisan masyarakat berbilang kaum termasuk golongan masyarakat siswa yang baru keluar daripada bungkaman suara mereka.

Mahasiswa sedar, mahasiswa bangkit, mahasiswa yang ditunjangi anak-anak muda sudah tidak kekok untuk turun ke jalan berdemonstrasi menuntut hak mereka. Inilah suasana baru demokrasi di Malaysia. Hak berhimpun secara aman sebaik mungkin dimanfaat seperti yang dijamin Perlembagaan.

Bagaimanapun, suara rakyat, suara anak muda diperlakukan seperti dahulu. Saling tak tumpah seperti zaman Mahathir dan 1001 hikayat Melayunya.

Demokrasi masih pra-matang di Malaysia, transformasi yang diwar-warkan pemerintah BN hanya sekadar transformasi tong sampah. Suara rakyat, suara anak muda terus diperleceh.

Kita tidak perlu hairan mengapa Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan lantaran beliau bangun melawan tirani kuasa pemerintah BN yang mahu agar demokrasi negara ini berdaulat.

Bermulanya era Aerosmith dan AUKU

Kebangkitan masyarakat siswa dan golongan cerdik pandai bukan perkara baru. Barisan nama seperti Abu Zer, Yunus Ali, Kamarazaman Yacob, Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim dan ramai lagi aktivis mahasiswa sangat sinonim dengan zaman kegemilangan mahasiswa sebaris dengan kemunculan Deep Purple, Led Zeppelin dan Aerosmith.

Arus kebangkitan masyarakat siswa ini juga menyebabkan kerajaan memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1971 untuk mengekang pembabitan mahasiswa daripada berpolitik. Bermulalah saat malap bagi dunia akademik dan aktivisme mahasiswa.

“Satu orang pemuda dapat mengubah dunia..” Sukarno

Kita masih ingat lagi kepada sebuah daerah bernama Sidi Bouzid. Adapun pembangunan di Kuala Lumpur ini jauh bezanya dengan pembangunan di sana, jauh juga melangkaui sudut fikir dan budaya.  Apapun bezanya, Kuala Lumpur dan Sidi Bouzid tetap dihuni manusia yang punya hati dan perasaan; cita-cita dan wawasan. Sidi Bouzid dan Kuala Lumpur dihuni oleh manusia yang fitrahnya bebas.

Kalaulah Bouazizi tidak dizalimi, kalaulah gerainya tidak disita dan kalaulah beliau tidak dikasari. Maka beliau tidak akan mati. Kematian mahasiswa bernama Bouazizi ini rupanya menghidupkan lagi jutaan Bouazizi yang lain. Kerajaan Tunisia akhirnya tumbang dimakan sumpah rakyatnya yang setia. Bouazizi telah mengubah Tunisia, Bouazizi telah mengubah dunia, Bouazizi telah mencetuskan Arab Spring yang menggugat keangkuhan pemerintah.

Kita mahu aman, damai, undang-undang didaulatkan

Beza Bouazizi dan Adam Adli cuma pada ras dan fizikalnya. Sebagai anak manusia, jiwa kita tetap bebas merdeka. Kita tidak mahu penahanan dan penganiayaan terhadap Adam Adli menjadi titik tolak kepada Malaysia Spring yang dipropagandakan media kawalan pemerintah.

Kita mahu keadilan diberikan terhadapnya dan kita juga ingin agar Perlembagaan Persekutuan dihormati. Keamanan Malaysia harus dijaga dan ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat dan pemerintah. Atas nama Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, Adam Adli wajib dibebaskan.

BN harus akur, BN haru sedar, BN harus tegas; Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan ini juga yang menjamin hak warganya untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman. Ini adalah hak asasi kita sebagai rakyat yang sering dipandang mudah pemerintah BN.

Pemerintah harus bermuhasabah, kembali bertaut pada Perlembagaan yang menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat. Ini adalah perkara paling pokok dan perlu menjadi keutamaan yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahu pun ideologi politik.

Suara Keadilan turut dirampas

Salmiyah Harun, 23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak semalam.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail ribuan naskah akhbar Suara Keadilan telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, katanya pegawai-pegawai KDN,  telah bertindak merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat.

Katanya, di Ipoh Perak malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut.

Jelasnya, pegawai-pegawai tersebut bagaimanapun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan.

"Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Tambahnya, kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

"Kita menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan, seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti  Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan  Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada  Adam Adli," katanya.

PKR mengecam tindakan rampasan akhbar Suara Keadilan yang jelas melihat ia sebagai satu lagi pembuktian bahawa kerajaan Umno BN terus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif dari rakyat yang sebenarnya mampu menilai dengan bebas tentang perkembangan politik negara.

Malah, tegas Saifuddin rampasan akhbar Suara Keadilan ini bermotifkan politik dendam serta cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan pilihanraya.

"Tindakan ini juga jelas membayangkan ketakutan kerajaan Umno BN sendiri kerana mereka memperolehi kuasa hanya berdasarkan mandat minoriti dan kerana itu terpaksa mengunakan kaedah tidak demokratik untuk mengekalkan kekuasaan," katanya.

Perkembangan Ustaz Azizan semakin positif

Anis Nazri, 23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Keadaan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semakin stabil, biarpun masih lemah setelah menjalani rawatan sejak 17 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid berkata rawatan kini menumpukan kepada luka di bahagian kaki yang dipotong agar terkawal, biarpun sudah banyak menunjukkan perkembangan positif,

Malah, bacaan tekanan darah dan jantung Ustaz Azizan juga bertambah baik, dan mula sedar beberapa kali apabila menerima tetamu.

"Biarpun Datuk masih belum boleh bersuara (kerana alat bantuan pernafasan), tapi kami dan pelawat boleh faham gerak bibir Datuk. Ada masanya, beliau akan meminta kertas untuk menulis, dan biasanya hanya satu perkataan seperti yang ditulisnya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali iaitu 'maaf'," kata Helmi yang sering berada di hospital bagi menemani Azizan, selain ahli keluarganya.

Tambah Helmi, doktor yang merawat Azizan juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga tentang respons baik yang diberikan Azizan apabila menerima kunjungan pelawat.

"Ada masanya, beliau akan membuka mata, anggukkan kepala serta cuba mengangkat tangan untuk bersalam. Beliau juga ada tersenyum yang begitu cukup menyenangkan hati kami yang melihatnya. Dan perkembangan itu, kata doktor satu perkembangan yang begitu positif," tambah Helmi.

Ditanya keadaan Azizan apabila menyedari kedua-dua kakinya sudah dipotong, sedangkan beliau melarang keras untuk berbuat demikian sebelum ini, Helmi berkata beliau telah dimaklumkan tentang keadaannya itu setiap kali proses mencuci luka diljalankan.

"Setiap kali doktor dan jururawat akan mencuci luka beliau, mereka akan maklumkan tentang keadaannya, dan beliau menerimanya. Maknanya, beliau sudah tahu tentang keadaan itu dan kelihatan redha menerimanya," kata Helmi lagi.

Sepanjang menerima rawatan di situ, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai, termasuk pemimpin negara.

Antara yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Pagi tadi, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang turut menziarahi beliau.

Azizan dimasukkan ke hospital itu pada 7 Mei lalu, setelah mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan buah pinggang.

Presiden PAS ditemubual stesen televisyen Turki

Harakahdaily, 23 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam muncul secara live dalam sebuah program bual bicara di saluran TV5 stesen televisyen Turkey.

Wawancara selama 45 minit itu antara lain cuba mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi terhadap beberapa isu berkaitan negara Islam dunia termasuk isu ekonomi, sosial, kesatuan negara-negara Islam, dan hubungan dengan negara haram Israel.

Selain itu, beliau juga turut ditanya berhubung pengalaman politik PAS di Malaysia.

Wawancara tersebut dikendalikan moderator dalam bahawa turkey yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa arab oleh seorang penterjemah sebelum dijawab oleh Presiden PAS.

Tuan Guru Abdul Hadi berada di Turki atas jemputan untuk menghadiri Kongres Kesatuan Negara-negara Islam Antarabangsa "A New World And Just Order" kali ke-22 yang berlangsung di Istanbul.

Turut serta pada rombongan itu setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta wakil-wakil dewan termasuk wakil Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan wakil Dewan Pemuda PAS Adram Musa.

PKR desak Tian Chua, Haris dibebas segera

Harakahdaily, 23 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pembebasan serta-merta Tian Chua dan Haris ibrahim dan pemberhentian pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan Rakyat dan NGO.

Serentak itu, PKR mengutuk penahanan Naib Presidennya, dan Haris selaku Pengerusi Asalkan Bukan Umno pada hari ini di bawah Akta Hasutan.

“Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk Umno BN,” ujar Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.

Pada tahun lepas, katanya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut, Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal.

Menurutnya, dakwaan bahawa Najib mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata.

Ini, ujar beliau adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan,” katanya lagi.

Ironisnya, kata beliau ramai pimpinan Umno BN dan akhbar mereka Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa, yang menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib.

Tiada ulasan: