Posted on Wednesday, May 22 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: tokpepijat
" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.
Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.
Bolehkan ANJING sucikan dirinya agar suci dari Najis Mughalazah?
Bolehkan ANJING sucikan dirinya agar suci dari Najis Mughalazah?
Nok tanya Zahid bakpe takut ke budak budak?
Posted on Wednesday, May 22 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: senik
"Assalamualaikum,
Zahid nak jadikan Malaysia macam Syria ker? Hanya seorang budak hingusan ajak guling kerajaan dengan demokrasi jalanan terus tangkap! Zahid tak belajar dari Syria? Apa punya menteri! Menteri yang tidak berpijak di bumi nyata, tidak berpijak kepada fakta 52% rakyat yang tidak mahu Zahid jadi Menteri dan 52% rakyat yang simpati dengan budak hingusan yang ditakuti Zahid.Zahid kata dia tak mahu campur tangan urusan polis tetapi dalam kes Adam Adli sudah terang dia campur tangan, siap tuduh Adam ancaman kepada negara dan tidak menghormati YDPA.Zahid samakan Adam dengan pengganas Sulu tetapi peliknya ketika Adam ditangkap beliau digari tetapi tidak pengganas Sulu.
Zahid bermain api seperti yang diminta oleh perwakilan PAU dulu.Tapi bukan anak kecil main api, orang tua yang tak sedar diri yang main api dan bukan jari sahaja yang terbakar tetapi seluruh tubuhnya.Itulah Zahid Hamidi yang dulu bukan main lantang melaungkan kroni dalam UMNO, bukan main garangnya berjalan disebelah DSAI selepas DSAI dipecat dari UMNO.Tetapi dengan acahan ISA Mahathir, Zahid berpusing 360% dan hari ini Zahid diberi mancis oleh Najib untuk bermain api.
Zahid sedang mempermainkan kesabaran 52% rakyat dengan mengambil tindakan kepada Adam, anak kecil yang lebih bijak bermain api berbanding Zahid.Adam tidak mempunyai apa apa komitment dan tanggungjawab sebab beliau masih muda remaja, Adam yang mungkin seronok ditangkap polis dan Adam yang sedang dididik oleh UMNO untuk menjadi pemimpin masa depan.
Tetapi Zahid ada tanggungjawab yang dimilikinya secara haram.Zahid sepatutnya mencuba mendapatkan simpati rakyat seperti yang dibuat oleh KJ dan JK, bukan menyemarakkan lagi rasa marah 52% rakyat.Memang rakyat tidak mahu menggulingkan kerajaan secara kasar tetapi mahukan kerajaan berundur secara terhormat kerana fakta bahawa 52% rakyat sudah tidak mahu kerajaan yang ada lagi.Kalau masih ada rasa malu, itulah tindakan terbaik, mengundurkan diri secara terhormat tanpa perlu menyakiti hati 52% rakyat lagi.
Untuk apa tangkap dan dakwa seorang budak hingusan yang mungkin menyemarakkan lagi rasa marah yang memungkinkan apa yang berlaku di Syria berulang di negara kita? Ingatlah Zahid, kalau rakyat bangkit menggulingkan kerajaaan secara kekerasan, itu bukan salah Adam Adli tapi salah Zahid yang mahu jadi hero kepada kerajaan lemah BN.
52% rakyat masih mahu Zahid dan geng gengnya dalam kerajaan turun dengan cara terhormat.INGAT ITU WAHAI ZAHID!
SPR : Kalau tak puas hati, inilah masanya guna undang-undang
23 Mei 2013
Timbalan Suruhanjaya SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Malaysia mengamalkan sistem "Westminster" di dalam pilihan raya di mana kemenangan sesuatu kuasa berdasarkan majoriti kerusi Parlimen dan Dun yang dipertandingkan.
Menurutnya, undi popular tidak diambil kira di Malaysia untuk menyumbangkan kepada kemenangan pilihan raya lalu membentuk kerajaan.
"Sistem dalam pilihan raya terbahagi kepada dua, satunya menentukan kemenangan melalui majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi.
"Keduanya perwakilan berkadar yang mengira undi popular, ini dibuat di negara yang ada Presiden sebagai ketua negara.
"Jadi kita tak bolehlah. Sistem yang kita guna pakai ini berlandaskan kehendak Perlembagaan... sekelip mata kita nak ubah," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian semalam.
Keputusan PRU13 diwartakan semalam di mana dalam tempoh 21 hari, bermula hari ini, calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.
Sebelum ini, pembangkang mendakwa kemenangan mereka telah dirompak sehingga membawa kepada penganjuran himpunan 'Blackout 505' di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.
Sabtu ini satu himpunan besar-besaran bagi membantah keputusan pilihan raya akan diadakan Sabtu ini di Petaling Jaya bagi membantah keputusan PRU13.
Dalam pada itu, Wan Ahmad juga meminta supaya rakyat percaya dan meyakini pihak berkuasa untuk melancarkan sistem demokrasi yang telah diamalkan.
"Untuk membenarkan andaian mereka sehingga melakukan perkara di luar batasan undang-undang.
"Yakinlah pada pihak berkuasa negara kita, baru sistem berjalan lancar," katanya.
'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan'
Timbalan
Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong
kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung
gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem
pilihan raya sedia ada.
Noh (kiri) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.
"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.
Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
KJ: Suruh tinggal negara pandangan peribadi Zahid
Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'
Ya, negeri ini pun bukan bapa Anwar punya'
Noh (kiri) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.
"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.
Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
KJ: Suruh tinggal negara pandangan peribadi Zahid
Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'
Ya, negeri ini pun bukan bapa Anwar punya'
Adam dijangka didakwa esok
VIDEO | 1.05 min Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dijangka didakwa esok bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Menurut peguamnya, N Surendran, perkara itu disahkan oleh pegawai penyiasat hari ini.
Adam, 24, kini disiasat kerana ucapannya pada satu forum pada 13 Mei lalu.
Beliau menggesa orang ramai ke jalan raya bagi memprotes penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam
Polis
menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai
polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis
pelajar Adam Adli.Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.
Kira-kira 1,000 sebelum ini telah berkumpul di luar balai polis tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, di tengah-tengah kehadiran ramai anggota polis yang menutup pintu masuk ke balai.
Program nyalaan lilin itu berjalan dengan lancar sehingga kira-kira jam 10 malam, apabila, ketika Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berucap kepada orang ramai, pihak polis mengeluarkan notis memberi mereka masa 10 minit untuk bersurai.
Aktivis pelajar Khalid Ismath kemudian cuba berunding dengan pihak polis supaya diberi tambahan 30 minit. Bagaimanapun, pihak polis hanya bersetuju memberi tambahan 10 minit.
Polis mengeluar notis kedua untuk masa 10 minit ketika Ahli Parlimen (MP) Puchong, Gobind Singh Deo berucap kepada hadirin.
Polis kemudian mula bergerak memperluaskan "kawasan yang ditutup" di luar balai Jinjang, dan mereka enggan mengosongkan kawasan itu ditahan.
ketika tangkapan dibuat, beberapa peguam, termasuk MP DAP Segambut, Lim Lip Eng (kiri); MP PKR Petaling Selatan, Hee Loy
Sian, Sivarasa dan anggota jawatankuasa PAS pusat, Zulkifli Ahmad, cuba masuk ke dalam balai polis Jinjiang untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditahan .
Mereka pada mula didakwa tidak dibenarkan berjumpa dengan tahanan, dengan Lim mendakwa beliau pada satu ketika diberitahu oleh polis bahawa dia tidak boleh masuk dan polis "hanya mengikut arahan".
Polis akhirnya membenarkan tiga daripada peguam tersebut masuk. Mereka kemudian terus mengalah lagi dan membenarkan seorang peguam masuk pada satu masa.
Menurut Sivarasa dua orang berusia 16 tahun, manakala selebihnya berumur antara 18 hingga 24 tahun.
Pada masa ini, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat, yang telah tiba tempat kejadian, memberitahu kira-kira 300 hadirin yang masih berada di luar balai itu supaya duduk di situ sehingga semua mereka yang ditahan malam ini dibebaskan, yang dijangka dalam masa sejam .
3 dipukul sebelum ditangkap
Sementara itu, difahamkan bahawa Lim, bersama dengan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty NGO dan Haji Ismail, dapat bertemu dengan 18 orang yang ditahan itu selama kira-kira 25 minit, di mana mereka secara ringkas menasihati mereka tentang bagaimana hendak berdepan dengan soal siasat polis.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas menemui mereka yang
ditahan, Lim berkata para peguam bagaimanapun, tidak dibenarkan untuk menemani tahanan ketika kenyataan mereka dirakam.
Lim berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram.
"Kami menasihatkan mereka supaya tidak berkata apa-apa dan menjawab semua soalan di mahkamah," katanya.
Beliau juga mendakwa tiga daripada mereka yang ditahan itu, telah dipukul oleh polis sebelum mereka ditangkap (kanan).
Ketiga-tiga mereka dinasihat supaya untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Apabila beliau telah memberi taklimat kumpulan itu, Lim berkata, polis telah berjanji kepadanya bahawa semua mereka akan dibebaskan kemudian, selepas semua kenyataan mereka dirakam.
Malah, 15 daripada mereka kemudiannya dibebaskan pada jam 2 pagi, manakala tiga tahanan yang mendakwa dipukul telah dibawa oleh keluarga mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Menurut MP Kapar, G Manivannan, ketiga-tiga mereka akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada sebelah pagi.
Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok.
KPN baru dikecam kerana bermain politik, bukan fokus banteras jenayah
Posted on Wednesday, May 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber RoketKini
SEPANG, 22 MEI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dikecam kerana bermain politik untuk memuaskan hati tuan politiknya, bukannya fokus pada tugas pertamanya iaitu membuatkan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada penjenayah dan menjadi mangsa jenayah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ulasan medianya di LCCT, di sini, hari ini sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, berkata beliau dimaklumkan dua pegawai polis menyoal siasat Penasihat dan pengasas DAP, Dr Chen Man Hin selama satu jam 15 minit mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab bahawa istilah “Malaysian Spring” yang digunakan dalam e-mel peribadinya tahun lalu mempunyai hubungan dengan konspirasi menggulingkan kerajaan secara haram dan ganas.
Katanya, ini tidak masuk akal dan betul-betul satu pembaziran sumber, tenaga dan masa pihak polis sedangkan ada lebih banyak perkara penting perlu dilakukan seperti memastikan Malaysia bebas daripada jenayah.
Dua hari lalu adik Timbalan Perdana Menteri menjadi mangsa pecah rumah di Petaling Jaya sementara adik Ketua Polis Negara pula menjadi mangsa pecah rumah di Mantin, Negeri Sembilan.
Beliau berkata, adakah pihak polis bersedia untuk mendakwa mereka yang membuat tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan polis memburu sesuatu yang sia-sia, membazir masa dan sumber awam.
Katanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh berlagak bahawa siasatan polis terhadap Dr Chen adalah bukti betapa dia serius, sedangkan sebenarnya terbukti Malaysia salah memilih orang untuk menjadi Menteri Dalam Negeri yang tidak tahu keutamaan sepatutnya.-Roketkini.com
KPN baru dikecam kerana bermain politik, bukan fokus banteras jenayah
12 Golongan Manusia Di Akhirat
Posted on Wednesday, May 22 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: matuse68
"Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” - Surah an-Naba’ :18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab
”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…"
Info terkini layari INI KALILAH...
Tornado Landa Oklahama, 91 Mati dan 230 Cedera
Posted on Wednesday, May 22 @ 22:58:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Puting Beliung melanda bandar Oklahama dengan kelajuan 200 bpj. Bandar Moore, Oklahama yang mempunyai 41,000 penduduk ranap sama sekali.
Setakat ini 91 dilaporkan mati dan 230 orang cedera. Ini adalah kejadian yang terbesar selepas 3 Mei 1999. Lebih kurang 8000 buah bangunan ranap dan melibatkan kerugian $1.5 billion.
Sumber
Tornado Landa Oklahama, 91 Mati dan 230 Cedera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan