Rabu, 29 Mei 2013

JANGAN BERKITARAN ANTARA WANITA DAN DUIT...REBUT KUASA SECARA BATIL...SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH....ALLAH TAHU SAPE JAHAT DAN SAPE BAIK...LAMBUT LAUN YANG JAHAT AKAN MENERIMA HUKUMAN ALLAH...KITA BOLEH TUTUP KEJAHATAN KITA PADA MANUSIA TAPI TIDAK PADA ALLAH SWT

Penasihat DS Najib Harus Dipecat - Tun Daim
Posted on Wednesday, May 29 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuse68

"Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.


Artikel seterusnya klik disini...

 Peringatan kepada semua: PAS berbeza!
Posted on Wednesday, May 29 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..
PAS dan pemimpin PAS bukan terompak kayu , bukan juga lembik dan bukan juga menolak blackout 505.Tetapi PAS mahu memastikan segala perkara tidak bertentangan dengan perintah ALLAH. PAS tidak terikat untuk mengikuti telunjuk pihak lain tetapi terikat penuh untuk mengikuti perintah ALLAH.Inilah yang membezakan PAS dari  yang jemaah lain.Dengan keinsafan dan kerendahan hati pemimpinnya,

PAS dilihat benak, lembik dan seperti terompah kayu oleh orang orang yang perasan mereka hebat dan mahu seluruh saranan(sebenarnya perintah) mereka diikuti oleh PAS dan bila ada pemimpin PAS menyangkah maka keluarlah seribu bahasa kesat kepada pemimpin tersebut, tetapi orang orang ini tidak sedar bahawa jemaah PAS adalah jemaah yang paling berdisplin dan sentiasa mendengar suara pemimpin mereka, ini satu lagi yang membezakan PAS dari yang lain.

Jemaah PAS tidak mudah melenting walaupun hati mereka disakiti sebegitu rupa, direndahkan sebegitu rupa kerana jemaah PAS yakin pemimpin mereka adalah yang terbaik untuk diikuti, bukannya puak puak yang suka menghina.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man baru saja menjawab tuduhan kepada PAS selama ini bilamana beliau  berkata kita tidak mahu mendirikan jahiliyah yang baru atas keruntuhan jahiliyah tetapi mahu melaksanakan Islam seluruhnya di atas keruntuhan jahiliyah itu, itulah perjuangan kita bukan setakat untuk mendapat kuasa sahaja.Tahalul siyasi kita hanya dengan PKR dan DAP, jadi apabila ada jemaah lain yang berkawan dengan kawan tahalul kita, tidak bermakna PAS mesti mengikuti apa yang mereka anjur.PAS akan mengkaji dulu aspek aspek syarie sebelum memutuskan sesuatau perkara.
Tiada lembiknya pemimpin PAS dan bukan benaknya pemimpin PAS atau bukan juga pemimpin PAS menjadi terompah kayu tetapi semua pemimpin dan jemaah PAS mahu pastikan agar mereka sentiasa menjadi hamba ALLAH.Oleh itu jika ada isu  isu baru yang terjadi, jemaah PAS akan sandarkan kepada pemimpin mereka untuk membuat kajian dan keputusan agar tidak TERGELINCIR  dari menjadi Hamba ALLAH.
Dan sering kali sebelum keputusan diambil, pemimpin pemimpin utama akan melontarkan pandangan peribadi mereka sesuai dengan jiwa hamba yang sentiasa merendah diri.Itu yang dilakukan oleh Ustaz Harun Taib dan ustaz Nik Abduh yang dikutuk kerana mengeluarkan pandangan peribadi mereka.
Dato Tuan Ibrahim akhirnya menjelaskan pendirian PAS tetapi masih ramai tertutup hatinya.Barang diingat seluruh jemaah PAS akan sentiasa bersedia menyahut panggilan pemimpin mereka, jangan perkecilkan kesanggupan ini.Samaada anda terima atau tidak, tolong hormati PAS seperti sepatutnya, lagipun tolong insaf kalau bukan kerana cadangan TGHH PR mungkin tidak akan wujud dan anda semua mungkin tidak akan ada peluang untuk melakukan perkara yang anda lakukan hari ini!

 Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota
Posted on Wednesday, May 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan yang penuh barokah.


Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya bulan yang diberkati ini iaitu : “Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”


Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Kota.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu. Koleksi gambar-gambar sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebelum ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)

 Hujah Popular Vote Tidak Boleh Digunakan
Posted on Wednesday, May 29 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ahmadhadeed

"Hujah Anwar di banyak ceramah dan perhimpuna Blackout 505 berkaitan popular vote  Nationwide: 2013: BN 47.38% PR 50.87% Others 1.74% tidak boleh digunakan untuk menganggap PR menang dan BN kalah walaupun kekalahan PR adalah hasil dari taktik kotor BN yang lain. Sebenarnya fenomena popular vote tinggi tetapi kerusi di menangi sedikit berlaku ekoran ada kawasan Parlimen yang sangat ramai pengundi dan ada Kawasan Parlimen yang rendah pengundi saperti di Serawak.

Betul BN menggunakan banyak taktik kotor untuk memenangkan PRU13 saperti data pengundi yang tidak bersih, Bangla mengundi, dakwah kekal  tak kekal dan media monopoli. Namun menggunakan hujah popular vote PR 50.87 dan BN 47.38 justru kerajaan yang ada patut di gulingkan adalah tidak betul dari segi hujah. Fenomena ini berlaku akibat taktik kotor BN memecah garis sempadan Parlimen untuk memastikan kemenangan mereka dengan menjadikan kawasan pembangkang ramai bilangan pengundi dan kawasan BN banyak kawasan Parlimen baru. Apabila berlaku pilihanraya maka berlakulah fenomena ini. Contoh nya secara andaian 
 Kaw                 jum peng      PR             BN 
a 1000 600 400
b 1000 600 400
c 100 40 60
d 100 40 60
2200 1280 920
PR 58.18182 BN 41.81818
a b c d adalah kawasan parlimen dan 1000 dan 100 adalah jumlah pengundi dalam kawasan parlimen. Jika PR menang dua kerusi a dan b yang mempunyai pengundi 1000 dan BN menang di c dan d yang mempunyai kerusi 100 maka popular vote  tidak menjadi 50 :50 tapi 58.18  : 41.81 walaupun mereka seri 2 kerusi v 2 kerusi. Popular vote PR 58.18 melebihi popular vote BN 41.81 walau pun mereka mempunyai bilangan kerusi parlimen yang sama.
Ini bukan menjustifikasikan BN menang secara sah tetapi sekadar bila kita berhujah mesti berlandas pada logika yang betul. Allahu a'lam


 Anwar hanya penghibur, BN silap strategi kata Tun Daim Zainuddin
Posted on Wednesday, May 29 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Tun Daim ZainuddinBiar Anwar jadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya," jelasTun Daim.
Prestasi hambar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei lalu lebih disebabkan kesilapan strategi penasihat 'bilik perang' Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertikaian dalaman parti itu, menurut mantan menteri kewangan Malaysia dari Umno, Tun Daim Zainuddin.
Para pemerhati mendapati Perdana Menteri (PM) Malaysia itu telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang pada 2008.
Namun, Tun Daim berkata ia adalah pendekatan yang salah.
Tun Daim Zainuddin
"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, strategi itu adalah salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia adalah pilihan raya parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk beliau, kelemahan keputusan BN berkait dengan beliau juga," kata Tun Daim, yang dipetik daripada transkrip temuramahnya dengan akhbar China Press, yang disiarkan dalam blog seorang wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
"Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah akhbar Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya," jelas Tun Daim.
Beliau juga berpendapat, kegagalan BN memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen kerana tersalah peruntukan sumber dalam usahanya untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina yang sememangnya hampir pasti tidak menyebelahi parti memerintah itu.
"Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008... Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar," jelasnya lagi.
Pada 15 Mei lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa BN menafikan dakwaan ahli strategi 'bilik perang' gagal untuk mencapai sasaran pilihan raya parti itu sambil menegaskan parti itu masih lagi menang secara keseluruhan di Putrajaya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dipetik sebagai berkata bahawa tuduhan tersebut dilemparkan oleh "mereka yang tidak bertanggungjawab" dan tidak berada dalam jawatankuasa 'bilik perang' itu.
Kelmarin, Datuk Seri Najib bagaimanapun berkata bahawa BN perlu berani melakukan pembaharuan dan perubahan bagi memastikan parti itu sentiasa relevan serta mesra rakyat.
Beliau berkata pembaharuan dari segi strategi, pendekatan dan program yang lebih pragmatik penting bagi persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 Malaysia.



Tiada ulasan: