PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’
Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan
berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau
disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari
perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah
iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam
hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam
al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan.
Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang
mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam.
Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa
hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama
Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang
diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau
khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau
muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician,
Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa
perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim
mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai
ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’
terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam
Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab
dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf,
usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab
al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr.
Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan
pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang
berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran
dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang
hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin
tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat
al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal
Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud
“orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu
mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman
Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah
ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran
dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang
berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim,
1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam
Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana
mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir,
feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji
Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud
Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui
mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan
yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan
kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada
Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad
al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji
al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan
mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui
kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah
dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat
Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah
takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah
(Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu.
Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna
perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah
adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang
tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan
merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang
akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki.
Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah
engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah
dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana
kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di
hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut
telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya
dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim
Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang
merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai
matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan
kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai
sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat
bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan
kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.
Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah
kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang
dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301
Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka
yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas
sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi
mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali
Muhammad al-Syaukani: 459. )
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa
ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa
membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata
ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak
syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan
menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah
dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari
Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak
syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara
wasiatnya”
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang
banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya.
Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada
Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia
mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan
oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”
al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan
ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah
dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari
datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa,
demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah
yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad
al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4:
463)
Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak
takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari
Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak
syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara
wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir
al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang
yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan
menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad
al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai
pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para
nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak
takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam
kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri,
1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn
Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang
banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya.
Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada
Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia
mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan
oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah
petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak
meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya
Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah?
Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang
alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu
mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak
membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan
keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam
perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah,
pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka
di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang
mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim,
bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah
dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati
di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.

Memiliki segulung ijazah bukanlah
jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak
terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu
malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan
kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam
hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan
sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’
dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan
ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan
disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta
menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh
mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa,
akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai
keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan.
Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas
dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta
nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak
menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah
satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan
golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’.
Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara
hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi
mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan
pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan
pengiktirapan masyarakat kepada mereka.
Dari semua kutipan dan penjelasan di atas
menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui
dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan
mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia
dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Keistimewaan Ulama’
Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’,
dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi,
selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang
beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)
Ini satu darjat ketinggian yang amat
nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah
satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat
manusia dalam apa jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu
dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh
Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa
darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat
luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada
pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk
seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya
Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai
Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka
itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan
mengajarkannya kepada umat manusia”.
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian
para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun
perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah
500 tahun. (Azzawajir 1/89)
Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan
menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah,
mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli
kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi
seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan
dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru
perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri,
Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama’ tidak ada maka manusia
tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana
hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah
Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan
merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, 1996:13.)
Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan
ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang.
Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata”
Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu
kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya
mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu
adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya
adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah
sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah
satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada
benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan
ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi
perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan
Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka
pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati
yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga
kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan
menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan
juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu
ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim,
dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi
perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah
Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)

Ciri-Ciri Ulama’
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya
maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya
sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat
manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak
bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari,
1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang
provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka
ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang
lebih aula daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya
dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang
jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari
al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin
Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki,
Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman
Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang
yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang
jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin
Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu
Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda
Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu
engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa
yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya
maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai
Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak ,
selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai
iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin
masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan
ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah
(perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu
menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan sekadar
mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji
kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof.
Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung:
Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang
layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang
boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah
mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu
Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah,
beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati
Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik
mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan.
(Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul
Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan
taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk.
Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang
orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib.
Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh
Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan
berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.
Siapakah ulama yang benar-benar menjaga agama ini?
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama." (Fathir: 28)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya': 7)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyetakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali-Imran: 18)
Demikianlah kedudukan ulama diangkat, mereka merupakan orang-orang yang paling takut diantara manusia, mereka merupakan tempat pertanyaan bagi orang yang tidak mengetahui dan merekalah orang-orang yang mengenali Allah, nama-nama dan sifat-sifatNya, dan perbuatanNya sehingga membuat mereka paling takut dengan Allah.
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)." (An-Nisa': 83)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mujadalah: 11)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaha: 114)
Imam Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:
"Jelas maksudnya menunjukkan keutamaan ilmu, sebab Allah tidaklah memerintahkan NabiNya untuk meminta tambahan apa-apa selain ilmu. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu syar'i yang berguna untuk memperlihatkan apa yang wajib bagi seorang mukallaf berupa perintah agama dalam ibadah dan muamalatnya, serta ilmu tentang Allah dan sifatNya, juga apa yang wajib ditegakkannya berupa perintah dan mensucikanNya dari kekurangan. Itu semua berasaskan pada tafsir, hadis dan fiqh." (Fathul Bari 1/141)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata:
"Siapa yang Allah kehendaki baginya kebajikan maka Dia akan membuatnya faqih (mahir) tentang agama. Saya hanyalah Qasim (pembagi), Allah yang memberi. Serta senantiasa ada dari umat ini orang-orang yang tegak di atas perintah Allah tanpa memudaratkan mereka sesiapa yang menyelisihi mereka sampai datang keputusan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)
Imam Ibn Hajar rahimahullah berkata:
"Telah dipastikan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah ulama atsar. Imam Ahmad berkata: Kalau mereka itu bukan ahli hadis, maka saya tidak tahu lagi siapa mereka." (Fathul Baari 1/164)
Beliau rahimahullah berkata lagi:
"Pemahaman yang dapat diambil dari hadis ini: Sesungguhnya siapa yang tidak faqih tentang agama Islam, ertinya tidak mempelajari asas-asas Islam dan cabang-cabangnya, maka dia telah diharamkan dari kebajikan. Abu Ya'la telah mengeluarkan hadis Mu'awiyah dari jalur lain yang dhaif (lemah), di mana dia tambahkan pada akhirnya:
"...Sedangkan sesiapa yang tidak mahu memahirkan di dalam agama, maka Allah tidak mempedulikannya."
Namun, maknanya benar kerana orang yang tidak mengetahui urusan agama bererti tidak faqih dan tidak pula mempelajari fiqh, maka benarlah jika dikatakan bahawa dia tidak dikehendaki mendapatkan kebajikan. Di sini ada penjelasan yang jelas tentang keutamaan tafaquh fiddin (memahirkan di dalam agama) di atas seluruh ilmu lainnya." (Fathul Baari 1/165)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Dihadapkan Nuh pada hari kiamat. Maka baginda ditanya: 'Apakah engkau telah menyampaikan (tugas kerasulan)?' Beliau menjawab: 'Ya wahai Tuhanku.' Lalu umatnya ditanya: 'Adakah dia telah menyampaikan kepada kalian?' Mereka menjawab: 'Tidak ada seorang pun pemberi peringatan yang datang kepada kami.' Maka dikatakan kepada Nuh: 'Siapakah saksimu?' (Nabi Nuh) menjawab: 'Muhammad dan umatnya.' Maka kalianpun dihadapkan dan memberikan persaksian.
Kemudian Rasulullah membaca:
Maksudnya: "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang wasath (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Al-Baqarah: 143) (Hadis riwayat Bukhari)
Imam Ibn Hajar rahimahullah berkata:
"Al-Wasath ialah adil, sebagaimana telah lalu dalam tafsir surah Al-Baqarah. Kesimpulan isi ayat ini adalah penyebutan tentang nikmat pemberian hidayah dan keadilan. Adapun ucapannya 'dan apa yang diperintahkan...' kesesuaiannya dengan hadis tema ini tidak jelas. Sepertinya dari sudut sifat tersebut, yakni keadilan. Sebab ia meliputi semuanya berdasarkan zahir penyempaian yang mengisyaratkan bahawa ia merupakan sebuah keumuman yang diinginkan dengannya sesuatu yang khusus atau keumuman yang dikhususkan. Kerana orang jahil tidak termasuk orang-orang yang adil, tidak pula sebagai ahli bid'ah. Maka ketahuilah bahawa yang dimaksukan dengan sifat tersebut adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Merekalah ahli ilmu syar'i." (Fathul Baari 16/133)
Wahb bin Munabbih berkata: "Seorang faqih yang menjaga kesucian, zuhud dan komitmen kepada sunnah itulah pengikut para nabi di setiap zaman." (Al-Ibanah, Ibn Baththah, 1/201)
Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Manusia yang paling utama kedudukannya di hari kiamat adalah yang menjadi perantara Allah dengan makhluknya." Maksudnya Rasulullah dan ulama. (Ibid 1/202)
Salamah bin Sa'id berkata: "Dahulu dikatakan ulama itu penerang semua zaman. Setiap ulama adalah lampu bagi zamannya. Penduduk masa itu mengambil cahaya dari dirinya. Dikatakan juga: Ulama menghapus tipu daya syaitan." (Ibid 1/203)
Imam Ibn Baththah Al-'Akbari berkata:
"Semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang yang menghidupkan kebenaran dan sunnah serta mematikan kebatilan dan bid'ah, di mana penduduk masa itu mengambil cahaya dari pancaran ilmunya, serta dia mampu menguatkan hati para saudaranya yang beriman." (Ibid)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram." (Ali-Imran: 106)
Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:
"Orang-orang yang putih berseri mukanya ialah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan ulama, sedangkan orang-orang yang hitam muram wajahnya adalah ahli bid'ah dan dholal (kesesatan)." (Syarah Usul I'tiqad Ahlis Sunnah, Imam Al-Lalika'i 1/71)
Firman Allah Ta'ala:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di antara kamu." (An-Nisa: 59)
Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhuma berkata tentang firman Allah '...dan ulil amri di antara kamu.':
"Yakni ahli fiqh, ahli dalam agama Islam dan orang-orang yang taat kepada Allah, orang-orang yang mengajarkan makna-makna agama kepada manusia, beramar makruf dan nahi mungkar, maka Allah mewajibkan para hamba untuk mentaati mereka." (Syarah Usul I'tiqad Ahlis Sunnah 1/73)
Ketahuilah sesungguhnya kebajikan dan kebahagiaan bergantung pada keberadaan ulama. Jika ulama-ulama telah pergi, maka akan tersebarlah kejahilan dan musibah. Maka akan berlakulah orang-orang jahil menjadi pemimpin kepada masyarakat yang jahil. Mereka ini sesat lagi menyesatkan.
Umar bin 'Abdul 'Aziz menulis surat kepada Abu Bakr bin Hazm:
"Lihatlah mana hadis rasulullah kemudian tulislah, kerana sesungguhnya saya bimbang hilangnya ilmu dan perginya ulama. Janganlah engkau menerima selain hadis Nabi dan sebarkanlah ilmu. Duduklah sehingga orang yang tidak tahu menjadi tahu, kerana sesungguhnya ilmu tidaklah terhapus sehingga ia (sebelumnya) berupa sesuatu yang rahsia." (Fathul Baari 1/194)

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan begitu sahaja dari para hamba. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama. Sehingga ketikamana tidak tersisa lagi seorang alim, maka orang-orang pun mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin. Mereka ditanya lalu mereka memberi fatwa. Mereka sesat lagi menyesatkan." (Hadis riwayat Bukhari)
Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:
"Bagaimana kalian ketika kalian telah diselimuti dengan fitnah, yang di dalamnya orang dewasa hidup menjadi renta dan anak-anak hidup menjadi dewasa, sehingga manusia menjadikannya sebagai adat kebiasaan yang apabila diubah, maka mereka mengatakan: 'Adat diubah!' Orang-orang bertanya: 'Bilakah hal itu akan terjadi, wahai Abu Abdirrahman (gelaran Ibn Mas'ud)?" Ibn Mas'ud menjawab: 'Di saat semakin banyak para pembaca Al-Quran akan tetapi sedikit yang memahami, banyak pemimpin dan sedikit anak-anak kalian, lantas kalian mencari dunia dengan amalan akhirat." (Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Madkhal ila as-Sunan al-Kubra, ms. 453)

"Wahai hamba Allah, apakah kalian tahu bagaimana Islam itu berkurang dari manusia? Mereka menjawab: 'Ya, sebagaimana lemak binatang ternak berkurangan, sebagaimana lunturnya warna pakaian dan sebagaimana duit menjadi hitam kerana lama disimpan.' Beliau berkata: 'Ini di antaranya. Namun lebih dari itu ialah pemergian ulama. Di suatu kawasan terdapat dua alim, satu meninggal maka hilanglah setengah ilmu mereka dan satu lagi meninggal maka hilanglah seluruh ilmu mereka. Pemergian ulama merupakan pemergian ilmu." (Ibid, ms. 454)

"Tidak datang kepada kalian satu hari yang baru melainkan ia lebih buruk daripada hari sebelumnya, begitulah sampai tegak hari kiamat. Saya tidak memaksudkan kemewahan hidup yang dimilikinya atau harta yang bernilai baginya. Akan tetapi, tidaklah datang kepada kalian hari yang baru melainkan hari itu lebih sedikit ilmunya daripada hari sebelumnya. Kalau ulama telah pergi maka manusiapun duduk terdiam, mereka tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Ketika itulah mereka binasa."
Dari jalur Asy-Sya'bi, Ibn Mas'ud berkata: "Tidak datang kepada kalian masa yang baru melainkan dia lebih buruk daripada sebelumnya. Saya tidak maksudkan seorang pemimpin yang lebih baik dari pemimpin lainnya atau satu tahun yang lebih baik dari tahun lainnya. Akan tetapi ulama dan fuqaha kalian pergi lalu kalian tidak lagi mendapatkan pengganti mereka. Kemudian datanglah suatu kaum yang berfatwa dengan akal mereka semata-mata."
Dalam lafaz lain: "Itu bukanlah tentang banyaknya melimpah hujan atau sedikitnya, akan tetapi tentang pemergian ulama. Kemudian muncullah suatu kaum yang memberikan fatwa dalam semua perkara dengan akal mereka, sehingga dia merosakkan Islam dan merobohkannya." (Fathul Baari 13/21)
Fudhail bin 'Iyadh berkata: "Bagaimana engkau kalau engkau tetap hidup sampai suatu zaman yang saat itu engkau menyaksikan suatu kaum yang tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan, tidak juga antara seorang yang beriman dengan yang kafir, tidak juga antara jahil dengan yang alim, tidak mengenal perkara makruf dan tidak mengenal yang mungkar."
Ibn Baththah memberi komentar di atas:
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Hal itu telah sampai kepada kita dan kita telah mendengarkannya, kita telah mengetahui kebanyakannya dan menyaksikannya. Andaikata seseorang yang telah Allah berikan baginya akal sihat dan pandangan tajam menatap dengan teliti, memikirkan baik-baik keadaan Islam dan umatnya, menilai umat berdasarkan metodologi yang lurus, maka tentu akan menjadi jelas baginya bahawa kebanyakan manusia telah berpaling dan menyimpang dari jalan yang terang dan hujjah yang benar.
Banyak manusia pada waktu ini telah berubah dengan memandang baik apa yang dahulu mereka pandang buruk, mereka menghalalkan apa yang dulunya mereka memandang haram, serta mereka telahpun mahu menerima apa yang tadinya mereka ingkari.
Ini -semoga Allah merahmatimu- bukanlah akhlak kaum muslimin dan bukan pula tindakan mereka yang benar-benar mengatahui agama Islam ini, serta mereka bukanlah ahli Iman dan yakin akan Islam." (Al-Ibanah 1/188)
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Al-Imam Ibn Baththah Al-'Akbari terhadap apa yang dikatakan oleh Fudhail bin 'Iyadh radhiallahu 'anhu, iaitu di waktu itu telah pun berlaku manusia yang tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya, yang mana benar dan batilnya, yang mana iman dan yang mana kufurnya dan begitulah seterusnya padahal Ibn Baththah berada di abad yang keempat. Bagaimana pula jika kita ukur dengan waktu kita pada hari ini? Sudah tentu lebih jauh hebat kejahilan yang dihadapi pada hari ini. Sungguh pada hari ini ramainya kelompok-kelompok Islam yang cuba menisbahkan diri mereka dengan kebenaran akan tetapi mereka yang sebenarnya jauh dari kebenaran.
Ibn Qutaibah rahimahullah berkata:
"Andaikata mereka mengembalikan apa yang tidak jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah kepada ulama ahlinya, maka tentu akan jelas perkaranya bagi mereka dan penyelesaian akan lebih kelihatan luas. Akan tetapi yang menghalangi itu adalah mencari kedudukan, ingin mendapatkan pendokong, serta manusia itu laksana sekelompok burung yang sebahagiannya mengikuti sebahagian lainnya. Sekiranya muncul seorang mengaku sebagai nabi -padahal mereka sedar bahawa Rasulullah adalah penutup para nabi- atau mengaku sebagai Tuhan, nescaya kita akan melihat ada yang menjadi pengikut dan pendokongnya." (Takwil Mukhtalafi Hadis, ms. 43)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di setiap masa kekosongan rasul, ulama-ulama yang tinggal mengajak menjauhi kesesatan kepada hidayah, bersabar menanggung gangguan. Mereka menghidupkan orang-orang mati dengan Kitabullah, menjadikan orang buta melihat dengan cahaya Allah. Sudah berapa banyak korban Iblis yang mereka selamatkan, berapa banyak orang sesat tak berharga yang memberi petunjuk.
Aduhai alangkah indah prestasi mereka untuk manusia tapi alangkah buruk balasan manusia kepada mereka. Mereka membersihkan Kitabullah dari perubahan orang-orang yang melampaui batas, muslihat ahli batil, dan takwil orang-orang yang jahil: Yakni orang-orang yang mengibarkan bendera bid’ah dan melepaskan ikatan fitnah. Mereka itu berselisih tentang Al-Quran, menyelisihi Al-Quran, dan bersepakat untuk meninggalkan Al-Quran. Mereka mengatakan terhadap Allah, tentang Allah, dan tentang Kitabullah tanpa ilmu. Mereka berbicara dengan ayat mutasyabih (samar-samar) dan menipu orang bodoh dengan kesamaran itu. Kita berlindung kepada Allah dari fitnah orang-orang yang menyesatkan.” (Ar-Radd ‘Ala Az-Zanadiqah wal Jahmiyah, ms. 6)
Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Shalfiq Azh-Zhufairi berkata:
“Maka ulama rabbani sebagaimana yang disifatkan oleh Al-Ashbahani -ringkasnya- adalah orang-orang yang alim tentang syariat Islam, mengikuti Sunnah, dan beragama kepada Allah dengan Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan pemahaman salafus soleh.
Adapun ahli kalam, mereka itu bukan ulama semisal dengan mereka di zaman kita ini adala orang-orang yang mendapat gelaran cendikiawan muslim, pemikir, ahli waqi’ (realiti), atau politik. Maka bagaimana kita akan merasa aman terhadap agama dan aqidah kita di saat kita berpegang kepada orang yang seperti mereka itu atau kita membawa para pemuda dan orang-orang kepada mereka?
Kemudian orang yang mengetahui sejarah umat Islam sejak terbitnya fajar Islam, anak jelas kelihatan baginya bagaimana Allah menjaga agama-Nya setelah pemergian Nabi, ulama Ahli Sunnah dan Ahli Hadis.
Merekalah yang melakukan perjalanan dari satu negeri ke negari lainnya untuk mengumpulkan hadis Rasulullah kemudian membukukannya dalam lembaran-lembaran dengan berbagai-bagai ragam seperti Musnad, Majma’, Mushannaf, Sunan, Muwatto’, kitab-kitab Zawa’id, dan Mu’jam. Mereka menjaga hadis-hadis Rasulullah dari pemalsuan para pemalsu dan kebohongan dari para pembohong, membezakan antara yang sahih dengan yang cacat. Mereka meletakkan kaedah-kaedah hadis, yang dengannya dapat dibezakan antara hadis yang dapat diterima atau ditolak dan dengannya para perawi dapat dikenalpasti. Mereka tuliskan nama-nama orang yang tsiqah, dhaif, atau pemalsu. Mereka menukilkan pemerhatian para imam jarah wat ta’dil (cercaan dan pujian) tentang orang-orang itu. Bahkan mereka menyendirikan riwayat satu orang rawi; riwayat penduduk Syam, penduduk ‘Iraq, penduduk Hijaz, riwayat seseorang sebelum pemikirannya kacau dan sesuadahnya dan seterusnya.
Sesungguhnya orang-orang yang mengetahui ilmu ini, pembahagian, jenis, dan kitab-kitab yang menuliskan tentangnya, tentu akan merasa kagum melihat betapa besar bantuan mereka terhadap hadis Nabi.
Mereka pulalah yang berdiri tegak menjelaskn aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dengan semua babnya, membantah ahli bid’ah dan penyimpang, memperingatan dari ahlul ahwa dan bid’ah, melarang duduk dan berbicara dengan mereka, tidak membalas salam mereka. Bahkan mereka melarang menikah dengannya sebagai penyandaran bagi dia dan orang-orang sepertinya. Mereka menulis karangan yang sangat banyak tentang ini (berkenaan sikap ahli sunnah terhadap ahli bid’ah).
Merekalah yang banyak bergerak mengumpulkan hadis-hadis dan atsar untuk mentafsirkan Al-Quran seperti Tafsir Abi Hatim, Ash-Shan’ani, An-Nasai. Dan diantara mereka ada yang mentafsirkan Al-Quran secara sempurna, seperti Tafsir At-Thabari, Ibn Katsir, dan lainnya. Mereka meletakkan kaedah-kaedah penafsiran Al-Quran, serta membezakan antara tafsir dengan atsar dan antara tafsir dengan rakyi (akal).
Merekalah yang menyusun kitab fiqh lantas menulis kesemua babnya, membahas permasalahannya, menjelaskan hukum syariat yang berhubungan dengan amalan disertai dalil-dalilnya dengan terperinci dari Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. Mereka meletakkan kaedah-kaedah fiqh yang menggabungkan persoalan furu’ (cabang) yang banyak namun disatukan oleh satu ‘illah (sebab). Mereka meletakkan usul fiqh yang menjadi dasar penimbang hukum furu’ syariat.
Merekalah yang menulis tentang sirah, tarikh, adab, zuhud, pelembut hati, bahasa, nahu dan selainnya dalam bidang yang sangat banyak.
Ulama itu pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, namun hanyalah mewariskan ilmu. Ulama Ahlus Sunnah telah mendapatkan jatah yang paling sempurna dari ilmu tersebut. Mereka mengumpulkan ilmu, menjelaskan agama kepada manusia, membela sunnah dan aqidah yang murni untuk umat. Mereka itu seperti Ahmad bin Hanbal, Ad-Darimi, Al-Bukhari, Muslim Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Malik bin Anas, Sufyan ats-Tsauri, ‘Ali bin AlMadini, Yahya bin Sa’id Al-Qahthan, Asy-Syafi’i, ‘Abdullah bin Al-Mubarak, ‘Abdurrahaman bin Mahdi, Ibn Khuzaimah, Ad-Daruqutni, Ibn Qudamah Al-Maqdisi, Ibn Abdil Barr, Al-Khatib Al-Baghdadi, dan banyak lagi.
Demikian juga orang-orang yang menelusuri jejak para ulama itu seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah beserta murid-muridnya: Aibnul Qayyim, Adz-Dzahabi, dan Ibn ‘Abdil Hadi, yang telah mengarang banyak sekali kitab yang bermutu, membela aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, menerangkan agama Islam yang sahih disertai dalil-dalilnya yang tegas dan bukti memuaskan.
Sampai sekarang ni, para penuntut ilmu masih menuntut ilmu fiqh melalui kitab-kitab mereka ini dan mengambil darinya. Bahkan sekalipun dipelbagai universiti dan majlis ta’lim. Semuanya menjadikan karangan para ulama tersebut sebagai silibus pembelajaran.
Demikian pula orang-orang yang berjalan mengikuti manhaj mereka, seperti Mujaddid Dakwah Tauhid Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab, anak-anak dan para ulama Najd, murid-muridnya beserta orang-orang yang menempuh jalan yang sama dari para ulama dunia Islam, seperti Asy-Syaukani, Ash-Shan’ani, ulama India, ulama Mesir (Muhibuddin Al-Khatib, Ahmad Syakir, Muhammad Hamid Al-Faqi), ulama Sudan, Maghribi dan Syam. Semuanya bangkit menyebarkan hadis dan aqidah salafiyah di masing-masing negeri mereka...
Di antara ulama kotemporari kita -sebagai contoh, tidak meliputi kesemuanya-:
1 - Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, Bekas Mufti Kerajaan Arab Saudi.
2 - syeikh Muhaddis Muhammad Nasiruddin Al-Albani.
3 - Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah ‘Alu Asy-Syaikh.
4 - Syeikh Shalih Al-Athram.
5 - Syeikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin.
6 - Syeikh Shalih Al-Fauzan
7 - Syeikh Abdullah Al-Ghadayyan.
8 - Syeikh Al-Luhaidan.
9 - Syeikh ‘Abdurrazzaq ‘Afifi
10 - Syeikh At-Tuwaijiri.
11 - Syeikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad.
12 - Syeikh Hammad Al-Anshari.
13 - Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali.
14 - Syeikh Muhammad Aman Al-Jami.
15 - Syeikh Ahmad Yahya An-Najmi.
16 - Syeikh Zaid bin Muhammad Hadi Al-Madkhali.
17 - Syeikh Shalih As-Suhaimi.
18 - Syeikh Shalih Al-‘Abud, dan para ulama negeri Islam lainnya.
Kita memohon kepada Allah Dat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri untuk selalu menjaga mereka yang masih hidup dan merahmati yang telah meninggal, memberi kita taufiq agar dapat menempuh jalan mereka, serta mengumpulkan kita dan mereka bersama Nabi Muhammad contoh teladan kita di dalam Firdaus tertinggi.” (Dinukil dari ‘Hujah Atas Pengekor Hawa & Pengkhianat Sunnah, Asy-Syeikh ‘Abdullah bin Shalfiq Azh-Zufairi, Pustaka Al-Haura, ms. 104-111. Judul Aslinya: Sillu As-Suyuf wa Al-Alsinah ‘ala Ahli Al-Ahwa wa Ad’iya As-Sunnah.)

Apabila ulama’ mendiamkan diri dari berkata benar
Hakikatnya, bukan sahaja golongan ulama,
tetapi setiap individu muslim wajib menegakkan kebenaran dan mencegah
kemungkaran. Namun, bagi golongan ulama mereka mempunyai amanah yang
lebih berat. Ini kerana ilmu yang ada pada mereka sepatutnya menjadikan
mereka lebih ke hadapan dalam membela agama Allah.
1. Ungkapan “Orang yang diam dari
bercakap benar adalah syaitan bisu” bukanlah hadis yang sah. Walaupun ia
terkenal, namun tiada riwayat yang sahih, ataupun daif dalam mana-mana
kitab hadis yang meriwayatkannya. Maka, berhati-hati dalam menyandarkan
sesuatu kepada Rasulullah S.A.W.
2. Allah Maha Adil. Islam tidak pernah
menyatakan manusia dinilai berdasarkan gelaran mereka. Sebaliknya,
berdasarkan tanggungjawab yang ditunaikan. Demikianlah juga para ulama.
Bahkan Al-Quran tidak pernah menyamakan sesiapa pun dengan anjing
melainkan ulama yang gilakan dunia sehingga membelakangkan ilmu
agamanya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Maka ulama tiada nilainya jika menyembunyikan kebenaran. Bahkan Allah samakan mereka dengan anjing!
3. Seseorang yang memenuhi poket dengan
gaji yang besar tetapi menyembunyikan atau mendiamkan diri dari
menegakkan kebenaran sedangkan dia mampu, itu adalah dosa yang amat
besar. Allah menyifatkan habuan dunia yang diperolehi itu sekadar
memenuhi perut dengan neraka. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).
4. Beberapa buku sejarah menyebut satu
kisah yang menarik untuk direnungi. Pada zaman pemerintahan Khalifah
Yazid bin ‘Abd al-Malik (meninggal 105H), gabenor Iraq ketika itu ialah
‘Umar bin Hubairah. Gabenor tersebut telah memanggil dua orang tokoh
ilmuwan besar umat ketika itu; ‘Amir al-Sya’bi dan al-Hasan al-Basri.
Beliau bertanya mereka berdua mengenali arahan-arahan Khalifah Yazid bin
‘Abdul Malik yang datang kepadanya. Ada antaranya ada yang menyanggahi
kebenaran.
Kata ‘Umar bin Hubairah: “Jika aku taatkan Khalifah, aku menderhakai Allah, jika aku mentaati Allah aku akan menderhakai Khalifah”. Apa pendapat kamu?”.Jawab al-Sya’bi: “Engkau hanya menjalankan tugas, dosa ditanggung oleh Khalifah”.Tanya ‘Umar bin Hubairah kepada al-Hasan al-Basri: “Apa pendapatmu pula?”.Jawab al-Hasan: “Wahai Gabenor! Engkau telah pun mendengar pendapat al-Sya’bi tadi”.Kata gabenor: “Aku mahu pendapatmu”.Kata al-Hasan al-Basri:“Wahai ‘Umar bin Hubairah, akan datang kepadamu malaikat Allah yang bengis lagi tidak menderhakai perintah Allah, dia akan mengeluarkan engkau dari istanamu yang luas ke kuburmu yang sempit. Jika engkau bertakwa kepada Allah, Dia boleh melindungimu daripada tindakan (Khalifah) Yazid bin ‘Abdul Malik, adapun Yazid bin ‘Abdul Malik tidak dapat melindungimu dari pada tindakan Allah. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta (Allah). Wahai ‘Umar bin Hubairah! Engkau jika bersama Allah dalam ketaatan kepadaNya, Dia memeliharamu daripada bahaya Yazid bin ‘Abdul Malik. Namun jika engkau bersama Yazid dalam menderhakai Allah maka Dia serahkan engkau kepada Yazid “. Lalu menangislah ‘Umar bin Hubairah. Ditanya al-Hasan mengapakah beliau melakukan demikian? Jawabnya: “Kerana perjanjian yang Allah meterai untuk para ulama berkaitan ilmu mereka –seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran 187-: (maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari mereka yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. (lihat: al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, 6/113, Al-Zahabi, Tarikh al-Islam, 2/333, Ibn Manzur, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 6/97).
5. Masyarakat Islam hendaklah diberikan
kesedaran bahawa tujuan pengajian agama bukan untuk mendapat habuan
dunia tetapi untuk menegakkan ajaran Allah dan rasulNya. Jika pelajar
agama atau ibubapa yang menghantar anak mempelajari agama meletakkan
dunia sebagai matlamat, maka ramailah ulama berkepentingan akan terus
muncul dan rosaklah masyarakat. Justeru, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).
6. Seorang tabi’in yang terkenal dengan
soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah
Sulaiman bin ‘Abdul Malik:
“Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umarak menganggap: tentu apa yang ulama cari yang ada di tangan kita ini lebih baik daripada apa yang ada di tangan mereka”. (Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).
Demikianlah, kita dapati sesetengah
golongan agama boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana
menghina diri di hadapan orang berkuasa.
7. Dosa ulama yang menyembunyikan
kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan
menerangkan semula hakikat yang sebenar. Firman Allah: (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
Kisah Benar, Bahaya Menghina Para Ulama
Sunday, February 27, 2011
Kisah Benar, Bahaya Menghina Para Ulama
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA (”,)
Mungkin kerana terlalu obseskan sesuatu fahaman akan hilanglah
akhlak dan moral yang telah digariskan agama, kerana bencikan sesuatu
maka luput jua akal dan pertimbangan. Begitulah yang terjadi dalam
penamaan calon PRK baru-baru ini.
Jika diteliti gambar di atas, mungkin ada yang “tidak kisah” dan
mungkin ada yang terkejut? Sedikit ulasan tentang gambar sepanduk yang
dipegang oleh dua orang anak muda. Cuba sahabat2 perhatikan dengan
teliti, gambar siapa yang tertera tu?
Semua pasti kenal kan? Saya cuma terkilan dan marah dengan
penghinaan yang dibuat kepada seorang ulama. Tak terfikir masih ada
seorang “Melayu” Islam yang tergamak melakarkan lukisan seumpama itu
terhadap seorang ulama? Ni bukan kempen politik ya, tetapi tentang adab
terhadap ulama yang menjadi waris para nabi.
Teringat saya satu kisah benar yang pernah berlaku di Pendang,
Kedah. Kisah ni diceritakan oleh seorang ustaz, Ust Aminuddin Abd Rahim
yang pernah menuntut di sebuah madrasah ketika zaman persekolahannya
dulu. Mudir madrasah itu seorang ulama terkenal di Kedah, siapa orang
Pendang mungkin akan kenal nama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Aziz
Ibrahim Pendang, seorang wali Allah.
Dikisahkan seorang anak muridnya telah menghina beliau ketika
berlangsungnya pilihn raya di kawasan terbabit. Ketika sedang
berceramah untuk sebuah parti X, bekas anak murid beliau telah
mengeluarkan kata2 kesat sambil menghina madrasah dan Tok Guru Aziz
Pendang. Berita tersebar hingga kepada pengetahuan Tok Guru Aziz sambil
menyumpah akan gila budak itu suatu hari nanti. Akibat doa tersebut,
itu lah yang berlaku selepas beberapa lama masa berlalu…
Waspada lah dengan doa para ulama, kerana ruh dan jasad mereka
sangat dekat dengan pencipta. Sekalipun berlainan fahaman dan haluan,
tidak menjadi masalah untuk kita elakkan daripada melakukan penghinaan
sedemikian. Berpolitik lah dengan bijak dan matang, moga dirahmati-NYA
(”,)
*Tuan Guru Aziz Ibrahim merupakan anak kepada seorang ulama
Kedah yang terkemuka yang membuka pondok di Gajah Mati, Pendang iaitu Tuan Guru Hj Wan Ibrahim (Pak Cu Him) (klik untuk kenali sejarah beliau)
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahwa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, karena doa tersebut tidak adah hijab (penghalang) diantara dia dengan Allah”. (H.R. Bukhari dan Muslim)
“ … Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para
pemuka kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan
dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan
manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah
harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan
beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu
yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)http://mohamadazhan.blogspot.com/2011/02/bahaya-menghina-para-ulama-kisah-benar.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan