Kemenangan sentuh hati ahli PAS Melaka
Ahmad Danial, | 22 Mei 2013 |
MELAKA:
Pusat Khidmat Adun Bukit Baru bersama PAS Melaka dan PAS Kawasan Bukit
Katil akan mengadakan kenduri kesyukuran khusus untuk petugas-petugas
PRU13 daripada PAS dan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Melaka pada 24
Mei ini bermula jam 5.00 petang.
Kenduri itu akan diadakan di atas sebidang tanah lapang yang dinamakan Dataran Kebangkitan Rakyat yang terletak betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil.
Pengarah Sekretariat Pusat Khidmat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya berkata program tersebut amat besar maknanya kepada ahli dan penyokong PAS Melaka berikutan kejayaan PAS memenangi Dun Bukit Baru pada PRU13, 5 Mei lalu.
“Kita menang julung-julung kali dan ia amat menyentuh hati dan perasaan ahli PAS Melaka.
“Kita sudah berjuang lebih 50 tahun, baru sekarang Allah kurniakan kemenangan, sudah tentu kita ingin raikan nikmat Allah ini dengan rasa syukur dan gembira,” ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Katanya, PR telah menunjukkan kejayaan memberangsangkan pada PRU13 lalu, dan mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menguasai negeri Melaka dan Putrajaya pada PRU14 nanti.
Menurutnya Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan bersama-sama dengan semua wakil rakyat PR Melaka dalam majlis kenduri tersebut.
Pada sebelah malam pula, di tempat yang sama akan diadakan Himpunan Black505 di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PR Melaka akan menyerikan himpunan aman tersebut.
Pada PRU13 baru-baru ini, PAS Melaka memenangi Dun Bukit Baru melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim yang mengalahkan calon BN, Karim Yaakob dengan majoriti 48 undi. Khalid memperolehi 9,292 undi manakala Karim mendapat 9,244 undi.
Selain itu PR memenangi 6 Dun lain menerusi DAP iaitu Dun Duyong, Bandar Hilir, Kota Laksamana, Kesidang, Bachang dan Ayer Keroh. Manakala 2 kerusi Parlimen yang dimenangi PR ialah Kota Melaka (DAP) dan Bukit Katil (PKR).
PRU ke-13 telahpun berlalu. Yang tinggal hanya timbunan sampah saraf
perkauman, yang di bawahnya kelihatan bara api yang sukar dipadamkan.
Ini adalah akibat daripada kemunduran cara berfikir pemimpin politik perkauman yang membakar semangat perkauman, terutama kepada rakyat di pedalaman ketika berkempen, malah selepas PRU juga.
Perkauman adalah sampah di sesebuah negara. Ia kotoran yang membunuh kemanusiaan, rasa kasih sayang, menanamkan kebencian antara satu kaum dengan kaum yang, membina perseteruan yang tajam.
Malangnya, api perkauman bermunculan di negara yang indah ini selepas PRU yang lalu dengan keadaan yang amat mengerikan.
Kenyataan demi kenyataan daripada pemimpin rasis dan mereka yang sealiran fikiran dengannya sangat dahsyat dan boleh menjejaskan kestabilan negara. Ia ditiupkan dengan kencang, apabila mereka menganggap keputusan PRU itu sebagai ‘tsunami Cina’ kerana BN kebanyakannya tewas di kawasan bandar dan semi bandar. Iaitu DAP menang di kawasan bandar, pada hal, begitu ramai pengundi Melayu di bandar turut mengundi Pakatan Rakyat.
Golongan perkauman ini bercakap, ‘Apa lagi yang Cina Mahu’, mengesyorkan supaya sekolah jenis kebangsaan dihapuskan, boikot barangan Cina dan pelbagai lagi kata-kata tajam yang memancarkan api perkauman yang mengerikan.
Kenyataan perkauman seumpama ini tidak mudah untuk dihentikan dan tidak ada siapa yang boleh menghentikan, walaupun agama Islam menentang perkauman dan menganggapnya haram. Hadis sahih Nabi SAW sendiri menyebut, “Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman)”. Ini kenyataan yang sangat tegas dari Nabi SAW.
PAS sendiri sebagai parti yang berasaskan Islam menentang perkauman, sudah sangat lama mengenengahkan hadis ini ke tengah masyarakat, namun perkauman masih juga bersemarak. Malah, di kampung-kampung, sebelum dan sesudah PRU, tiupan perkauman lebih kencang lagi.
Malangnya, sesetengah penceramah di masjid dan surau kelihatannya tidak berminat – entah atas sebab apa – untuk memberitahu bahaya perkauman yang ditentang oleh Islam sendiri. Kuliah yang diberi tidak membahaskan persoalan penting ini dan ini menyebabkan rakyat, khususnya jamaah masjid, tidak diberikan huraian yang jelas mengenai bahaya perkauman. Maka terus suburlah bahaya perkauman itu.
Perlu ditegaskan, aliran pengundian dalam PRU yang lalu sama sekali bukan pengundian berbentuk perkauman. Orang Melayu, terutama di bandar dan semi bandar ada juga yang mengundi calon DAP atau PKR yang bukan Melayu. Sebaliknya, orang Cina juga banyak yang mengundi calon PAS dan PKR, di samping calon DAP.
Secara kebetulan, calon DAP banyak bertanding di bandar, di samping calon PKR, sementara calon PAS banyak bertanding di semi bandar dan kampung. Maka pengundi bandar dan semi bandar membuat pilihan sedemikian rupa dan ini bukan aliran perkauman seperti yang didakwa. Iaitu kononnya Cina hanya mengundi DAP, pada hal masih ada juga pengundi Cina dan Melayu di bandar yang mengundi BN, walaupun mungkin jumlahnya kecil.
Menurut tinjauan, pengundi Cina, malah Melayu juga yang menolak BN bukan kerana sentimen perkauman, tetapi kerana menentang rasuah, nipotisme, kronisme, pembaziran dan lain-lain yang masih mendominasi BN dan BN tidak berdaya mengatasinya.
Di samping itu, jumlah 40 peratus pengundi muda (30 tahun ke bawah) yang keluar mengundi secara besar-besaran - ada yang beratur di saluran 6 dan 7 hingga 2 jam lebih – memihak kepada Pakatan Rakyat. Hal ini kerana, seperti diketahui umum, mereka terdedah kepada pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber. Mereka bukan pelanggan akhbar harian, TV1 atau TV3 dan mereka tidak bersikap rasis.
Oleh itu aliran pengundian, khususnya di bandar dan di luar bandar bukan aliran pengundian berdasarkan perkauman.
Sementara itu dalam tinjuan saya dibeberapa kawasan pedalaman, khususnya di kawasan Felda di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor sendiri, didapati sudah ramai peneroka dan anak peneroka Felda yang menyokong Pakatan Rakyat. Ertinya sudah ada perubahan dan mereka tidak perkauman.
Sebaga contoh, saya telah mengikuti kempen calon PAS di Jelebu, Aiman Atirah Al-Jundi atau Raj Munni Sabu dan calon PAS di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin. Kedua-dua kawasan parlimen itu ada tanah rancangan Felda, terutama di Jempol yang mempunyai kawasan Felda begitu luas sekali.
Aishah mendapat 22,495 undi (32 peratus), sementara Aiman Atirah mendapat 15,013 undi (31 peratus), menunjukkan pengundi Felda juga sudah ramai menyokong calon Pakatan Rakyat. Demikian juga pengundi di tanah rancang Felda di Pahang, Johor, Perak dan Selangor, sudah ramai yang mengundi Pakatan Rakyat. Mana ada unsur perkauman.
Saya yakin, masanya akan tiba tidak lama lagi bahawa fahaman perkauman akan beransur luput apabila semakin ramai pengundi di Malaysia, terutama di luar bandar, boleh berfikir dan sedar akan bahaya perkauman, seperti kata Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru, Datuk Idris Jauzi, “Apabila perkauman tidak ada lagi, maka Umno/BN pun tidak akan ada lagi.”
Kini, sementara kita menunggu dengan sabar proses bantahan keputusan PRU itu di mahkamah, yang mungkin mengambil waktu lama, kita mengharapkan ahli parlimen baru Pakatan Rakyat akan membawa isu-isu penting, bagaimana semua pihak boleh menghapuskan fahaman perkauman, isu penipuan dalam PRU, cukai GST serta isu lain.
Ahli baru Parlimen, umpamanya, Rafizi Ramli, Hanifah Maidin, Datuk Raja Bahrin, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Zairil Khir Johari, Datuk Idris Jauzi, Wong Chen dan lain-lain diharapkan akan membahaskan pelbagai isu dengan hujah dan fakta yang meyakinkan.
Rakyat mengharapkan wakil-wakil parlmen daripada PR akan tampil sebagai pembela rakyat kerana mereka mahukan perubahan.
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibu bapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa.
Untuk renungan hari ini.
Senyum.

Sampah sarap perkauman selepas PRU
Abd Shukur Harun, | 22 Mei 2013 |

Semua tahu undi popular tak ubah apa-apa
Subky Latif, | 22 Mei 2013 |
SEMUA
tahu bahawa undi popular yang menjadi isu panas tidak akan memberi
apa-apa makna selagi pihak yang dapat undi popular itu gagal memperolehi
majoriti di Parlimen dan di Dun.
Sistem pilihan raya yang terpakai di negara kita, adalah mengikut model demokrasi Westmenster Abbey di Britian iaitu yang berkuasa ialah yang mendapat kerusi terbanyak di dewan permesyuaratan, bukan yang mendapat undi terbanyak pada keseluruhannya.
Lainlah seperti sistem di Amerika dan lain-lain negara Eropah, undi popular itu membantu mendapat kuasa sekalipun kerusinya sikit.
Sistem kita tidak boleh diubah selagi perlembagaan tidak dipinda dan pindaan perlembagaan pula memerlukan undi dua pertiga. Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat majoriti mudah, tetapi tidak dapat majoriti dua pertiga, sistem itu tidak dapat diubah.
Keputusan PRU13 yang diakui oleh SPR jelas undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dicampur undi yang diberi kepada calon yang menentang BN kecuali undi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas, maka undi popular bagi pembangkang itu bertambah.
Bukan pertama kali dalam sejarah pilihanraya di negara kita pembangkang memenangi undi popular. Dalam PRU 1969 untuk Dun Terengganu, PAS memenangi undi popular tetapi Perikatan mendapat majoriti kerusi. Yang menjadi Menteri Besar ialah Tan Sri Ibrahim Fikri dari Perikatan.
Sekarang BN berdalih Pakatan yang beroleh undi popular itu di lima negeri termasuk di Wilayah Persekutuan, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tetapi di lain-lain negeri BN memenangi kerusi dan undi popular. Ia cuma memerintah Perak tanpa undi popular.
Walaupun BN dapat undi popular di lapan negeri serta kerusi majoriti iaitu Perlis Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, tetapi ia kalah undi popular di peringkat Parlimen.
Walaupun BN pada umumnya kalah undi popular tetapi ia memerintah kerana dapat banyak kerusi. Walaupun ia memerintah tetapi ia tetap memalukan kerana ia tidak dapat undi popular. Akan sentiasa lekat di otaknya bagi semua orang ia adalah pemerintahan yang tidak popular.
Pakatan boleh dan akan sentiasa bercakap lantang, hanya nasib baik saja BN memerintah kerana ia dapat banyak kerusi, tetapi ia juga kalah kerana gagal mendapatkan undi popular.
Sebenarnya ia tidak boleh berbangga sangat kerana bilangan kepala yang menolak BN dan pimpinan Najib lebih ramai. BN sudah tidak boleh berbangga seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menang kedua-dua – kerusi dan undi popular.
BN dan UMNO sekarang sudah tidak jadi BN di zaman Tunku, Tun Razak, Husein Onn dan Dr. Mahathir lagi. Masa itu ia dapat kerusi majoriti dan menang undi popular.
Jika Malaysia ini berada di negara-negara yang kemenangan itu ditentukan oleh undi popular, maka BN sudah terguling 6 Mei lalu dan Putrajaya terlucut daripadanya.
Kerana nasibnya baik undi popular yang tidak diperolehinya tetap membantunya mengekalkan kekuasaan. Ertinya ia menang secara teknikal saja.
Kalau wilayah Malaysia seperti sebuah kawasan pilihanraya, kemenangan adalah oleh pihak yang mendapat undi terbanyak, tak kira yang menang itu undi sikit di lokaliti tertentu, tetapi di lokaliti yang lain ia dapat undi banyak, maka jumlah undi yang banyak itulah yang menang.
Semangat dari undi popular inilah yang menguatkan semangat dan iltizam Pakatan untuk menguatkan meneruskan politiknya mara ke Putrajaya lagi.
Nasib Pakatan kurang baik, nasib BN baik ia menang dengan teknikal kerana perlembagaan menentukan begitu. Kegembiraan BN itu sama seperti kegembiraan Presiden Kristian di Lubnan dan Maharaja Hindu di Kashmir.
Perlembagaan masing-masing memperuntukan Presiden Lubnan mesti Kristian dan Maharaja Kashmir adalah Hindu walaupun majoriti rakyatnya rata-rata Islam. Politik yang macam itu menjadikan wilayah itu terus menerus bergolak.

Nasihat bagi yang suka marah-marah
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 22 Mei 2013 |
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibu bapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa.
Untuk renungan hari ini.
Senyum.
'Kabinet Najib sikit atas dari Ahmad Nisfu'
Harakahdaily, | 22 Mei 2013 |
ALOR SETAR: PAS menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib
Razak yang dibentuk dengan undi popular 47 peratus pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13) lalu, bukan sahaja kabinet minoriti tetapi juga mirip
'kabinet Ahmad Nisfu' dalam cerita Tiga Abdul yang turut dibintangi
Allahyarham P.Ramlee.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh hal yang demikian, Najib dan menteri-menteri kabinetnya perlu sedar, jangan terlalu berlagak atau angkuh dengan kuasa yang mereka ada kerana majoriti rakyat bukan lagi bersama BN.
"Alhamdulillah kita dapat 52 peratus sokongan pada PRU13 lalu. Dia (BN) dapat 47 peratus sahaja. Ahmad Nisfu dan Saleh Kamil 20 percent, kabinet Najib ini kabinet 47 percent sikit atas pada Ahmad Nisfu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul.
Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Selain mereka, turut hadir adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Ajak Mukhriz debat
Dalam ucpannya juga, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menyelar sikap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang melarang himpunan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Katanya, alasan yang diberikan Mukhris kononnya himpunan ini hanya sarat dengan fitnah dan menimbul ketegangan, hanya tuduhan jahat terhadap Pakatan Rakyat.
"Dia kata himpunan ini cuba menimbulkan fitnah, cuba menimbulkan ketegangan, akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan
"Ini bukan fitnah, bukan dakwaan kosong, ini fakta, semua orang tengok begitu teruknya berlaku penipuan (dalam PRU13 lalu).
"Saya bukan cabar Datuk Mukhriz, nanti orang kata saya sombong, tapi kalau dia kata dakwaan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat ini berbaur fitnah, ayuh buat forum terbuka debat antara saya dengan dia di bandar Alor Setar," tegasnya.
22 Mei 2013
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
kemungkinan tidak akan hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan
sebagai Adun Sungai Limau, kerana masih lemah selepas menjalani
pembedahan kaki.
Difahamkan, Azizan yang berjaya mempertahan kerusi disandangnya sejak tahun 1995, tidak dibenarkan doktor untuk hadir berikutan perlu menjalani rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang.
Perkara ini disahkan bekas Setiausaha Politik, Muhammad Sanusi Md Nor, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Azizan masih lemah untuk hadir, tambahan pula perlu menjalani rawatan mencuci luka sehingga sembuh. Walaupun tidak dapat hadir, saya percaya Azizan diberi pengecualian dalam hal ini kerana keadaan tidak mengizinkan beliau untuk hadir,” katanya.
Menurutnya, ketidakhadiran Azizan kelak bukan disengajakan dan tidak wajar dijadikan isu.
“Kemungkinan Azizan akan mengangkat sumpah jawatan Adun selepas itu, saya akan rujuk dengan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kelak,” katanya.
Dijangkakan majlis angkat sumpah akan berlangsung di dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, bulan depan, sewaktu persidangan Dewan Negeri bagi mesyuarat pertama penggal pertama Dun Kedah yang ke-13.
Seramai 36 Adun akan mengangkat sumpah jawatan baru, iaitu 21 Adun BN (19 Umno, 2 MCA) dan 15 Adun PR (9 Pas, 2 DAP, 4 PKR).
Menurut sumber dari Wisma Darul Aman, majlis angkat sumpah jawatan ini melibatkan kesemua Adun, termasuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker.
“Tarikh mengangkat sumpah yang dijadual 3 Jun ini ditangguh kepada satu tarikh yang belum ditetapkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, atas arahan Pejabat Menteri Besar,” katanya.
Bagaimana pun, katanya, ia perlu dibuat sebelum tempoh berakhir, iaitu tidak melebihi 90 hari daripada tarikh PRU13.
Mengulas mengenai kemungkinan ketidakhadiran Azizan pada majlis angkat sumpah jawatan, katanya, Azizan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa bersesuaian apabila Dun bersidang kelak.
“Azizan boleh mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun Sungai Limau, sama ada di hadapan Speaker di pejabatnya atau dalam bilik persidangan,” katanya.
Perasmian persidangan Dun Kedah pula dijadual Ogos depan, yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Adakah MCA hina Sultan Johor?
Posted on Wednesday, May 22 @ 08:40:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
" Mana lebih berkuasa antara Sultan Johor dengan Presiden MCA Chua Soi Lek ? Sultan titah mahu Cina(MCA) masuk kabinet Khaled Nordin.
Manakala MCA melalui lidah Presidennya mahu ADUN Pulau Sebatang dikenakan tindakan disiplin ke atas Tee Siew Keong.
Adakah Sultan Johor akan murka atas perangai MCA ini?
Adakah ahli-ahli PERKASA dan UMNO sudah siap sedia untuk berdemo depan Wisma MCA?
Adakah UMNO Johor berani berkata, " Sesiapa tiidak mahu patuh titah Sultan elok tinggalkan bumi Johor...." sepertimana Zahid Menteri Gari menjerit kepada pembantah PRU 13?
Barangkali jika terkena pada DAP maka menjerit,menyalak,maki hamunlah juak-juak UMNO dan PERKASA.
Lihatlah "permainan" ini sampai tamat.
Adakah MCA hina Sultan Johor?"
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh hal yang demikian, Najib dan menteri-menteri kabinetnya perlu sedar, jangan terlalu berlagak atau angkuh dengan kuasa yang mereka ada kerana majoriti rakyat bukan lagi bersama BN.
"Alhamdulillah kita dapat 52 peratus sokongan pada PRU13 lalu. Dia (BN) dapat 47 peratus sahaja. Ahmad Nisfu dan Saleh Kamil 20 percent, kabinet Najib ini kabinet 47 percent sikit atas pada Ahmad Nisfu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul.
Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Selain mereka, turut hadir adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Ajak Mukhriz debat
Dalam ucpannya juga, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menyelar sikap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang melarang himpunan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Katanya, alasan yang diberikan Mukhris kononnya himpunan ini hanya sarat dengan fitnah dan menimbul ketegangan, hanya tuduhan jahat terhadap Pakatan Rakyat.
"Dia kata himpunan ini cuba menimbulkan fitnah, cuba menimbulkan ketegangan, akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan
"Ini bukan fitnah, bukan dakwaan kosong, ini fakta, semua orang tengok begitu teruknya berlaku penipuan (dalam PRU13 lalu).
"Saya bukan cabar Datuk Mukhriz, nanti orang kata saya sombong, tapi kalau dia kata dakwaan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat ini berbaur fitnah, ayuh buat forum terbuka debat antara saya dengan dia di bandar Alor Setar," tegasnya.
Azizan tidak hadir majlis angkat sumpah Adun
22 Mei 2013
Difahamkan, Azizan yang berjaya mempertahan kerusi disandangnya sejak tahun 1995, tidak dibenarkan doktor untuk hadir berikutan perlu menjalani rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang.
Perkara ini disahkan bekas Setiausaha Politik, Muhammad Sanusi Md Nor, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Azizan masih lemah untuk hadir, tambahan pula perlu menjalani rawatan mencuci luka sehingga sembuh. Walaupun tidak dapat hadir, saya percaya Azizan diberi pengecualian dalam hal ini kerana keadaan tidak mengizinkan beliau untuk hadir,” katanya.
Menurutnya, ketidakhadiran Azizan kelak bukan disengajakan dan tidak wajar dijadikan isu.
“Kemungkinan Azizan akan mengangkat sumpah jawatan Adun selepas itu, saya akan rujuk dengan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kelak,” katanya.
Dijangkakan majlis angkat sumpah akan berlangsung di dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, bulan depan, sewaktu persidangan Dewan Negeri bagi mesyuarat pertama penggal pertama Dun Kedah yang ke-13.
Seramai 36 Adun akan mengangkat sumpah jawatan baru, iaitu 21 Adun BN (19 Umno, 2 MCA) dan 15 Adun PR (9 Pas, 2 DAP, 4 PKR).
Menurut sumber dari Wisma Darul Aman, majlis angkat sumpah jawatan ini melibatkan kesemua Adun, termasuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker.
“Tarikh mengangkat sumpah yang dijadual 3 Jun ini ditangguh kepada satu tarikh yang belum ditetapkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, atas arahan Pejabat Menteri Besar,” katanya.
Bagaimana pun, katanya, ia perlu dibuat sebelum tempoh berakhir, iaitu tidak melebihi 90 hari daripada tarikh PRU13.
Mengulas mengenai kemungkinan ketidakhadiran Azizan pada majlis angkat sumpah jawatan, katanya, Azizan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa bersesuaian apabila Dun bersidang kelak.
“Azizan boleh mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun Sungai Limau, sama ada di hadapan Speaker di pejabatnya atau dalam bilik persidangan,” katanya.
Perasmian persidangan Dun Kedah pula dijadual Ogos depan, yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Adakah MCA hina Sultan Johor?
Posted on Wednesday, May 22 @ 08:40:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
" Mana lebih berkuasa antara Sultan Johor dengan Presiden MCA Chua Soi Lek ? Sultan titah mahu Cina(MCA) masuk kabinet Khaled Nordin.
Manakala MCA melalui lidah Presidennya mahu ADUN Pulau Sebatang dikenakan tindakan disiplin ke atas Tee Siew Keong.
Adakah Sultan Johor akan murka atas perangai MCA ini?
Adakah ahli-ahli PERKASA dan UMNO sudah siap sedia untuk berdemo depan Wisma MCA?
Adakah UMNO Johor berani berkata, " Sesiapa tiidak mahu patuh titah Sultan elok tinggalkan bumi Johor...." sepertimana Zahid Menteri Gari menjerit kepada pembantah PRU 13?
Barangkali jika terkena pada DAP maka menjerit,menyalak,maki hamunlah juak-juak UMNO dan PERKASA.
Lihatlah "permainan" ini sampai tamat.
Adakah MCA hina Sultan Johor?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan