Jumaat, 24 Mei 2013

GITU2LAH...ADA YANG KENA ADA YANG TAK KENA...FIKIRLAH SENDIRI


Zahid: 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan

23 Mei 2013
AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA - Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.
"Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan," katanya.
Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.
"Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet," katanya.
Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. - Bernama
Zahid: 'Saya tak campur tangan'
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2013
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Polis mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis bagi membantu siasatan berhubung cubaan menggulingkan kerajaan, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Ahmad Zahid, penahanan tiga lagi individu hari ini di bawah Akta Hasutan bebas daripada sebarang campur tangan politik dan di bawah tanggungjawab polis sepenuhnya.

"... segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.

"Dan saya tidak langsung campur tangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya ketika ditemui wartawan, di Putrajaya, hari ini.

Tengahari tadi kecoh apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua, aktivis 'Asalkan Bukan Umno' (ABU), Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan polis dalam tiga operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai mempunyai hubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall.

Ia turut dikaitkan dengan ucapan dalam perhimpunan 13 Mei lalu, di mana aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim turut ditahan kerana didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan dalam program itu.

Adam Adli ditahan reman selama lima hari dan dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes Adam Adli akan didengar pada Julai depan.
BN kaji fail petisyen keputusan PRU13

23 Mei 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata panel peguam parti sedang meneliti perkara terbabit.
"Kita sedang lihat kesemua kawasan yang kita menang dan kalah tipis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan itu calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. - Bernama
Rafizi akan dibicarakan tuduhan langgar Bafia

23 Mei 2013
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
PUTRAJAYA - Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengetepikan tuduhan itu.
Panel tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata rayuan itu tidak mempunyai merit.
"Dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai bukti," katanya.
Apandi juga memerintahkan perbicaraan kes ini dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam.
Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.
Pada pendengaran rayuan itu hari ini, peguam R.Sivarasa, yang mewakikili Rafizi, berkata tuduhan terhadap anak guamnya itu patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam.
Katanya pendakwaan terhadap Rafizi, 37, atas tuduhan melanggar Bafia adalah bersifat menindas dan menyalah guna proses mahkamah, manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.
Apandi memberitahu Sivarasa bahawa pendakwa raya, yang juga Peguam Negara, diberi kuasa budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Katanya walaupun mahkamah itu mempunyai kuasa, termasuk di bawah Kanun Aturcara Jenayah, untuk mengetepikan tuduhan, tetapi ia mestilah bagi keadaan khusus dan tertentu sahaja.
Timbalan Pendawka Raya Nahra Dollah tidak memberi sebarang hujah secara lisan tentang kenyataan panel itu bahawa mereka telah membaca hujah bertulis yang dikemukakan pihak pendakwa dan Rafizi.
Exco kesal Rektor Insaniah letak jawatan tiba-tiba

23 Mei 2013
BALING - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
Katanya sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Insaniah.
"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar.
Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.
"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu.
Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Insaniah di Kuala Ketil.
Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Insaniah peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.
Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Insaniah serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Insaniah.
Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Insaniah bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.
Kerajaan negeri dan Insaniah juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.
Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.
BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diteraju Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.
Mengulas pelantikan rektor baru, Tajul Urus berkata seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Insaniah.
Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.
"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Insaniah dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan.
Apa yang penting, kita mahu Insaniah sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.
Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Insaniah jika tindakan itu memberi manfaat kepada Insaniah.
Insaniah kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - Bernama
Azizan: Reda kaki dipotong
MOHD ISKANDAR OTHMAN
23 Mei 2013
AZIZAN
AZIZAN
GEORGETOWN - Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

“Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.

Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Bagaimanapun Mohd Helmi berkata, beliau tidak dapat menjangkakan sehingga bila Azizan akan menerima rawatan di HPP.

"Mungkin sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar," katanya.
Pada Ogos tahun lepas, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Beliau didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.
Pada 10 September tahun lepas, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.
Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 November tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Sivarasa memberitahu pemberita pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan itu. - Bernama
Polis tahan 3 individu berhubung ceramah berbaur hasutan

23 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan menahan tiga individu berhubung ceramah berbaur hasutan yang disampaikan mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan anggota Pas, Tamrin Ghafar yang ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk diambil keterangan dan kita lihat sejauh mana mereka bekerjasama.
"Polis berhak menahan mereka selama 24 jam yang pertama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Menurutnya sama ada polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiganya bergantung kepada proses siasatan yang masih berjalan. - Bernama
PKR akan fail 27 petisyen terhadap keputusan PRU13

23 Mei 2013
KUALA LUMPUR - PKR akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di mahkamah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan PRU13 pada 5 Mei, semalam.
  
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata petisyen itu, yang melibatkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), akan difailkan dalam masa terdekat.
  
"Kita akan mengkordinasikan proses memfailkan petisyen itu dengan anggota pakatan kita yang lain, DAP dan Pas," katanya kepada Bernama.
  
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai hari ini.
   
Abdul Aziz berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
  
PKR memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 30 kerusi pada PRU12.

PKR memenangi 30 daripada 89 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13. - Bernama
Rogol kenalan facebook, 11 tahun penjara
ADILA SHARINNI WAHID
23 Mei 2013
Rogol kenalan facebook, 11 tahun penjara
Tertuduh (dua kiri) kini sedang menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Melaka bersabit kesalahan mencuri motosikal.
KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.

Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.

Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.

Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.

Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.

Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.

Mohd Yusuff bagaimanapun bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin dalam mengutamakan kepentingan awam, melihat tujuh rekod lampau tertuduh dan mengambil kira trauma dialami mangsa serta keluarga sebelum menjatuhkan hukuman.

“Tempat bukan persoalan untuk kita jadi baik atau tidak. Ia bergantung pada diri sendiri. Berubahlah, kamu sahaja yang boleh mengubah diri kamu sendiri dan bukan orang lain.
Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu untuk menjadi lebih baik,” katanya.
Ambiga : 'Akta Hasutan sudah tidak relevan'
NIZAM ZAIN
23 Mei 2013
Ambiga
Ambiga
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga mendakwa penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim merupakan satu pelanggaran terhadap sistem demokrasi di negara ini susulan akta itu dalam proses untuk dimansuhkan.

Beliau yang ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 1 mendakwa pertuduhan Akta Hasutan terhadap Adam Adli itu juga dilihat sebagai pendakwaan terpilih, semata-mata mahu menghukum pihak tertentu sahaja.

"Undang-undang itu tidak relevan digunakan oleh sesiapa dan tidak boleh mengenakan dakwaan kepada sesiapa pun.

"Jangan gunakan sistem keadilan jenayah dan undang-undang ini dengan cara menghukum satu atau dua orang saja.

"...sebab itu kami fikir ia adalah pendakwaan terpilih sekaligus menyalahi sistem keadilan negara ini," katanya selepas perbicaraan Adam Adli di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, di sini, hari ini.

Adam Adli ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B  Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada hari ini.

Adam Adli, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Penahanannya mendapat bantahan meluas di seluruh negara, manakala nyalaan lilin dilakukan di hadapan Pusat Tahanan Jinjang, tempat Adam Adli ditahan bermula hari pertama sehingga malam tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran berkata, pendakwaan terhadap Adam Adli itu tidak mempunyai asasnya sambil menyifatkannya sebagai berat sebelah.

"Ia adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai asas langsung kerana banyak kes seperti kes bekas hakim Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang serius dan boleh menimbulkan perpecahan kaum, tiada tindakan diambil.

"Akta hasutan perdana menteri pun telah menyatakan akan dimansuhkan tetapi PM Najib masih menggunakan akta hasutan yang zalim dan jahat," tegasnya.

Oleh kerana itu, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk membatalkan dakwaan terhadap bekas mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: