Posted on Thursday, May 23 @ 23:34:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Operasi borong bakal mengganas. Dimulai dengan Adam Adli, Tian Chua dan Tamrin Ghafar.
Semuanya dibawah Akta Hasutan.
Jika dahulu akta ISA. Kini ISA sudah dikebumikan walaupun masih ada warga Kemunting di sana.
Selepas ini siapa pula bakal "diborongi" anak buah Zahid Hamidi.
Melihat kepada situasi sekarang, ianya bakal mengulangim Operasi Lalang dan era Reformasi.
Cuma bezanya, dulu pakai borong guna ISA. Kini selepas ISA sudah menjadi mendiang, akta Hasutan pula digunapakai.
Mukaddimah operasi borong di mulai dengan budak Adam Adli dan tentunya di khatamkan dengan Anwar Ibrahim.
Adam, Chua dan Tamrin di tahan atas tuduhan menghasut.
Persoalan, bila lagi mantan Hakim Mohd Noor Abdullah dan Pengarang UTUSAN mahu digari anak buah Zahid atas tuduhan menghasut?
Adakah jika berlawanan pendapat dengan pemerintah dikatakan menghasut tetapi jika satu mazhab dengan UMNO dikatakan patriotik dan terpuji?
Dulu Lalang... kini Borong!"
Kalaulah Banglasia tidak mengundi!
Posted on Thursday, May 23 @ 23:29:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Malaysia negara majmuk dengan etnik Melayu, Cina dan India membentuk komposisi etnik dominan semasa merdaka dari British. Lahirnya Perikatan dan kemudian BN adalah untuk memastikan ketiga tiga etnik ini berkongsi kuasa politik.
Tetapi melalui BN, bukan kuasa politik sahaja dikongsikan tetapi harta negara turut dikongsikan seperti lanun merompak tanpa belas kasihan. Era baru menyaksikan kemajmukan negara semakin berkembang dengan lahirnya etnik baru yang dikenali Banglasia yang dilahirkan oleh BN.
Etnik Bangasia turut berkongis kuasa politik negara dan harta rakyat cuma bezanya mereka hanya menjadi penyelamat BN ketika BN sudah berada dalam situasi yang amat genting.
Banglasia turut menjadi penyebab kerajaan BN masih berkuasa sehingga hari ini. Tanpa mereka kerajaan BN mungkin sudah berakhir. Sementara kehadiran Banglasia semasa mengundi sudah tidak boleh dinafikan lagi serta disaksikan sendiri oleh rakyat keturunan lain, maka lahir dua golongan di kalangan rakyat keturunan lain, ia itu golongan yang menyokong kehadiran mereka dan golongan yang menentang.
Golongan yang menyokong didengari menafikan kehadiran mereka yang memberi undi kepada BN sementara golongan yang menentang merasakan tidak puas hati serta merasakan mereka tertipu kerana Banglasia merupakan rakyat Malaysia yang lahir di Bangladesh serta beberapa negara asing lain tetapi terlalu mudah diiktiraf sebagai rakyat. Hanya dengan syarat mesti mengundi BN mereka diberi IC.
Timbulnya rasa tidak puas hati ini pula menyebabkan semaraknya semangat anak anak muda Malaysia yang tertindas sekian lama sehingga ada seorang remaja bernama Adam Adli mengeluarkan kata kata seperti mengajak rakyat merampas kuasa secara ganas dan akibatnya dia ditahan dan didakwa di bawah akta yang dijanjikan akan dimansuhkan oleh kerajaan yang diketuai oleh Najib.
Kemudiannya seorang lagi anak muda bernama Nik Muhammmad Abduh, anak TGNA cuba menenangkan orang muda dengan kata kata bahawa kemenangan melalui kesabaran itu indah, tak perlu gopoh tetapi seruan Nik Muhammad Abduh menimbulkan kemarahan orang muda sehingga ada yang terlalu emosional menuduh PAS sebagai Parti lemah tenaga batin.
Semangat orang muda nampaknya tidak boleh disekat, anak muda yang tiada komitmen dan berdarah panas sudah macam tidak boleh diredakan lagi walaupun PAS dan DAP sudah menegaskan bahawa keganasan bukan cara mereka tetapi orang muda yang mendakwa merekalah yang menyumbang 80% kepada undi PR mesti didengari kerana tanpa mereka siapalah PR.
Satu desakan yang agak menyeramkan tetapi dalam masa yang sama kita tidak mahu melihat ada rakyat yang terkorban dan kita juga tidak mahu melihat negara tidak stabil pasca pengambil alihan kerajaan secara paksa.
Sementara BN tetap dengan sikap sombong mereka seolah olah mereka mahu melihat keganasan menjadi kenyataan, BN sedang menyiram minyak keatas api yang dinyalakan oleh orang muda. BN sedar dan yakin mereka tidak boleh ditewaskan dalam PRU kerana JPN, SPR dan Polis yang tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa Lahad Datu milik mereka.
Mereka kelihatan yakin petisyen PRU juga tidak akan menjejaskan mereka kerana mahkamah juga milik mereka. Hakikat ini menambahkan lagi menyemarakkan semangat memberontak orang muda.
Banglasia pula sudah menjadi simpanan tetap BN sama seperti Sabah dan Serawak untuk terus memberi kemenangan kepada mereka. Kalaulah Banglasia tidak mengundi, semua kemelut yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.
Dalam masa yang sama kalaulah tiada barisan pembangkang yang kuat, mungkin anak muda juga tiada peluang untuk meluahkan kemarahan mereka seperti sekarang.
Kembali kepada sejarah, sejak bila perjuangan mahasiswa kembali hidup? Ketika ada pembangkang yang kuat atau dihidupkan sendiri oleh orang muda? Penulis juga sempat jadi mahasiswa di zaman dikawal oleh akta universiti dan ketika ketiadaan suara pembangkang dan suasana ketika itu suram sesuram suramnya.
Oleh itu insaf insaflah, sedarlah apa sebenarnya yang kita mahu buat dengan negara kita?Nik Muhammad Abduh benar ketika berkata kemenangan yang diperolehi dengan sabar itu indah.
Kemenangan yang dicapai apabila berpuluh puluh kali ditipu itu cukup indah dan bermakna berbanding kemenangan yan diperolehi dengan mengorbankan nyawa sebahagian rakyat.
Menang atau kalah bukan hak kita, bukan juga hak BN tetapi hak Allah. "

Khutbah: Semangat Isra’ Mikraj Kepada Nabi Dan Umat
Posted on Thursday, May 23 @ 23:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: ustaznik
"
Sinopsis:
Allah menjalankan hambaNya Muhammad SAW dalam sebuah perjalanan agung penuh kisah menarik dan iktibar.
Isra’ berjalan malam dari Mekah ke Palestin, kemudian dibawa ke langit menemui para Nabi berbeza di setiap lapis langit. Melangkaui SidratilMuntaha dengan melihat hebatnya kerajaan Allah. Terus naik dan menerima ibadat solat.
Sepanjang perjalanan yang diiringi Jibril itu, Nabi diperlihatkan pelbagai perkara yang menjadi iktibar buat Nabi dan umatnya sepanjang zaman.
DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 7 Rejab 1434H (17 Mei 2013):
Semangat Isra' Mikraj Kepada Nabi Dan Umat"
Kalau pantau, macam mana boleh runtuh
Posted on Thursday, May 23 @ 16:07:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: anaabdullah
"
Datuk Seri Ahmad Said memang sungguh kecewa dengan beberapa siri runtuhan bangunan termasuk runtuhan masjid sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008 itu.
Bukan sahaja setakat kecewa tetapi jarinya ditunding terus dengan JKR negeri, malah katanya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika JKR melakukan pemantauan ketat terhadap sesebuah projek.
Ini menujukkan salah duduk pada JKR miskipun pengarah JKR negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata, kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM1.7 juta itu mendapat kelulusan JKR dan telah mengikut prosedur ditetapkan.
Namun demikian sah JKR tidak salah dan tidak boleh disalahkan dengan apa apa dalam kes runtuhan bangunan, termasuk runtuhan masjid Binjai Kertas Hulu Terengganu itu
Yang peliknya mengapa Ahmad said menyalahkan pihak JKR dan mahu JKR memantau semua projek pembinaan dengan mengikut prosedur terperinci bagi mengelak kejadian sama berulang.
Beliau kelihatan ragu dan runtuhan itu besar kemungkinan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.
Jika benar begitu tidak lain dan tidak bukan ini pasti JKR yang terbabit dengan kes runtuhan tersebut dan tidak mustahil pihak kerajaan negeri juga turut terbabit dengan rasuah yang jadi amalan hampir semua pihak.
Pada penulis kes ini harus dipanjangkan dan SPRM tunggu apa lagi. Jalankan siasatan untuk memastikan runtuhan bangunan di Terengganu tidak berlaku dan orang yang bersalah dihadap kemuka pengadilan.
Menteri Besar Terengganu Ahmad Said begitu yakin runtuhan masjid di Terengganu berpunca reka bentuk dan bahan yang berkualiti rendah.Pasti rasuahlah itu.
Oleh itu beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.
Wahai Ahmad tidak perlu buat kajian lagi, kerana telah menyifatkan kejadian seumpama itu tidak boleh dielak lagi selagi amalan rasuah tidak dibanteras.
Tidak perlu JKR melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap beberapa lagi masjid yang menggunakan reka bentuk sama di negeri kayaraya rakyat miskin ini.
Penulis rasa reka bentuk masjid Kampung Binjai Kertas yang dibina dengan kos RM1.7 juta itu turut dijadikan model reka bentuk membabitkan beberapa masjid di tempat lain yang mungkin tunggu masa untuk runtuh satu persatu,
Mengapa? Kerana pembinaannya ikut citarasa kebanyakan kontraktor yang mahu rauh keuntungan yang lebih dek pihak JKR tak jujur, termasuk ada pihak yang mahukan 10 atau 15 persen dari kos projek tersebut.
Maka JKR tidak perlu menyiasat sama ada kejadian itu berpunca akibat kegagalan reka bentuk masjid ataupun penggunaan material bahan pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi, kerana Ahmad Said dan sesiapa pun sudah tahu sebab musababnya.
Adam Adli dibebaskan. Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghafar ditangkap.
Posted on Thursday, May 23 @ 14:40:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Sumber Malaysiakini
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.
Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.
Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untukmenumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

Solat....
Surah Al Hujurat, Ayat 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Tian Chua minta tafsir Al Quran di dalam lokap
DIharap pihak polis dapat memberikan tafsir tersebut kepada beliau untuk
dibaca semasa berada di dalam lokap yang pastinya membosankan.
Semoga Allah membuka pintu hati Tian Chua untuk menerima Islam.
Pegawai kanan Tabung Haji dicekup khalwat
Berikut adalah sebahagian dari gambar situasi di perkarangan Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur.
auntie bersih |
Rozan Ismail |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan