Isnin, 20 Mei 2013

SALAH SATU TUGAS PEMIMPIN MEN 'TAQWAKAN RAKYAT....ATAU ORANG BAWAHAN...ATAU YANG BAWAH JAGAANNYA

Buat apa bersara, Pakatan menang - Anwar

Mohd Sabri Said, 19 Mei 2013

(Anwar berucap di hadapan lebih 60,000 peserta himpunan kesyukuran di Pulau Pinang)

GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum   PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan  memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat," ujarnya sambil melaungkan perkataan keramat 'lawan tetap lawan' dalam ceramah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Justeru itu kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertanggungjawab, mesti ditukar dan dibaik pulih agar proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan adil.

Selain beliau turut berucap di majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof Dr Ramasamy, Exco Belia dan Wanita Negeri, Choong Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Haji Abdul Halim Saleh.

Bekalan air bersih tidak cukup, bukan sumber air

Harakahdaily, 19 Mei 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah Syabas.

Seruan ini dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi.

Kenyataan ini mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah, kata Khalid dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan Syabas mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan Syabas menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan, katanya.

"Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan," tegas Khalid dalam kenyataannya.
 Kisah Ustaz Azizan: Berbelanja Ala Kadar Sahaja Takut Bazirkan Duit Rakyat
Posted on Sunday, May 19 @ 07:04:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

KISAH USTAZ AZIZAN: Pernah suatu ketika, untuk menggantikan kaca matanya, peruntukan kerajaan diberi hampir RM1,000 selayaknya sebagai Menteri Besar Kedah. Di kedai kaca mata, kami menjadi saksi, dia menitip kata.

"Banyak ni...ini duit rakyat. Bukan duit aku...takpalah, cari yang murah sudah."

Bukan itu sahaja, adakalanya baju dipakai semurah RM19.00, yang dibeli dari sebuah kedai lama milik seorang Cina yang kisahnya itu, pernah saya abadikan dalam buku 'Kisah Istimewa Pejuang Kita', yang diterbitkan dua tahun lalu. Seorang yang tidak pentingkan diri.

Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 



 Mukhriz Nak Tutup Semua Pusat Hiburan Di Kedah Dalam Masa 100 Hari??
Posted on Sunday, May 19 @ 09:58:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

Mukhriz berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

“Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.

“Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya,” katanya.

Saya sedikit musyukil ialah tidak disebut pun tentang janji-janji BN sebelum ini yang akan dibuat dalam masa 100 hari selepas boleh menawan Kedah iaitu:-

1. BN akan tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat.

2. BN akan membatalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

3. BN akan hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.

4. BN akan menurunkan tarif air sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.

5. BN akan memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN yang dianggap membazir dan tiada sambutan.

Saya rasa rakyat Kedah kena tunggu sehingga 100 hari selepas itu boleh bawa ke mahkamah untuk disaman kerana tak tunai janji.



 Mengapa orang PAS tak mahu jawatan MB Selangor
Posted on Sunday, May 19 @ 10:11:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Ada yang tanya penulis dengan soalan sepertimana judul rencana ini. Susah juga nak jawap.Mana boleh penulis jawap kerana itu adalah hak PAS Pusat.

Sepatutnya presiden PASlah yang harus jawap pertanyaan tersebut. Kerana jawatan itu ada pada Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Dialah yang memutuskan jawatan menteri besar Selangor diberi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, maka jawapan itu ada pada Presiden.


Mungkin tak ada orang yang bertanya soalan itu kepada Presiden secara empat mata untuk mendapat penjelasan yang sejelas jelasnya.

Yang peliknya, ramai orang pas tanya soalan tersebut pada penulis. Mungkin untuk dapat kepastinan mengapa orang pas tak mahu jawatan menteri besar Selangor, sedangkan orang PKR sendiri tidak setuju Tan Sri Khalid Ibrahim jadi menteri besar Selangor.
Ya tak ya juga. Teringat penulis mengapa orang Perak sangat sengat mengharapkan jawatan menteri besar Perak selepas menang di negeri itu pada PRU 12. (2008).
Pada hemat penulis tiada guna pegang jawatan menteri besar jika tidak hapuskan lesen judi sepertimana yang di lakukan menteri besar Kedah memerintah selama lima tahun.
Kalau mengundi ada dosa dan pahala. Memerintah pun demikian juga. Dosa jika ada kuasa tidak hapus lesen judi yang diluluskan oleh majlis perbandaran negeri negeri.
Tiada guna pegang menteri besar lesen arak di kawasan Melayu tidak dihapuskan. Oleh itu lebih baik jangan pegang jawatan menteri besar.
Apakah kita bebas atau tidak berdosa jika orang lain jadi menteri besar enggan melaksanakan cegah benda benda diharamkan Allah.
Pada penulis dosa subahat sama sahaja dengan dosa mereka yang tidak mencegah perkara perkara mungkar.
Jangan ingat kita tidak berdosa kerana jawatan menteri besar dilepaskan kepada orang lain. Lebih lebih lagi orang PKR adalah sekutu PAS dan presiden yang merestui jawatan itu diserahkan kepada orang PKR.
 Penulis ada dengar cakap cakap, kita tidak berdosa dan lepas jika sudah dicadangkan untuk menghapuskan lesen judi dan undinya cadangan tadi kalah melalui system demokarsi sepertimana kerajaan pakatan di Selangor.
Mungkin atas sebab inilah Presiden PAS awal awal lagi menyerahkan jawatan menteri besar kepada PKR (Tan Sri Khalid Ibrahim).


....
Note WM:
Rambut Khalid Ibrahim "renseng" (tak tersikap) mungkin serabut dengan urusan negeri!


Lagi Pasal Sikap Keterbukaan Mukhriz MB Kedah Baru!!!
Posted on Sunday, May 19 @ 10:05:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Tak sampai 100 hari kerajaan baru Kedah tak benarkan stadium dan padang Sultan Abdul Halim digunakan untuk perhimpunan 'Blackout 505'. Kalau guna tempat awam, kata PR tak minta stadium. Ini semua kerja nak menyusahkan sahaja.

Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

DIA ORANG INGAT HARTA KERAJAAN
HARTA MAK BAPAK DIA PUNYA KE???

Tolong rasional sedikit, dah banyak perhimpunan BlackOut 505 di negeri lain, mana ada masalah!




....
sILA LAYARI
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Drama air mata di wad ICU...

Dari blog http://sanusisetpol.blogspot.com/, 18 Mei 2013

Saturday, May 18, 2013

Berkasih Sayang Kerana Allah...


Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.
Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.
"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.
TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.
Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakan.
TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.
Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.

Adam Adli ditahan, ini kata ayahnya…

Dari blog http://www.ekeleh.com, 18 Mei 2013
AdamAdli
Pelajar berani Adam Adli hari ini ditahan polis di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Adam Adli ditahan  di Bangsar Utama dan  dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam Adli ditahan, namun begitu doa dan kata-kata ayahnya boleh menjadi peransang untuk Adam Adli menjadi lebih tabah. Kata-kata semangat dari seorang ayah yang dipetik dari FB Halim Hamid.

as’salam ..!…!..
Terima kasih semua, ruang untuk ayah balas komen2, kata semangat dan ucap selamat dari kalian tak semua dapat ayah balas .. ruang terhad ..
Doakan Adam Adli makin kuat dan tabah atas ujian ini ..
Doakan juga Rakan-Rakan Seperjuangan Beliau yang sedang dihadapan Balai Polis Jinjang sekarang ini tabah dan kuat .. Mereka sedang minta Adam dibebaskan ..
saat ini ayah masih belum kebah dari demam sejak dua hari lalu .. tapi dgn doa kalian buat ayah & Mama tambah kuat dan bersemangat ..
Insaallah .. jika ada sisa kekuatan dan izin Yang Maha Kuasa, esuk jumpa ayah di KL .. ayah sedang usaha kesana … wallahhualam ..!…!..

Perjuangan Adam Adli memdapat sokongan penuh ayah dan keluarganya.

Mesra 6 penulis wanita menggugah semangat

Hazayani Zakaria, 19 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Penampilan enam penulis prolifik wanita bersama karya mereka yang dibedah oleh pengkaji sastera membuktikan sumbangan wanita tidak kurang pentingnya dalam dunia penulisan tanah air.

Karya enam penulis iaitu Prof Madya Dr Siti Zainon Ismail, Dr Zurinah Hassan, Dr Kamariah Kamaruddin, Siti Zaleha Hashim dan Rozninah Abd Azib dihuraikan secara ilmiah tetapi santai pada program Mesra Enam Penulis Wanita, semalam.

Bertempat di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, acara sehari itu diilhamkan oleh Sahabat Seni Sastera Budaya (Sebudi) dengan kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada sebelah pagi, karya Dr Siti Zainon, 'Rumah Waris Uwan' yang menceritakan kampung-kampung tradisi di Gombak yang sebahagiannya sudah dilupuskan untuk pembangunan, dibedah oleh Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aris Arif Mundayat yang berasal dari Indonesia.

Karya Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kamariah Kamaruddin 'Catatan Cinta Anakanda Bonda' yang merupakan himpunan cerpen remaja diperhalusi oleh Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Dr Norhayati Ab.Rahman.

Manakala karya Rozninah Abd Azib yang merupakan editor DBP, 'Inspirasi Cinta', kisah motivasi kekeluargaan pula dibincangkan oleh Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mawar Safei.

Turut bersama ialah penggiat sastera, Prof Dr. Amida Abdul Hamid.

Pada sesi petang pula, Dr Zurinah membicarakan karya Siti Zaleha Hashim 'Pantun Gemerlap Masa Silam' yang memberi panduan mengenai ciri-ciri pantun yang baik, fungsi dan cara penulisannya.

'Kuasa Kata' tulisan Mahaya yang menceritakan pengalaman pahit manis kehidupannya dibicarakan oleh Dr Kamariah manakala karya Dr Zurinah, 'Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan: Antara Bas, Feri & Kereta Api' dikongsi oleh Eksekutif Jabatan Buku Malaysia, Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman.

Sesi petang dimudah cara oleh penulis terkenal, Nisah Haron yang berkelulusan dalam bidang undang-undang.

Program yang disertai kira-kira 60 peserta yang hampir keseluruhannya merupakan wanita bekerjaya dan penuntut menara gading ini diyakini mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus membaca dan menghasilkan karya sendiri.

Lebih menarik apabila penulis dan penyair, Raja Ahmad Aminullah yang menulis buku 'Minda Tertawan' mengikuti acara ini dari awal hingga akhir dan turut menyuarakan pandangan beliau.

"Penulis perempuan di Malaysia tidak pernah dipingirkan oleh mereka yang serius mengamati, membaca atau menilainya," katanya yang juga pengarah dan pemilik R A Fine Arts.

Pengerusi Sebudi, Dr Siti Zainon dalam bicaranya melahirkan rasa gembira dan terharu atas penglibatan semua pihak dalam usaha memartabatkan karya-karya penulis wanita.

Pengkaji Seni Budaya Warisan Melayu ini juga berharap golongan muda khususnya wanita dapat menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan segar agar memberi manfaat kepada masyarakat.

"Inilah usaha kecil Sebudi bagi menghimpunkan penulis-penulis wanita yang memberi sumbangan yang besar kepada kesusasteraan tanah air.

"Kami mahu golongan muda meneruskan aktiviti-aktiviti yang mengangkat nilai seni seiring dengan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat," katanya.

Sebudi dibangunkan oleh Dr Siti Zainon pada tahun dengan dinaungi Tan Sri Datuk Sri Sanusi Junid.

Sebudi menghimpunkan pencinta seni dari sisi penulis dan pelukis bertujuan menjadi medan pertemuan antara banyak cabang dan disatukan menjadi kelompok seni di bawah satu bumbung.

 Perhatian buat Jabatan Pelajaran Selangor
Posted on Sunday, May 19 @ 07:02:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Kenyataan kurang cerdik yang dikeluarkan oleh seorang menteri Umno (Baru) BN dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak pasca pru13 bukan sahaja menarik perhatian masyarakat awam dan penganalisa politik, malahan ia juga turut menarik perhatian Nurzaidah Sofi, pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah di Selangor.

Nurzaidah: Kenyataan Zahid Hamidi sama seperti sesetengah guru
Perhatian buat Jabatan Pelajaran Selangor 


Dalam email Nurzaidah kepada ayahnya, beliau meluahkan rasa mual lantaran terdapat sesetengah guru yang berfikiran dangkal mengeluarkan kenyataan "Any students who don't like this school can change to another school" yang agak seirama dengan kenyataan dangkal Datuk Seri Zahid Hamidi.


Dalam isu ini, Kerajaan Rakyat tidak mengaut pukal keseluruhan guru, tetapi hakikatnya terdapat ramai guru yang dangkal fikirannya! Kerajaan Rakyat yakin Nurzaidah seorang pelajar yang amat menghormati guru-gurunya yang dedikasi, berfikiran terbuka dan matang kerna beliau dididik dan diasuh untuk berhemah dan berfikiran kritikal. Ayah Nurzaidah adalah bekas pengetua sekolah dan emak Nurzaidah seorang guru besar di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor. Doa Kerajaan Rakyat agar Nurzaidah akan terus ceria dan berjaya, insyaAllah.

Nasihat Kerajaan Rakyat kepada warga guru, jangan keluarkan kenyataan yang memungkinkan penghormatan para pelajar kepada kalian menjadi pudar.

Nurzaidah: Kenyataan Zahid Hamidi sama seperti sesetengah guru

I love you my daughter.... love you so much."



Taqwa Itu Apa?

Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.
Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".
Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".
Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
Martabat Taqwa
Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;
Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :
"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)
Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.
Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.
Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)
Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa
Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .
Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .
Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.
Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia.
Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .
Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .
Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.


Hidayah vs Taufik

Saya bingung untuk membedakan hidayah & taufik. Padahal sering banget denger celotehan teman ketika kita menanyakan alasan dia tidak melakukan kewajibannya… “ah, nanti aja nunggu hidayah dari Allah”. Dengan seringnya pernyataan itu terlontar, apa mungkin hidayah itu mesti ditunggu untuk diturunkan oleh Allah kepada kita?
Namun, tanggal 27 Januari 2008 kmaren, ketika menghadiri pengajian MPI (Majelis Percikan Iman), akhirnya saya dapat pencerahan mengenai perbedaan hidayah dan taufik. Berikut ringkasan definisinya:
  • Hidayah: Petunjuk Allah yang didapat dari proses belajar. Petunjuk Allah yang dimaksud itu adalah Al Qur’an dan Sunnah.
  • Taufik: Kekuatan (energi) yang Allah tanamkan pada seseorang, sehingga orang tersebut merasa mudah untuk mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sudah dipelajarinya.
Itu artinya, hidayah itu bukan untuk ditunggu kedatangannya… tetapi harus dicari oleh kita sendiri dengan cara mempelajari Al Qur’an dan Sunnah. Beda lagi dengan taufik yang hanya bisa didapatkan atas kehendak Allah swt. AKAN TETAPI, bukan berarti kita serta merta menunggu taufik itu datang. Berdasarkan definisi di atas, taufik diberikan untuk mempermudah seseorang mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sudah dipelajarinya. Kata kuncinya adalah “ajaran-ajaran Islam yang sudah dipelajarinya”. Itu artinya untuk mendapatkan taufik, kita harus mempelajari terlebih dahulu hidayah Allah swt.
Jadi sebenarnya tidak tepat jika kita menunggu hidayah dari Allah, karena hidayah itu sudah tersedia (Al Qur’an dan Sunnah). Lebih tepatnya kita menunggu/mengharapkan taufik dari Allah dengan cara mencari hidayah terlebih dahulu. Wallohu’alam.

Tiada ulasan: