Khamis, 30 Mei 2013

MUNGKIN SEMUA LELAKI NAK MACAM UAI TAPI TAKDIR DAH ALLAH TETAPKAN DAN IZINKAN PADA SESEORANG...YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH...JIKA DAH TERJADI@MAKNANYA TERJADI WAJIB REDA....KALAU TIDAK IMAN AKAN ROSAK...KERANA MEMPERTIKAIKAN TAKDIR ALLAH SWT

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Perkahwinan Ketiganya

Posted on the May 29th, 2013 under Agama,Tempatan by admin

Gambar-perkahwinan-Ustaz-Azhar-Idrus-dan-isteri-ketiga-10
Perkahwinan ketiga pendakwah bebas terkemuka Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang berlangsung baru-baru ini telah menerima kritikan daripada segelintir peminatnya di laman Facebook.
Rata-ratanya dari golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin dengan gadis yang berumur 27 tahun yang dikenali sebagai Izyan itu.

Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.
jwpn2
Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.
Ini jawapan beliau;
jwpn1
utaranews.com

Pekerja maut, majikan cedera kereta dihempap kerangka besi

Posted on the May 30th, 2013 under Tempatan by
PETALING JAYA, 29 Mei — Seorang pekerja restoran maut manakala majikannya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap kerangka besi di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini, hari ini.
Ketua Trafik Petaling Jaya DSP Wong Siw Choon berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Wong, kerangka besi yang dibawa sebuah treler telah menghempap kereta yang dipandu majikan wanita berusia 43 tahun itu, ketika kenderaan tersebut berada di sebelah treler untuk menuju ke Lebuhraya Persekutuan.
“Kita percaya besi berkenaan sedang dibawa untuk digunakan dalam projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT). Mungkin ia tidak diikat dengan betul, lalu terjatuh dan menghempap kereta itu,” katanya kepada Bernama.

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

Posted on the May 29th, 2013 under Luar Negara by admin


Omar Borkan al-Gala
OTTAWA – Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.
Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.
Sinar

Bot karam: 11 penumpang masih hilang, 179 selamat

Posted on the May 29th, 2013 under Tempatan by admin


Bot ekspres yang karam di Sungai Rajang, semalam
SIBU – Sebelas lagi penumpang bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga di pedalaman Sarawak semalam berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah penumpang yang terselamat dalam tragedi itu 192 orang, kata Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau.
Beliau berkata kumpulan terbaru mangsa itu diselamatkan lewat malam tadi oleh sebuah tongkang yang lalu di kawasan itu dan kemudiannya dibawa ke pusat perlindungan sementara di sebuah rumah panjang berhampiran lokasi kejadian.

Katanya setakat ini jumlah sebenar penumpang yang menaiki bot itu tidak dapat dipastikan memandangkan senarai penumpang belum dikemukakan kepada polis.
Bakar berkata jumlah penumpang yang dinyatakan semalam dibuat berdasarkan temu bual dengan pengusaha bot dan mangsa yang terselamat.
“Setakat ini, kami tidak dapat menyatakan jumlah sebenar mangsa yang masih hilang…melainkan kami ada senarai penumpang,” katanya ketika dihubungi dari sini hari ini.
Bot ekspres ‘Kawan Mas’ sedang dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit apabila dikatakan terlanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi semalam.
Sementara itu, Bakar berkata pasukan mencari dan menyelamat menetapkan kawasan lingkungan 3km di sekitar lokasi bot itu karam untuk menjalankan operasi mencari.
- Bernama

Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Khoo Peluk Islam

Posted on the May 21st, 2013 under Agama,Artis by admin

Calvin Thoo mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ismail Kamus.
Calvin Thoo mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ismail Kamus.
KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkemuka tanah air, Calvin Thoo mengesahkan yang beliau telah memeluk Islam pada 3 petang Ahad.
Walau bagaimanapun, graduan fesyen dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu enggan mengulas lanjut ketika dihubungi portal Red Carpet.

“Salam. Saya minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa untuk ditemu-bual. Terima kasih,” katanya ringkas.
Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Ustaz Solihin Mokhyi.
Calvin telah melibatkan diri dalam industri fesyen sejak lebih 17 tahun lalu malah sudah mempunyai label jenama sendiri.
Beliau sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis seperti Anita Sarawak, Marsha Londoh, Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza dalam program-program besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugeah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL.
ABN NEWS

Masuk Islam, Calvin Thoo Enggan Ulas Panjang

Posted on the May 23rd, 2013 under Agama,Artis by admin


Calvin Thoo
PETALING JAYA: Pereka fesyen popular Calvin Thoo menyifatkan berita dia memeluk Islam tidak sepatutnya diperbesar-besarkan memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.
Calvin berkata, dia enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, namun mengesahkan dia sudahpun memeluk agama Islam.
“Ia terlalu peribadi untuk diceritakan tetapi memang saya sudah masuk Islam.

“Dan keadaan saya masih lagi sama seperti dahulu. Saya enggan mengulas panjang,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Pada Isnin lalu, nama Calvin telah menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan telah memeluk agama Islam.
Calvin telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Solihin Mokhyi.
Menerusi sebuah blog, Calvin dikatakan telah menerima hidayah selepas mendapat mimpi dia sedang bersyahadah.
Calvin mula berkecimpung dalam industri rekaan seni fesyen sejak 17 tahun dan memiliki jenama sendiri dan butik di pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur.
mStar

Jalan sakaratul maut

Posted on the May 22nd, 2013 under Tempatan by admin


Nahas dua kereta di Bukit Yong yang meragut nyawa ibu dan anak dalam pelukan pada Jun 2008.
PASIR PUTEH – Jumaat lalu (17 Mei), dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 49 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Wakaf Raja dekat sini.
Kemalangan berlaku apabila kereta mereka bertembung van dari arah bertentangan yang terbabas dan memasuki lorong mereka.

Masyarakat sekitar lali dengan kes seperti itu kerana ia antara banyak kes kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 48 (simpang Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja) hingga ke Kilometer 52 (selekoh sempadan Bukit Yong) Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.
Tiada jawapan pasti
Tiada siapa dapat menjawab kekerapan nahas ngeri meragut nyawa pada jarak empat kilometer itu.
Malah, jalan itu seperti ‘ketagih’ mangsa dan tidak membiarkan tahun berlalu tanpa percikan darah.

Keadaan kereta yang terbabas dan terperosok di bawah lori balak dalam kejadian pada April 2009.
Mungkin bagi kemalangan sekitar Kilometer 48 dan 51 terjadi akibat selekoh yang mengelirukan terutama bagi pengguna tidak arif laluan tersebut.
Namun, nahas Jumaat lalu berlaku di jalan lurus, satu kilometer dari selekoh Wakaf Raja.
Begitu juga bagi nahas 6 September 2009 yang meragut nyawa dua beranak dan pemandu selepas kereta mereka digilis bas, tidak berlaku di selekoh, ia berlaku di Kilometer 50.
Dua selekoh bahaya
Selekoh berhampiran sempadan Kelantan Terengganu di Bukit Yong menjadi saksi kemalangan ngeri dan menyayat hati pada 15 Jun 2008, di mana seorang ibu dan anaknya mati dalam keadaan berpelukan dalam nahas membabitkan dua kereta.
Beberapa bulan kemudian pada 19 September 2008, di selekoh Wakaf Raja, seorang lelaki yang memandu kereta sendirian maut apabila keretanya terbabas dan merempuh pokok kelapa di Kilometer 48.

Kemalangan membabitkan van dan kereta yang meragut dua nyawa di Wakaf Raja, Jumaat lalu.
Pada 7 April 2009, seorang pemandu meninggal dunia di tempat kejadian apabila keretanya dari arah Jerteh terbabas merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum terperosok di bawah lori balak.
Pada 6 Februari 2010 pula, seorang lagi lelaki maut selepas keretanya terbabas merempuh tiang rumah sebelum tersadai di tiang elektrik tidak jauh dari selekoh Wakaf Raja.
Manakala tahun lepas, satu keluarga tergamam dan ketakutan apabila kereta dari arah Jerteh merempuh rumah mereka selepas terbabas ketika melalui selekoh, mujur ia hanya merosakkan harta benda.
Kemalangan di kedua-dua selekoh itu sepatutnya dipandang serius dan perlu mekanisme bagi mengatasi kawasan itu terus mengundang celaka.
Penyelesaian perlu
Jika di selekoh Bukit Yong, ramai beranggapan ia bahaya kerana keadaan jalan yang kerap kali ‘diganggu’ batu kuari bertaburan, namun di selekoh Wakaf Raja yang nampak selamat menjadi persoalan.

Enjin terpelanting keluar selepas kereta merempuh pokok kelapa dalam nahas yang meragut nyawa pemandunya pada September 2008.
Ketepikan unsur puaka yang menjadi buah mulut penduduk setiap kali berlaku kemalangan maut di situ, jalan penyelesaian mesti dicari bagi memastikan selekoh itu lebih selamat.
Mungkin boleh dikatakan, selain keadaan jalan, faktor kemalangan banyak berpunca daripada kecuaian manusia.
Namun langkah-langkah untuk menghalang kemalangan di kawasan ini perlu juga diambil.
Tidak salah jika tanda amaran lebih besar diletak di kawasan berkenaan supaya pengguna jalan raya sedar mereka telah memasuki zon berbahaya sekali gus menidakkan gelaran ‘Jalan sakaratul maut’ itu berterusan.
Sinar

12 jemaah lalui detik cemas bumbung masjid runtuh

Posted on the May 21st, 2013 under Tempatan by admin


Dua belas jemaah masjid nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid berkeluasan 30 x 30 kaki persegi di Kampung Binjai Kertas, di Hulu Terengganu runtuh malam tadi.
Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.
Menceritakan kejadian, ahli jawatankuasa masjid Abd Wahab Sulong, 67, berkata selepas selesai solat dan sebaik melangkah 30 meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan terpaku seketika.

“Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.
“Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya ketika keluar masjid, beliau mendapati ada 11 lagi jemaah di dalam masjid sebelum kesemua mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi dentuman itu.
Abd Wahab berkata masjid ini mula beroperasi pada tahun 2008.
“Syukur runtuhan itu hanya melibatkan bahagian hadapan dan kesemua jemaah tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima maklumat, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Kuala Berang dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memeriksa keseluruhan kawasan masjid. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan itu.
-Bernama

Cucu kurang siuman pukul nenek hingga mati

Posted on the May 11th, 2013 under Tempatan by admin

TUMPAT – Seorang nenek mati dipercayai akibat dipukul cucunya yang dikatakan kurang siuman ketika mengamuk di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip berkata Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di rumah itu akibat cedera parah di muka setelah ditumbuk cucunya berumur 35 tahun itu dalam kejadian 7 pagi.
Zaharudin berkata dalam kejadian itu, suspek turut dipercayai menumbuk ibunya, Rahimah Che Will, 60, di muka dan keadaannya (Rahimah) dilaporkan stabil di Hospital Tumpat.
Suspek ditahan di rumah tersebut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, katanya.

Menurutnya suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital Psikiatri, Kota Baharu dua tahun lalu dan kini tinggal di rumah itu. – Bernama

Tiada ulasan: