Selasa, 21 Mei 2013

KENAPA DITERENGGANU BANYAK BENDA ROBOH...ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...DIMALAYSIA...YANG KAYA ...KAYA SANGAT...YANG MISKIN...MISKIN SANGAT...MAKA FIKIRKANLAH...KUTIP ZAKAT BERJUTA2...BAGAIMANA ASNAF FAKIR DAN MISKIN TERBELA ATAU SAMPAIKAH@DAPAT ZAKAT

Bumbung masjid di Terengganu runtuh lagi

Buletin Online, 21 Mei 2013


HULU TERENGGANU: Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat Maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isyak, sebelum ia runtuh sepenuhnya.
"Selepas solat sunat Isyak tu, ada jatuh sekali (lagi) gummm...jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm...selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya).

"Bahagian beranda...kira-kira bukan ruang solat...bahagian luar yang tak ada karpet," jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibatkan masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"Saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi melibatkan tempat ibadat orang Islam.

"Sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.


Pas Sabah shared Pas Sg Tekam Utara's photo.
senyum x perlu kata apa2......
senyum x perlu kata apa2......

Khairy, laksana apa yang dikata – Muslimat PAS

Harakahdaily, 21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terpilih menyertai Kebinet Malaysia kali ini.

Ketuanya, Norwani Ahmat (gambar) berkata, pihaknya memandang dan menyambut baik kenyatan Khairy sewaktu hari pertama tugasannya; “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.

“Dan kami mengharapkan beliau mengungkapkan demikian adalah yang lahir daripada hati ikhlas,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sewajarnya, kata beliau setiap menteri termasuk Perdana Menteri menyatakan demikian kerana melalui kenyataan itu rakyat akan menilai prestasi yang dipersembahkan adalah untuk semua, bukan hanya pada parti yang dianggotainya sahaja.

Justeru, tambah beliau, Khairy wajib menunaikan apa yang diperkatakan, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah As Saff, ayat 2 dan 3 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.

Selain itu, kata beliau Muslimat PAS Rembau berharap agar Menteri Belia dan Sukan itu lebih memberi dan menggalakkan golongan belia Melayu Islam mendekati masjid dan surau bagi mempelajari ilmu agama sebagai perisai diri dan makanan rohani utamanya .

“Hal itu berikutan golongan belia adalah bakal pemimpin masa depan negara. Bentuk dan binalah generasi belia ini sebagaimana kehendak Allah, bukan ditebarkan segala macam hiburan yang leka dan melalaikan,” ujarnya.

Tambahnya, selaku Ahli Parlimen Rembau, Khairy harus menumpukan perhatian kepada rakyat Rembau khususnya.

“Tunai dan laksanakanlah segala janji yang dihamparkan kepada rakyat Rembau. Jagalah kebajikan rakyat,” katanya lagi. 

 WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Selepas PRU
Posted on Tuesday, May 21 @ 08:38:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Munir

Alhamdulillah, program amal NGO Wargakilang Jln-Jln Masuk Kampung (JJMK) sempena cuti Hari Buruh di pedalaman Selama Perak, yang ditunda kerana pilihanraya, akhirnya dapat juga disempurnakan pada hari Sabtu yang lalu.


(Program bermula seawal jam 8.00 pagi, berkumpul meng-agihkan barangan untuk 40 keluarga)

Sambutan agak menggalakkan, kesemua sekali ada 53 buah kenderaan berbagai jenis bersama sekumpulan Marshal Bermotosikal menyelia dan memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang perjalanan.


(Seperti biasa, barang2 sumbangan disusun di atas tanah di bawah rumah org kampung, tanpa meja kerusi, sofa dan khemah VIP)


(Antara barang-barang sumbangan untuk setiap keluarga)

Banyak sekali brg2 sumbangan yang kawan-kawan bagi, bila saya tanya Pakcik Shafie, salah seorang penerima yg kerja menoreh getah, brg2 ini berapa lama boleh bertahan. Dia cakap, dlm keadaan harga getah sekerap sekarang tengah merudum jatuh ke RM2.70 sekilo ini, dengan musim panas terik daun getah gugur susu kurang, barang-barang ini mampu memberi keluarganya makan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan akan datang. Alhamdulillah.

Yang seorang itu pula cakap, enam tujuh kampit beras ini sekejap saja habis bila diagih-agihkan kepada Ibunya, keluarga adiknya, abang, keluarga dan jiran terdekat. Alhamdulillah, ramai yang menumpang manafaat.

Antara perjalanan yang tidak dapat dilupakan – yang disebut oleh ramai peserta sebagai Jungle Tracking ialah perjalanan ke rumah Paksu Mat, kurang hampir 1 km dari jalan besar. Paksu Mat, isteri dan anak perempuannya (10 tahun) tinggal menetap nun jauh di ceruk kampung dlm hutan getah/kelapa sawit, tinggal menumpang di stor Tauke Cina, tanpa letrik, tanpa bekalan air, hanya mengharapkan tadahan hujan untuk air minuman dan telaga keruh berlumpur untuk mandian.

Kami di NGO Wargakilang amat berbesar hati sekali, kerana kali ini turut bersama kami ialah Rektor UiTM Permatang Pauh, para pensyarah dan mahasiswa.

(Prof Madya Dr Mohd Zaki Abdullah, Rektor UiTM, berbaju kemeja lengan pendek petak hitam kelabu sedang mengusung beras, meredah semak dan denai bersama para peserta yang lain)

Kami difahamkan turut bersama kami juga ialah seorang Doktor dari Kulim, yang berminat untuk mengikuti dari dekat program amal masuk kg ini. Ada juga yang datang dari Kelantan, KL dan juga turun mai dari Perlis. Ramai juga yang bawa anak-anak sekali.

(Si Anak Kecil diajar meniti TITI – belajar erti hidup di desa pedalaman)

Sebetulnya, kami risau juga dengan program JJMK yang pertama selepas PRU ini, kerana semua orang masih panas dengan demam P.Raya, kami tak dapat nak ramalkan sambutan peserta dan juga para penerima.

Kerisauan kami itu menjadi nyata, bila kami dimaklumkan majlis penyerahan di rumah-rumah org kampung yang sudah dikenalpasti,, yang sudah kami rancangkan 3 bulan sebelum P.Raya berhadapan dengan sedikit masalah. Kami diberitahu, selepas PRU, penduduk-penduduk di kawasan ini berpecah bagai nak rak. Kumpulan parti X sudah memutuskan akan boikot kumpulan parti Y dalam apa jua urusan – kenduri kendara sakit demam hatta bab-bab kerja amal ini – untuk selama 2 tahun. Yang parti Y pula, tak mau terima sebarang bantuan/sumbangan yang melalui orang-orang parti X.

Habislah kami, sebab setiap kampung yang kami masuk, mesti ada antara contacts kami itu sama ada parti X atau pun parti Y. Kami tidak peduli mana parti, asalkan brg2 tu sampai kepada keluarga susah, itu saja matlamat kami. Di dua tempat yang kami singgah, ada beberapa keluarga yang tidak datang; selepas majlis kami selesaikan sumbangan itu off-line.

Adalah menjadi prinsip kami di NGO Wargakilang menghormati pegangan politik dan perbezaan pendapat setiap orang. Kami percaya, walaupun antara kita punya pendirian politik yang berbeda, namun bila mai tang bab-bab kerja amal ini, insyaallah untuk seketika kita mampu bekerjasama.

Gambar di bawah ini adalah buktinya. Sengaja saya jemput sdra Shukri dan sdra Ruslizan untuk sama-sama menyampaikan sumbangan kepada Paksu Mat ini.

(Di zaman Facebook ini, fahaman politik kita terdedah kepada umum, walaupun kedua-dua orang sahabat kami ini memakai baju WARGAKILANG, dan sama-sama mengusung beras ke rumah Paksu Mat ini, tetapi kalau tuan/puan cek FB mereka, kedua orang sahabat kami ini adalah dari dua buah perkumpulan POLITIK org Melayu yang berbeda)

Tetapi, hari ini mereka berdua mampu bersatu dan bekerjasama atas nama kerja-kerja kebajikan, lillah hi taala untuk membantu anak-anak bangsa.

Kami di NGO Wargakilang tidak meminta mereka ketepikan fahaman politik mereka, kerana seruan seperti itu adalah terlalu “cliché”, terlalu ideal. Biarlah mereka terus dengan fahaman politik masing-masing, asalkan mereka boleh bersetuju di atas kerja buat amal kebajikan seperti ini.

Ingatlah, tokoh yang amat kami sanjungi iaitu Prof Diraja Ungku Aziz sampai hari ini masih berpegang teguh kepada pendapatnya bahawa: “Apa pun orang kata, kemiskinan masih tetap menjadi agenda utama permasalahan bangsa”.

Lihatlah bukti yang kami terima melalui MMS ini.

(Gambar seorang Pak Tua, hidup terbiar seorang diri, di penjuru inilah beliau masak, makan dan tidur – sebuah realiti hidup yang terselindung daripada kita semua)

Berbekalkan gambar MMS ini, kami ke sana selepas habis program Jln-Jln Masuk Kg tadi. Kali ini hanya team AJK Wargakilang sahaja yang ke sana – kami sendiri tak pasti apa yang menanti, cumanya berbekalkan maklumat daripada foto MMS ini,  kami sediakan sedikit brg2 seperti kain baju, kopiah, sandal, tikar, tilam, bantal, dapur gas, meja dll.

(Inilah gobok buruk yang didiami oleh Pak Tua ini)

(Kami decide on the spot buat gotong royong bersihkan ruang dapur rumahnya ini)

Kemudian kami alaskan tikar atas lantai tanah itu, pasang almari plastik, set up meja dan dapur gas serta pakaikan beliau satu set persalinan baru, dari sandal kain pelikat, baju melayu, butang baju melayu hinggalah kopiah – semuanya baru.

(Gembira sungguh Pak Tua ini dengan pakaian baru dan “rumah baru” nya ini)

Sewaktu saya memakaikan Butang Baju Melayu ke bajunya, saya berdiri begitu hampir dengan beliau – terasa seperti memakaikan butang baju melayu untuk ayah saya sendiri – yang sudah pergi mengadap Illahi berbelas tahun yang silam. Sesiapa yang masih ada ayah dan ibu, sayangi dan belailah mereka sementara ada.

(Rumah ini tiada letrik, menjelang maghrib kami minta beliau nyalakan api kerana suasana dah mulai gelap)

Malangnya lilin sudah habis dan minyak tanah pun pun cuma tinggal sedikit – 30 minit kemudian, pelita minyak tanah ini pun padam. Kami bagi torchlite untuk beliau gunakan.

(Kami tinggalkan Pak Tua ini dalam kegelapan malam, tanpa lilin dan minyak tanah sebagai pelita untuk dinyalakan)

Sesekali kami nampak kelibat cahaya lampu suluh (torchlite) yg kami berikan itu sekejap terang sekejap padam antara tingkap rumahnya yang terus terbuka sepanjang malam.


Imej Pak Tua tersenyum riang dengan kopiah, baju melayu, kain pelikat dan sandal barunya ini, terpahat di padang ingatan kami, menjadi sebuah kenang-kenangan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Amat manis kenangan perjalanan kami kali ini.

Pun begitu, terasa sedih sikit bila saya dengar dia cerita, kalau nak beli minyak tanah, terpaksa kena jalan kaki lebih kurang 2 batu ke pekan terdekat. Bila saya tanya, boleh kayuh basikal ka? Dia kata, boleh!! – insyaallah kami akan ke sana lagi - kali ini nak bawakan beliau sebuah basikal baru, insyaallah.

Sekian. Moga kisah perjalanan JJMK kami kali ini mampu menjadi iktibar buat semua. Ada masa meh la join kami di program yang lain pula.

moniermatdin@yahoo.com
19.5.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang


 Pelbagai Program Cuti Sekolah di N.Sembilan, Seronoknya
Posted on Tuesday, May 21 @ 08:39:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"

Untuk makluman ibu bapa serta penjaga juga para pelajar, terdapat pelbagai program yang menarik untuk anak-anak semua di Negeri Sembilan sepanjang cuti sekolah ini dengan yuran yang amat-amat berpatutan. Pilih saja ikut kesesuaian dan minat anak-anak kita. Isikan masa cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang sihat dan bermanafaat.


Program-program cuti sekolah ini disediakan oleh pelbagai pihak yang telah mempunyai banyak pengalaman mengendalikan program untuk anak-anak dan para remaja.



Setakat ini terdapat 4 program iaitu :

3 - 6 Jun 2013 di Sikamat
30 Mei 2013 di Seremban
28 - 30 Mei dan 3 - 5 Jun 2013 di Rembau
27 Mei - 8 Jun 2013 di Senawang

Sila hubungi terus urusetia program. Maklumat lanjut dan promo program tersebut di http://rozmal.blogspot.com/2013/05/pelbagai-program-cuti-sekolah-di.html


Kenapa Mereka Pilih Islam?
Posted on Tuesday, May 21 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: al-bahanj

"Kenapa mereka pilih Islam? Kenapa mereka sanggup tinggalkan agama asal mereka? Kenapa selepas peristiwa 911, semakin ramai masuk Islam di dunia barat?  Jawapan-jawapan mereka amat menyegarkan iman kita yang sedia Islam ini.  Mungkin jawapan-jawapan mereka juga boleh dijadikan motivasi buat yang belum-Islam. Ikuti kisah mereka...


VIDEOS ON CONVERT/REVERT TO ISLAM

ARTICLES ON CONVERT/REVERT TO ISLAM


 Tak suruh pun, ramai yang telah meninggalkan negara
Posted on Tuesday, May 21 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Isu Zahid Hamidi yang sedang ‘berperang’ dengan pihak pembangkang berhubung dengan isu kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semakin hangat. Zahid bersedia menghadapi usul untuk mencela beliau di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan beliau tidak takut dengan ‘ugutan’ penasihat DAP itu. Zahid yang sejak akhir-akhir ini nampaknya menjadi panas baran dengan tuduhan terhadapnya yang datang bertalu-talu.

Zahid yang saya kenali rapat tidaklah seorang yang panas baran. Beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa bergurau jika bertemu rakan-rakan lama seperti saya dan yang lain. Tetapi apabila sampai isu ini beliau nampaknya bertambah panas baran dan tidak diketahui apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Sememangnya tanggungjawab yang beliau pikul itu bukannya tanggungjawab yang ringan maka Zahid perlulah melebihkan kesabaran beliau apabila menghadapi isu panas seperti ini.

Zahid telah meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini. Saya sendiri telah menulis dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Zahid itu tetapi tulisan saya itu adalah pandangan ikhlas dari seorang rakyat yang mahu merasakan bertanggungjawab terhadap negara kita yang kita punyai bersama-sama ini.
Sesungguhnya tidak payah sesiapa  menyuruh sesiapa untuk meninggalkan negara ini. Tanpa kenyataan Zahid itu timbul pun, sememangnya sudah jutaan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain untuk kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tinggal hanyalah orang seperti saya dan yang lain yang tidak mempunyai pilihan selain dari negara ini. Di mana bumi dipijak di situlah langit saya junjung, seperti kata perbilangan Melayu yang popular itu. Itulah sebabnya saya tidak silu untuk bercakap benar kerana saya mahukan satu-satunya negara yang ada untuk saya tinggal menunggu mati ini.
Lebih-lebih lagi sekarang ini, terlalu ramai rakyat Malaysia sedang berusaha untuk berhijrah dan ini adalah kenyataan dan hakikat sebenarnya yang berlaku. Masing-masing mempunyai sebab masing-masing untuk berhijrah, tetapi di antaranya sememangnya ramai berniat untuk berhijrah kerana tidak senang dengan keadaan yang sedang berlaku di negara ini.
Tetapi ini semua adalah fenomena yang biasa sejak dulu lagi. Kezaliman pimpinan Qing Dynasty, iaitu dynasty yang terakhir dari 26 dynasty negara China, menyebabkan ramai rakyat Cina berhijrah ke merata tempat didunia ini dalam kurun ke-19 dahulu, termasuklah Malaysia (dulu Malaya). Kumpulan yang tertekan dan miskin dari China itu telah berhijrah ke negara lain dan mereka yang berhijrah inilah yang menjadi kaya-raya di negara yang baru mereka diami termasuk di Malaya suatu ketika dahulu.
Saya tidak terkejut dengan perasaan tertekan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia dan lain-lain telah mendapatkan kehidupan yang baik di negara baru mereka. Penghijrahan ini sememangnya boleh merubah keadaan kehidupan mereka di negara yang baru mereka diami itu.
Sememangnya semuanya ini memberikan hikmah kepada mereka yang tertekan dan lantas meninggalkan negara ini.
Hijrah ini merupakan satu fenomena yang benar dalam Islam. Muhammad saw sendiri diperintah Tuhan untuk berhijrah ke Medinah dan Muhammad berjaya memajukan Islam di Medinah. Yap Ah Loy menjadi kaya raya setelah berhijrah ke Malaya dahulu dan kumpulan pendatang dari China inilah yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan negara kita ini.
Sekarang kaum Cina diterima sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga negara ini dengan baik dan mereka dijamin dan dilindungi oleh perlembagaan negara kita. Kaum Cina sekarang bersama-sama menjaga negara ini dengan bangsa-bangsa lain dan bersama-sama memastikan yang negara ini tidak dicemari oleh kerakusan rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.
Tetapi di mana-mana negara di dalam dunia ini ada rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di dalam negara mereka. Lantas oleh kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku mereka berhijrah termasuk mereka dari negara ini.
Ada beberapa sebab kenapa ramai rakyat kita berhijrah. Ada yang berhijrah itu tidak lagi senang melihat apa yang berlaku dalam negara ini, maka mereka ini membawa kekayaan mereka keluar negara di tempat mereka berhijrah itu. Kekayaan mereka ada yang terhasil dari usaha sendiri dan ada juga dari tindakan rasuah yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku di dalam negara ini.
Ada yang berhijrah kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di sini dan bertindak untuk memperbaiki kehidupan dengan bekerja di negara lain dan beransur-ansur membina kehidupan masing-masing di tempat dan negara yang lain.
Berbalik kepada polimik di antara LKS dengan Zahid itu adalah polimik politik semata-mata dan saya menyeru jangan dipanjangkan isu ini kerana kita di bawah ini sudah keletihan dengan permainan politik pemimpin di atas sana. Kita di bawah ini dijadikan mereka ini sebagai alat mereka untuk menongkat langit dan mencapai ‘self-actualization’ masing-masing dalam politik mereka dengan mengetuk semangat dan ‘sensitivity’ rakyat yang ramai ini.
Saya berharap isu Zahid dengan LKS ini dihentikan sahaja. Kita di bawah ini ingin melihat dan membaca isu ini adalah yang membazirkan pemikiran kita di bawah ini. Elok jika Anwar berehat barang sebulan dua untuk menenangkan pemikiran rakyat serta pemikiran beliau sendiri.
Mungkin setelah rakyat dapat berehat sedikit nanti barulah pihak mana-mana untuk kembali ‘berjuang’ untuk mencari apa yang hendak dicapai itu. Apabila rakyat sudah berehat dengan secukupnya mungkin rakyat akan kembali berdiri dan berjuang di belakang Anwar dengan berhimpun siang dan malam serta pagi dan petang.
 
Bak kata anak-anak muda sekarang, ‘berjuang! Jangan tak berjuang!’ atau ‘lawan, jangan tak lawan’. Lepas itu tepuk tangan kuat-kuat.
Tak suruh pun, ramai yang telah meninggalkan negara

Tiada ulasan: