Selasa, 28 Mei 2013

SEMAK KIBLAT PENTING TU...SEMAK JUGA AKIDAH KITA...KELUAR ISLAM LEBIH MUDAH DARI MENELAN AIR LIUR...AKIDAH KITA MESTI SAMA DENGAN AKIDAH RASULLULLAH SAW...SERTA IBADAH MESTI SAH...JIKA TIDAK IA JADI SIA2...MORALNYA BELAJAR AGAMA...JANGAN GOYANG2 KAKI DIRUMAH..LIHAT2 MAJLIS ILMU DISEKELILING...JIKA ADA PERGILAH...

Semua mesti berkorban untuk keharmonian rakyat dan negara

Semalam kita terbaca kenyataan Mahathir yang tiada siapa yang berkelayakan untuk mengganti Najib walaupun sebelum itu beliau berpendapat berlainan. Sebelumlnya Mahathir pernah menyatakan yang Najib perlu diganti jika prestasi BN dalam PRU yang lalu lebih lemah dari PRU ke12 pada 2008 dahulu. Semalam Mahathir mengaku pula yang tidak ada yang layak untuk menggantikan PM Najib. Sekali gus ia memberi makna yang Muhyiddin tidak layak untuk menggantikan Najib walaupun BN telah menunjukkan prestasi terburuk dalam mana-mana PRU yang lepas-lepas.
Jika dicari pengganti dikalangan MT yang ada, sememangnya tiada pengganti untuk Najib kerana menggantikan Najib dengan sesiapa dikalangan pimpinan dalam MT itu, ia bukanlah satu perubahan. Semua mereka itu seperti yang selalu saya sebut, datang dari acuan yang sama. Dari Abdullah, Najib dan sesiapa sahaja dikalangan mereka dalam MT UMNO itu menjadi pewaris kepada kepimpinan hari ini, keadaan dan ‘environment’ politik negara tidak akan berubah.Keadaannya akan sama sahaja.
Apa yang dikatakan oleh Mahathir itu betul. Tetapi jika UMNO mahukan perubahan, parti itu perlu mengalihkan ‘ambience’ politik jauh dari keadaan sekarang. Maksudnya UMNO perlu memilih dari mereka yang dari luar MT itu. Jika ini tidak dilakukan maka UMNO tunggu sahajalah ketentuan yang akan di lakukan oleh rakyat dalam PRU 14 yang akan datang. Itu tidak akan dapat di elakkan.
Itu sebabnya dalam posting yang semalam saya menulis tentang betapa perlunya negara ini memulakan perubahan yang drastik untuk mengelakkan rakyat berada dalam keadaan sekarang. Pandangan ini adalah pandangan yang sejujur-jujurnya dan pihak pembangkang tidak perlu melakukan apa-apa lagi untuk berkuasa jika transformasi sebenar dan drastik tidak dilakukan sekarang.
Pandangan buruk rakyat terhadap UMNO dan BN tidak dapat diubati lagi. Sekarang sudah sampai satu tahap jika pimpinan UMNO bercakap benar pun sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dengan sepenuhnya. Stigma negatif yang sedang melekat di batang tubuh UMNO itu sudah tidak boleh dihilangkan lagi.
Justeru apa yang dikatakan oleh Mahathir itu ada kebenarannya, yang tiada siapa yang berkelayakan menggantikan Najib kerana mereka di sekeliling Najib dan MT UMNO itu adalah serupa PM Najib juga. Maka tidak payahlah diganti jika ada pihak hendak menggantikan Muhyidin dengan Najib. Jika UMNO serius hendak berubah orang yang paling sesuai untuk di berikan kuasa itu adalah ‘council of elders’ dan mereka yang ada pada hari ini terpaksa berkorban dan mengundurkan diri.
Ada yang menyebut pengganti kepada yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan yang telah pun ditolak oleh Azmin Ali dalam Kongress tahunan PKR dua hari lepas. Tetapi mana-mana parti pun tidak boleh menentukan keadaan sekarang kerana ini adalah pandangan rakyat yang mahukan semua pihak bersatu dalam satu ‘congregation’ kepimpinan yang melibatkan semua pihak.
Apabila semua pihak bersetuju untuk bersatu maka masing-masing pihak terpaksa lah ‘berseri-beri’ kata orang tua-tua. Maksudnya tidak semua pihak atau individu mendapat semua yang mereka mahukan. Dalam proses ini setiap pihak dan individu tertentu mesti bersedia untuk berkorban walaupun terpaksa meletakkan jawatan atau melupakan kehendak peribadi untuk menjadi orang yang paling berkuasa.
Jika pihak yang sedang memimpin sekarang tidak berkemampuan untuk bertahan dan berbuat baik, mungkin tindakan mengundurkan diri mereka boleh membawa keharmonian kepada rakyat dan kerajaan kita. maka pengunduran itu adalah satu kerja baik yang akan dikenang oleh rakyat sampai bila-bila.
Maksudnya ada pihak yang boleh berjasa kepada negara dengan mendapatkan kuasa dan ada pihak lain yang perlu berundur untuk maksud yang sama. Tidak juga terlupa kepada pihak yang mesti melupakan hasrat untuk berkuasa semata-mata untuk kepentingan negara. Yang pentingnya kesemua pihak ini membantu untuk mewujudkan kebaikan dalam negara dan keharmonian rakyat keseluruhannya.

Sesungguhnya setiap orang itu boleh melakukan kebaikan untuk yang ramai ini, asalkan sahaja setiap yang terlibat itu jujur untuk melihat kebaikan yang kita hendak wariskan kepada generasi negara yang akan datang.

Tetapi selalu usaha baik itu gagal kerana ada diantara yang ramai itu terpengaruh dengan bisikan 'khatir' yang mahukan kita sentiasa berpecah belah. Melawan bisikan jahat 'khatir' itulah sebenar-benar perjuangan yang paling besar di sisi Tuhan yang Maha Esa. DAN peperangan melawan bisikan 'kahtir' ini adalah peperangan sepanjang hayat bagi mereka yang ingin tergulung dalam manusia yang mukmin.



TIP PERKAHWINAN USTAZ AZHAR IDRUS...
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

Baca lagi di sambungan di @[173086996050606:274:Zon Cinta]
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

Baca lagi di sambungan di Zon Cinta

Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 28 Mei 2013

Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI

Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..

Baca lagi.


 Tunjukkan saya di mana Mat Bangla mengundi!- Najib
Posted on Tuesday, May 28 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,
Najib ulangi lagi, BN tidak mencuri kemenangan PR dan mencabar PR atau sesiapa saja menuduhnya menipu supaya "Tunjukkan saya di mana Mat Bangla mengundi, kalau ditunjukkan antara tempat terbanyak ada Mat Bangla mengundi ialah Pekan, dia akan kata itu bukan Mat Bangla, itu Banglasia, salah satu etnik warga negara yang sah, tak percaya tengok IC mereka walaupun tiada surat beranak atau sijil kerakyatan.Lagipun surat beranak atau sijil kerakyatan tidak diperlukan untuk mendaftar sebagai pengundi, cuma IC memadai, kata pengerusi SPR pula.

Semuanya mengikut perlembangaan jadi kepada rakyat yang mahu menyatakan bantahan atau rasa tidak puas hati mesti ikut perlembagaan.Itu kata Najib di depan menteri yang ada meh(iras) Bangla, KJ dan Sabri Chik.

Tiada penipuan kerana warga negara etnik Banglasia ialah warga negara yang sah mengikut perlembagaan.Rakyat mesti terima keputusan PRU 13, tegas Najib  lagi di festival belia 2013. Tapi malangnya puluhan rakyat yang berhimpun di Amcorp Mall tidak percaya sebab Najib menipu dalam terang, tiada selindung langsung.Parlimennya sendiri sudah menyaksikan seribu satu jenis menipuan dan rakyat kebanyakkannya menolak etnik Banglasia sebagai warga negara kerana pemberian taraf warga negara itu sendiri tidak mengikut perlembagaan walaupun Najib mahu rakyat ikut perlembagaan.
Tiada guna rakyat disuruh ikut perlembagaan sedangkan dia sendiri tidak mahu mengikut perlembagaan.Kini rakyat bersiap sedia untuk memboikot produk mana mana syarikat yang bersubahat dengan BN, antara yang didengari sudah diboikot ialah Petronas kiosk dan KFC serta senarai boikot akan lebih panjang yang merangkumi  akhbar pengampu dan mungkin juga bank tempatan seperti Maybank,CIMB BIMB dan Ambank.
Najib boleh lihat sendiri kekuatan rakyat yang berdiri di belakang PR, boleh rasai sendiri gelombang bantahan penipuan rakyat dan selepas ini kalau Najib mahu terus menafikan penipuan itu, Najib akan berdepan dengan rakyat.
Samada Najib mengaku melakukan semua penipuan itu atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat.Kesudahannya mungkin tidak baik untuk kesihatan Najib kalau dia memilih melawan gelombang kebangkitan rakyat. 

 Jangan Lupa!!! Hari Ni Kita Semakan Arah Kiblat...
Posted on Tuesday, May 28 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuse68

"
Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang.

Bagaimana caranya??:

1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)

2. Tunggu waktu yang ditetapkan.

3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.

SENANG JE KAN??

Soalan sering yang ditanyakan:
S: arah kiblat berubah ker??
J: tidak. Cuma digalakkkan untuk membuat semakan. sekiranya berlaku kesilapan bolehlah mengubahkannya berdasarkan bayang-bayang tersebut. (sila lihat gambar rajah).

S: Macamana nak tau waktu 5:16 tu sama dgn orang lain??
J: Anda boleh buat semakan jam tangan atau jam dirumah menggunakan 'standard time' yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM (link:http://www.sirim.my/home)

S: Alaa.. Tak payah semak pun tak apa.. Nak solat menghadap je arah barat / mana-mana kan??
J: Oppsss.. kalau dah tau mana kiblatnya kenapa perlu menghadap mana-mana..?? Solatkan syarat sahnya adalah menghadap kiblat..kalau xmenghadap maka....??? Info terkini Ini Kalilah....:)"


 Sedikit cadangan kepada SPR
Posted on Tuesday, May 28 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..
SPR baru saja mengumumkan akan membuat kajian kepada kelemahan undang undang pendaftaran pengundi sebagai repond kepada desakan rakyat.Baru sekarang SPR mengakui adanya kelemahan yang ada dalam sistem pendaftaran pengundi.SPR ditubuhkan sebagai badan bebas yang tidak terikat kepada mana mana parti yang bertanding dalam pilihanraya, sehubungan itu SPR mesti kembali kepada tujuan penubuhannya.

Lantaran itu, penulis sebagai warga negara yang bertanggungjawab kepada negara ingin mencadangkan beberapa perkara penting demi memastikan daftar pengundi tidak dimanupulasi oleh mana mana pihak atau dengan kata kata lain ianya bersih dan jujur, cadangan itu adalah seperti berikut : Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang ada sekarang mesti meletakkan jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada orang baru yang benar benar berkecuali dan mempunyai rasa sayang kepada negara yang tinggi.Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sudah dibuktikan sebagai ahli UMNO dan bertanggungjawab kepada semua kelemahan yang berlaku sepanjang PRU 13.

  • Kaedah menggunakan mykad yang dikeluarkan oleh  JPN mesti dihapuskan dengan segara dan sebagai gantinya pendaftaran hendaklah dibuat berdasarkan surat atau sijil beranak atau sijil kerakyatan yang mencukupi syarat untuk menjadi warga negara yang sah yang dikeluarkan oleh JPN.banyak kelemahan yang timbul kerana kaedah penggunaan mykad kerana banyak kes pengeluaran mykad yang diragui seperti sudah dibuktikan oleh RCI Sabah.Terdapat juga kes di mana pemilik status penduduk tetap  yang sudah mencukupi syarat tinggal dalam negara masih belum mendapat taraf warga negara sedangkan ramai juga pemilik status penduduk tetap yang tidak cukup syarat untuk menjadi warga negara sudah diberi mykad warganegara dengan syarat mereka mengundi BN dalam pilihanraya.Inilah peraturan yang dicerobohi dan banyak menimbulkan banyak keluhan di kalangan rakyat.SPR seharusnya alert dan tegas dalam mendaftarkan pengundi baru, bukan pakai hentam saja labu.Penyelesaiannya gunakan sijil beranak dan sijil kerakyatan yang sah.Kawalan kepada sijil beranak dan sijil kerakyatan lebih terperinci berbanding mykad yang boleh dikeluarkan dalam tempoh kurang satu jam.
  • Pendaftaran menerusi parti parti politik mesti dihentikan segera.Parti parti politik tidak harus dibenarkan mempengaruhi pengundi sebaliknya saluran yang lebih memudahkan rakyat mendaftar mesti difikirkan seperti menubuhkan skuad mendaftar pengundi yang terdiri dari kakitangan SPR yang berkecuali dan menyediakan jadual pendaftaran yang memudahkan rakyat mendaftar.
  • Proses pendaftaran mestilah ringkas dan cepat.Ada kes di mana pengundi baru yang mendaftar tetapi tidak dapat mengundi kerana namanya tidak tersenarai sebagai pengundi walaupun sudah mendaftar lebih dua bulan sebelum pilihanraya.
  • Tempoh bantahan pula tidak harus dihadkan.Bantahan boleh dibuat bila bila masa apabila mana mana individu warga negara yang sah merasakan ada yang tidak kena dalam daftar pengundi.
  • Senarai pengundi yang sudah meninggal sepatutnya dipadamkan segera dari daftar, perkara ini boleh dilakukan dengan mempunyai sistem online dengan JPN.
  • Demikianlah sedikit cadangan kepada SPR sesuai dengan usaha mereka untuk mengkaji kelemahan sistem pendaftaran pengundi.Selain itu satu cadangan lain yang tidak kurang penting ialah mengadakan peraturan yang standard kepada peraturan penamaan calon dan hari mengundi seperti penempatan PACA parti parti yang bertanding yang tidak perlu diubah setiap kali PRU.

    Tapi yang paling penting Pengerusi dan Timbalan pengerusi yang bertindak sebagai jurucakap BN sepanjang PRU 13 mesti meletakkan jawatan."


     Jangan bersedih Muhyiddin !
    Posted on Tuesday, May 28 @ 02:30:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    Oleh: tokpepijat

    " Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”
    Ini bukan bermakna Muhyiddin bukan lagi ayam sabungnya.
    Muhyiddin masih dalam kawalan Mahathir.
    Ini bermakna Mahathir cabar Muhyiddin agar lawan Najib untuk kerusi Presiden UMNO.
    Mahathir masih sakit hati kerana Najib ambil menantu Pak Lah,KJ menghuni Kabinetnya.

    Mahathir keluar kenyataan itu di Jepun, boleh ditaksirkan sebagai :

    i) Agar Najib berasa selesa berada Zon Selesa.
    ii) Agar Muhyiddin anggap sebagai cabaran kepadanya.

    Bukankah Mahathir licik berpolitik?

    Jika Mahathir tidak licik tentunya beliau tidak berkuasa selama 22 tahun dan tidak mampu "tendang" Timbalannya seramai tiga orang bermula Musa Hitam,Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

    Bukankah Pak Lah turun dari PM pun hasil kelicikan Mahathir?

    Jangan bersedih Muhyiddin !



     Bila Utz Azhar Idrus Kawen 3 Macam macam Bunyi..Ini jawapanya
    Posted on Tuesday, May 28 @ 02:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh teori

    Oleh: abuluqman

    "
    Inilah lumrah dunia..macam macam orang nak kata..Ustaz kawen  dia  hebahkan dan kawin di Malaysia ada orang kwen di selatan Thailand. kalau Kita mampu  nak kawen kawen la.hehe..

    Untuk maklumat terkini  KLIK SINI
     
     
    "

    Tiada ulasan: