Rabu, 22 Mei 2013

INGAT SAJA....NYAWA KITA DITANGAN ALLAH SWT....JANGAN BUAT JAHAT ATAU MENIPU...AKAN MENERIMA PADAH DIAKHIRAT...INSYAALAH JUGA PADAH DIDUNIA

Sokongan Kepad Adam
Posted on Wednesday, May 22 @ 07:23:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Sokongan kepada Adam datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tak kira tua dan muda. Malah anak muda terutama daripada masyarakat Cina turut menyatakan sokongan.

Saya setuju penulisan dalam Harakahdaily yang menyatakan penahanan Adam Adli meningkatkan (mencetuskan) perpaduan kaum yang lebih tinggi dan padu.

Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.



Sumber
Sokongan Kepad Adam


  Adam dan Bapa
Posted on Wednesday, May 22 @ 07:21:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Adam dan bapanya. kredit kepada Mandeep Singh.

Hakim Mk Budak ni bukan pembunuh. bukan perogol. bukan peliwat. tapi inilah dia keamanan demokrasi dari kerajaan negara kita. sedangkan rakyat yg hanya membangkang kerajaan tidak ada peluang untuk seimbangkan Pro & contra pendapat masing masing pada media. di pentaskan dalam internet akhirnya inilah kesudahannya. .. sekadar kata pun boleh masuk dlm penjara ..malu gila aku duduk dalam negara ni...


Sumber
Adam dan Bapa


  Ini Cara Keselamatan Negara Kita!
Posted on Wednesday, May 22 @ 07:18:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Adam Adli tu cuma seorg remaja mahasiswa yg lantang..
xbahaya mane pon sebenarnya..
bukan individu yg mahir dgn senjata api pon..
bukan pengganas berbahaya pon..
tp ke hulu ke hilir dia digari kebelakang..
dilayan seperti TAHANAN PALESTIN..

so polis mcm askar Zionist..?
kalu yer pon TAKSUB GARI..
garilah ke depan..
tp nak buat mcm mane..
polis ni CUMA menjalakan tugas..
digari sbb ikut SOP..
insp. y pukul pekerja hotel dgn pistol hari tu xda plak bergari..?
pengganas sulu xda plak bergari..?
dasar gestapo..

Hardi Bin Md Zain:
PENCEROBOH di Lahat Datu Sabah...Mereka memang penjenayah dan terbukti telah mengorbankan anggota keselamatan kita, tapi bila mereka ditahan mereka tidak diGARI, KENAPA?... tetapi Mahasiswa kita yang bangkit bersuara atas nama DEMOKRASI tetapi mereka dilayan sebegini... ???

#Anak Muda Bangkit !


Note:
Idea & konsep AMBANG 13



Sumber
Ini Cara Keselamatan Negara Kita!


  Najib Buat MAGIC lagi...
Posted on Wednesday, May 22 @ 07:16:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Kelik utk baca!
Setahun lalu BN menabur janji untuk menghapuskan akta kuno peninggalan penjajah. Kononnya 'Janji Ditepati'. Hari ini pula, Akta Hasutan tersebut digunapakai semula untuk menindas rakyat sendiri (BN dikecualikan)

Dua2 menteri KDN dahulu & sekarang serupa jer PEMBOHONG, Muhyiddin Yassin & Zahid Hamidi.

Terima kasih BN! Kerana andalah kedaulatan negara terpelihara!



Note:
Idea & Konsep Lotfihanna


Sumber :
Najib Buat MAGIC lagi...


  Siapa Bagi Lesen Besar Pada Pembunuh Upahan Dan Kongsi Gelap Ni ?
Posted on Wednesday, May 22 @ 01:51:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: psyco

" maut ditembak 3 dasKes Pembunuh Upahan ini di kategorikan sebagai kes jenayah yang lumayan bagi seorang pembunuh dalam kategori profesional Jika dahulu kes pembunuh upahan hanya dikaitkan dengan pembunuh profesional dari negara jiran yang pastinya identitinya tidak dikenali selepas tugas di laksanakan. Kes seperti ini semakin meningkat dan usaha untuk membenteras kes ini amat mustahil sekali. Siapa mereka ini ?

Jika merujuk kepada Risikan PDRM , Kumpulan  Kongsi gelap adalah di antara punca kekerapan keganasan pembunuhan upahan ini sedang berleluasa dan masaalah kewangan adalah punca jenayah . Harus di akui Pasukan Risikan PDRM adalah yang terbaik di dunia dalam unit risikan. 

1 dunia tahu kongsi gelap bukan lah baru beroperasi di Malaysia. Kongsi gelap ini telah lama berakar umbi dan pasti nya lesen mereka besar untuk menjadi kepala kongsi gelap. Persoalan nya siapa yang melindungi kepala-kepala  kongsi gelap ini sekian lamanya..? 
Rancangan 999 dan Akhbar Harian sering mengikuti  serbuan ke pusat-pusat perjudian ,maksiat atau pusat dadah dan yang paling mengejutkan pusat-pusat tersebut telah beberapa kali di serbu polis tetapi masih beroperasi... ??  abang besar mana yang dapat lesen besar sehingga kembali beroperasi ? 
Kes pembunuh upahan menakutkan rakyat Malaysia kerana sering berlaku sejak akhir-akhir ini tetapi adakah pihak risikan dan rakyat Malaysia perlu lebih takut berapa banyak senjata haram telah di seludup ke negara ini ? perlu di ingat pembunuh upahan adalah seorang yang profesional yang sudah biasa dengan kerja meragut nyawa manusia apatah lagi dengan upah yang lumayan. 
Tidak dinafikan nyawa  ahli kongsi gelap bergantung pada sumpah mati dengan kumpulan kongsi gelap apatah lagi rekod jenayah mereka memudahkan mereka untuk sehidup semati apabila perbalahan berlaku .
Jangan mimpi nak kongsi putihkan kumpulan ahli kongsi gelap ini di bandar-bandar besar cuma pihak Risikan dan Dato Seri Mohd Bakri  hanya perlu humbankan kepala-kepala kongsi gelap ini ke penjara maka saya pasti indek jenayah kongsi gelap dan pembunuh upahan ini akan turun mendadak . Dato Mohd Bakri di kenali sebagai seorang yang low profil dan tegas di JSJ  dan di harap agar beliau menjadi ikon PDRM yang teruk tercemar dengan isu2 kontroversi.
Mungkin hanya maklumat kecil untuk PDRM buat serbuan di kawasan Perniagaan Subang Perdana di Subang ada berbelas  kedai mesin judi haram termasuk aktiviti pelacuran mula beroperasi juga di Pekan Subang berdekatan Pasaraya Hero yang di penuhi dengan aktiviti yang sama. Yang menariknya lokasi Pekan Subang hanya 500 meter dari Balai Polis Kg Subang. Aktiviti Kongsi gelap ini beroperasi secara fizikal dan statik dengan di jaga oleh warga asing semasa beroperasi selama 24jam.  selain pusat ponteng sekolah juga menghancurkan anak remaja yang berebut2 masuk yg merosakkan anak bangsa.
 Jika ada niat PDRM untuk melakukan serbuan maka saya menyeru , memohon , meminta dan mengharap agar setiap serbuan dilakukan oleh pasukan dari Bukit Aman sendiri kerana setiap kali serbuan oleh Ketua Polis Balai atau IPD sendiri adalah wayang semata. harap maaf... Bukit Aman akan sendiri tau siapa abang besar kawasan di sana
Yang pastinya mungkin Bukit Aman tidak tau bahawa rakyat tahu apa yang Bukit Aman buat2 tak tau. Kepala Kongsi gelap tiada masaalah kewangan tapi pembunuh upahan itu yang lumayan. Berapa % hasil siasatan pembunuh upahan ini yang telah di selesaikan setakat ini ?
cc PDRM , MBSA , State Govt
Masalah kewangan punca jenayahMasalah kewangan punca jenayah

May 21, 2013
Risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.
JiOleh Sevagamy Nythiananthan
KUALA LUMPUR: Masalah kewangan adalah antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah, termasuk mengambil jalan
mudah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.
Siasatan polis dalam kes pembunuh upahan ini termasuk membabitkan penggunaan senjata api, lazimnya akan mendapati suspek ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain mempunyai rekod jenayah lampau, katanya kepada Bernama, di sini.
Menurut Mohd Bakri, pembunuh upahan akan terus wujud selagi ada pihak yang bersedia membayar upah dan kebiasaannya kes sedemikian bermotifkan dendam.
Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar melihat sikap tamak menyebabkan seseorang individu atau kumpulan berani melakukan jenayah menggunakan senjata api.
`Kongsi gelap’

“Selalunya ahli kongsi gelap yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk musuhnya akan bertindak mengupah orang lain untuk membunuh musuhnya tanpa berperikemanusiaan.

“Mereka ini (ahli kongsi gelap) akan melakukan jenayah terancang dengan mengetahui segala butiran mengenai musuhnya bagi memudahkan kerja (bunuh),” katanya kepada Bernama.
Menurut Akhbar, penjenayah terbabit tahu hukuman yang menunggu mereka jika tertangkap dan disabitkan kesalahan, namun nafsu terhadap duit dan kemewahan mengatasi rasa takut dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau juga bersetuju selain mahu hidup mewah, dendam juga antara motif kes pembunuhan di negara ini termasuk menggunakan pembunuh upahan.
Bernama

 Mai Sini , Siapa Yang Boleh Ajar Pengerusi SPR Cara - Cara Nak Menipu !!!
Posted on Wednesday, May 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ulitmayang

"Sampai hari ini Najib masih tidak selesa walaupun menang dalam PRU13 05Mei lepas. Tempias daripada roadshow Black505 bukan semakin reda , malah terus kencang.
Dalam keadaan sebegini , Najib nampak semacam ‘agak’  terselamat dari dikutuk secara besar – besaran semenjak dua minggu lepas
.Sasaran kutukan banyak ditujukan kepada Pengerusi SPR , ekoran keberanian dia menipu dalam semua urusan pilihanraya yang dikendalikan oleh nya.

Dalam roadshow Black505 , kesalahan diletakkan hampir 100% ke atas bahu SPR. Sehingga itu , Pengerusi SPR masih berjaya mengunci mulut setakat 21hb Mei 2013 sahaja  , iaitu bagi tempoh 16 hari. Dasar tutup mulut ini dibuat atas arahan najib dan Mahathir , macam lembu kenyang lah.

Cuma , bilamana YB Rafizi makin menyerlah dalam tindakannya , selain menganjurkan Black505 , ia juga turut mengetuai Jawatan Kuasa mengumpul penipuan bagi pihak parti PKR , dan sedikit masa lagi ia akan mengepalai satu ‘exercise’ besar – besaran seluruh Negara , membuat laporan polis berkaitan dakwat kekal yang tidak kekal oleh seramai mungkin pengundi.
Hanya semalam dalam roadshow Black505 di Pulau Pinang , dalam siri taklimat kepada media dan umum , disebut olehnya cadangan membuat laporan polis secara besar – besaran seluruh Negara , maka terpaksa dan terpanggil oleh Pengerusi SPR yang paling hina dikutuk 1Malaysia untuk menubuhkan JAWATANKUASA KHAS MENELITI DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL 
Nota
Kalau ada sesiapa dari pengunjung TKO ini yang ada idea – idea yang bernas dan bergeliga , boleh lah sumbangkan cadangan – cadangan untuk membolehkan Penegrusi SPR yang paling handsome dan manis ini ,  terus menipu.
Ini kerana dia sudah kehilangan tata bahasa , nahu dan perkataan untuk terus menipu. Sepanjang proses pilihanraya baru – baru ini , dan sebelum daripada itu , dia sudah menipu selama 24 jam sehari
Tolong bantu dia dengan memberikan fatwa – fatwa yang baik – baik , guna untuk dia terus menipu , terutamanya untuk mengolah semua hasil siasatan jawatankuasa khas dakwat kekal yang tidak kekal ini
Ini sangat penting bagi melayakkan dia terus diberikan peluang oleh najib , bagi menjawat jawatan Pengerusi SPR untuk sekurang – kurangnya sehingga PRU14 nanti
Dia seboleh mungkin berusaha untuk mengelak daripada menerima nasib malang seperti yang dihadapi oleh pimpinan umno Selangor , yang mana diketepikan langsungg dari sebarang jawatan kabinet , ekoran prestasi terburuk iaitu gagal menawan Selangor , malah keputusan yang lebih teruk berbanding PRU12.
Syarat – Syarat
Untuk memenuhi kehendak SPR  , maka syarat – syarat berikut terpaksa dibuat , iaitu ;-
1. Idea dan cadangan tersebut mesti lah dapat menjadikan rakyat Malaysia , yakin dan percaya dakwat itu ada lah sebenarnya kekal , khususnya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
2. Idea dan cadangan tersebut mesti lah dapat dibuktikan , dakwat yang dikatakan tidak kekal itu Cuma untuk 11 orang pengundi sahaja , manakala lebih dari 13.5juta lagi pengundi semuanya kekal 
3. Terbuka kepada warganegara Malaysia , berumur 21 tahun ke atas
Ganjaran dan Hadiah
1. Tuan/Puan akan diberikan 10 Kad Pengenalan palsu , untuk membolehkan tuan/puan boleh mengundi sebanyak 10 kali , di beberapa pusat mengundi yang berlainan atau sama , dalam PRU14 tahun 2017 nanti
2. Tuntutan 'claim' hanya sah laku dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembuangan undi yang akan ditetapkan oleh PM Tan Sri Muhyidin Yassin , ini kerana Najib sudah disingkirkan dari jawatan Presiden UMNO
"

 Zahid, hati anda perlu dirawat.
Posted on Tuesday, May 21 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: tokpepijat

" Lagak angkuh Zahid sebaik menjadi Menteri Polis begitu memualkan. Jika Hishamuddin sepupu Najib begitu meloyakan, kini Zahid lebih angkuh,sombong dan berlagak.
Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok".

Sasaran Zahid :

a) Media alternatif seperti Malaysiakini.
b) Anak muda. Adam Adli sudah kena "tumbukan" Zahid.
c) Seluruh rakyat Malaysia yang bantah keputusan PRU 13. Cari negara lain jika tidak setuju.
d) Anwar Ibrahim. " Ini juga bukan negara bapa kamu...."

Ingatkan hanya Mat Said sahaja yang angkuh,bongkak dan samseng ala Sharif Dol dan samseng tahi minyak !

Cuba ingati kembali ucapan terakhir Zahid selaku Ketua pemuda UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO sebelum di sumbat dalam ISA kerana membela Anwar.

Zahid, hari ini anda di atas. Esok lusa bagaimana pula kedudukan anda?

Hari ini, bolehlah angkuh, sombong,ego dan 1001 kali takbur. Langit tidak semestinya selalu cerah.

Nampaknya kes saman ke atas Zahid kerana pukul orang awam( Amir Bazli Abdullah)semakin jauh dan jauh.  Mananya tidak, sekarang Zahid sudah jadi Menteri Polis, takkan polis nak soalsiasat Menteri Polis!

Zahid, hati anda perlu dirawat.

Tiada ulasan: