PKR mahu s'jaya baru teliti persempadanan p'raya
PKR
hari ini mahu sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional
dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan kawasan pilihan raya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.
"Peranan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang ini.
Dalam ucapannya yang bertajuk 'Laksana Satu Nyawa', Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun.
Katanya, antara kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5% rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties.
"Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.
"Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini," katanya.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata parti itu mempunyai tempoh lima tahun lagi bagi membina kekuatan untuk memperkukuh organisasi dan struktur sebelum berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Katanya, persediaan parti tidak terbatas kepada gerak kerja pilihan raya sahaja, tetapi juga pembangunan parti secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan kepimpinan, perkaderan, organisasi dan kewangan.
"Bagi merealisasikan hasrat ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Institut Ta'dib Siyasi (Institute for Political Education) dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini," katanya.
Menurut Azmin lagi, satu aspek yang juga penting dalam pembangunan parti adalah kewangan dengan memetik kata-kata pemikir strategi Von Clausewitz yang berbunyi: "war is an extension of politics by other means".
"Politik adalah sejenis peperangan. Dalam perancangan perang, terdapat dua unsur wajib; pertama persepsi dan kedua sumber. Dalam perang politik, kita perlu membina dan mengurus persepsi rakyat melalui manifesto dan komunikasi politik.
"Tetapi segala ini akan menjadi 'lame duck' sekiranya kita tidak mempunyai sumber. Apakah kita mahu Keadilan menjadi 'lame duck' political party?" katanya.
Sehubungan itu bagi memastikan PKR terus relevan dan sejajar dengan aspirasi rakyat, Azmin menyeru parti itu perlu memperkukuh organisasi, menggilap idealisme dan citra perjuangan agar perjuangan parti terus meraih dokongan rakyat.

Perwakilan: Calon wanita diletak di kerusi tak popular
Seorang
perwakilan wanita PKR hari ini mempersoalkan tindakan parti itu yang
didakwanya meletak calon wanita di kerusi yang tidak popular dalam
pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Malah, Murni Hidayah Anuar dari Paya Besar menganggap tindakan itu umpama mahu 'membunuh' calon wanita tersebut, termasuk dirinya yang diletak bertanding di Parlimen tersebut.
"Walaupun Paya Besar, Tambun dan Pengerang bukan kerusi popular tapi untuk rekod, Wanita menerima cabaran ini," katanya.
Murni membangkitkan perkara itu ketika membahaskan usul mengenai calon Wanita dalam kongres nasional Wanita PKR kali ke-9 di Petaling Jaya hari ini.
"Usul ini menekankan peranan Wanita Pusat dalam memastikan calon kita menang dikawasan yang ditandingi.
"Pastikan ada jentera. Jangan hantar wanita untuk 'dibunuh'. Wanita Pusat perlu ambil tahu.
"Kita bukan setakat nak cukupkan kuota. Kita hantar wanita untuk bertanding dalam dewan. Maka persediaan perlu dilakukan sekarang," tambahnya.
Wanita PKR bertanding di sembilan buah kerusi Parlimen dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Bagaimanapun, hanya tiga calon wanita yang menang - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Fuziah Salleh (Kuantan) dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang).
Sementara itu, dalam ucapan pergulungan, Zuraida berkata, ketua cabang harus dipertanggungjawabkan dalam isu jentera parti tidak menjalankan tugas semasa pilihan raya lalu sehingga mengakibatkan kekalahan di beberapa kawasan.
"Ketua cabang perlu lakukan tugas pilihan raya. Jangan salahkan Wanita. Kalau tak bergerak, maknanya ketua cabang yang tidak gerakkan jentera itu.
"Jadi kita perlu terbalikkan. Selepas ini biar Wanita pula yang jadi ketua cabang," katanya.
Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.
Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.
Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat
permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.
Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.
Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.
Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.
"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.
"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.
Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.
Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.
Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.
Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah
didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.
Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.
Malah, Murni Hidayah Anuar dari Paya Besar menganggap tindakan itu umpama mahu 'membunuh' calon wanita tersebut, termasuk dirinya yang diletak bertanding di Parlimen tersebut.
"Walaupun Paya Besar, Tambun dan Pengerang bukan kerusi popular tapi untuk rekod, Wanita menerima cabaran ini," katanya.
Murni membangkitkan perkara itu ketika membahaskan usul mengenai calon Wanita dalam kongres nasional Wanita PKR kali ke-9 di Petaling Jaya hari ini.
"Usul ini menekankan peranan Wanita Pusat dalam memastikan calon kita menang dikawasan yang ditandingi.
"Pastikan ada jentera. Jangan hantar wanita untuk 'dibunuh'. Wanita Pusat perlu ambil tahu.
"Kita bukan setakat nak cukupkan kuota. Kita hantar wanita untuk bertanding dalam dewan. Maka persediaan perlu dilakukan sekarang," tambahnya.
Wanita PKR bertanding di sembilan buah kerusi Parlimen dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Bagaimanapun, hanya tiga calon wanita yang menang - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Fuziah Salleh (Kuantan) dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang).
Sementara itu, dalam ucapan pergulungan, Zuraida berkata, ketua cabang harus dipertanggungjawabkan dalam isu jentera parti tidak menjalankan tugas semasa pilihan raya lalu sehingga mengakibatkan kekalahan di beberapa kawasan.
"Ketua cabang perlu lakukan tugas pilihan raya. Jangan salahkan Wanita. Kalau tak bergerak, maknanya ketua cabang yang tidak gerakkan jentera itu.
"Jadi kita perlu terbalikkan. Selepas ini biar Wanita pula yang jadi ketua cabang," katanya.
Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan
Ahli
Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan
Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas
permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.
Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.
Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat
permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.
Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.
Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.
Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.
"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.
"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.
Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.
Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.
Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.
Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah
didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.
Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.
'Tingkat usaha bersama NGO bantah penipuan p'raya'
Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya
penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan
usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.
Katanya, cadangan pembentukan Tribunal Awam oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan NGO itu harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik.
"Cabang, agen-agen pilihan raya dan orang awam harus tampil segera dengan bukti-bukti yang sahih untuk peguam-peguam memulakan prosiding perundangan," katanya Azmin.
Dalam ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR petang ini, Azmin berkata rakyat bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dan menyuarakan rasa kecewa serta kemarahan apabila kemenangan mereka didakwa dirompak oleh Umno.
"Perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi ini merupakan pencabulan kepada perlembagaan. Dalam demokrasi yang sihat, exploitasi aparat kekuasaan negara terhadap rakyat perlu dihentikan.
"Kita bukan sahaja bercakap tentang kelemahan sistem pilihan raya. Tetapi, kita telah membuktikan siri penipuan yang sistematik dalam skala besar. Ini menuntut reformasi sistem pilihan raya demi mengembalikan maruah dan kredibiliti institusi demokrasi dalam negara," katanya.
Sehubungan itu, Azmin mendakwa pencabulan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu, membenarkan apa yang dilontarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bahawa pilihan raya berkenaan adalah 'Ibu Segala Penipuan'.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata PKR akur demokrasi di Malaysia semakin segar hasil kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap hak mereka dan memahami prinsip karamah insaniah.
Cipta dialog politik, interaksi
Menurutnya, kemuliaan darjat insan itu menyebabkan rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan penguasa, tidak boleh ditindas dan undi mereka tidak boleh dijual beli.
"Akibat dari kesedaran tersebut, rakyat semakin kritis terhadap pemerintah. Zaman di mana pemerintah mendapat sokongan besar rakyat sudah berlalu. Dalam PRU-12, rakyat menafikan majoriti 2/3 BN yang sebelum itu diperolehi dengan mudah," katanya.
Pada waktu yang sama, katanya, PKR bertanggungjawab dengan tidak membiarkan suasana 51 - 47 (undi popular) merudum ke arah suasana buntu serta konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung.
Sehubungan itu, beliau berpendapat supaya semua pihak perlu menggembleng keberanian moral untuk mencipta dialog politik dan berinteraksi dengan semua pihak merentasi sempadan politik.
"Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," katanya.
Azmin turut mengajak perwakilan AMK dan Wanita agar merenung peristiwa Hudaibiyyah di mana berlaku jalan buntu antara umat Islam dengan Quraisy di Mekah yang pada peringkat awal apabila ditolak keras oleh para sahabat.
Bagaimanapun, kata Azmin, Perjanjian Hudaibiyyah telah membuka dialog dan interaksi yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.
"Kebijaksanaan Rasulullah SAW ini perlu kita garap demi kemenangan rakyat," katanya.
Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.
Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.
Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.

AMK kecewa PAS letak calon di kerusi PKR
Ketua
Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan
kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya
bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei
lalu.Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.
Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.
Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.
SPR: Tindakan pemuda cuba undi dua kali makan diri...
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) berkata tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang
cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali,
memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta
Pilihan Raya.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.
"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.
Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.
"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?... SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.
Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.
"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan... kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.
"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya.
- Bernama
Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan
perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei.
Su (kiri) berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya.
"Ia membuktikan bahawa transformasi untuk mewujudkan demokrasi adalah pembohongan," katanya, sambil mendakwa APA telah menjadi satu undang-undang zalim untuk menindas pembangkang.
Menurut laporan media, perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP Perak di sebuah dewan persendirian di Ipoh telah dihadiri kira-kira 20,000 orang, berpakaian hitam.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang adalah antara penceramah di perhimpunan tersebut.
Polis Perak juga menyiasat satu lagi perhimpunan bantahan yang dianjurkan oleh PKR Perak pada 12 Mei, yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika itu rizab bekalan air akan menjadi negatif apabila permintaan air terawat melebihi pengeluarannya.
"SYABAS telah membuat graf unjuran permintaan air di ketiga-tiga kawasan itu dan dijangka bekalan air terawat semakin kritikal memandangkan kapasiti bekalan air tidak mencukupi mulai Julai 2014 apabila rizab bekalan air menjadi negatif," katanya kepada pemberita.
Ketika ini permintaan air terawat ialah 4,638 juta liter sehari berbanding pengeluaran 4,661 juta liter sehari, lebihan 23 juta liter sehari sahaja.
Permintaan air dijangka terus meningkat di ketiga-tiga kawasan itu dengan kadar 3.5 peratus setahun dan keadaan ini bertambah meruncing terutama cuaca panas sekarang menyebabkan permintaan meningkat.
Lee berkata SYABAS yang membekalkan air ke ketiga-tiga kawasan itu akan berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran dan 7.5 juta pengguna di kawasan berkenaan diminta berjimat cermat menggunakan air.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.
"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.
"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.
Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.
"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.
"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?... SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.
Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.
"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan... kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.
"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya.
- Bernama
Dua lagi pemimpin Pakatan akan didakwa bawah APA
dikemaskini Ahli
Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di
bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan
selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu.Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan
perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei.
Su (kiri) berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya.
"Ia membuktikan bahawa transformasi untuk mewujudkan demokrasi adalah pembohongan," katanya, sambil mendakwa APA telah menjadi satu undang-undang zalim untuk menindas pembangkang.
Menurut laporan media, perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP Perak di sebuah dewan persendirian di Ipoh telah dihadiri kira-kira 20,000 orang, berpakaian hitam.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang adalah antara penceramah di perhimpunan tersebut.
Polis Perak juga menyiasat satu lagi perhimpunan bantahan yang dianjurkan oleh PKR Perak pada 12 Mei, yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mulai Julai 2014, air tak cukup untuk S'gor, KL, Putrajaya
Kapasiti
bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka
tidak mencukupi mulai Julai 2014, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS), Datuk Lee Miang Koi hari ini.Ketika itu rizab bekalan air akan menjadi negatif apabila permintaan air terawat melebihi pengeluarannya.
"SYABAS telah membuat graf unjuran permintaan air di ketiga-tiga kawasan itu dan dijangka bekalan air terawat semakin kritikal memandangkan kapasiti bekalan air tidak mencukupi mulai Julai 2014 apabila rizab bekalan air menjadi negatif," katanya kepada pemberita.
Ketika ini permintaan air terawat ialah 4,638 juta liter sehari berbanding pengeluaran 4,661 juta liter sehari, lebihan 23 juta liter sehari sahaja.
Permintaan air dijangka terus meningkat di ketiga-tiga kawasan itu dengan kadar 3.5 peratus setahun dan keadaan ini bertambah meruncing terutama cuaca panas sekarang menyebabkan permintaan meningkat.
Lee berkata SYABAS yang membekalkan air ke ketiga-tiga kawasan itu akan berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran dan 7.5 juta pengguna di kawasan berkenaan diminta berjimat cermat menggunakan air.
2 peserta buat laporan dakwa dipukul polis
Dua
orang peserta program nyalaan lilin menyokong aktivis pelajar Adam Adli
Abdul Halim, membuat laporan hari ini mendakwa mereka dipukul oleh
anggota polis pada malam tersebut.
Chua Siaw Ping, 39, dan Teh Chia Lung 31, membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi tengahari tadi.
Kedua-duanya ditemani peguam G Manivannan yang juga ahli Parlimen PKR Kapar.
Chua dan Teh adalah sebahagian daripada 18 orang yang ditahan pada hari Rabu lalu. Selain Chua dan Teh, seorang lagi peserta turut mendakwa dipukul polis.
Menurut Manivannan, peserta tersebut dijangka membuat laporan esok.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Manivannan menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dalam tempoh tujuh hari.
Katanya, seorang peserta terbabit dapat mengenali dengan jelas wajah anggota polis yang didakwa memukulnya dan bersedia untuk membuat pengecaman.
"Kita mahu siasatan dijalankan oleh pegawai khas dari Bukit Aman dan dilakukan dalam masa tujuh hari kerana salah seorang mangsa mengecam anggota polis yang memukulnya," katanya.
Beliau turut menggesa Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat salah laku polis yang sekian lama tertangguh.
- BernamaChua Siaw Ping, 39, dan Teh Chia Lung 31, membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi tengahari tadi.
Kedua-duanya ditemani peguam G Manivannan yang juga ahli Parlimen PKR Kapar.
Chua dan Teh adalah sebahagian daripada 18 orang yang ditahan pada hari Rabu lalu. Selain Chua dan Teh, seorang lagi peserta turut mendakwa dipukul polis.
Menurut Manivannan, peserta tersebut dijangka membuat laporan esok.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Manivannan menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dalam tempoh tujuh hari.
Katanya, seorang peserta terbabit dapat mengenali dengan jelas wajah anggota polis yang didakwa memukulnya dan bersedia untuk membuat pengecaman.
"Kita mahu siasatan dijalankan oleh pegawai khas dari Bukit Aman dan dilakukan dalam masa tujuh hari kerana salah seorang mangsa mengecam anggota polis yang memukulnya," katanya.
Beliau turut menggesa Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat salah laku polis yang sekian lama tertangguh.
Paul Low letak jawatan presiden TI-M
Datuk
Paul Low hari ini meletak jawatan sebagai Presiden Transparency
International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai Menteri di
Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
TI-M dalam satu kenyataan berkata dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya hari ini, Datuk Akhbar Satar yang juga Timbalan Presiden, dipilih peneraju baru TI-M bagi penggal 2013/2014.
Selain itu, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Setiausaha Agung dimenangi Dr Loi Kheng Min dan jawatan Bendahari menang tanpa ditandingi oleh Mohamed Raslan Abdul Rahman, kata kenyataan berkenaan.
TI-M yang mengucapkan tahniah kepada Low turut menyifatkan pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap organisasi berkenaan selaku institusi yang meneraju perjuangan menentang rasuah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan