Posted on Thursday, May 23 @ 12:15:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: mat_sempoi
"Buat rakyat Malaysia semua. Jangan terkejut sekiranya Kerajaan akan membuat pengumuman drastik dimana semua harga barang akan turun. Ianya telah dimulakan dengan harga petrol RON97 yang baru turun 20sen semalam.
Baca DISINI
Ianya akan jadi mainan media meloyar BN dan cerita ini akan dicanang sehingga berhari-hari.
Kemudiannya, secara senyap-senyap GST akan dimulakan. Tetapi kisah ini akan disenyap sepikan oleh akhbar-akhbar meloyar. Kalau ada pun cuma diberitakan pada kolum yang kecil sahaja.
Ini adalah kerana GST ini sahaja senjata untuk PM Najib bernyawa semula setelah banyak wang dan harta negara di perhabiskan olehnya. Sebab itu tugas ini diberi kepada Idris Jala.
Dari dulu GST di idami BN.
dan sehingga ke hari ini masih kekal lagi:
Selepas itu, harga menjadi sama ataupun lebih MAHAL lagi dari sebelumnya:
cth: Kira-kira Petrol Ron97.
RM2.70 x 6% GST + RM2.70 = RM2.862.
Ikut sistem membulatkan harga = RM2.90
Bijak bukan?
Jangan terkejut, harga Petrol akan dinaikkan semula, tetapi tidak dikatakan termasuk GST, sebagaimana di restoren-restoren seperti McD, KFC dan seumpamanya.
Cuma yang bodoh, senang diperbodohkan oleh BN, dan tetap sokong BN."
Duduk diam-diam...jaga lembu dalam kondo
Posted on Thursday, May 23 @ 12:05:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Mantan Menteri Lembu dan Kerbau Noh Omar suruh rakyat yang bantah keputusan PRU 13 agar duduk dalam hutan.
Rakyat pula suruh Noh Omar yang tidak dilantik jadi Menteri agar perbanyakkan makan otak udang ( dia ada projek udang? ) dan duduk diam-diam sambil ternak lembu Kak Ijat dalam kondominum.
Ini sebagai tebus "dosanya" kerana beri maklumat yang salah kepada PM(kerusi)Najib tentang sambutan rakyat Selangor terhadap UMNO.Noh mengulangi perangai orang Pekan semasa PRU tahun 1999 yang menyebabkan Najib hanya menang majoriti undi sekitar 250 undi sahaja.
BN Selangor kalah teruk di Selangor apabila kehilangan lapan kerusi DUN apabila hanya mampu mempertahankan 12 daripada 20 kerusi DUN yang dimenangi pada 2008.
Dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pengerusi Umno dan BN Selangor manakala Noh sebagai timbalannya.
Kesudahan mantan-mantan MB Selangor:
Mat Tyson masuk PAS
Khir Toyo jual penyapu
Noh Omar jual otak udang dan ternak lembu dalam kondo.
Duduk diam-diam... jaga lembu dalam kondo"
Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati
23 Mei 2013
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
BN selesa tiap kali persempadanan semula
Parti
pemerintah BN biasanya mendapat kejayaan selesa dalam pilihan raya
setiap kali persempadanan semula kerusi pilihan raya dibuat, kata Pusat
Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).Dalam sejarah Malaysia, BN secara puratanya mendapat undi popular sehingga 60 peratus setiap kali selepas persempadanan semula dilakukan, kata timbalan pengarah Umcedel Amer Saifude Ghazali dalam sebuah forum semalam.
Beliau juga berkata, berdasarkan undang-undang, syarat-syarat persempadanan semula amat longgar bagi mencapai perwakilan seimbang.
Katanya, tiada juga garis panduan jelas atau pemetaan untuk proses persepadanan semula, yang seterusnya menyebabkan kawasan parlimen baru dibentuk antara dua kawasan parlimen sedia ada.
Amer berkata demikian dalam forum anjuran pusat kajian bebas Merdeka Centre di Petaling jaya semalam.
Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan
Aktivis
siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan
mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.
Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1).
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.
Adam Adli diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas.
Aktivis dihambat, wartawan diserang di P Pinang
Satu
kumpulan pemuda yang bertindak ganas menyerang para aktivis NGO hak
asasi Suaram yang menyertai perhimpunan sebagai tanda sokongan ke atas
aktivis siswa, Adam Adli di Penang Esplanade pada malam tadi.Kumpulan pemuda tersebut, ada di antaranya yang menaiki motosikal, mengejar para aktivis berkenaan dan menuduh para aktivis tersebut membawa senjata.
Seorang wartawan Oriental Daily, Ooi Choon Nam juga diserang dalam serangan tersebut, yang menyebabkan kerosakan pada kaca matanya dan kecederaan ringan di bahagian tangan.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi semasa kira-kira 100 orang peserta acara nyalaan lilin tersebut, termasuk koordinator Suaram Pulau Pinang Sean Ho dan anggota jawatankuasa pusat PSM Soh Sook Hwa, sedang bersurai.
Ho dan So dihalang oleh kumpulan berkenaan apabila mereka sedang meninggalkan padang berkenaan.
Keadaan itu bertambah tegang apabila kedua-dua aktivis tersebut dihambat oleh kumpulan pemuda berkenaan sehingga ke kawasan Fort Cornwallis.
Menurut Ho, individu bermotosikal berkenaan juga cuba melanggarnya, dan salah satu kenderaan tersebut mengenai kakinya.
Wartawan Ooi yang bertugas pada malam itu juga cuba masuk campur namun diserang di bahagian muka yang menyebabkan kaca matanya melayang ke tanah.
Kumpulan pemuda berkenaan kemudiannya terus mengekori Ho dan Soh, manakala salah seorang dari anggota kumpulan tersebut berteriak melalui satu pembesar suara dan menuduh Ho dan Soh membawa senjata.
Pemimpin-Pemimpin Islam Berhimpun di Istanbul
Posted on Thursday, May 23 @ 12:02:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: kazuma
"
Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim Kali Yang Ke-22 yang diadakan di Istanbul, Tuki, bermula hari ini Khamis 23 Mei dan akan bersidang selama tiga hari sehingga Sabtu 25 Mei, akan menghimpunkan sekurang-kurang para pemimpin Islam dari 40 buah negara.
Kongres yang di anjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (ESAM) Turki adalah merupakan program tahunan yang turut menghimpunkan pemimpin utama gerakan Islam sedunia, termasuk pemimpin minoriti umat Islam.
Presiden PAS Dato 'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili gerakan Islam Malaysia bersama pemimpin gerakan Islam lain bagi membincangkan agenda utama yang akan memberi tumpuan kepada persoalan pokok 'order baru dunia' yang lebih saksama.
[Gambar - Ustaz Hadi dalam satu rancangan televisyen Turki, TV5 Harber yang menjadi penyiar rasmi Kongres Keatuan Antarabangsa Komuniti Muslim Kali ke-22]
Antara pemimpin lain yang akan menyertai Kongres itu adalah pemimpin Parti an-Nahda Tunisia Rashid Ghanouchi, pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan Khalid Meshal, Presiden Ikhwan al-Muslimin Mesir, Mohammed Badii, pemimpin Jama'at islami Pakistan Syed Munawwar Hassan, dan pemimpin Ikhwan al-Muslimin Syria Riyadh al-Sakfa.
Menurut laman penyiar rasmi Kongres tersebut, TV5 Harber, turut dijemput untuk memberikan ucap utama adalah Presiden Mesir Dr Mohammed Mursi dan Presiden Iran, Ahmadinejad.
Sumber: buletinonline.net"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan