Isnin, 20 Mei 2013

KATA RASULLULLAH SAW YANG BERMAKSUD...'AKU TAK TAKUT DAJJAL TETAPI ULAMAK SUK@ULAMAK YANG ROSAK'..NI AKAN TIMBUL DIAKHIRAT ZAMAN....ULAMAK NI JENIS CARI MAKAN...KEJAR DUNIA...KEJAR PANGKAT...PUTAR BELIT HUKUM...MEMIHAK KEPADA ORANG BERI KEMEWAHAN PADANYA...IA LUPA ALLAH HIDUPKAN DAN HAKIKATNYA ALLAH BAGI REZEKI...KALAU ALLAH BAGI SAKIT TERUK HINGGA TAK BOLEH KERJA...BOLEHKAH IA BERI GAJI BUTA AJE

Apabila Ada Ulama' Suk 

KEJAHATAN ULAMA


Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulama-ulama yang menganut agama dari Nabi2 atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat. Artinya kalau di zaman masih ada Rasul maka seorang Rasul yang akan didatangkan, tapi selepas Rasul tak ada lagi maka bila ulama sudah jahat sangat itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang. Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.

Sabda Rasul saw yang maksudnya :
Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.

Rasul saw dalam hadis ini menyebut ulama' dahulu sebelum pemimpin, artinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.

Di zaman kita ini ke 2 golongan itu sudah rosak, iaitu ulama dan pemimpin atau penguasa/pemerintah. Di zaman sekarang kemuncak kerosakan ulama itu telah berlaku.

Rasul saw berkata di akhir zaman banyak ulama suk. Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama? Mari kita analisa sejauh mana rosaknya ulama. Sudah banyak aspek kerosakan yang berlaku di kalangan ulama :

1. Ulama sudah cintakan dunia.[/
u]
Cinta dunia itu ibunya kejahatan, puncanya kejahatan, pintu masuk kejahatan untuk berhadapan dengan kejahatan yang lebih banyak. Cinta dunia membuka pada kejahatan yang lebih banyak. Sebab Rasul saw berkata cinta dunia itu ibu segala kejahatan, jadi bila ibunya sudah berlaku, untuk anak2nya lagi mudah berlaku. Maksud cinta dunia itu adalah cinta duit, cinta harta, cinta nama, cinta jawatan, glamor, itu semua bentuk cinta dunia. Bila ulama sudah cinta dunia, maka akan lahir di kalangan ulama kejahatan2 lain. Dari kejahatan ini timbul kejahatan kedua :

2. Ilmunya tidak lagi global.[/u]
Mengapa ilmunya tak global? kerana ulama ikut sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah disusun oleh Barat. Kalau ikut sistem Barat maka bila sudah lulus periksa dia akan rasa belajarnya sudah cukup. Sebab periksa itu kalau sudah lulus, hendak kejar dunia : pangkat, jawatan, nama dsb. Tidak seperti ulama dahulu yang sistemnya tidak seperti ini. Dahulu ulama mengaji sampai puas. Tak berbentuk seperti sekarang ini ada sukatan2. Jadi ulama dahulu tak tahu dia sudah lulus atau belum sebab tak ada sijil. Sekarang tidak begitu. Bila ulama itu sudah ada kelulusan maka pintu dunia terbuka : boleh kerja, boleh makan gaji, dsb. Sebab tujuan mengajipun hendak dapat dunia. Bila dapat sijil, maka akhirnya setakat itulah ilmunya. Sebab itu ulama sekarang ilmunya tidak global. Sedangkan ilmu Islam itu global, ilmu Islam itu untuk menyelesaikan berbagai2 masalah masyarakat. Tapi ulama sekarang ilmunya tidak global, hanya satu aspek sahaja sedangkan ulama adalah tempat bertanya masyarakat. Maka banyaklah masalah tak dapat jawab, banyaklah masalah tidak selesai. Bila dirujuk pada ulama yang ilmunya singkat, banyak benda tak terjawab, bahkan ramai ulama berkata “Ini bukan bidang saya.” Inilah kejahatan yang kedua, kerana ilmu ulama sudah tidak global lagi. Ulama belajar had mana sijil nya laku, setakat itulah dia belajar dan dia tak akan belajar lagi. Ini bahaya.

3. Ulama tak menjadi pewaris Nabi.[/u]
Rasul berkata : “Ulama itu pewaris Nabi. Maksud pewaris itu apa yang datang dari Nabi dari Rasul dipusakakan pada ulama :

Sudut Ilmu. Dalam point 2 tadi telah disebut bahawa tidak semua bidang ilmu, ulama sekarang dapat miliki. Sedangkan Nabi, Rasul ilmunya global. Jadi di bidang ilmupun ulama sudah tidak dapat mencontohi Nabi lagi.

Sudut Ibadah. Patutnya ulama mewarisi ibadah para Nabi. Tapi ibadah ulama sekarang sudah bukan contoh lagi. Sembahyang pun dibuat cepat2, jangan2 iftitah, surat pendek tak baca, hanya baca yang wajib-wajib sahaja. Sembahyang berjemaah tidak menjadi kebiasaan.

Akhlak ulama hari ini tak mencerminkan akhlak Rasul, dari segi diri pribadi, sikap, percakapan, pergaulan tak menggambarkan lagi akhlak Nabi terutama tawadhu tak ada langsung. Sedangkan tawadhu itu adalah tradisi para Nabi dan Rasul. Tawadhunya sangat disenangi orang ramai. Dahulu orang ramai jatuh hati pada Ulama kerana tawadhunya tapi sekarang tawadhu pada ulama sudah tak ada. Jadi akhlak pada ulama sekarang khususnya dari sudut tawadhu tak ada, tak mewarisi akhlak Nabi.

4. Ulama bukan milik umum, tapi dimiliki golongan tertentu
Ulama bukan kepunyaan umum lagi tapi kepunyaan golongan tertentu. Samada golongan politik atau pihak kerajaan. Jadi para ulama sudah dimiliki oleh kerajaan atau orang politik. Kerana mahu mencari makan, kerana cinta dunianya, maka dia akan cakap mengikut kehendak orang politik dan kerajaan. Jadi bila kerajaan mahukan satu perkara maka dicarilah fatwa2 yang membolehkan. Kalau orang politik atau pihak kerajaan tak mahukan sesuatu, maka dia carilah nash2, fatwa2 yang tidak membolehkan perkara itu. Bahkan ulama sekarang ada yang sudah dimiliki oleh orang Kristian. Ulama sanggup diberi wang oleh orang Kristian dan orang Kristian mensyaratkan ulama bila hendak membagi fatwa. Mereka sanggup jadi orang yang memberi fatwa mengikut telunjuk musuh. Kalau syarat itu dari kerajaan boleh tahan, tapi yang berlaku sekarang ulama sudah mengikut apa kata orang Kristian. Apa lagi yang kita boleh harap dari ulama? ulama sudah ada agen2 yang memilikinya : orang politik, kerajaan, orang Kristian. Jadi fatwa dibuat ikut kehendak musuh bukan ikut kehendak Tuhan.

5. Ulama hasad dengki pada ulama yang haq
Bila ulama sudah jahat, dibeli oleh Agen2, sedangkan ulama ada ulama haq juga, maka salah satu kejahatan ulama suk adalah hendak menyorokkan ulama yang haq ini. Perjuangan ulama yang haq itu dihasad dengki. Kalau ulama Haq itu menonjol sangat dimana kalau dibiarkan makin nampak kejahatan ulama suk maka Ulama suk itu akan arahkan kerajaan tangkap, jel, paling tidak disekatkan aktiviti ulama yang haq. Ini kejahatan yang ke 5. Ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.


6. Lahir ulama jumud dan ulama liberal
Ulama yang sudah dibeli ini ada 2 golongan :
• Bila dia diberi duit, dia jadi jumud, beku. Kebanyakkannya pendidikan pesantren. Jadi bila ulama jumud, sedangkan zaman ini zaman maju, zaman membangun, ini menjadikan orang ramai tidak tertarik dengan kepimpinan ulama kerana jumudnya para ulama. Bila diberi duit dia tak jumud tapi jadi ulama moden, dia menterjemahkan Islam secara Barat supaya diterima orang ramai sebab hari ini orang rujuk pada Barat. Jadi supaya mereka diterima oleh orang ramai diapun berfikiran seperti Barat maka lahirlah Islam liberal yang disesuaikan dengan otak mereka dengan tujuan orang ramai boleh terima.

Tapi akhirnya kedua golongan ulama ini tidak diterima orang ramai. Yang satu jumud sangat, yang kedua cara berfikir sahaja yang maju, tapi tindakan tak maju. Cara berfikirnya maju tapi rosak kerana agama ditafsirkan cara Barat.

7. Ulama tidak membangun jemaah
Oleh kerana ulama sudah ada agen yang punya, sudah liberal, cara berfikir sudah rosak, atau kerana ulama sudah jumud sangat, maka sunnah yang besar sudah ditinggalkan iaitu membangunkan jemaah. Membangunkan jemaah itu sunnah yang besar sudah ditinggalkan ulama. Kemudian ada yang mahukan jemaah tapi diubah suai termasuklah masuk parti politik, bagi mereka adalah jemaah. Lagi rosak, akhirnya dia dimiliki oleh orang politik kalau orang poltik itu kuasai negara maka ulama itu dimiliki oleh kerajaan, jadi apa yang dikehendaki oleh kerajaan, suara ulama itu disesuaikan dengan kehendak kerajaan. Jadi kejahatan ke 7 adalah dia tak mau lagi bangunkan jemaah sedangkan itu sunnah terbesar Rasul saw

8. Ulama suka berjalan sendiri untuk tujuan komersil
Ulama lebih suka berjalan sendiri2 sebab dia fikir ada nilai komersial berdakwah sendiri. Kemudian bila ada duit boleh buka sekolah, dapatlah mengambil duit orang ramai. Bahkan ulama2, kalau hendak buat seminar, hendak buat mensyuarat, syarikat rokok yang sponsor. Kejadian ini mungkin di Malaysia tertutup tapi di Indonesia berlaku secara terang2an banner, kain rentang, sebut seminar itu disponsor oleh syarikat rokok. Jadi kerana ulama hendak kejar dunia sudahlah tak buat jemaah, suka buat sendiri2 kerana hendak buat komersial. Sebab itu di Indonesia kalau untuk khutbah Jumaat kena bayar, kalau tak bayar tak mau. Dia tanya dahulu apakah sanggup bayar. Kalau tak sanggup bayar maka tak mau baca khutbah. Itulah ulama, suka jalan sendiri kerana mahu dapat duit untuk hidup.

Kalau kejahatan2 ini sudah berlaku, jadi kejahatan lain sudah jadi kecil. Dengan 8 jenis kejahatan inipun sudah cukup menghancurkan Islam, Umat Islam sudah bingung sedangkan ulama itu adalah ibarat pagar/benteng dari Umat Islam. Bila benteng telah roboh terdedahlah Umat Islam pada bahaya. Itulah yang berlaku sekarang sampai peringkat orang Kristian miliki ulama. Apa lagi yang boleh kita harap dari ulama sedangkan kalau ada sedikit2 kebenaran, kalau dia ulama kerajaan, dia arah kerajaan sekat, ulama2 itu menekan, itu paling ringan, lebih dari itu suruh tangkap. Kalau sudah begitu kejahatan para ulama akhir zaman, tanda tak boleh harap lagi kecuali datang penyelamat dari Tuhan

Jadi sudah terhurailah kejahatan ulama artinya sudah lengkap kejahatan ulama, ulama tak boleh diharap lagi. Tak boleh harap kecuali datangnya penyelamat. Ada beberapa perkara yang kita kena buat :

1. Penyelamat itu ada pengikut. Sebagai pengikut kita kena persiapkan diri supaya bila penyelamat datang pengikut sudah siap
2. Doa banyak2 agar Tuhan cepat datangkan Penyelamat, agar dunia ada Penyelamat.



Siapa Ulama Suk?

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)." Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

1. Cinta dunia

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

2. Ilmu yang tidak global


Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.

Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.

3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi." ... Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.

4. Ulama sudah dimiliki


Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.

5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.

6. Kejumudan dan liberalisme


Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.

7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik

seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.

Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.

8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.

Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawablah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawablah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...- Malek Ridzuan

ULAMA' DAN UMARA'

Ulama' dan umara' perlu bersatu dan berhimpun di bawah agama "ad-Din". Ulama' dan umara' adalah pewaris nabi Muhammad S.A.W. Ulama' mewarisi ilmu daripada nabi manakala umara' pula mewarisi kepimpinan atau politik daripada nabi. Ilmu dan politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam, begitu jugalah ulama' dan umara'. Merekalah 'ilmu' dan 'politik' bagi umat Islam.

Ulama' merupakan anugerah Allah untuk umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar. Tanpa ulama' semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak dalam hidup mereka mengikut hawa nafsu semata-mata. Rasulullah S.A.W pernah menyifatkan para ulama' seperti bintang-bintang di langit :

"Bandingannya para ulama' di bumi ini samalah seperti bintang-bintang di langit. Ia menjadi pedoman dalam kegelapan di laut dan di darat. Kalau bintang-bintang itu pudar mereka yang berpandukannya akan sesat". (riwayat Imam Ahmad)

Umara' pula adalah keperluan yang pasti bagi ummah. Tanpanya masyarakat menjadi kacau, malah syariat tidak akan dapat dilaksanakan. Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa umara' merupakan perisai ummah. Sabda baginda:

"Pemimpin itu adalah perisai. Orang akan berperang di belakangnya dan berselindung di sebaliknya". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang ulama':

1. Ulama' jangan sesekali merendah diri. Perlu ada jati diri, tidak diperkecil dan direndahkan kerana mereka merupakan golongan hebat yang wajib dihormati.

2. Ulama' tidak akan sesekali tunduk kecuali kepada kebenaran. Jangan tunduk kepada kuasa. Perlu menyatakan kebenaran walaupun ia pahit, 'kulil haqqa walau kana murran'.

3. Ulama' tidak takut kepada pemimpin. Perlu sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada pemimpin. Jangan sesekali lari dan membiarkan kejahatan dan kezaliman berleluasa.

Inilah antara ciri ulama' yang digariskan oleh cerdik pandai Islam. Selagi tiga ciri di atas tiada pada mereka yang merasakan dirinya ulama', maka tidak selayaknya golongan ini digelar sebagai ulama'.

Namun yang menyedihkan bahawa pada zaman sekarang sukar untuk berjumpa dengan umara' yang baik dan adil. Kebanyakan umara' pada hari ini mengamalkan RASUAH. Umara' sekarang tidak lagi menjadikan ulama' sebagai rujukan, ikutan dan panduan. Ulama' dipinggir dan diabaikan, malah dicemuh oleh segelintir umara'.

Contoh terbaik ulama' ialam Imam Malik bin Anas. Seorang Imam yang tegas dalam menyatakan kebenaran. Sentiasa menjaga ketinggian ilmu dan jati diri sebagai seorang alim. Beliau bukan saja disegani dan dihormati dengan ketinggian ilmunya, bahkan digeruni oleh khalifah dan umara' ketika itu. Contoh terbaik umara' pula adalah Saidina Umar bin al-Khattab r.a. Sentiasa menjaga syariat Allah S.W.T serta menjaga hubungannya dengan Allah dan sesama manusia. Merendah diri dan tidak pernah merasakan jawatan khalifah atau amir yang dimiliki sebagai satu kemegahan dan kebanggaan. Bahkan merasakan ia merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dijaga, dipikul, dipelihara dan dijalankan serta dilaksanakan dengan baik.
Saidina Umar al-Khattab pernah memberi nasihat kepada gabenornya, Abu Musa al-Asy'ari :

"Penguasa yang paling bahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa bahagia dengannya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa celaka dengannya. Ingat, jangan hidup mewah. Kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingan kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila berada di padang rumput yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya. Kerana ia akan disembelih untuk dimakan".(Abu Yusuf)

Ulama' dan umara' disifatkan secara bersama sebagai faktor kebaikan ummah. Sabda Rasulullah S.A.W :

صنفان من الناس اذا صلح صلح الناس واذا فسد فسد الناس, العلماء والعمراء
''Ada dua golongan, bila mereka baik orang menjadi baik, bila mereka rosak orang menjadi rosak: Ulama dan umara''.(riwayat Abu Na'im dalam al-Hulyah)

Untuk akhirnya, buat ulama' dan umara'. Renungi dan amatilah petikan daripada kata-kata hujjatul Islam, Imam al-Ghazali:

''Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah, dan pemerintah rosak kerana Ulama. Sementara Ulama pula rosak kerana tamakkan harta dan pangkat. Maka sesiapa yang dikuasai oleh kecintaan kepada dunia, dia tidak akan mampu memberi nasihat walaupun kepada orang bawahan, apa lagi kepada pemerintah dan pembesar''.

Dalam melihat kepada 'kerosakan besar' yang berlaku kepada masyarakat Islam di Malaysia sekarang, maka siapakah yang bersalah ???

Ulama-us su’ – Manusia paling bahaya

`Ulama-us su’ ertinya ulama yang buruk. Namun, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su’ ini sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi s.a.w. ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.
Di dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun, agama suci ini tetap dapat di bersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Di kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi di hormati. Gelaran-gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat terhadap golongan ini, yang mempunyai kelulusan tinggi dalam pengetahuan Islam.
Oleh kerana kedudukan ulama di dalam ajaran Islam adalah tinggi seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. “Ulama itu adalah pewaris para nabi” (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan di katakan sebagai pewaris para nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: “Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su’.” (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi “Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.” (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su’ ini dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su’ dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.
Dua ciri ulama us-su’ yang paling berbahaya di dalam masyarakat kita pada hari ini, iaitu: Ulama us-su’ yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su’ yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama ini menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa sahaja yang mereka katakan, akan di anggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan di dalam masyarakat. Namun sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa yang sebenarnya `haram’ menurut Allah dikatakan `halal’, dan sebaliknya apa yang halal menurut Allah di `haram’ kan pula.
Ulama-ulama demikian suka mentafsir ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis nabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa tanpa banyak berfikir serta membuat rujukan. Dan bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su’ ini. Kesannya, masyarakat akan hidup di dalam kesesatan dan kehancuran. Ulama-us su’ ini tidak hanya terdapat di dalam agama Islam, malah ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.
“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku “Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).” Kemudian baginda membaca ayat ini: “Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu.” Nabi pun bertanya: “Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah, maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?” Saya menjawab “Betul ya Rasulullah.” Maka baginda pun menjawab: “Demikian itulah yang di namakan ibadah ( menyembah ) kepada mereka.”
Ulama-us su kedua ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: “Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” (Riwayat Baihaqi ).
Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Ini kerana ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya. Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas di dalam perjuangan mereka.
Bagaimanakah seorang ulama boleh menjadi penyebar fitnah?
Jawapannya mudah sahaja. Sama ada disengaja atau tidak, apabila seseorang ulama itu mula membenci terhadap sesuatu fahaman atau golongan lain, maka sudah tentu golongan atau fahaman yang tidak sealiran dengannya itu bakal dicerca, dikutuk atau dituduh dengan pelbagai cara, agar masyarakat menjauhi serta menolak fahaman atau golongan yang tidak sealiran dengannya itu. Maka tanpa disedari oleh ulama tersebut, ketika dia mengeluarkan penilaiannya terhadap fahaman atau golongan tertentu itu, penilaiannya sudah mula bercampur baur dengan rasa marah, iri hati, benci serta berprasangka. Dan fitnah pun terjadi tanpa disedarinya.
Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.” (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.
Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su’ ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan-ucapan mereka juga di campurkan adukkan dengan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis nabi. Dan ini akan lebih meyakinkan lagi bagi masyarakat yang kurang pengetahuannya mengenai agama Islam. Kesannya, tingkah laku ulama-us su’ yang gemar memfitnah ini sedikit demi sedikit akan diikuti oleh masyarakat tanpa kita sedari.
Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini di antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah “Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6 ). Dan “Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl: 43).
Kesimpulannya, ulama-us su’ yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su’ merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?” Rasulullah menjawab, “Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.” (Riwayat al-Bazzar). Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu`az bin Jabal “Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.”
(Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI )

Umara dan `Ulama Penentu Kelangsungan Ummah

Written by Syed Ali Tawfik al-Attas. Posted in Utusan Malaysia
Maksud sebuah Hadith menjelaskan bahawa faktor penentu sama ada baik, atau sebaliknya buruk sesebuah masyarakat bergantung pada dua golongan, iaitu umara' dan `ulama'. Apa yang diungkap dalam Hadith ini kelihatan amat bertepatan dengan apa telah berlaku sepanjang sejarah dan juga dapat disaksikan berlaku pada hari ini. Hubungan yang bersifat timbal-balik antara kedua-dua golongan ini ternyata mempunyai kesan terhadap pelaksanaan urusan pemerintahan, khususnya keadaan hidup rakyat. Jika hubungan tersebut diasaskan pada ketaqwaan dan kebaikan maka hasilnya sudah tentu baik, namun jika sebaliknya ia didasarkan pada keburukan atau kepentingan tertentu, maka buruklah akibatnya.

Pemerintah yang baik menyedari bahawa urusan kepemimpinan merupakan amanah besar yang kelak akan dipersoal di hadapan Allah s.w.t.; daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besarnya. Kekuasaan yang berada di tangannya tidak dianggap sebagai nikmat bahkan suatu ujian terhadap dirinya dan ia sentiasa berasa bimbang seandainya gagal melaksanakannya dengan sempurna. Ia juga menyedari bahawa kekuasaan yang dimiliki tidak sama sekali memberikan ruang kepadanya untuk melakukan atau juga meninggalkan apa sahaja yang dikehendaki sesuka hatinya. Keimanan dalam dirinya akan sentiasa membuat ia sedar akan kedudukan dirinya, iaitu hanyalah sebagai salah seorang daripada rakyatnya sendiri yang dipilih untuk memimpin mereka. Kepercayaan yang diberikan oleh mereka disertai amanah agar ia melindungi kemaslahatan dan memastikan kesejahteraan hidup mereka dan pada masa yang sama, melenyapkan segala bentuk kemudaratan atau kesulitan yang menekan hidup mereka. Kekuasaan yang ada pada pemerintah berkenaan juga bersyarat, iaitu selagi ia melaksanakan segala kewajipan dan menunaikan hak rakyatnya. Demikianlah juga ketaatan kepadanya yang terbatas, sebagaimana ditekankan dalam maksud sebuah Hadith Nabi s.a.w., iaitu selagi ia tidak memerintahkan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.

Sedemikian besar amanah yang dipikul dan kegusaran terhadap kemampuan melaksanakannya pasti mendorong pemimpin yang baik ini untuk memilih penasihat yang juga baik. Penasihat-penasihatnya pastilah terdiri daripada kumpulan ilmuwan atau `ulama' yang mampu memberikan nasihat, tunjuk ajar serta teguran jujur yang dapat mengelakkan dirinya daripada hanyut dalam nikmat kekuasaan yang membinasakan. Pemerintah seperti ini meyakini bahawa golongan ilmuwan inilah yang akan membantunya menemukan hikmah kerana sebagaimana dijanjikan Allah s.w.t., melalui hikmahlah ia akan memperoleh kebaikan yang banyak (Surah al-Baqarah 2 : 269), yang amat bermanfaat bagi urusan pemerintahannya. `Ulama' yang didampingi pemerintah ini pula akan memainkan peranan mereka dengan berkesan. Tiada yang menjadi matlamat mereka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai penasihat selain kebaikan untuk pemimpin dan kemaslahatan, kemakmuran serta kesejahteraan hidup pula kepada rakyat.

Hal ini pastinya didorong oleh perasaan takut kepada Allah s.w.t. seandainya melanggar perintah-Nya, sebagaimana digambarkan oleh Allah sw.t. dalam firman-Nya (Surah Fatir 35 : 28). Dalam mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathir memetik pendapat Ibn `Abbas r.a. bahawa ketakutan golongan `ulama' terhadap Allah bertambah besar apabila mereka mengenal Allah s.w.t. dengan sempurna. Mereka tidak sekali-kali akan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, (termasuk dengan memilih manusia untuk ditaati dan ditakuti lebih daripada Allah s.w.t.), menghalalkan apa yang dihalalkan-Nya serta mengharamkan apa yang diharamkan-Nya, memelihara segala peringatan-Nya, dan meyakini bahawa mereka akan menemui-Nya dan akan dihisab segala amalan mereka ketika hidup di dunia. Kewujudan penasihat dan `ulama' yang berakhlak mulia serta berkeperibadian tinggi seumpama ini akhirnya mewujudkan suasana sejahtera lagi aman dalam kehidupan rakyat. Rakyat akan terdorong untuk mencontohi tindakan pemerintah mencintai ilmu dan menggalakkan kegiatan keilmuan selain mengasihi serta memuliakan `ulama'. Dengan yang demikianlah terbinalah akhlak dan terbentuklah adab mereka yang tinggi. Hal ini sebagaimana yang dapat dilihat berlaku dalam pemerintahan khalifah-khalifah dan sultan-sultan agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Antaranya termasuklah Khalifah Harun al-Rasyid (766-809M.) dan kumpulan ilmuwannya, termasuklah Imam Abu Yusuf yang menghasilkan kitab al-Kharaj yang mengandungi nasihat serta garis panduan dalam segala urusan berkaitan dengan pemerintahan seperti percukaian dan kewangan, persoalan jenayah dan hukuman termasuklah isu murtad dan cara menanganinya serta pengurusan dan perlindungan hak banduan; Khalifah al-Ma'mun (813-833M.) dan ilmuwannya seperti al-Khawarizmi yang menghasilkan kitab Al-Jabr wa al-Muqabalah untuk digunakan dalam urusan perdagangan, penghakiman, dan penggalian terusan; serta Sultan al-Zahir Barquq (1382-1399M.) dan ilmuwannya, Ibn Khaldun yang menghasilkan kitab al-Ibar. Sebahagian besar pemerintah Islam yang lain pula menggunakan khidmat ilmuwan untuk tujuan pentadbiran negara dan pada waktu-waktu kritikal seperti peperangan. Antara mereka termasuklah Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz (1259-1260M.) dan penasihatnya, Sultan al-`Ulama' `al-`Izz ibn `Abdis Salam, iaitu dalam menghadapi tentera Mongol dalam peperangan di `Ayn Jalut.

Kemelut ekonomi dan politik yang membelenggu Mesir, mendorong Sultan Qutuz membuat keputusan memungut cukai yang besar daripada rakyat untuk digunakan oleh tentera. Dengan penuh jujur dan tegas, Sultan al-`Ulama' al-`Izz mengutarakan pandangannya bahawa jika musuh menyerang negara Islam, setiap individu wajib mempertahankannya. Apa juga bentuk cukai yang diperlukan bagi membiayai peperangan dan pertahanan negara diharuskan untuk dipungut. Namun ia bersyarat, iaitu tiada satu pun barang-barang bernilai seperti pelana bersepuh emas dan pedang berhias batu permata yang masih berada di dalam Baitulmal. Selain itu, sultan perlu menjual barang-barang berharga milik baginda. Begitu juga dengan kaum kerabat, gabenor, pembesar-pembesar yang lain dan tentera, harta mereka perlu dibelanjakan bagi tujuan yang sama. Nasihat Sultan al-`Ulama' al-Izz bukan sahaja berjaya menyelamatkan rakyat tetapi membakar semangat sultan, panglima tentera, anggota tentera dan seluruh rakyat. Tentera Islam yang bertembung dengan tentera musuh di Palestin akhirnya berjaya mencapai kemenangan besar.

Selain Sultan Qutuz, Sultan Muhammad al-Fatih (1451-1481) juga menjadikan gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali sebagai penasihat ketika mengadakan persiapan untuk menghadapi peperangan. Syeikh Syamsuddin yang mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi pemerintah yang memiliki tahap keilmuan, keperibadian serta kewibawaan yang amat tinggi. Baginda memiliki kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik di samping menguasai enam buah bahasa. Sifat-sifat baginda dan tenteranya sebagai penakluk Konstantinopal disebut oleh Nabi s.a.w. dalam Hadith Baginda sebagai sebaik-baik raja dan tentera. Di alam Melayu, kita dapat melihat bagaimana Sultan Zainal Abidin III (1725-1734) melantik Tok Ku Paloh atau Syed `Abdul Rahman sebagai penasihatnya dalam urusan pentadbiran negeri Terengganu, khususnya dalam menghadapi ancaman British. Begitu juga dengan beberapa orang pemerintah Kesultanan Melayu yang lain seperti sultan-sultan negeri Kedah. Antaranya termasuklah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1853-1879M.) yang berguru dengan Syeikh Muhammad Taib yang dilantik sebagai penasihat serta mufti di samping sering dibawa berunding dengan kerajaan Siam.

Malang sebaliknya bagi pemerintah yang buruk atau rosak akhlaknya. Kekuasaan yang dimiliki menjadi musibah besar bagi dirinya. Amanah yang diberikan kepadanya disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Sumber pendapatan negara dan segala bentuk kemewahan diraih untuk dinikmati hanya oleh diri, kaum-kerabat, dan sahabat-handainya sedangkan rakyat tertindas dan dihimpit kemiskinan serta kemelaratan hidup. Malah pelbagai bentuk salah laku dan kemungkaran berlaku dalam kalangan rakyat disebabkan mereka tidak memperoleh teladan yang baik untuk dituruti. Dalam hubungan ini, tiada pihak lain yang mampu menegur dan membetulkan kelalaian dan kesilapan pemerintah kecuali `ulama'. Namun jika `ulama' pula gagal memainkan peranan tersebut, maka ia memberi isyarat bahawa golongan yang memegang amanah keilmuan itu juga telah rosak jiwa serta buruk akhlak mereka. Qatadah berkata, "`Ulama' seumpama garam. Jika sesuatu rosak, garamlah yang digunakan untuk membaikinya, namun jika garam itu sendiri yang rosak, tiada apa pun yang boleh digunakan untuk membaikinya. Barangkali kisah legenda Hang Nadim yang disebut dalam Sulalatus Salatin yang menyelamatkan Singapura daripada dilanggar todak merupakan penjelasan terbaik tentang akibat buruk apabila penasihat yang sewajarnya memberikan nasihat yang baik bertindak sebaliknya, hanya disebabkan dorongan nafsu melulu. Kebijaksanaan Hang Nadim yang masih kecil untuk menyelamatkan Singapura dalam musibah itu menakjubkan raja sehingga mendorong baginda untuk mengurniai Hang Nadim suatu anugerah. Namun pembesar-pembesar istana yang berasa hasad terhadapnya telah mempengaruhi raja dengan fitnah mereka bahawa Hang Nadim berkemungkinan kelak merampas kuasa baginda dan memerintah Singapura. Raja Singapura yang mudah mempercayai dakwaan palsu tersebut telah mengarahkan pembesar-pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan, sebaliknya menggantikannya dengan pelaksanaan hukuman bunuh. Begitu malang Hang Nadim yang berjasa besar kepada negeri namun akhirnya menjadi mangsa kejahilan si raja dan kejahatan serta kekejaman penasihat-penasihatnya.

Bersempena dengan tahun baharu hijrah yang baru sahaja disambut wajarlah kita bermuhasabah diri. Bagaimanakah keadaan kita pada hari ini? Adakah kita sebagaimana yang digambarkan dalam catatan sejarah kegemilangan pemerintahan Islam, iaitu pemerintahnya terdiri daripada individu yang benar-benar jujur, berkelayakan, serta berkewibawaan tinggi dan memiliki kecenderungan pula untuk memilih penasihat yang juga memiliki keperibadian yang mulia dan benar-benar berkelayakan? Ataukah pula kita hanya mengulangi sejarah yang berlaku kepada Raja Singapura dan penasihat-penasihatnya serta Hang Nadim yang malang itu? Kekuasaan yang dimiliki tidak diurus dengan beramanah lagi bijaksana lantaran kejahilan, kelemahan, dan ketiadaan wibawa sebagai pemerintah. Penasihat-penasihat pula hanya memikirkan kepentingan peribadi dan terbiasa dengan sifat jatuh-menjatuhkan dan tindas-menindas serta menzalimi orang lain. Individu yang berilmu lagi bijaksana, jujur, dan berkelayakan diketepikan begitu sahaja atau juga dianayai serta menjadi mangsa kezaliman mereka. Alangkah malangnya jika itulah hakikat keadaan kita kerana ia membuktikan tiada suatu apa pun yang dipelajari kita daripada peristiwa sejarah. Hilang lenyaplah sifat Mu'min sejati pada diri kita kerana sebagaimana diingatkan oleh Nabi s.a.w. dalam maksud sebuah Hadith Baginda bahawa Mu'min sekali-kali tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. Tidaklah mustahil pula bahawa kita akan menjadi golongan yang diungkap oleh Ibn Khaldun sebagai bangsa yang akan dihukum oleh sejarah sendiri sebagai akibat kecuaian kita untuk menghargai serta mengambil pengajaran daripadanya. 

Terdapat 10 Tanda Hati Yang Rosak

Oleh Ustaz Abu Basyer
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "(Surah al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Paling penting, setiap muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). " (Surah as-Suy'araa ayat 88-89)

Hati yang bersih itu adalah hati yang sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Setelah kita mengenal hati yang bersih dan sejatera, maka apakah pula ciri-ciri hati yang rosak?.

Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Huraiannya :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat  Muslim)

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah SWT.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

Firman Allah SWT maksudnya ; "Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."

Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya  dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

Sabda Rasulullah SAW.  maksudnya :  “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." (Surah Yunus ayat 107)

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud:  “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.



[Ustaz Abu Basyer adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Tiada ulasan: