Posted on Thursday, May 23 @ 07:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: al-bahanj
"Pada suatu hari, seorang budak lelaki telah ditangkap oleh ahli jemaah masjid kerana telah mencuri duit dari tabung masjid. Apabila mendengar berita tersebut, ahli-ahli jemaah masjid yang lain menjadi marah, malah ada yang mahu memukul budak lelaki tersebut.
Pengerusi
masjid apabila mendengar hal itu, telah meminta semua bertenang,
bersabar dan jangan memukul budak itu. Beliau meminta supaya budak itu
dibawa kepadanya untuk disoal selidik.
- “Adik, kenapa adik mencuri?” tanya pengerusi masjid tersebut.
- “Ayah tak bagi duit. Esok cikgu nak duit kena beli buku.” jawab budak lelaki tersebut.
Si
pengerusi masjid apabila mendengar penjelasan budak lelaki tersebut,
lantas sebak lalu menitiskan air mata. Beliau sedih kerana pada saat
masjid dapat berbelanja membeli makanan yang banyak untuk ahli jemaah
berbuka puasa, tetapi ada rupa-rupanya anak kariahnya yang tidak mampu
membeli buku sekolah.
Setelah disoal
selidik akan latar belakang budak tersebut, si pengerusi masjid
tersebut kemudian menyatakan sesuatu yang di luar kebiasaan, iaitu
melantik budak tersebut sebagai ‘anak angkat masjid’.
- “Baiklah, mulai hari ini kami isytiharkan kamu jadi ‘anak angkat masjid’. Kalau kamu perlukan duit nak beli buku, baju sekolah atau makanan kamu datanglah jumpa saya. In shaa’ ALLAH, pihak masjid bantu. Tetapi dengan syarat kamu mesti datang bersolat lima fardhu di masjid secara berjemaah dan menyertai semua majlis-majlis ilmu di masjid.” Kata pengerusi masjid itu.
Budak
lelaki tersebut setuju. Dan sejak itu, budak tersebut selalu ke
masjid. Malah dialah yang datang awal ke masjid untuk buka pintu,
hidupkan lampu, pasang kipas, susun sejadah dan sebagainya.
Lama-kelamaan peribadi budak lelaki tersebut semakin baik lantaran
hatinya yang semakin terdidik dengan masjid.
ALLAHU AKBAR!
Kisah
di atas telah saya dengar dari Sheikh Dr `Abdul Basit `Abdul Rahman –
hafizohullah – di beberapa tempat yang beliau ceramah (lebih kurang
begitulah kisahnya). [Salah satu Video]
Kisah
yang diselitkan beliau itu benar-benar menyentuh hati saya. Ia
menyuntik kesedaran kepada saya akan keindahan berdakwah secara lembut,
sabar dan berhikmah. Bukan dengan kekerasan. Apatah lagi dengan
kelemahan kita pada hari ini yang selalu tidak selidik terlebih dahulu,
terus mahu menghukum.
Moga-moga
contoh kehikmahan dari kisah di atas dapat kita sama-sama pelajari dan
mencetus di hati kita akan kepentingan berdakwah secara lembut dan
hikmah.
Agaknya apakah pula yang akan
terjadi jika budak tersebut dimarahi dan dipukul? Mungkin pengerusi
masjid tersebut dapat memberikan pengajaran dan amaran kepada lain-lain
agar tidak mencuri, tetapi mungkinkah budak lelaki tadi terdidik
sebagaimana kisah di atas?
Tidak
rasanya. Entah-entah mungkin dia akan menjadi seorang manusia yang
sangat berdendam dengan masjid, bukannya seorang yang hatinya dekat
dengan masjid. Itulah perbezaan antara bertindak dengan kekerasan
dengan kehikmahan. Natijahnya berbeza.
Sebenarnya
jika kita susuri hadith-hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa
sallam, banyak pengajaran bagaimana untuk kita berhikmah dalam
berdakwah. Banyak contoh-contoh yang telah ditinggalkan oleh Baginda
untuk kita ikut dan amalkan. Para sahabat sentiasa jatuh hati dengan
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam lantaran kelembutan Baginda
dalam mendidik dan mengajak.
Anas
bin Malik radhiAllahu `anhu yang menjadi khadam kepada Nabi selama 10
tahun tidak pernah dimarahi, hatta dibebeli pun tidak pernah. Itulah
dakwah cara Nabi. Cuma kita sahaja yang selalu meremehkan, lupa,
lalai, tidak merujuk hadith-hadith Baginda sallAllahu `alaihi wa
sallam, bahkan yang lebih teruk ialah kita mencari formula lain selain
formula yang telah disediakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam.
Indahnya kelembutan dakwah.
Semoga catitan ini bermanfaat, in shaa’ ALLAH. Dan semoga kita semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin…
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/2013/03/23/anak-angkat-masjid-indahnya-kelembutan-dakwah/
Satu Suku Pendalaman Masuk Islam
Posted on Wednesday, May 22 @ 23:07:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Bagaimana cara dan hikmahnya pendakwah di sana boleh membawa Islam untuk satu suku kaum pendalaman. Subahanallah hebat benar..
Masyarakat Cina & India yang ada disebelah kita, hari-hari tegok muka mereka tapi masih belum faham Islam kerana KEJAHATAN & KEBODOHAN UMNO yang merosakkan kefahaman Islam kepada bukan Islam di negara ini.
Orang bukan Islam sekarang dah mula celik Islam, tapi UMNO sudah mula gusar!! Celaka UMNO dan orang yang menyesatkan ISLAM!!
Sumber
Satu Suku Pendalaman Masuk Islam
Video Bongkar!!! “13 Mei 1969 Dalam Kenangan…UMNO Pikul Beban Dosa Silam”
Posted on Wednesday, May 22 @ 23:04:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: matuse68
"
“SEBENARNYA, 13 Mei 1969, peristiwa berdarah, perkauman di antara kaum Melayu dan Cina termasuk India sebenar-benarnya itu adalah perancangan UMNO sendiri. Ini tuan-tuan kena faham dan saya minta orang Melayu mesti dengar. Jangan kita tertipu,” kata Datuk Tamrin Tun Ghafar Baba
Akhirnya Pakar Unit IT DAP dapat bukti gerangan makhluk apa membuat sekatan internet pada musim pilihan raya umum lalu. Bukan sahaja jenis makhluk, tapi juga bagaimana, dan di mana sekatan internet itu dibuat. Bukannya apa, pada Mei lalu, SKMM beri jaminan takkan ada sekatan internet. Alih-alih, habis semua laman web rasmi parti termasuk blog Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz disabotaj. Sudah sah kalau setakat jaminan memang tidak boleh dipegang, mungkin selepas ini setiap jaminan perlu diikat ibarat kerbau dicucuk hidung.
Semalam satu aduan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Berjumpalah Pakar IT kami saudara Goh Kheng Teong, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong bertemu pegawai yang bertugas.
Menariknya, antara laman yang disekat ialah video youtube yang dimuat naik admin DAP sendiri perihal Peristiwa 13 Mei 1969 yang diceritakan sendiri Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada Tun Ghafar Baba.
Video bertajuk “Dalang sebenar Mei 13 dibongkar” ini sudah tidak boleh ditonton di youtube. Pun begitu, unit IT parti sudah menyediakan satu lagi pautan lain yang memaparkan video terbongkarnya dalang di sebalik peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Tamrin antara lain mendedahkan sendiri bagaimana Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan ketika itu mendedahkan bahawa wujud satu komplot oleh beberapa kerat pemimpin UMNO atasan untuk merampas kuasa daripada beliau.
Tunku menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu rampasan kuasa kecil yang dirancang beberapa pemimpin UMNO ketika itu, termasuk Tun Mahathir yang masih hidup sehingga kini.
Pendedahan Tunku itu bukan sekadar pendedahan oral tetapi telah dicatatkan dalam kolum mingguan tetap beliau “As I See It” dalam The Star ketika itu.
Ini cuma sedikit cebisan sejarah yang diceritakan semula oleh anak negarawan ulung malahan beliau hidup 40 tahun bersama parti rasis itu.
Perkara sebegini menjadi bayang-bayang, jembalang yang menghantui UMNO. Rahsia mereka sudah makin diketahui rakyat. Kepercayaan orang Melayu khususnya sudah semakin terhakis terhadap UMNO.
Walaupun keputusan PRU-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, kita tahu, majoriti rakyat seluruh negara tidak memihak kepada UMNO dan seluruh gabungan parti di bawah BN.
Kita tidak mahu UMNO-BN ditolak rakyat semata-mata kerana dibenci akibat perbuatan salah guna kuasa dan rasuah sahaja.
Kita mahu, rakyat Malaysia faham dan terdidik dengan Demokrasi Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia. Kita inginkan sebuah masyarakat yang sivik dan punya kesedaran untuk perubahan ke arah yang lebih baik. Apapun, cara, gerak kerja, budaya dan amalan UMNO-BN dan sekutu mereka tidak lagi sesuai dengan zaman yang makin berkembang.
Hanya masa dan tuhan yang tahu, bila, bagaimana UMNO-BN akan ditenggelamkan sejarah. Lihat video sila klik disini..."
Betul ke ada kes lebih Teruk Daripada Kugan?
Posted on Wednesday, May 22 @ 23:03:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Kematian N Dharmendran dalam tahanan dikatakan lebih buruk daripada kes kematian Kugan (gambar di atas) pada tahun 2009 lalu. Menurut peguam keluarga mangsa N Surendran kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.
"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.
"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas
"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran (gambar), yang juga anggota parlimen Padang Serai.
Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.
IMEJ POLIS SEPATUTNYA DIBAIKI
KEJADIAN SEPERTI INI JIKA TIDAK MENDAPAT PENJELASAN YANG BAIK DAN BENAR MUNGKIN MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN KEPADA SISTEM 'POLIS' MAKIN LUNTUR!
Sumber
Betul ke ada kes lebih Teruk Daripada Kugan?
Najib patut belajar dari sultan Alauddin atau Syaidina Umar
Posted on Wednesday, May 22 @ 23:01:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,, Najib hari ini membiarkan Zahid Hamid melopong apabila menawarkan perdamaian dengan PR seperti perompak mengajak orang yang dirompak berdamai.Najib mungkin sudah merasai tekanan dari desakan rakyat mengenai status kerajaan sekarang.
Oleh itu Najib terpaksa menyelamatkan diri dengan menawarkan perdamaian yang diragui keikhlasannya.Kalau Najib ikhlas, sudah tentu dia akan menawarkan kerajaan kepada PR dan BN bertukar menjadi pembangkang bukannya penubuhan jawatan kuasa bersama PR.Perbetulkan dulu keputusan PRU yang penuh penipuan, perbetulkan dulu cara memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang tidak mengikut lunas undang undang.
Najib sebelum ini menyalahkan tsunami cina kepada kegagalan membentuk kerajaan yang kukuh dan mendakwa keadaan ini membahayakan negara.Oleh itu tawaran perdamaian Najib boleh dipersoalkan kerana komposisi PR dalam Parlimen diketuai oleh DAP, parti yang didakwa Najib mewakili kaum cina.
Perhimpunan blackput 505 membuktikan Najib salah kerana penyatuan kaum berlaku dengan baik sekali.Kedudukan di depan balai polis Jinjang sekarang membuktikan lagi penyatuan kaum sedang diperkukuhkan oleh sokongan padu kepada Adam Adli.Najib mungkin terkejut dengan situasi ini jadi dicadangkan Najb turun ke masyarakat akar umbi untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.
Bukan sekadar turun makan nasi daun pisang di tepi jalan tetapi mesti bergaul tanpa disedari oleh sesiapa.Untuk itu Najib disarankan agar mencontohi Sultan Alauddin, Sultan Melaka yang setiap malam menyamar keluar menemui hamba rakyat bagi mengetahui masalah rakyat atau mencontohi Syaidina Umar yang turut menyamar di waktu malam.
Najib mungkin akan menemui fakta yang tidak disangkanya, kerana majoriti rakyat sekarang ini bercakap mengenai black out 505, bercakap mengenai penipuan yang nyata SPR serta mengeluh kerana makanan yang semakin malah, sudah menghampiri Brunei sedangkan rakyat Brunei menikmati pengecualian cukai pendapatan, harga minyak dan kereta yang murah.Walaupun harga makanannya mahal tetapi lain lain produk murah.Najib pasti akan menemui fakta kesusahan rakyat dan kecewanya majoriti rakyat kerana kesemua tawaran PR tidak dapat direalisasikan kerana penipuan SPR.
Najib juga mungkin akan mendengar keluhan rakyat tentang tindakan tidak popular kerajaan menahan Adam Adli dan banyak lagi kesempitan rakyat termasuk keraguan jumlah pengundi berdaftar di Pekan!
Sanggupkan Najib turun ke akar umbi seperti Sultan Alauddin atau Syaidina Umar?
Liong Sik & Khir Toyo Persalah Juvana???
Posted on Wednesday, May 22 @ 23:00:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Polis Kuala Lumpur menafikan gambar bergari aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang disebarkan di laman media sosial itu berlaku di lokap Balai Polis Jinjang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, penggunaan gari adalahProsedur Operasi Standard(SOP) badan berkanun itu untuk tahanan kecuali pesalah juvana.
Rasanya yang buat statment ini tak pernah tahu pasal Lim Liong Sik dan Khir Toyo. Atau memang dua orang ni sebelum ini adalah PERSALAH JUVANA??
MAKIN HARI MAKIN BANYAK PERKARA PELIK BERLAKU
DALAM NEGARA KITA..
...ITU KERANA UMNO JADI KERAJAAN!!
Sumber
Liong Sik & Khir Toyo Persalah Juvana???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan