Rabu, 22 Mei 2013

BUKAN DIA SAPE PULAK...NAFILAH...TUNGGU SAJA HUKUMAN DARI ALLAH SWT

PKR dakwa pegawai SPR buka beg kertas undi

Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.
Pemuda dakwa SPR benar mengundi dua kali
1:14PM Mei 21 2013
Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.
Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah dengan hanya menggunakan peluntur dan sabun.

Beliau menerima set kertas undi kedua tetapi tidak menanda kertas tersebut, katanya lagi.

Laporan Sin Chew Daily pula menyebut, beliau keluar dari pusat pengundian tersebut dengan membawa kertas undi berkenaan dan membuat aduan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bertugas yang merampas kertas undi terbabit.

Katanya, beliau membuat laporan polis pada jam 4.15 petang pada hari berkenaan, dan polis kemudiannya menghubunginya sebanyak dua kali untuk merakam kenyataannya.
Wan Muhammad Azri nafi dirinya 'Papagomo'

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

-Bernama
muka org mlyu umnu
Melayu ni buat seks dgn budak umur 13 tahun, dan dengan selambanya dia kata "saya x buat salah sbb lepas tu saya kahwini dia."

Buat seks sebelum nikah x salah la ek, asal ko kawin dgn pompuan tu kemudiannya? Agama apa ajo ko nih?

Ini yg patut kita tackle, dol. Masalah2 akidah mcm ni. Nak harap hasan jati? Nak harap perkasa? Mampus idup balik depa x dulik kes2 mcm ni.
Melayu ni buat seks dgn budak umur 13 tahun, dan dengan selambanya dia kata "saya x buat salah sbb lepas tu saya kahwini dia."

Buat seks sebelum nikah x salah la ek, asal ko kawin dgn pompuan tu kemudiannya? Agama apa ajo ko nih?

Ini yg patut kita tackle, dol. Masalah2 akidah mcm ni. Nak harap hasan jati? Nak harap perkasa? Mampus idup balik depa x dulik kes2 mcm ni.

Nasir Sahlan shared Yas Zy's photo.
Sebelum pilihanraya UMNO mengatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, PR akan jadikan Malaysia negara ini Kristian.. Hari ini BN yg memerintah, DS Najib sendiri telah melantik 7 menteri Kristian dalam kabinet Najib.. Itu belum dikira Timbalan Menteri lagi...
1. Dato Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri)
2. Dato Joseph Entulu (Jabatan Perdana Menteri)
3. Dato Idris Jala (Jabatan Perdana Menteri)
4. Dato Richard Riot (Sumber Manusia)
5. Dato Ewon Ebin (Sains, Teknologi & inovasi)
6. Dato Maximus Ongkili (Tenaga, Air & Teknologi Hijau)
7. Dato Douglas Uggah (Perusahaan Perladangan & Komoditi)
Sebelum pilihanraya UMNO mengatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, PR akan jadikan Malaysia negara ini Kristian.. Hari ini BN yg memerintah, DS Najib sendiri telah melantik 7 menteri Kristian dalam kabinet Najib.. Itu belum dikira Timbalan Menteri lagi...
1. Dato Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri)
2. Dato Joseph Entulu (Jabatan Perdana Menteri)
3. Dato Idris Jala (Jabatan Perdana Menteri)
4. Dato Richard Riot (Sumber Manusia)
5. Dato Ewon Ebin (Sains, Teknologi & inovasi)
6. Dato Maximus Ongkili (Tenaga, Air & Teknologi Hijau)
7. Dato Douglas Uggah (Perusahaan Perladangan & Komoditi)
Mahadi Hj Isa shared Suasana Politik's photo.
Seorang lagi anak muda bangkit...!!!

" Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan."

Ulasan lanjut : http://www.sinarharian.com.my/pemuda-buat-laporan-polis-mengundi-dua-kali-1.162135#.UZq6lQCIk3Y.facebook
Seorang lagi anak muda bangkit...!!!

" Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan."

Ulasan lanjut : http://www.sinarharian.com.my/pemuda-buat-laporan-polis-mengundi-dua-kali-1.162135#.UZq6lQCIk3Y.facebook

Pas Cawangan Taman Mewah shared Dasar Laut's photo.
Fakta bukan Auta..
Fakta bukan Auta..
Himpunan Sabtu ini tak penuhi syarat
JAMILAH HAMZAH
21 Mei 2013
Himpunan Sabtu ini tak penuhi syarat
ACP Arjunaidi Mohamed
PETALING JAYA - Himpunan yang akan diadakan secara besar-besaran Sabtu ini oleh gabungan membantah keputusan PRU13 belum dimaklumkan kepada pihak polis, ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Beliau juga turut berkata syarat-syarat untuk mengadakan perhimpunan ialah perlu memberitahu pihak polis dalam tempoh sepuluh hari sebelum mengadakan himpunanan tersebut.

"Pada 25 Mei ini, kita tak dimaklumkan sebarang pemberitahuan daripada pihak penganjur, bila, siapa. Kita pun tak tahu siapa penganjur.

"Sehingga sekarang jam 4.22 petang kita tak terima permohonan. Saya pun tak boleh ulas apa-apa lagi.

"Memang kalau mereka hantar surat pun tak cukup tempoh sepuluh hari," katanya di ibu pejabatnya, di sini, hari ini.

Semalam, Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara.

Perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sekaligus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.

Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan "mood" rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.

"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).

"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kenyataan Badrul Hisyam atau Chegubard sebelum ini, Arjunaidi menegaskan tiada istilah "dalam kawalan" berhubung undang-undang.
Exco MCA akan hadapi tindakan disiplin

Jawatankuasa pusat MCA mengarahkan lembaga disiplin menilai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu Tee Siew Keong kerana menerima jawatan exco di Johor.

ADUN Pulai Sebatang itu yang juga setiausaha penganjur nasional dilihat melanggar keputusan parti yang melarang wakil rakyatnya menerima jawatan dalam kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

NONEDalam sidang media hari ini, presiden parti itu Dr Chua Soi Lek (kiri sekali) berkata, Tee memaklumkan kepada jawatankuasa pusat sebelum itu untuk bercuti daripada semua acara parti di semua peringkat.

Tee sebelum ini secara terbuka berkata beliau tiada pilihan selain menerima pelantikan itu kerana beliau dipilih oleh Sultan Johor yang mahu melihat pembentukan ahli majlis mesyuarat negeri yang pelbagai kaum.

Chua juga berkata, semua senator daripada parti itu harus melepaskan jawatan masing-masing.

Tiada ulasan: