Selasa, 14 Mei 2013

CAP AYAM OK LAGI KOD...KALAU CAP TELUR LAGI HARU DAN LAGI TERUK

Ahmad Said mengamuk lagi, Najib lantik Nasir
Posted on Tuesday, May 14 @ 00:31:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: KasandraZain

"Kuala Terengganu - Petang ini kecoh di Wisma Darul Iman, Dato Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu mengamuk mendengar perkhabaran mengenai perlantikan Dato Nasir Ibrahim Fikri sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator.
Ahmad Said sedar bahawa tujuan perlantikan Nasir sebagai Ahli Dewan Negara adalah untuk membolehkan Datuk Seri Najib mengambilnya sebagai Ahli Kabinet. Nasir adalah calon Barisan Nasional pada Pilihanraya ke-13 tewas kepada calon PAS dengan majoriti yang tipis.

Tidak cukup dengan itu, Ahmad Said juga berang dengan sokongan yang diberikan oleh 6 Ketua Umno Bahagian, Dato Jidin Shafee, Dato Tengku Putra, Dato Seri Idris, Dato Wan Farid, Dato Yahaya dan Dato Rosli Mat Hassan, diatas perlantikan Nasir.

Dato Nasir dijangka akan memegang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran mengambil tempat Dato Puad Zakarshi yang juga telah tewas pada pilihanraya-13 baru ini. Ini menandakan Umno Terengganu telah sekali lagi berpecah dimana sebuah kumpulan baru telah wujud yang jelas merisaukan Ahmad Said.



 13 Mei Hari Persaudaraan
Posted on Monday, May 13 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dua perkara yang saya sangat suka keluar daripada mulut Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Temerloh ialah bila dia nak ajak calon BN yang tewas Dato' Saifudin bersama memajukan Temerloh dan Hari Persaudaran.

"Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan. "Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman," katan Ustaz Nasruddin.

Saya rasa Hari Persaudara adalah idea baik dan perlu diraikan. PAS haru memlukannya. Saya rasa Himpunan Kelab Penyokong PAS boleh membantu perkara ini.

PAS harus cergas dan bergerak selari dengan isu. Bila UMNO memainkan api perkaum, PAS harus memandamnya dengan slogan 'persaudaraan dan persahabatan'

....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



 Transformasi ala Mat Said....cap ayam !
Posted on Tuesday, May 14 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Sebagai perintis tranformasi ala Mat Said sempena menjadi MB Terengganu, seelok-eloknya dibina tembok "Berlin" melingkari setiap DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS dan PKR.
Setiap tembok Berlin itu perlu ada pintu gate keluar masuk. Jika rakyat dari kawasan pembangkang mahu ke DUN UMNO mesti bawa pasport atau IC.. Atau kekurang-kurangnya lesen memandu.

Pengecualian hanyalah kepada Bangla,Nepal,Mynmar, Indon yang tolong mengundi BN baru-baru ini. Kerajaan Mat Said mestilah beri istimewaan untuk mereka atas jasa bakti mereka yang begitu patriotik menyelamatkan " Melayu UMNO".

Wujudkan Bangla Town, Indon Town, Nepal Town buat mereka.

Oppps! Jangan lupa wujudkan sebuah mini zoo bagi setiap DUN UMNO..

Transformasi ala Mat Said....cap ayam !

 Ramai Lelaki Sekarang Dayus? Benarkah?
Posted on Monday, May 13 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh TKOOffline


Nabi bersabda lelaki dayus tak 'berbau' syurga. Ramai dikalangan kita mungkin tidak berapa faham istilah dayus... Kadang dalam bahasa Melayu dayus semacam erti penakut, sedangkan maksud dalam Islam berbeza.

Saya rasa petikan di bawah ini menarik untuk direnungi bersama. Jangan kita bercakap Islam tetapi dalam tak sedar kita termasuk dalam golongan ini.

10 Ciri-ciri lelaki dayus ialah:-
1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

Adakah kita berada di surau dan masjid, sebagai lelaki kita sudah selamat?
Fikirlah!!

....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



 Lawak Sambut Hari Ibu 13 Mei 2013
Posted on Monday, May 13 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOFfline


Atas dasar sambutan Hari Ibu. Najib dan Anwar minum semeja.. Kelik gambar untuk lihat perbualan mereka..

Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang sambutan Hari Ibu ini dengan menyebut "Hari Ibu patut disambut setiap hari.. Tapi pengangan Islam telah diselewengkan untuk sambut setahun sekali"




Projek Tawan Kelantan 23 tahun gagal!!
Posted on Monday, May 13 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKO Offline


Projek menawan semula Kelantan telah gagal. Selama 23 tahun melibatkan 3 Perdana Menteri. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan Kelantan jatuh semula kepada UMNO @ BN tapi semuanya tidak berhasil walaupun hampi berjaya semasa Pak Lah menjadi PM.

Lembik-lembik Pak Lah adalah lebih baik daripada Najib, yang cakap sahaja bergegar tapi hasilnya sangat buruk.

Adakah Kelantan akan bertahan setelah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengundur diri sebagai Menteri Besar Kelantan, sama-samalah kita doakan keberkatan kepada Menteri Besar baru.


Note:
Garafik DrTanakaMustafa



....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



10 calon PR buat laporan ke SPRM
Posted on Monday, May 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Sharpshooter

10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas rendah hari tadi membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town.


Sim Tze Tzin mengadakan siang media di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town tengah hari tadi senegara menunggu calon PR lain membuat aduan penyelewengan pilihan raya


Mereka, Mohd Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Asnah Hashim (Dun Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (Dun Pulau Betong), Rosidi Hussain (Dun Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (Dun Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (Dun Teluk Air Tawar) dan Arshad Md.Salleh (Dun Permatang Berangan) membuat aduan penyelewengan pilihan raya di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town
 


Tiada ulasan: