Lampu padam: Wan Ahmad malukan SPR
Harakahdaily, | 28 Mei 2013 |
Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Saya nak ingatkan beliau (Wan Ahmad), jangan cepat sangat buat penafian, selidik lah dahulu dakwaan-dakwaan yang di kemukakan.
"Jangan ambil sikap mudah anggap semua dakwaan dari rakyat ini sebagai fitnah, sekurang-kurangnya dengar dan selidik lah dahulu sebelum buat kenyataan balas," katanya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini beberapa pihak memuat naik sekeping gambar di internet mendakwa berlaku insiden lampu padam ketika proses pengiraan undi pada PRU13 lalu.
Tidak berapa lama kemudian, Wan Ahmad tampil dengan kenyataannya bahawa gambar tersebut adalah fitnah.
Malah beliau dengan tegas mendakwa gambar itu hanya lakonan pihak tertentu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.
Sehari selepas penafian Wan Ahmad itu, Adun PAS Seri Serdang Noor Hanim Ismail mengadakan sidang media mengatakan sememangnya insiden lampu padam itu berlaku di salah satu pusat mengundi di kawasannya.
Menurut Noor Hanim, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.
Selain beliau, satu lagi bukti laporan polis turut ditampilkan ketua pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dengan mendakwa insiden sama turut berlaku di Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Hari ini pula, Wan Ahmad dengan nada berbeza membayangkan kenyataannya sebelum ini tidak tepat kerana penafian itu dibuat berdasarkan laporan 24 yang diterima selepas hari pengundian.
Katanya, pihak SPR telah menghubungi pegawainya, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dimaklumkan tiada laporan lampu padam diterima.
Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai berkata, SPR jangan menganggap bahawa PRU13 kali ini paling 'perfect'.
Sebaliknya segala dakwaan kepincangan serta bukti yang ditampilkan oleh rakyat harus didengar dan disiasat dengan baik.
Ustaz Mahmood Sulaiman dalam kenangan
Khairul Azlam Mohamad, | 28 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU: Warga Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (Kudqi) kehilangan seorang ‘murabbi’ yang banyak jasanya kepada PAS dan pendidikan Islam.
Ustaz Mahmood Sulaiman, 61, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi di Hospital Hulu Terengganu akibat komplikasi masalah jantung, diabetes, hipertensi dan ginjal.
Allahyarham meninggalkan seorang balu serta lima orang anak iaitu empat lelaki dan seorang perempuan.
Jenazah allahyarham disembahyang dan diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama kira-kira 100 ahli jamaah di Masjid Muhamad Mengabang Tengah, di sini selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Burok.
Antara pimpinan PAS yang hadir solat jenazah allahyarham ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Tepoh, Ustaz Hisyamuddin Abdul Karim.
Allahyarham pernah menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dari tahun 1985 hingga 1991 serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus.
Allahyarham pernah bertanding atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1982 dan 1986 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Langkap dan Teluk Pasu pada 1990.
Beliau juga merupakan Pengarah Kudqi sejak beberapa tahun lalu yang beroperasi di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir, Hulu Terengganu.
Pendaftar Kudqi, Ustaz Ismail Osman merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Ustaz Mahmood dan berharap dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT.
Menurutnya, allahyarham juga diibaratkan sebagai seorang murabbi yang banyak berjasa terutama dalam membangunkan pusat pendidikan Kudqi dan Maahad Darul Quran (MDQ) di Rusila, Marang.
“Kami, warga Kudqi merakamkan ucapan takziah dengan kehilangan seorang guru yang murabbi, yang sangat disenangi oleh semua warga Kudqi sepanjang perkhidmatan allahyarham membangunkan pusat pendidikan Islam ini,” ujarnya.
Selesai perbezaan melalui mesyuarat rasmi Pakatan
Harakahdaily, | 28 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor berharap
agar semua pihak berlapang dada dan ingin melihat kerjasama yang baik
dan subur tanpa mempertikaikan dasar antara parti di dalam Pakatan
Rakyat.
Setiausahanya, Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh berkata, pendirian itu dibuat sebulat suara pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Ulamak PAS negeri, kelmarin.
Selain itu, kata beliau, Dewan Ulamak PAS negeri juga memberi peringatan kepada mana-mana pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk celaan dan cemuhan kepada mana-mana pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang lain secara terbuka yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni antara parti.
“Sebarang perbezaan pendapat berkenaan apa-apa keputusan yang telah dicapai hendaklah diselesaikan melalui saluran yang betul iaitu melalui meja rundingan dan mesyuarat-mesyuarat rasmi Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pilihan raya umum yang lalu menyerlahkan kehadiran pengundi muda, sekitar 40%, di mana mereka kelihatan mereka hampir mendominasi aliran pengundian, terutama di kawasan bandar dan separuh bandar. Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh penganalisis.
Kebanyakan tempat mengundi di saluran 6 dan 7 (pengundi muda) di bandar dan semi bandar itu kelihatan berbaris panjang, ada yang berbaris lebih dua jam untuk mengundi, termasuk cucu saya yang pertama kali mengundi.
Saya mendapat SMS dan telefon dari ramai sahabat pada hari mengundi, mengatakan begitu ramai anak muda balik mengundi. Di Kelantan saja, kata mereka, ribuan anak muda pulang mengundi, demikian juga di negeri lain.
Sementara itu, ratusan ribu warga Malaysia yang bekerja d Singapura pulang mengundi menyebabkan kesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah dua hari lamanya kerana pengundi yang pulang, bukan saja untuk mengundi di sekitar negeri Johor, bahkan ke negeri lain.
Apakah mesej semuanya ini?
Jika kita menilai] secara objektif, tentu sekali mesejnya ialah kebangkitan pengundi muda dalam PRU kali ini yang aliran pengundian mereka membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu. Oleh itu, apa yang penting, malah amat penting, difikirkan oleh pendukung PAS, PKR dan DAP ialah menerima hakikat bahawa golongan muda menjadi faktor amat penting dalam warna dan watak politik masa depan negara.
Sebarang pemikiran yang menafikan peranan penting golongan muda ini akan menyebabkan semua parti politik dalam Pakatan akan menghadapi masalah besar dan mengalami jalan sukar untuk menghadapi PRU akan datang.
Oleh itu kepimpinan Pakatan Rakyat yang lama dan baru mestilah mengambil kira sentuhan golongan muda ini, justeru golongan muda adalah masa depan politik Malaysia.
Dalam hal ini, betapapun teguh dan murninya konsep dan falsafah perjuangan sesebuah parti dalam Pakatan dan betapapun lama usianya, tetapi ia banyak bergantung kepada suasana persekitaran dan mood rakyat. Jika semua parti dalam Pakatan menyedari hakikat suasana terkini dalam masyarakat, maka hayat Pakatan Rakyat akan panjang dan mampu memenangi hati nurani rakyat.
Antara lain, tentunya Pakatan Rakyat perlu dilihat bersama aspirasi golongan muda. Jika Pakatan Rakyat dilihat terpisah dengan masyarakat masa kini, khususnya golongan muda, betapapun luhur perjuangannya, nescaya golongan muda akan menjauhi mereka dan ini sangat bahaya kepada nasib masa depan Pakatan.
Oleh itu, pemimpin Pakatan – baik PAS, PKR dan DAP, yang seda ada sekarang dan akan dipilih dalam pemilihan parti masing-masing akan datang amat perlu menghayati perkembangan ini, bahawa mereka perlu diterima oleh golongan muda. Di samping itu, ia mestilah dilihat mempunyai integriti dan keupayaan memimpin negara.
Kini, pemimpin Pakatan tidak boleh lagi sekedar berfikir sekitar lingkungan parti masing-masing saja, betapapun unggulnya sesebuah parti itu dengan perjuangannya, tetapi ia mesti berfikir secara kolektif sebagai pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat. Sikap ini tidak semestinya mengurangkan ‘nilai kesayangan’ pendukung untuk mempertahankan parti masing-masing.
Semuanya mesti mempunyai sikap di mana susah dan senang bersama Pakatan, mendaki dan menurun bukit bersama Pakatan, bertanding dalam PRU akan datang dengan sikap melaksanakan tahalluf-siasasi yang sebenar-benarnya.
Sementara itu, dengan kejayaan Pakatan Selangor yang menang majoriti dua pertiga, di mana PAS menjadi peneraju utamanya telah tampil menjadi role model politik Malaysia. Ini kerana demografi negeri itu demikan rupa, negeri pelbagai kaum dan agama terbesar di Malaysia, terkaya dan ternama pula.
Namun dengan kepimpinannya yang dilihat releven dan berintegriti, ditambah dengan gerak kerja yang padu, strategi yang tepat, calon yang berwibawa, menyebabkan keajayaan PAS Selangor sangat mengejutkan semua pihak.
Bagaimanapun prestasi PAS Terengganu yang mendapat kejayaan dalam PRU kali ini, di mana hanya kekurangan dua kerusi untuk memerintah negeri, menunjukkan kejayaannya mempunyai erti yang besar. Ia masih mampu untuk bangun kembali setelah kalah dalam dua PRU yang lalu.
Tentunya ini menampakkan keazaman dan gerak kerja serta istiqamah pendukungnya kepada perjuangan PAS. Allah telah mengurniakan kemenangan ini. Semoga dalam PRU akan datang, PAS/Pakatan Rakyat akan dapat menawan kembali negeri Terengganu.
Ini pengajaran yang baik bagi negeri atau kawasan yang kalah, di mana kekalahan bukan end-road kepada perjuangan ini. PAS/Pakatan Kedah yang kalah teruk kali ini, Insya-Allah boleh bangun kembali dengan melakukan pembaikan dan mengatur strategi yang tepat, memahami kedudukan dan kekuatan musuh untuk mengatur kekuatan mengalahkan mereka dalam PRU akan datang. Dunia belum lagi kiamat.
Sementara itu, seperti saya sebutkan di atas, bahawa sokongan generasi muda kepada PAS/Pakatan amat penting. Oleh itu, tentu sangat wajar pihak PAS semua peringkat mengkaji kedudukan kemasukan ahli baru PAS.
Memang sangat dialu-alukan kemasukan ramai para tokoh ternama pelbagai lapangan hidup – bekas pegawai tentera, pegawai awam kerajaan, ahli korporat, ahli sukan, malah para artis dan lain-lain.
Tetapi dalam masa yang sama juga PAS mestilah berusaha mendapatkan ahli baru, khususnya golongan muda. Kekuatan masa depan PAS sangat bergantung kepada generasi muda ini, justeru mereka adalah masa depan politik negara ini. Mereka boleh berganding bahu dengan generasi lama dalam PAS yang amat setia, untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan di masa depan.
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.
Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.
Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!!
Baca di sini

Integriti Pakatan dan masa depannya
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 28 Mei 2013 |

Tahniah pengkhianat PAS Kedah, sumbangan anda dihargai BN
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 28 Mei 2013 |
Tahniah pengkhianat PAS Kedah! Sumbangan anda dihargai BN akhirnya..
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.
Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.
Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!!
Baca di sini
Runtuh: Henti beri projek kepada kontraktor kroni
Khairul Azlam Mohamad, | 28 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu diingatkan agar segera
menghentikan amalan pemberian atau tender projek kepada
kontraktor-kontraktor kroni.
Justeru, Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) tidak bersetuju jika beban permasalahan tersebut sepenuhnya dikenakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja.
“Jika proses pemberian tender ini dilakukan dengan bersih, adil dan telus tanpa unsur-unsur rasuah dan tidak diberi kepada syarikat-syarikat kroni. Maka, persoalan keruntuhan (bangunan) ini dapat dikurang atau dapat dibendung.
“Ia bermula dari cara tertentu seperti tawaran (tender) yang telus untuk menentukan pemberian projek itu mengikut kemampuan mereka yang membuat tawaran.
“Saya tidak setuju dibebankan sepenuhnya kepada pihak JKR, apabila ada projek-projek yang menerima ‘ajal’ (keruntuhan) di negeri Terengganu ini,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) berkata, peringatan tersebut bagi mengurang dan membendung permasalahan kegagalan projek atau berterusan berlakunya tragedi ‘keruntuhan’ bangunan di negeri ini.
Malah, kata Tengku Ibrahim, meskipun terdapat projek-projek yang diberi secara tender terbuka tetapi ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada kontraktor kroni.
Anak
Pak Ali, Hasan, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah ustaz
Idris tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.
Hasan terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Hasan tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.
Hasan menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.
Pada masa yang sama, Ustaz Idris sedang bergerak ke arah Hasan yang sedang menundukan kepala.
Tetiba rakan Hasan yang duduk di sebelahnya, Anak Che Ali, Ibrahim dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Hasan dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Hasan.
Hasan mengambil peluang untuk menunjukkan dia berang terhadap rakannya Ibrahim dengan memaki hamunnya di depan Ustaz Idris menyebabkan seluarnya basah untuk menutup aibnya.
Tapi dalam hati, Hasan gembira kerana ‘pertolongan’ sudah tiba.
Hasan mengambil kesempatan daripada hampir menjadi orang yang bakal mendapat aib di kelas kepada orang yang mendapat simpati.
Ustaz Idris membawa Hasan ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.
Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan najis Hasan.
Simpati yang didapati Hasan semakin banyak tapi sebaliknya Ibrahim pula dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.
“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Hasan, yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.
Semasa sekolah tamat, Ustaz Idris memanggil Hasan ke biliknya.
“Hasan, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Hasan daripada aib tadi ya,” Ustaz Idris berpesan kepada Hasan.
“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Hasan cuba pertahankan peristiwa aibnya.
“Hasan, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Hasan untuk menutup aib Hasan kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Hasan tidak diaibkan. Hasan dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Hasan,” kata Ustaz Idris.
Hasan tersentak dengan penjelasan Ustaz Idris dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.
“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Hasan.
“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Hasan melaluinya,” jawab Ibrahim.
Kita semua akan melalui fasa-fasa kehidupan yang mencabar semasa di muka bumi ciptaan Allah swt ini. Kita harus sering mengingatkan diri mengenai perasaan kesusahan ketika waktu mencabar dan jangan menghina orang yang turut berada dalam situasi yang sama. Cuma memahami keadaan orang lain sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan berdoalah kepada Allah untuk kita dapat menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.
Senyum
Justeru, Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) tidak bersetuju jika beban permasalahan tersebut sepenuhnya dikenakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja.
“Jika proses pemberian tender ini dilakukan dengan bersih, adil dan telus tanpa unsur-unsur rasuah dan tidak diberi kepada syarikat-syarikat kroni. Maka, persoalan keruntuhan (bangunan) ini dapat dikurang atau dapat dibendung.
“Ia bermula dari cara tertentu seperti tawaran (tender) yang telus untuk menentukan pemberian projek itu mengikut kemampuan mereka yang membuat tawaran.
“Saya tidak setuju dibebankan sepenuhnya kepada pihak JKR, apabila ada projek-projek yang menerima ‘ajal’ (keruntuhan) di negeri Terengganu ini,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) berkata, peringatan tersebut bagi mengurang dan membendung permasalahan kegagalan projek atau berterusan berlakunya tragedi ‘keruntuhan’ bangunan di negeri ini.
Malah, kata Tengku Ibrahim, meskipun terdapat projek-projek yang diberi secara tender terbuka tetapi ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada kontraktor kroni.
Alkisah terkencing dalam seluar…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 28 Mei 2013 |
Hasan terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Hasan tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.
Hasan menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.
Pada masa yang sama, Ustaz Idris sedang bergerak ke arah Hasan yang sedang menundukan kepala.
Tetiba rakan Hasan yang duduk di sebelahnya, Anak Che Ali, Ibrahim dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Hasan dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Hasan.
Hasan mengambil peluang untuk menunjukkan dia berang terhadap rakannya Ibrahim dengan memaki hamunnya di depan Ustaz Idris menyebabkan seluarnya basah untuk menutup aibnya.
Tapi dalam hati, Hasan gembira kerana ‘pertolongan’ sudah tiba.
Hasan mengambil kesempatan daripada hampir menjadi orang yang bakal mendapat aib di kelas kepada orang yang mendapat simpati.
Ustaz Idris membawa Hasan ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.
Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan najis Hasan.
Simpati yang didapati Hasan semakin banyak tapi sebaliknya Ibrahim pula dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.
“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Hasan, yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.
Semasa sekolah tamat, Ustaz Idris memanggil Hasan ke biliknya.
“Hasan, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Hasan daripada aib tadi ya,” Ustaz Idris berpesan kepada Hasan.
“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Hasan cuba pertahankan peristiwa aibnya.
“Hasan, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Hasan untuk menutup aib Hasan kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Hasan tidak diaibkan. Hasan dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Hasan,” kata Ustaz Idris.
Hasan tersentak dengan penjelasan Ustaz Idris dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.
“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Hasan.
“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Hasan melaluinya,” jawab Ibrahim.
Kita semua akan melalui fasa-fasa kehidupan yang mencabar semasa di muka bumi ciptaan Allah swt ini. Kita harus sering mengingatkan diri mengenai perasaan kesusahan ketika waktu mencabar dan jangan menghina orang yang turut berada dalam situasi yang sama. Cuma memahami keadaan orang lain sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan berdoalah kepada Allah untuk kita dapat menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.
Senyum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan