Rabu, 22 Mei 2013

JANGAN JADI AHLI POLITIK BERFIKIRAN SEMPIT...BEGITU PENGIKUTNYA...MEREKA SAJA YANG BOLEH....ORANG LAIN TAK BOLEH...YANG TERUK BERPOLITIK NAK KAYA SERTA NAK SEBAT HARTA RAKYAT....NAK HIDUP KAYA RAYA....NAK BUAT MAKSIAT ORANG TAK BOLEH HALANG...SEBAB KITA ADA KUASA...YANG TAK DE KUASA MENAHAN DIRI TUA BERKEDUT DARI MATI AJE

Oh, pak Mukhriz boleh, kita tak boleh - Mahfuz

Harakahdaily, 22 Mei 2013
ALOR SETAR: “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.

Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.

Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, ayah Mukhriz itu telah menjelajah seluruh negara dengan ucapan yang menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Abdullah ketika itu.

“Oh, pak hang boleh, kita tak boleh. Pak dia kata Najib lebih teruk dari Pak Lah,” ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Bagaimanapun, kata beliau, ‘mulut’ Mahathir telah ditutup apabila Najib memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Pemimpin PAS yang berucap pada majlis itu ialah Timbalan dan Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli serta Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Ketua Umum dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua turut berucap. Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok pula mewakili Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengenai stadium, Mahfuz menjelaskan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri sebelum ini, penggunaannya dibenarkan kepada semua termasuk Umno yang disertai Najib.

Katanya, pada perhimpunan itu terdapat di kalangan mereka yang berucap memaki kerajaan negeri.

Najib pernah menghadiri program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti pada 31 Januari lalu.

Kumpulan pro Adam Adli dihentak topi keledar

Hazayani Zakaria, 21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajah Norman kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.

Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.

"Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.

"Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rozaimin berkata, kumpulan tersebut hanya beredar selepas mereka bersurai.

Ekoran kejadian itu, Rozaimin membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi.

"Tak ada sebarang kecederaan tapi sakit-sakit badanlah sebab bergelut dan kena hentak dengan topi keledar. Setengah jam lepas kami bersurai baru polis datang ronda dengan motosikal," ujarnya.

Selain Rozaimin, seorang lagi pembantu Zairil, Akmal Zakaria turut dikasari bersama beberapa mahasiswa USM dan aktivis Suaram Pulau Pinang serta dua wartawan.

Integriti: PAS Perak sokong titah Raja Nazrin

Harakahdaily, 21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak menyokong penuh titah pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang menekankan keperluan dan kepentingan sikap integriti dan daya tahan kepimpinan di dalam mencorak pemerintahan.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) berkata, titah baginda yang disampaikan di Konvensyen Integriti anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan baru-baru ini menjelaskan bahawa sokongan dan keyakinan rakyat hanya akan dapat diperkasakan melalui nilai teladan integriti pemimpin yang utuh.

“Bagi kami, antara punca kejatuhan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional(BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu berpunca daripada salah guna kuasa dan sikap kronisme yang telah diamalkan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dan sekali lagi selepas rampasan kuasa oleh BN pada awal Februari 2009 yang lalu, BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir masih lagi gagal untuk menghilangkan budaya politik wang atau rasuah di kalangan pimpinan BN yang jelas mencerminkan nilai integriti yang sangat rendah kepada rakyat.

Beliau berkata, banyak isu yang telah PAS negeri dedahkan salah guna kuasa dan amalan kronisme yang masih diteruskan oleh pentadbiran Zambry.

“Bagi kami Datuk Seri Zambry tidak mengambil pengajaran penolakan BN pada PRU12 yang lalu,” ujarnya.

Kini, ujar beliau dengan majoriti yang semakin mengecut, pentadbiran Zambry sebenarnya begitu 'goyang' yang boleh diibaratkan menunggu masa sahaja akan jatuh jika BN Perak tidak peka masalah integriti di kalangan mereka.

“Bagi kami, semua perkara tersebut tidak mustahil akan berlaku kerana masalah integriti di kalangan kepimpinan Kerajaan Negeri BN Perak masih boleh dipertikaikan lagi,” kata beliau.

Hatta, tambah beliau Zambry sehingga kini masih belum terlepas dengan isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang yang telah diberikan projek perhotelan kepada pegawai khasnya yang masih di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

Harakahdaily, 21 Mei 2013
KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

 

 

 

 

 Adakah Zahid rabun dengan media pro BN?

Harakahdaily, 21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media tidak pro BN yang melaporkan perkara yang betul, yang membahayakan BN.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pencapaian yang tidak baik oleh BN pada PRU13 kerana adanya portal, blog, media baru yang menjadi pengimbang berita untuk menjawab fitnah dan pembohongan televisyen yang dikuasai oleh BN.

“Maklumlah orang baru dapat kuasa, mula hendak tunjuk taring. Menjadi kehairanan kepada kita kenapa Malaysiakini yang diberi amaran,” ujarnya kepada Hrakahdaily.

Beliau berkata, jika apa yang dilaporkan tidak betul, maka boleh dibuat pendakwaan di mahkamah, bukan bercakap dengan penuh emosi.
“Apakah beliau marah dengan keputusan PRU13? Adakah beliau marah kepada media yang banyak melaporkan berita di Kementerian Pertahanan dahulu seperti isu kapal selam, komisyen kapal selam, enjin jet hilang dan sebagainya?

“Apakah etika kewartawanan Zahid pakai?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau bertanya, kalau belasah dan fitnah pembangkang, maka ia dianggap beretika, maka melaporkan berita yang menyemarak perkauman adakah beretika.

Katanya, jika ada portal dan akhbar yang mendedahkan untuk kepentingan awam dianggap tidak ada etika kewartawanan kerana menggugat kepentingan Umno BN.

“Jika laporan menguntungkan Umno, maka ini dianggap tidak bersalah, malah dianggap suci dalam debu.

“Etika mana yang media pro Umno ambil sehingga sanggup menyiarkan berita yang diambil daripada blog yang terkenal sebagai bekas penjenayah rasuah seperti Papa Gomo,” katanya.

Idris juga mempersoalkan, adakah amaran pernah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana Utusan Malaysia menyiarkan di muka hadapan berita video seks dan melaporkan berita-berita yang meniup kemarahan bangsa lain.

“Apakah mereka ini kebal dari segi undang-undang? Adakah laporan ini pada hemat Zahid memenuhi etika kewartawanan?” tanya beliau lagi.

Tiada ulasan: