APA ITU TAUBAT
Taubat tu adalah pengaduan kita kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala supaya ALLAH Subhana wa Ta'ala ampunkan dosa2 kita yang lalu serta mengharapkan keredhaanNYA. Taubat bukannya dengan kita hanya pergi ke masjid dan mengucapkan Astaghfirullah. Sebaliknya ada beberapa syarat2 dia yang kita kena patuhi supaya taubat kita tu diterima oleh ALLAH Subhana wa Ta'ala.
Kenapa kita perlu taubat...
Kerana
kita perlukan pengampunan ALLAH Subhana wa Ta'ala atas segala kesilapan
dan dosa yang dilakukan. ALLAH Subhana wa Ta'ala itu Maha Pengampun,
tapi hanya sekiranya kita minta dari ALLAH tetapi kita sombong nak
meminta dengan ALLAH maka ALLAH takkan bagi keampunan NYA kepada kita.
Apakah bukti kita bertaubat kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala...
Adakah
dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu ?Bukti kita bertaubat
kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala adalah dengan kita berhenti melakukan
dosa2 tersebut dan tidak lagi melakukannya lagi pada masa akan datang.
Kenapa kita perlu bersegera bertaubat...
Kerana
kita tak tau bila kematian akan datang kepada kita. Mati akan datang
kepada orang tua, tapi ingat, mati juga datang kepada orang2 muda. Dan,
supaya hati kita masih boleh menerima hidayah ALLAH Subhana wa Ta'ala ,
Kalau seseorang tu buat dosa, akan melekat satu titik hitam dalam hati
dia.Dan titik hitam itu takkan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat
kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala. Sekiranya seseorang tu menangguhkan
taubatnya, maka makin banyaklah titik hitam sehingga penuhlah hati dia,
berkarat dengan titik hitam. Maka masa tu tidak ada ruang untuk nur
hidayah masuk ke dalam hati.Hati akan menjadi tak lut dengan segala
jenis ayat2 quran, hadis2 Nabi dan nasihat2...Na'uzubillahi min zalik.
Sebab itu kita kena bertaubat selalu supaya hati kita sentiasa bersih
daripada dosa.
Apakah ciri-ciri taubat?...
Ada
taubat yang hanya disebutkan di mulut sahaja. Kemudian selepas dari
taubat itu masih lagi melakukan dosa yang sama.Taubat seperti ini adalah
seperti kita melawak dengan ALLAH Subhana wa Ta'ala .Mempermainkan
ALLAH Subhana wa Ta'ala dengan taubat palsu kita. Tetapi ALLAH Subhana
wa Ta'ala Maha Pengampun...[MasyaALLAH!]Cuma dari segi keimanan kita kpd
ALLAH adalah lemah.Sebab itula kita kena persiapkan diri kita sebelum
bertaubat.Pastikan kita tau betul2 sebab apa kita bertaubat kepada ALLAH
Subhana wa Ta'ala .Dan serahkan betul2 pengharapan kepada ALLAH Subhana
wa Ta'ala. Yang penting, doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita dalam
bertaubat kepadaNYA...Agar kita tak mengulangi semula dosa2 kita
tersebut.
Bila kita kena bertaubat?Esok? Lusa? Minggu depan ? Selepas baca ni ? selepas solat ?...
SEKARANG juga lah kita kena bertaubat. Tiada bertangguh lagi.Apakah ganjaran bagi orang2 yang bertaubat?
"Dan
hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik),
kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNYA; supaya DIA
memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke
suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) DIA akan memberi kepada
tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang
soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling
(membelakangkan tiga perkara itu),maka sesungguhnya aku bimbang kamu
akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
- Surah Hud ayat 3-
"
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada ALLAH dengan
Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLAH tidak akan
menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka
dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata
(ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan
kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan
kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
- Surah At-Tahriim ayat 8-
Apakah jenis2 taubat?
Taubat ada 2 jenis ; Muwaqqatan (kalau silap betulkan) yakni sementara dan Nasuha yakni taubat yang sebenar2nya dan selama2nya.
Taubat sementara hanyalah penyesalan atau keinsafan tu muncul sekejap
saja...lepas buat taubat, kita masih melakukan balik dosa2 kita. Taubat
macam ni tak ada kesan.
Tapi...bagaimana nak dapatkan taubat nasuha?
Ada lima benda kita kena tengok :
(1).
Kita kena tengok niat kita. Untuk apa kita bertaubat ? Adakah semata2
sebab kita dah tengok ganjaran2 dia maka kita nak bertaubat? Adakah
sebab kita tau kalau kita bertaubat maka ALLAH bagi kita ganjaran di
dunia lagi, maka sebab tu kita bertaubat? Itu dah kira tak ikhlas.
Taubat kita kena ikhlas yakni diniatkan semata2 utk mendapat keredhaan
ALLAH Subhana wa Ta'ala . Itu yang paling utama dalam taubat.
InsyaALLAH, taubat kita tu akan bertahan lama jika diniatkan sebegitu.
(2).
Kita kena menyesal atas segala dosa2 kita.Dan atas satu2 dosa sekiranya
kita nak bertaubat dari buat dosa tu saja.Misalnya, seorang yang minum
arak. Maka dia kena menyesal atas perbuatan dia minum arak tu. Kalau dia
bertaubat tanpa menyesal, maka itu bukanlah dinamakan taubat.Tak
melengkapi ciri2 taubat nasuha.
(3). Kita kena berhenti
terus daripada buat dosa itu. Misalnya, kita tengah buat satu2 dosa.
Dalam masa yang sama kita teringat yang kita buat itu merupakan dosa,dan
kita nak bertaubat.Maka pada masa tu jugaklah kita kena berhenti benda
yang kita buat tu. Kalau kita teruskan jugak (selepas buat baru
bertaubat), maka itu bukanlah taubat namanya.
(4). Kita
kena berazam untuk TIDAK mengulangi dosa2 tersebut dan
betul2mematuhinya.Jangan hanya azam saja tapi masih lagi buat perkara
tu,maka itu bukanlah taubat nasuha.Kita kena berazam malah benci nak
buat benda tu dan merasa seronok dan gembira bila kita dapat tinggalkan
dosa2 tu.Contohnya kita selalu menipu, lepas tu kita bertaubat dan bila
kita tak menipu kita berasa gembira kerana berjaya mengekang diri dari
menipu,(bukan gembira kerana diri sudah bertaubat). Maka itulah taubat
nasuha. Sebaliknya kalau kita taubat dan bila kita tak menipu kita rasa
tak lengkap hidup kita,macam ada benda yang best kita dah
tinggalkan.Huhu... maka itu tandanya taubat kita belum benar2 sempurna
lagi.
(5). Pastikan taubat tersebut.. kita buat sebelum
berlakunya 2 perkara.. Iaitu sebelum nyawa di tenggorokan (sebelum maut)
dan sebelum matahari terbit dari barat. Sebab masa tu pintu taubat
telah DITUTUP. Sudah terlambat sekiranya kita nak bertaubat pada ketika
itu.Sudah banyak masa ALLAH berikan tapi kita masih tak mau
bertaubat,maka itu adalah silap kita. Jangan diminta lagi masa, kerana
ALLAH takkan berikan kepada orang2 yang sombong denganNYA. Nauzubillahi min zalik.
Sekarang, lepas bertaubat, kena check diri kita.
ADAKAH taubat kita diterima ALLAH atau tidak?Bagaimana tandanya?
Antara tanda orang yang taubatnya diterima:
(1).
Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang
hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah
baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah.
Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.
(2). Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab ALLAH.
(3).
Hendaklah menambat keinginan hatinya untuk meninggalkan maksiat.
Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau
jenayah yang besar.
(4). Berasa hina diri dan tawaduk.
Tanda taubat ditolak termasuk:
(1).
Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa
semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia,
tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada ALLAH.
(2).
Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka
ALLAH.Ini yang biasa dirasa oleh kebanyakan orang yang bertaubat.Hanya
dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat,memadailah bagi
diri mereka untuk merasa aman dan tenteram seolah-olah dosa sudah
diampunkan.
(3). Beku air matanya daripada menangis dan
keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak
takut neraka dan peristiwanya. Air mata yang mengalir bukanlah air mata
hipokrit semata-mata.Sebaliknya lahir dari rasa keinsafan dan bersalah
yang teramat sangat terhadap dosa yang dikerjakan.
(4).
Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.Barangkali mereka yang
bersikap sedemikian tidak layak untuk dikatakan sudah bertaubat.Marilah
kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH Subhana wa Ta'ala
sebelum terlambat. Sesungguhnya taubat itu dapat mendekatkan diri kita
dengan ALLAH Subhana wa Ta'ala.
ASTAGHFIRULLAH.........
Solat Sunat Taubat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan
Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
Hakikat taubat
Kehidupan
di dunia sememangnya penuh dengan ujian dan cabaran. Bagi mereka yang
beriman, langkah demi langkah dihayun dengan penuh kewaspadaan agar
tetap dalam ketaatan. Manakala bagi mereka yang lalai, hasutan syaitan
lebih gemar dituruti, lantas menyebabkan diri lena diulit kemaksiatan.
Pun begitu, selagi makhluk itu bernama
manusia, ia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan dan
keterlanjuran. Dalam menempuh hidup ini, pasti ada saja dosa-dosa yang
dilakukan sehari-hari. Jika tiada cetusan keinsafan dalam diri, tunggu
sajalah balasan seperti yang dijanjikan Ilahi.
Namun, bagi mereka yang mahu pulang ke
pangkuan Tuhan, masih ada waktu untuk mereka memperbaiki diri. Dosa
kecil, antara lain boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan
berterusan melakukan amal kebaikan. Manakala bagi dosa besar, ia harus
dicuci dengan samudera taubat, tulus merintih keampunan daripada-Nya.
Firman Allah:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah
hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran
kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka
itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.”
(An-Nisa’: 17)
Bab ini berhasrat untuk mengajak kita
sama-sama mengenal dan menghayati hakikat taubat. Apa itu taubat?
Menurut Dr Shaleh Ghanim Assadlani dalam bukunya “Wajibut Taubat Ila
Allah”, perkataan taubat berasal dari kata akar “tawaba” yang bererti
kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi
semua perbuatan dosa. Maka, erti taubat ialah kembali kepada Allah
dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali
mengerjakan kewajipannya kepada Allah.
Taubat di segi syarak pula bermaksud
meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang
telah dikerjakannya kerana Allah. Kemudian berusaha untuk tidak
mengulanginya bila dan di mana saja walaupun dia mampu dan tahu akan
kemungkinan untuk mengulanginya.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dia Kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya.”
(Ar-Ra’d: 27)
Mengenai hakikat taubat, Muhammad Isa
Selamat dalam bukunya “Taubat – Amalan & penghayatannya” telah
menyebut, “Taubat adalah perasaan hati kecil yang merupakan penyesalan
atas segala yang telah terjadi, kemudian mengharap ampunan daripada
Allah dengan menjauhi segala perbuatan dosa, dan selalu berbuat
kebaikan. Dengan perbuatan baik inilah, taubat seseorang dan seluruh
ketaatannya akan diterima oleh Allah. Barangsiapa yang bertaubat hanya
sekadar mengisi kekosongan dan tidak mengerjakan apa-apa yang dicintai
oleh Allah, maka dia tidak dikatakan bertaubat, kecuali kalau dia
benar-benar kembali kepada Allah dan berusaha melepaskan kaitan hati
dari mengulangi perbuatan dosa serta menetapkan makna taubat di dalamnya
sebelum mengucapkannya secara lisan, dan membuktikan dengan kesungguhan
taubatnya dengan menjauhi segala yang dibenci Allah serta kembali
kepada yang dicintai dan diredai-Nya.”
Daripada kata-kata tersebut, dapat
disimpulkan bahawa sesuatu taubat itu sebenarnya mempunyai syarat-syarat
khusus yang akan menentukan sama ada ia akan diterima atau tidak oleh
Allah. Syarat-syarat taubat meliputi:
1. Ikhlas ingin bertaubat
Apa saja amalan, walaupun caranya benar
di sisi syariat namun bukan kerana Allah, amalan itu tetap tertolak.
Begitu jugalah dengan taubat, Allah tidak akan menerima taubat seseorang
melainkan ia dilakukan dengan rasa ikhlas hanya kerana Allah
semata-mata, bukan kerana manusia atau dunia.
2. Meninggalkan segala dosa
Ia bermaksud meninggalkan segala bentuk
maksiat sama ada pernah atau tidak pernah dilakukannya. Hendaklah dia
berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan akar-akar kemaksiatan
yang ada dalam hatinya agar kembali bersih dan suci, meninggalkan segala
larangan Allah dan melaksanakan apa-apa yang diwajibkan ke atas
dirinya.
3. Menyesal atas dosa yang dilakukan
Orang yang bertaubat hendaklah
benar-benar menyesal atas segala kejahatan yang pernah dilakukannya pada
masa lampau. Dia merasa sedih di hadapan Allah atas dosa-dosanya dan
mengakui bahawa kelakuannya itu adalah perbuatan yang salah di sisi
agama.
4. Tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat
Orang yang bertaubat hendaklah bertekad
untuk tidak lagi mengulangi segala perbuatan maksiat pada masa hadapan.
Sesungguhnya taubat yang diselangi dengan pengulangan perbuatan dosa
adalah taubat golongan pendusta yang Allah tidak akan ampuni dan
memasukkannya ke dalam syurga.
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Sesuatu taubat itu akan diterima Allah
apabila ia dikerjakan sebelum waktu ajalnya, juga sebelum tiba Hari
Kiamat. Bila sahaja Malaikat Maut telah datang menjemput, maka taubat
pada waktu itu sudah tidak berguna lagi.
“Dan tidaklah taubat orang-orang yang
mengerjakan kejahatan itu diterima oleh Allah hingga apabila ajal datang
kepada seseorang di antara mereka, barulah mereka mengatakan:
‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.’ Dan tidak pula taubat
orang-orang yang mati dalam kekafiran diterima-Nya. bagi mereka telah
Kami sediakan seksa yang pedih.”
(An-Nisa’: 18)
Orang-orang yang bertaubat akan beroleh
keutamaan yang besar di sisi Allah. Memandangkan taubat adalah salah
satu amalan yang paling utama, maka Allah telah menjanjikan kejayaan
kepada mereka yang bertaubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(An-Nur: 31)
Orang-orang yang bertaubat juga akan
diampuni oleh Allah walaupun dia telah banyak melakukan dosa, hatta
sebanyak buih di laut sekalipun. Hal ini bertepatan dengan firman Allah:
“Dan orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian
ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui.”
(Ali Imran: 136)
Selain itu, pintu rahmat Allah akan
sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan
sebenar-benar taubat, sehinggakan tidak ada apa-apa hijab (penghalang)
antara mereka dengan Tuhannya. Dalam al-Quran Allah berfirman:
“Kecuali bagi siapa saja yang bertaubat,
beriman dan beramal salih, nescaya mereka itu akan masuk ke dalam
syurga dan tidak disesatkan sedikit jua pun. Iaitu syurga Adn yang telah
dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya
sekalipun syurga itu tidak nampak, sesungguhnya janji Allah itu pasti
akan ditepati.”
(Maryam: 60-61)
Malah, dalam taubat terkandung
kemuliaan, iaitu selain keampunan, Allah turut mengirimkan bersamanya
rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat keturunan yang baik-baik. Firman
Allah:
“Maka aku katakan kepada mereka:
‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya
dia akan mengirimkan kepadamu hujan yang lebat. Dan melimpahkan
kepadamu harta dan keturunan, menyediakan untukmu kebun-kebun dan
sungai-sungai.’”
(Nuh: 10-12)
Justeru, bagi kita yang tidak pernah
bertaubat, berbuatlah demikian selagi nyawa dikandung badan. Bagi yang
jarang bertaubat pula, perhebatkanlah taubat kita kepada Allah.
Ingatlah, Rasulullah s.a.w. sendiri pun masih tetap memperbaharui taubat
baginda pada setiap saat dan ketika walaupun baginda bersifat maksum
dan telah dijamin syurga oleh Allah.
Kembalilah kita ke jalan kebenaran, moga-moga kita dapat mengecapi kehidupan di dunia dan akhirat dengan penuh kebahagiaan.
Taubat Nasuha |
Ditulis oleh Dewan Asatidz |
Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat
marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat
kembali kepada-Nya. Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)." Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya. Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat." Merugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Tepatlah kiranya firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133, "Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'". Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya". Di bulan pengampunan, Ramadhan yang "Syahrul Maghfirah" ini adalah saat yang tepat untuk kita bertaubat. Bagi yang sudah bertaubat mari memperbarui taubatnya dan yang belum taubat mari bergegas kepada ampunan Allah. 10 hari kedua bulan Ramadhan merupakan masa maghfirah (ampunan) sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Abu Haurairah "Ramadhan, awalnya Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya dibebaskan dari api neraka" (H.R. Ibnu Huzaimah). (Oleh Muhajriin Abdul Qadir, Lc) |
Taqwa Itu Apa?
Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".
Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".
Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".
Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".
Martabat Taqwa
Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;
Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :
"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)
Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.
Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.
Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.
Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)
Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa
Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .
Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .
Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.
Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia.
Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .
Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .
Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.Apa Itu Hidayah?
Assalamualaikum w.b.t
Apa maksud HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Tanda Orang Beriman
Apa maksud HIDAYAH?
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Tanda Orang Beriman
- Jiwa cenderung kepada Akhirat
- Benci kepada Maksiat
- Sentiasa bersedia menghadapi kematian
Tanda Orang Kufur
- Jiwa cenderung kepada duniawi
- Suka kepada maksiat
- Takut dengan Kematian
Orang yang mendapat Hidayah Allah
Contoh :
- Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.
Orang tidak mendapat Hidayah
Contoh :
- Abu Talib - Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam.Sehinggakan saat kematian beliau,Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap,beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya.Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda "demi Allah ,aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang".Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka.(at taubah ayat : 113)
Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t
- Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat
- Meninggalkan segala larangan Allah
- Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah
- Takut kepada Maksiat
- Benci kepada perkara mungkar
*Iman
ada pasang dan surut seperti air di lautan.Oleh sebab itu,sentiasa
perbanyakkan ibadat dan sentiasa bertasbih kepada Allah supaya iman
tidak turun.Sesungguhnya Hidayah semua datang daripada Allah s.w.t dan
kita perlu mencarinya dengan cara solat,zikir dan baca al Quran..
Semoga
kisah Saidina Umar menjadi iktibar dan semangat untuk kita berjihad
& berjuang di jalan Allah..Daripada seorang yang kufur dan kafir
sehinggalah menjadi seorang khalifah Islam yang di segani oleh kawan dan
lawan..
"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"
^ HIDAYAH ITU MILIK ALLAH ^
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH... DIA beri pada sesiapa yang dikehendaki.
Segala
puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu
yang akan menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang
Menciptakannya. Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah
ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah
sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli
keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi
tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga Kiamat.
Hidayah,
betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup anak manusia.
Terlebih jika hidayah itu datang secara tiba-tiba, tanpa ada rencana dan
tidak ada proses untuk mendapatkan yang direka. la begitu saja datang
lalu tergetarlah episod hidup yang penuh dengan taburan cahaya.
Hidayah
Allah SWT itu tidak diberikan kepada manusia berdasarkan kedudukan,
keluarga, pangkat, dan harta mereka. Melainkan hidayah dan cahaya Allah
itu diberikan kepada orang yang dikehendaki oleh-Nya dan berhak untuk
menerimanya. Hidayah Allah dikerahkan bagi orang yang memang ingin
mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya.
Siapa
saja yang ditunjukkan oleh Allah sebuah hidayah di dalam hatinya,
kemudian dia berjuang dengan sungguh-sungguh di jalan Allah, dia rela
Allah sebagai Tuhannya, dan menjadikan Allah sebagai tujuannya, maka
keredhaan-Nya telah dipancarkan ke dalam matanya dan Allah memberikannya
suatu petunjuk.
Untuk
mencapai hidayah itu bukan hanya dengan banyak beribadah, tetapi harus
disertai dengan keimanan dalam hati. Bukanlah iman kalau hanya dengan
menyendiri dan berangan-angan, tetapi iman adalah yang bersemayam di
dalam hati dan direalisasikan dengan amal perbuatan. Kebanyakan orang
yang ahli ibadah zaman sekarang ini salah persepsi ketika mereka mengira
bahawa jalan untuk mencapai hidayah adalah dengan banyak beribadah.
Sehingga, mereka mengada-adakan suatu ibadah yang tidak diajarkan oleh
Allah dalam syari'atnya.
Sesungguhnya
Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk mendapatkan
hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa
kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah,
pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak
terlintas dalam hatimu. Janganlah di dalam kehidupan ini kamu kikir
memberikan kemudahan, ilham, bimbingan, pemberian, cahaya dan
keberkahan. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan hidayah dari salah
satunya.
Inilah
keinginan yang besar dan keinginan yang sesungguhnya, yang tidak akan
dapat ditandingi oleh keinginan untuk mendapatkan kemewahan dunia.
Sesungguhnya, semua keinginan itu akan terlihat murah kalau dihadapkan
dengan keinginan yang mulia untuk mendapatkan hidayah. Dan hanya
orang-orang rugi yang tidak ingin menggenggamnya erat-erat setelah
mendapatkannya.... fikirkanlah!
Allah sangat dekat dengan kita,
Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita.
Adakah kau mengerti,
Tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya.
Dia telah memanggilmu,
Menegurmu dengan sangat dekat,
Memberimu surat cinta untuk dibaca.
Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya,
Dia akan mendekatimu seribu langkah....
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan kita sendiri.
CIRI-CIRI ORANG-ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK
Sesungguhnya hidayah Islam dan hidayah taufik adalah kompas kehidupan yang paling berharga dalam hati seseorang yang beriman.
"Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk)
mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
Surah Al-Qasas [28:56]
Adapun ciri orang yang mendapatkan hidayah atau petunjuk dan bimbingan Allah adalah seperti berikut:
1. MERASAKAN KEMUDAHAN DALAM BERAMAL SOLEH/ MENDAPAT KEMANISAN BERIMAN.
Orang
yang telah mendapatkan hidayah akan merasa mudah atau ringan dalam
melaksanakan amal soleh, rajin dan tekun dalam beribadah, serta sangat
takut berbuat kedurhakaan. Solat dirasakan manis dan asyik. Terasa
seolah-olah bertemu kekasih. Masa berlalu terlalu singkat. Manakala
orang yang tidak mendapatkan hidayah ini akan merasa malas dalam beramal
soleh dan tidak merasa bersalah kalau berbuat maksiat. Allah swt.
berfirman, "Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Surah Al-'An`ām [ 6:125]
Maksud "Dia melapangkan dadanya untuk Islam"
ialah mereka yang mendapatkan hidayah akan merasa mudah melaksanakan
ajaran-ajaran Allah, dadanya lapang tanpa beban. Manakala yang
dimaksudkan dengan "nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit"
ialah mereka yang tidak mendapatkan hidayah akan merasa malas dalam
beramal soleh saat melaksanakan perintah dan maenjauhkan larangan Allah
swt.
Rasulullah SAW bersabda: "Perkara dunia yang aku suka ialah wanita, wangian dan aku jadikan solat sebagai buah hatiku." [H.R. Bukhari]
2. MERASAKAN KERINDUAN KEPADA ALLAH.
Orang
yang mendapatkan hidayah, setiap ruang hatinya terisi dengan kerinduan
kepada Allah SWT. Jika nama Allah SWT. disebut, akan bergetar hatinya;
kalau dibacakan firman-Nya, akan bertambah imannya; ia bertawakal,
mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat sebagai meluahkan rasa syukur
atas nikmat yang diterimanya.
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang
apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka;
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu
orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat
yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang
mulia (di Syurga)."
Surah Al-'Anfāl [8:2~4]
3. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH
Orang
yang mendapatkan hidayah akan istiqamah atau konsisten dalam
menjalankan perintah-perintah-Nya. Ia akan merasa nikmat saat beribadah
kepada-Nya. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut, "Dan
bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan
ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya
(Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka
sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul
(lurus)."
Surah 'Āli `Imrān [3:101]
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah suka apabila seorang hamba mengerjakan suatu pekerjaan dan dia istiqamah melakukannya." (H.R. Baihaqi)
Keteguhan mereka dalam memegang ajaran agama diumpamakan dalam Surah 'Ibrāhīm [14:24~25]. "Tidakkah
engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu
perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon
yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang
pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap
masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran)."
4. BERSEMANGAT DALAM MEMPELAJARI DAN MEMAHAMI ILMU.
Orang
yang mendapatkan hidayah akan memiliki semangat untuk selalu menelaah
ajaran-ajaran Allah. Islam itu agama yang harus difahami, bukan sekadar
diyakini. Kefahaman dalam Islam amat penting untuk melahirkan amalan
yang tepat. Ada orang yang boleh menghafal ilmu tetapi tidak memahaminya
lalu jadi seperti burung kakak tua yang hanya tahu bertutur tetapi
tidak memahami apa yang dituturkannya. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila Allah akan memberikan kebaikan pada seseorang, Dia berikan kepadanya kefahaman dalam beragama."
5. SABAR MENGHADAPI PELBAGAI UJIAN.
Allah
SWT memberikan kehidupan kepada manusia sebagai ujian. Siapakah di
antara hamba-Nya yang paling baik amalnya. Kehidupan dunia merupakan
ladang amal. "Dia
lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."
Surah Al-Mulk [67:2]
Orang-orang yang mendapatkan hidayah akan tahan menghadapi berbagai ujian kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam ayat berikut. "Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang
apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan
berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka
itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
Surah Al-Baqarah [2: 155~157]
Pada
akhir ayat di atas tertulis dan mereka itulah orang-orang yang mendapat
petunjuk. Ini merupakan kunci kata ayat yang menegaskan bahwa
orang-orang yang bersabar adalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk
atau hidayah-Nya.
Ya
Allah... Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah
pemberian-Nya.
Taufik Merupakan Pelengkap Hidayah
Posted by Abdullah Imrran As-Sabar
Cahaya
yang menyuluh jalan, menyebabkan aku senang untuk memandu pulang ke
rumah. Kereta BMW 5 Series ku, aku pandu laju membelah kepekatan malam.
Sudah berbulan-bulan aku tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tika
aku termenung sendirian, hati kecil aku terdetik, kalau dalam
kehidupan, manusia memerlukan cahaya sebagai penyuluh kehidupan lagikan
pula kita yang selalu dalam kegelapan. Kita yang jauh dari zaman
Rasulullah dan para sahabat. Yang mana mereka adalah pelopor dan
pengikut Rasulullah. ‘ ah, aku begitu rindukan zaman itu. Zaman yang di terangi dengan cahaya.’
Bila
di renungkan kembali, apabila kita sesat di jalan raya, kita pasti akan
bertanya pada seseorang. Kita pasti akan menahan kereta atau kita
berhenti sebentar di mana-mana samaada di kedai, mahupun di hentian
rawat dan rehat. Kenapa kita nak berhenti? Atas asbab kita mahu bertanya
pada yang mahir di mana petunjuk jalan.
Inilah
contoh dalam kehidupan seharian kita. Dan ini jugalah conto hidayah
Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah.
Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.
Adakah Taufik Itu Pelengkap Hidayah?
Saya pernah di tanya soalan,
‘
Ustaz, adakah tanpa taufik itu orang tidak akan dapat mengetahui di
mana hidayah Allah? Dan bagaimana hendak kita jalankan pabila kita telah
mendapat hidayah Allah? Bukankah Allah itu Maha Memahami kepada
Hamba-Nya?’
Sebelum itu, saya ingin menjelaskan apa itu akan makna dan maksud taufik itu sendiri.
Kalimah taufik berasal dari perkataan arab iaitu : Waffaqa, yuwaffiqu dan taufiqan.
Dalam kitab Taswuf Imam Ghazali ra, beliau ada menjelaskan mengenai makna taufik.
Taufik di maksudkan dengan pertolongan, petunjuk, kemenangan dan kesejahteraan.
Ia
bermaksud, suatu kejayaan dalam melaksanakan dan mendapat kesempurnaan
atas setiap amal soleh yang di kerjakan oleh seorang hamba. Taufik
adalah kurniaan Allah bagi membimbing insane dalam melaksanakan tuntutan
hidayah sehingga manusia mampu mentaati perintah dan berjaya menjauhi
larangan Allah.
Soal
di mana hidayah ALLAH bukanlah dalam urusan kita. Kita hanya mampu
untuk meminta, berdoa supaya Allah mengurniakan kita hidayah tanpa
putus.
….. Maka
Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah
kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan
izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [sebahagian firman Allah surah al-baqarah ayat 213]
Taufik
sama luas dengan hidayah daripada Allah dalam melaksanakan tuntutan
syara’. Dalam membicarakan soal hidayah, ulama tafsir sebagaimana yang
telah di bahaskan dalam tafsir munir oleh Dr Wahbah, hidayah terdiri
daripada beberapa pecahan iaitu hidayah ilhami, hidayah hawasi, hidayah
aqli, hidayah deeni dan hidayah taufiqi.
Oleh
itu, memilih agama yang berada di dalam hak dan ketaaran memerlukan
seorang hamba sentiasa memohon seupaya si kurnaiakan keupayaan seperti
itu.
Hidayah dan Taufik Berjalan seiring
Dulu, tok ayah pernah berkata pada saya.
‘ad, sini kejap.’
‘ ada apa tok?’
‘ apa yang ad faham dengan taufiq dan hidayah Allah?’
Masa ni saya kecil lagi. Saya hanya menggelengkan kepala tanda saya tidak mengerti.
‘
cuba Ad tengok penciptaan langit dan bumi, semuanya berpasangankan?
Yang langit pasangan dengan bumi, yang lelaki pasangan dengan wanita,
cinta pasangan dengan benci. Dan, hidayah juga ada pasangannya iaitu
taufik. Jika tidak ada salah satu, maka tidak lengkaplah hidup kita ni.’
‘ tok, apa tu hidayah, apa pula dengan taufik?’
‘Hidayah
ni, adalah satu pemberian yang amat besar untuk diri kita. Iaitu
cahaya. Taufik pula adalah satu cara yang bagaimana kita nak jalankan.
Bagaimana kita nak atasi. Cuba Ad lihat jalan sekarang ni, ada cahaya
bulan kan?’
Saya hanya mengganguk kepala.
‘
Setiap cahaya bulan yang menyuluh ke bumi, mesti ada tujuannya. Iaitu
untuk memberi bantuan pada kita berjalan di atas muka bumi di kala dalam
kegelapan. Cahaya bulan nil ah yang menolong kita atas arahan Allah
supaya menyuluhkan cahayanya ke bumi. Tanpa arahan dari Allah, bulan
tidak akan menyuluh pada diri kita supaya jalan yang kita lalui ini di
terangi. Sama jugalah macam taufik dan hidayah Allah. Kita haruslah
sentiasa meminta dari Allah taufik dan hidayah Allah. Supaya kita tidak
tempang semasa dalam perjalanan.’
‘Habis
tok yang macam sekarang ni. mereka dah Islam tapi tak jalankan syariat
Islam. Macam mana? Tak pakai tudung, berzina sana sini. Macam mana tu
tok? Adakah mereka tidak dapat hidayah atau tidak dapat taufik Allah?’
‘ Orang yang dah dalam agama Islam ni dah dapat hidayah Allah Ad, Cuma mereka tidak dapat taufik Allah.’
Saya
tersenyum sendirian. Sebab sebelum ini akal saya hanya memikirkan.
Hidayah itu milik Allah. Dan tanpa hidayah kita tidak boleh berjalan dan
menyuluh kehidupan diri kita. Rupanya sekarang, hidayah dan taufik
Allah adalah beriringan. Tanpa satu, tempanglah kita. Tabarakallah.
Semoga Allah redha.
Nabi
Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku
berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku
pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri
dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu
yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak
memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud :88]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan