Ahad, 26 Mei 2013

JANGAN CAKAP GITU...TERTUBUH PARTI PAS BERDASARKAN AKIDAH...TUNJANG KITA QURAN DAN HADIS....MENANG BERDASAR KERJASAMA..LU UNDI GUA...GUA UNDI LU..KALAU SENDIRI2...MUNGKIN SAMA2 MECOPONG...KENA FIKIR KITA DATANG DARI MANA...DARI PUAK YANG KITA BANGKANG SEKARANG....INSYAALLAH BILA2 KITA BOLEH BALIK KAMPUNG

Kenyataan Media DPP Puchong: AMK Jangan Biadap!!!
Posted on Sunday, May 26 @ 09:07:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Respon Oleh: tombey

"1). Senario terkini berhubung kenyataan biadap Shamsul Iskandar Mat Akin yang secara terang-terangan menyerang dan menyelar Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) amat dikesali lebih-lebih lagi kenyataan tersebut telah dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 24 Mei 2013.

2). Ketidakpuasan hati beberapa pimpinan PKR ini secara sinis boleh dilihat dalam rentetan kenyataan tidak wajar seperti isu kerusi bertindih sewaktu PRU 13 yang lepas terutamanya kerusi DUN Kota Damansara dan isu pemilihan Menteri Besar.

3). Dewan Pemuda PAS Puchong hairan bagaimana kenyataan biadab ini boleh dituturkan oleh beliau yang sebelum ini kelihatan cerdik dan sangat memahami susila persefahaman politik yang telah terbina sekian lama. Malangnya beliau mengambil jalan mudah dan popular “membelasah” Presiden PAS agar dilihat hebat oleh anak-anak buahnya dengan menyatakan Tuan Guru Presien PAS seorang pimpinan yang benak.

4). Dewan Pemuda PAS Puchong berpandangan sepatutnya Kongres yang tiada pemilihan tersebut menjadi medan muhasabah AMK bagi menilai prestasi merudum PKR semasa PRU13 yang lepas dan menjadi ruang penambahbaikan pengurusan organisasi ranting dan cabang PKR seluruh Malaysia.

5). Umum mengetahui pasca PRU 13 kemelut dalaman PKR bergelojak akibat pertembungan antara Timbalan Presiden dan beberapa orang pucuk pimpinan PKR dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor yang menyaksikan siri-siri kenyataan media menyalahkan pihak lain daripada melihat kelemahan PKR sendiri.

6). Isu watikah kerusi DUN Kota Damansara, kami Dewan Pemuda PAS Puchong bersama dengan tindakan Presiden yang memberi sokongan penuh untuk calon PAS bertanding di kerusi DUN tersebut. Sudah tentulah keputusan besar tersebut telah ditimbang oleh Tuan Guru Presiden agar selaras dengan perjuangan PAS dan Islam itu sendiri seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Apakah AMK tidak boleh membuat pertimbangan keutamaan antara Presiden PAS, yang berada di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat berbanding memberi keutamaan kepada calon import yang hanya sekadar menumpang logo parti sahaja yang tidak berada di dalam Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama parti calon import ini berlawan dengan PKR di Semenyih.

7). Oleh itu Dewan Pemuda PAS Puchong mendesak Shamsul Iskandar Mat Akin agar membuat permohonan maaf atas ketelanjuran beliau mengaibkan Presiden PAS dan kami bimbang jika selepas ini berlaku pula hentaman-hentaman kepada Ketua Umum PKR. Kami pemuda PAS juga punya tahap kesabaran yang terbatas kalau sekiranya Tuan Guru Presiden terus-terusan dihendik seperti ini oleh ahli komponen Pakatan Rakyat sendiri. “Jangan kerana guruh dilangit, air setempayan dicurahkan”.

Mohd Rosharizan Mohd Rozlan
Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong
16 Rejab 1435 H - 26 Mei 2013 M"


 Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!
Posted on Sunday, May 26 @ 05:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

"

"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" 


Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini.

Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan. ;)

------>
Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.


------->
Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.

Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad


------>
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K
 Gempar : Adam Adli terus Jadi Popular Seluruh DUNIA..
Posted on Sunday, May 26 @ 05:39:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

Penyokong BN jangan jealous,sekarang ni Adam Adli lebih popular berbanding Najib...yg penting dia tak bayar utk buat promosi macam Najib dan BN buat semasa kempen PRU...
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 
 Sah gambar Blackout ditunjukkan SPR asli, ini buktinya
Posted on Sunday, May 26 @ 05:46:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"BlackOut

Sahlah Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad membuat kenyataan palsu. Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam tersebut benar-benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

Noor-HanimIa diakui oleh calon PAS untuk kerusi Seri Serdang, Noor Hanim di mana tempat berlakunya insiden tersebut dan gambar tersebut diambil oleh Counting Agent calon tersebut.

“Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.”
“Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.”
“SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” kata Noor Hanim. Rujuk HarakahDaily
Lagi bukti supaya Pengerusi SPR dan Timbalannya, Wan Ahmad letak jawatan!!

 Kongres Nasional Keadilan: Mauduk pidato seorang Anwar
Posted on Sunday, May 26 @ 05:43:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Kongres Nasional Keadilan ke-9Kongres Nasional Keadilan: Mauduk pidato seorang Anwar

Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi.
Apabila dalam Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Petaling Jaya petang tadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; "Kita jangan kompromi dengan prinsip integriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti. 

"Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin tidak. Tapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti,".


Maka, bisikan minda saya tanpa ragu mengatakan hujah di atas tuntas membedakan antara insan bernama Anwar Ibrahim dengan ramai pemimpin Melayu lain terutamanya Melayu dalam Umno dan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. 

Mendengar dan menghayati pidato Anwar Ibrahim petang tadi, Kerajaan Rakyat merumuskan keseluruhan pidatonya kepada tiga mauduk dasar yang dianyam rapi antara satu dengan lainnya; Integriti, Keyakinan diri, Kekuatan peribadi. 

Lama dulu telah Kerajaan Rakyat hujahkan; kita semua perlukan Anwar Ibrahim! Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan kerna dia punya kuasa tetapi kerana dia punya keyakinan diri dan kekuatan peribadi. Jelas kini, Melayu yang berani, Melayu yang punya keyakinan diri, Melayu yang punya kekuatan peribadi, Anwar Ibrahim lah diantara orangnya!

Ketika bercakap kepada media selepas ucapan penggulungannya, Anwar sekali lagi menegaskan, ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau dalam kerajaan negeri.

"Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.

"Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka," katanya lagi.

Sofi Yassin kerajaan rakyat to Anwar Ibrahim
Tahniah Anwar!! Ante fahami kini;
Sesungguhnya majoriti ahli akar umbi PKR mencurigai longgokan parasit dalam gambar di sini, terutamanya duet ini, demi kelangsungan masa depan parti.
 SPR kantoi lagi ,ini buktinya
Posted on Sunday, May 26 @ 05:41:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Dalam media hari ni ,SPR mengeluarkan kenyataan yang seperti yang anda boleh lihat pada keratan gambar ini. Kita bukan hendak menidakkan kenyataan SPR ini tetapi kita perlukan bukti apa yang dikatakan ini.

 Jika tiada bukti siapa pun boleh menuduh dan berkata. Lama kelamaan isu ini akan menjadi lebih panjang kerana akan ada tuduh menuduh dari pelbagai pihak.

Oklah .........setelah dirujuk dan dicari bukti yang dikatakan ini, penulis terjumpa kenyataan dibawah yang rasanya memang merujuk kepada apa yang dikatakan oleh SPR ini......

Lihat ini bukti gambar yang didakwa dilakonkan itu.

Ini pula komen dari kedua belah pihak yang anda boleh nilai  berkenaan  GAMBAR bukti ITU.......



1) Persoalan pertama........dah ada gambar dan bukti kenapa SPR TAK BUAT LAPORAN POLIS kerana imej gambar pelakon nya jelas . Lagipun bukankah polis negara kita bijak dan tangkas.

2) Kenapa semasa kenyataan media oleh SPR tadi tidak disertakan bukti ? Kenapa pihak lain pula yang sediakan bukti selepas dikeluarkan kenyataan seperti diatas.

3)Kenapa cuma dirujuk pada gambar saja tidak pada video yang dapat membuktikan adanya kejadian blackout dengan lebih jelas......

Apakah persoalan diatas TELAH KANTOIKAN SPR seperti mana mereka kantoi dalam isu DAKWAT pen pilot??

Tapi pada penulis KANTOI yang lebih besar ialah SPR MENOLAK UNTUK BERDIALOG DENGAN PEMBANGKANG dalam isu PRU ke 13 sedangkan mereka boleh dan bersedia berdialog dengan pemimpin Barisan Nasional SEPERTI BUKTI DIBAWAH.

Tiada ulasan: