Sabtu, 25 Mei 2013

BILA SIFAT PILIH KASIH SERTA TAK ADIL BEGITU KETARA

Tidak Mahu Berdebat, Elok Letak Jawatan Sahaja
Posted on Saturday, May 25 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengelak cabaran berdebat dengan wakil Pakatan Rakyat kerana cukup baginya kaedah itu dibuat melalui petisyen di mahkamah.

Cara beliau menjawab pertanyaan dan persoalan menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya. Dengan sombong dan angkuh, dituduhnya pula pembangkang (Pakatan Rakyat) mahu mencari publisiti melalui debat. Mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul?


Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu Pru ke 13. Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlau banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU ke 13. Mengelakkan diri bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah.Memfailkan petisyen di mahkamah adalah suatu mekanisme yang akan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Selain itu, banyak kaedah lagi yang akan dibuat termasuk bersidang di Parlimen, perhimpunan aman, memorandum dan lain-lain lagi kerana penipuan ini terlalu ketara dan perlu diketahui umum.
Sudahlah tidak mahu bertemu, diajak debat juga tidak mampu. Jika Datuk Wan Ahmad takut bertemu dengan pelbagai alasan yang beliau kemukakan, sebaiknya beliau meletakkan jawatan. Pemimpin atau pengadil perlu berani menanggung risikonya serta bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja, bukan berselindung di sebalik media dan kuasa undang-undang.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 Kenapa SPR kutuk pembangkang? bukankah SPR tu pengadil?
Posted on Friday, May 24 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,
Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalanrayapun, SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita.

Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.

Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.
Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?
Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.
Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.
Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN.


 Dedah Terkini!!! Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR Makin Panas...
Posted on Saturday, May 25 @ 07:27:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"
DEDAH TERKINI!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR makin panas, satu persatu bukti penipuan dibongkar

PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini. Info terkini layari ini kalilah...



 Boikot Dan Mogok Cara Berkesan Untuk Jatuhkan Kerajaan Haram BN
Posted on Saturday, May 25 @ 07:35:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Cucu Hang Jebat



Semua kita maklum bahawa kerajaan haram Barisan Nasional yang memenangi 47% undi dalam PRU yg lalu terus berkuasa dengan memanipulasi system pilihanraya dengan konspirasi SPR yang menjadi dalang besarnya. Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah tidak mungkin dan tidak sesekali SPR akan mengubah balik "keputusan" nya yang mengisytiharkan kemenangan kepada BN dalam PRU 13 baru-baru ini. Ini semua sudah maklum.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat terus mengadakan perhimpunan Blackout 505 bagi membantah penipuan yang berlaku dalam PRU. Sepertimana Bersih 1, 2 3 dahulu, kerajaan “pekak” dan ‘Buta” BN ini tidak akan mempedulikan pun jeritan rakyat. Bagi mereka, lantak koranglah nak berhimpun berhujan berpanas ke beribu kali pun kami tak kisah sebab “kuasa” dah di tangan kami. Kami tak terjejas apapun dengan perhimpunan korang.  Anwar dan pemimpin2 PR yang lain boleh berceramah sampai serak suara pun, kami tak heran dan tak jadi kesan apapun kepada kami. Ini pendirian pemimpin2 haram BN kerana kuasa masih mereka pegang.
Jadi, bagaimanakah cara dan strategi yang berkesan untuk memberi pengajaran kepada pemimpin2 haram BN itu? Saya ingin mencadangkan bahawa Pakatan Rakyat yang mempunya sokongan lebih dari 52 % (jika tidak tipu, sebenarnya soko ngan rakyat lebih dari 70% kepada PR) agar mengambil langkah berikut, sekaligus bakal menumbangkan regim korup BN ini;
 
1.       BOIKOT
 
Apabila Sekinchan Ikan Bakar mempamerkan sikap bodohnya dengan membela BN semasa Bersih 3 dahulu, reaksi balas penyokong atau rakyat terhadap restoran berkenaan membuahkan hasil yang pantas dan akhirnya ia lingkup, tutup kedai. Strategi ini boleh digunakan oleh PR untuk menyeru penyokong2nya agar memboikot  apa sahaja produk atau sumber ekonomi yg boleh memberi kekuatan kepada BN, apatah lagi jika produk berkenaan adal;ah milik kroni, seperti Petron, Astro dll. Jika kita memboikot sumber dan punca ekonomi dengan menyeluruh, nescaya kerajaan haram BN ini akan goyah dengan cepat dan mereka pasti akan tunduk kepada desakan kita untuk merombak semula SPR agar berlaku adil dan tidak menipu.  Tuntutan kita agar diadaKan semula  pilihanraya baru yang bebas dan adil pasti tidak dapat dielak atau didalihkan lagi oleh mereka.
 
Cara-cara boikot;
 
a)      Tol – pemegang konsesi tol  merupakan kroni  Umno yang telah mengaut untung billion ringgit hasil kutipan tol sejak puluhan atau belas tahun yang lalu. Kita boleh kasi mereka lingkup seperti mana Sekinchan Ikan Bakar dengan tidak menggunakan kenderaan sendiri selama sebulan atau lebih, sebaliknya hanya menaiki kenderaan awam untuk ke sebarang destinasi. Bagi yang memiliki motorsikal, boleh gunakan motorsikal untuk ke tempat kerja. Bayangkanlah jika kita memboikot dari membayar tol selama sebulan dengan cara tidak menggunakan kenderaan sendiri, sudah berapa juta kutipan tol yang kroni akan rugi?  Cara ini juga sekaligus dapat memboikot stesen-stesen minyak yang pastinya akan kerugian kerana tiada siapa yang akan mengisi minyak selama sebulan, apatah lagi stesen Petron milik anak Mahathir.  Cara ini juga dapat memastikan kutipan AES yang diperkenalkan menjadi sia-sia.
 
b)      Petron & Petronas – Kita mengetahui bahawa stesen minyak Petron merupakan milik anak Mahathir yang telah mengambilalih daripada Esso Malaysia.  Dengan jumlah penyokong Pakatan yang begitu ramai di Negara ini, tindakan untuk tidak mengisi minyak di stesen-stesen minyak Petron dan Petronas pasti akan melumpuhkan mereka, sekaligus mendatangkan impak luar biasa kepada perolehan Negara dan juga kerajaan haram BN hari ini. Ap[abila ini terjadi, Najib tiada pilihan lagi melainkan terpaksa menyerah kalah samada dengan mengadakan semula pilihanraya ataupun merombak total SPR yang menjadi punca ketidakadilan dalam pilihanraya di Negara ini. Kita kena ingat bahawa kekuatan ekonomi merupakan punca kerajaan BN haram ini terus dapat berkuasa dan menggunakan segala sumbernya untuk menekan, menindas, memperbodoh dan menipu rakyat di Negara ini.
 
c)       Astro, TV3, RTM – Kita boleh melingkupkan ketiga-tiga media elektronik UMNo ini dengan cara membatalkan langganan Astro secara total oleh semua penyokong PR, manakala RTM dan TV3 juga kita boikot secara total dengan tidak lagi menonton siaran sumber fitnah tersebut, sebaliknya beralih kepada internet & Youtube sebagai sumber alternative mendapatkan maklumat. Dengan cara ini tiada lagi syarikat-syarikat pengiklanan yang mahu mengiklankan produk mereka di media milik Umno tersebut kerana mereka tahu tidak akan mendapat pulangan yang diharapkan. Jadi, sumber pendapatan ketiga-tiganya akan musnah dan akhirnya lingkup. Inilah kuasa rakyat yang hebat dan bagaimana mahu mengajar regim yang korup dan penipu itu agar tunduk tersungkur dengan kehendak rakyat.
 
d)      KFC & McDonalds – Meskipun KFC & McD tidak terlibat secara langsung dengan UMno BN tetapi sudah menjadi rahsia umum bahawa mereka di belakangnya adalah Yahudi yang mencipta sumber ekonomi yang memberikan kutipan cukai yang besar kepada kerajan BN. Makan di KFC & McD bermakna kita memberikan sumbangan cukai GST  7% kepada kerajaan Najib.  Kita boleh melumpuhkan sumbangan cukai dan pendapatan KFC McD ini dengan memboikot keduanya yang akhirnya pasti akan memberikan impak negative kepada kerajaan Najib. Pelaburt-pelabur akan mula berfikir dan memberikan tekanan kepada Najib. Saya yakin bahawa inilah cara yang paling berkesan untuk memberikan tekanan yg boleh membuka mata Najib agar keputusan PRU 13 perlu diperbetulkan semula dan SPR mesti dibuat rombakan menyeluruh dengan diisi dengan mereka yang bebas dan berkecuali.
 
 
 
 
2.       MOGOK
Mogok merupakan langkah seterusnya jika tindakan memboikot perkara-perkara yang dinyatakan di atas tidak menampakkan hasil dengan memuaskan.   Beberapa kejadian mogok yang dibuat di Negara-negara tertentu akibat isu dalaman Negara mereka banyak membuahkan hasil dan kerajaan atau regim yang berkuasa akhirnya terpaksa tunduk dengan desakan rakyat. Mogok akan menyebabkan sisitem yang berjalan dalam sesebuah Negaraa akan lumpuh dan mendatangkan impak ekonomi yang besar dan mampu menggugat kuasa pemerintah.
Jika selama ini perhimpunan Bersih 1.0., 2.0 dan 3.0 tidak memberikan impak yang signifikan terhadap tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil, malah regim BN terus memekakkan telinga dan membuatkan mata mereka kerana dengan kuasa yang ada pada mereka, apa sahaja mereka boleh buat. Jadi, seolah-olah perhimpunan berkenaan sia-sia sahaja.  Namun jika pimpinan Pakatan Rakyat menyeru agar tindakan mogok diambil untuk mengajar regim korup BN, nescaya kesan segera dan kelumpuhan ekonomi pasti akan mendatangkan  tindakbalas positif daripada mereka untuk merombak SPR atau mengadakan semula pilihnaray a yang adil dan bebas.
Diantara perkara-perkara yang boleh dijadikan tindakan mogok adalah perkhidmatan keretapi, LRT, bas ekspres, bas Bandar, teksi, peniaga pasar dan sebagainya. Bayangkan jika pengangkutan awam melancarkan mogok, sudah tentu Negara akan lumpuh.  Bayangkan jika peniaga-peniaga Cina mogok dan enggan menjual di pasar atau nelayan mogok tak mahu ke laut. Jadi semua ini akan memberikan pukulan maut kepda regim. Sebenarnya inilah kuasa rakyat yang ada dan tidak memerlukan berdepan dengan polis Umno pun kerana senjata ini datangnya dari diri kita sendiri.
Saya percaya dan yakin walau seribu kali kita mengadakan perhimpunan pun, walau berjuta-juta yang dating menyertainya pun, regim korup ini tidak akan “tunduk” atau “menyerah kalah” dengan desakan rakyat kerana mereka sedar  dengan kuasa yang ada di tangan mereka, apa sahaja boleh dibuat hatta untuk terus menipu dan menipu dengan pelbagai helah dan tipudaya dalam pilihanraya. Maka sampai kiamat lah mereka akan memerintah kerana penipuan mereka akan teru dipertingkatkan secara lebih sistematik di masa akan dating.
Untuk itu, jika kita mahu memastikan regim ini tumbang dan tunduk dengan desakan kita, tindakan seperti yang saya nyatakan di atas adalah suatu cara paling efektif kerana dalam sesebuah peperangan, kejayaan menyekat bantuan bekalan makanan dan minuman akan membuatkan musuh terkepung dan akhirnya menyerah kalah kerana kelaparan. Jadi cara untuk membuatkan regim ini “kelaparan” adalah dengan melemahkan kuasa ekonomi yg mereka boleh gunakan untuk dijadikan sumber kekuatan kekuasaan mereka.
 Mungkin  ada di antara kita yang kurang bersetuju dengan cara ini kerana akan menyusahkan ramai orang tetapi jika kita mampu bersabar sedikit dengan keperitan yang akan timbul, maka kemanisan perjua ngan yang memerlukan pengorbanan pastinya berbaloi.  Lebih baik susah sekejap demi mencapai kejayaan dalam perjuangan daripada “senang” tetapi menderita berpanjangan akibat kekangan regim yang korup terhadap kos sara hidup dan beban yang terpaksa rakyat tanggung dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barang.
 
Saya harap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memikirkan dengan serius saranan ini kerana selagi regim BN menguasai ekonomi dan politik, amat sukar untuk menumbangkan mereka dengan langkah-langkah biasa yang telah kita adakan.  Samada Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat mahupun Blackout 505, tidak menampakkan sebarang tanda bahawa tuntutan kita untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil serta merombak SPR akan ditunaikan oleh mereka.  Maka, boikot dan mogok merupakan pilihan yang paling tepat untuk menundukkan regim korup yang berkuasa secara haram itu.  Saya percaya dengan kekuatan sokongan rakyat di pihak kita, apa sahaja seruan daripada pimpinan atasan akan diikut dengan pantas oleh rakyat bawahan, dengan satu matlamat – menjatuhkan regim UMNO BN dari tampuk kuasa yang dirompak secara penipuan pilihanraya baru-baru ini.

Tiada ulasan: