Surat terbuka kepada permimpin Umno dan BN
Mahdzir Ibrahim, |
UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum
Semenjak “kekalahan” BN dalam PRU13 yang lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran.
Saya difahamkan dua hujah utama, iaitu cadangan agar parti-parti politik dalam BN membuka keahlian kepada pelbagai kaum dan cadangan supaya BN itu sendiri menjadi satu parti pelbagai kaum.
Sebelum ini, pemimpin MCA ada menyuarakan cadangan tersebut, kemudian diikuti oleh pemimpin Gerakan dan terbaru cadangan yang datang dari pemimpin nombor dua UMNO iaitu Muhyiddin Yassin. Umumnya, kita ucapkan tahniah atas niat dan kesedaran beliau ini.
Namun, sebelum apa-apa, adalah wajar untuk para elitis UMNO-BN merenung kembali apa yang telah berlaku selama lebih dari 50 mereka memerintah. Apa pun yang ditanam di bibir, hanya Allah SWT sahaja mengetahui isi hati mereka.
Dalam PRU13 baru-baru ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP benar-benar diasak dengan permainan politik perkauman yang mana ini menjadi budaya yang disemai oleh segelintir elit politik UMNO-BN. Persepsi buruk yang diolah dengan cara yang sangat dahsyat.
Initipati kepada pembinaan persepsi buruk dengan cara menabur fitnah ini hanya untuk satu tujuan, iaitu menggagalkan perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama untuk meneruskan hegemoni kuasa politik UMNO agar mereka kekal di tampok kuasa zaman berzaman.
Inilah agenda politik UMNO-BN selama ini. Segala dasarnya, baik dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan juga dimanipulasi menjadi amalan perkauman dalam kempen-kempennya. Agenda hodoh ini wajar didedahkan kepada rakyat secara berterusan dan besar-besaran.
Dalam aspek ekonomi misalnya, persepsi buruk dibina tentang DAP seolah-olah DAP menentang dasar yang melibatkan kepentingan kaum Melayu khususnya dalam isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), malah dituduh mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Umum tahu pada dasarnya DAP tidak pernah menentang dasar ini, tidak pernah ada satu fakta yang dikeluarkan oleh DAP yang bersabit dengan isu ini. Yang ada hanya tohmahan yang sudah dibuktikan di mahkamah bahawa ianya dakwaan palsu.
DAP bersama-sama dengan Pakatan rakyat, malah bekas-bekas pemimpin UMNO sebelum ini hanya mempertikaikan cara pelaksanaannya yang berat sebelah di mana hanya kroni yang untung sedangkan jutaan orang Melayu masih menderita kerana saham-saham tertentu dibolot oleh pihak-pihak tertentu.
Masalah rasuah, dapat dilihat bagaimana dana peruntukan untuk golongan Melayu miskin hilang entah kemana. Masalah ketelusan, kita persoalkan peluang perniagaan yang dimonopoli oleh kelompok tertentu walaupun kelompok elit itu dari kaum Melayu sendiri. Kesemua penentangan DAP ini melibatkan soal prinsip dan integriti. DAP tidak mahu orang Melayu menjadi mangsa kerakusan kuasa elit UMNO-BN.
DAP menuntut UMNO-BN menjelaskan ke mana hilangnya sahama Bumiputera bernilai RM52 bilion; DAP menuntut UMNO-BN bertindak tegas terhadap pemimpin-pemimpin BN daripada MCA, MIC, UMNO dan sebagainya yang terlibat dalam pelbagai skandal termasuk PKFZ dan NFC yang mencabul amanah wang rakyat.
Kita tidak perlu merasa pelik mengapa dasar integrasi kaum juga masih menjurang hingga ada kumpulan yang tidak tahu menghormati agama dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Malah ada segelintir pemimpin yang secara terang-terangan bukan saja menafikan hak sesuatu kaum, malah menghinanya.
Contoh-contoh seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali, kumpulan pendesak Perkasa yang secara terang-terangan menghina kaum India dan Cina. Malah ada di kalangan profesional Melayu yang mengatakan bahawa kaum India dan Cina ini sebagai kaum pendatang. Kesemua gaya politik ini membiak dari amalan politik perkauman elit pemimpin UMNO.
Inilah latar politik Malaysia yang dibentuk oleh perangai elit pemimpin UMNO yang dibiarkan oleh para pemimpin BN, malah disokong pula sejak zaman berzaman.
Sebelum berubah mahu menjadi parti pelbagai kaum, adakah para pemimpin UMNO-BN sedar akan semua ini?
Namun demikian, yang jelas hari ini politik perkauman nampaknya sudah tidak lagi popular di kalangan rakyat Malaysia. Buktinya dapat dilihat apabla dengan segala tipu helah, segala tohmahan dan segala manipulasi media massa dalam kempen UMNO-BN, ia gagal menipu semua rakyat. DAP bersama PKR dan PAS terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, undi popular dimenangi oleh PR.
Yang menyokong dan mengundi adalah rakyat Malaysia, sudah tentu termasuk juga sokongan dari kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu. Sokongan ini tidak datang dari pekerja undangan dari Bangladesh, Filipina atau Indonesia.
Hakikat yang perlu diketahui adalah, kaum Melayu merupakan kaum yang terbukti dari segi sejarah boleh menjadi bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa lain didunia ini. Tamadun Johor Lama, Pembukaan kota Singapura dan Empayar Melaka telah membuktikan bahawa kaum Melayu bijak, boleh berdikari dan bersaing bebas dengan kaum dari empayar besar yang lain.
Jadi mengapa politik hari ini, seolah-oleh mahu menjadikan Melayu sebagai satu bangsa yang berjiwa kecil, takut pada bayang-bayang sendiri dan bergantung kepada ehsan kerajaan? Atas semua senario ini, UMNO-BN sudah tidak punya banyak pilihan kecuali kembali kepada prinsip asas demokrasi iaitu ‘dari rakyat, oleh rakyat dan kepada rakyat’.
Jika benar UMNO-BN mahu berubah:
* Ia mesti membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada semua parti politik yang difitnah selama ini, mintalah maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas amalan politik perkauman anda.
* Ia mesti bebaskan semua dakwaan hasutan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis rakyat.
* Ia mesti mengambil tindakan amhkamah terhadap semua yang terlibat dalam politik perkauman termasuk Utusan Malaysia dan sesiapa sahaja yang menyebarkan hasutan untuk membenci kaum lain.
Jika tidak, niat murni UMNO-BN untuk menjadi parti pelbagai kaum hanya akan menjadi lawak gelap demokrasi Malaysia. Rasa insaf perlu menjadi prasyarat untuk membasmi perkauman. Politik perkauman yang berdasarkan warna kulit dan sebagainya, hanya akan merosakan masa depan anak-anak kita.
Jangan kita lupa, sungguhpun tune nada pada piano itu terletak pada mata hitam dan putihnya sahaja, bunyi dan iramanya yang tergabung memberikan seribu satu warna yang lain. Itulah lambang kepelbagaian kita, rakyat bangsa Malaysia.
Buat elitis UMNO-BN, kita ucapkan selamat tinggal kepada politik perkauman mereka.
Penulis ialah Setiausaha Politik kepada Pengarah Biro Pendidikan Politik Liew Chin Tong.

Najib mahu Malaysia jadi macam Myanmar?
Roketkini, | 28 Mei 2013 |
SEAWAL
Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau sudah
menunjukkan taring dan kuku besinya dengan melanyak demonstran
perhimpunan aman yang mendesak kerajaan menghapuskan ISA.
Cuma asap kanister dan air asid berhamburan menyelubungi dan membasahi bumi Kuala Lumpur yang tegang tengahari itu. Jalan Kinabalu menjadi saksi, mujurlah saya dapat memboloskan diri daripada dilanyak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan berjaya keluar daripada kawasan perang masuk ke Jalan Parlimen.
Kini, Najib sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua. Walaupun kerajaan makin alah dengan perhimpunan aman, nampaknya strategis beliau telah menukar modus operandi mengekang kebangkitan suara rakyat dengan cara kedua iaitu cara yang diturunkan mahagurunya, Mahathir Mohamad.
Tangkap, dakwa, sumbat…
Sudah beberapa orang ditahan, antara yang terawal ialah aktivis mahasiswa Adam Adli kemudian diikuti Datuk Tamrin Ghafar, Harris Ibrahim dan Tian Chua. Walaupun telah dibebaskan dengan jaminan, kita tidak tahu entah siapa lagi yang akan menjadi mangsa serkap jarang Najib.
Kemudian, hanya dalam beberapa detik, negara dikejutkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memulakan operasi merampas akhbar suara parti Pakatan Rakyat; Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.
Apa salah akhbar berkenaan? Kalaulah ia membuat fitnah, mengapa tidak pula disaman di mahkamah? Kalaulah ia menghasut, bagaimana pula dengan Utusan Malaysia yang lebih daripada menghasut? Mana pergi laungan transformasi politik dan berbakul lagi slogan transformasi yang dilaungkan Najib?
Malaysia mahu jadi Myanmar?
Kebanjiran tenaga kerja dan hubungan diplomasi Malaysia dan Myanmar bukan bererti kerajaan BN perlu bermutasi menjadi klon kedua kerajaan Myanmar.
Dalam kenyataan Hari Wesak, Jumaat baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyebut penahanan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan kita mengenai apa yang pernah berlaku di Myanmar selepas penguasa tentera kalah pada pilihan raya.
“Pada 1990, pergerakan demokrasi di Myanmar pimpinan Pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Aung San Syu Kyi menang pilihan raya umum dengan 80% kerusi, tetapi tidak dibenarkan mengambil alih kuasa; lalu jeneral mengambil alih dengan melaksanakan pemerintahan tentera yang kejam dan melanggar hak asasi manusia.”
Adakah selain Mahathir, Najib juga berguru dengan kerajaan junta Myanmar? Nampak benarlah, tindakan menindas, membuli, menakut-nakutkan ini merupakan tindakan yang saling tidak tumpah seperti apa yang dilakukan bekas Perdana Menteri paling lama memerintah Malaysia, Mahathir Mohamad.
Najib takut Anwar dan…
Kalau Mahathir takut dengan Anwar, apatah lagi Najib. Beliau bukan sahaja dikatakan orang takut dengan Anwar, PR dan seorang mahasiswa berusia 24 tahun, beliau juga takut dengan kertas bercetak, yang kalau ditimbang sekilo cuma 30 sen.
Langit Malaysia nampak makin gelap. Apa mungkin demokrasi negara ini akan terus mampu mempertahankan dirinya sendiri tanpa pembelaan rakyat yang patriotik? Tanya sama Najib, apa sebab bimbang, mungkin jawab Najib, rakyat memang sudah menang…
Alahai Najib ku…

AES: Hadiah kerajaan BN kepada rakyat Kedah
Muhammad Faizal, | 28 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kesediaan Barisan
Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.
Katanya lagi, tindakan Kerajaan Kedah juga turut dilihat tidak prihatin dalam bebanan yang dihadapi rakyat yang telah terbeban sejak sekian lama.
"Saya melihat persetujuan BN Kedah ingin melaksanakan AES adalah sebagai hadiah kemenangan mereka kepada seluruh rakyat negeri itu.
"Jika sebelum ini kita (PAS) telah menolak pelaksanaan AES di Kedah atas dasar keprihatinan kita tetapi apa yang dilakukan oleh BN ini membuktikan mereka tidak perihatin dengan apa yang dihadapi rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang amat tinggi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sebelum itu, Kerajaan Negeri Kedah dalam satu kenyataan bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari Pakatan Rakyat pada PRU13.
Malah, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.
Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan.
"Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan.
"Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) turut meminta Tajul menyemak perjanjian yang dibuat antara syarikat pembekal dengan Kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk melaksanakannya.
Sebelum ini, kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui PAS membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dibebaskan bekas
aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan aktivis NGO Asalkan Bukan Umno
(ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini.
Beberapa media melaporkan penahan itu dibuat kira-kira jam 7 malam tadi.
Turut ditahan seorang lagi aktivis mahasiswa Safwan Anang.
Kesemua mereka difahamkan dibawa ke balai polis Dang Wangi.
Tamrin dan Haris pada 23 Mei lalu telah ditahan bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berikutan kenyataan mereka yang didakwa dibuat semasa forum pada 13 Mei yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Kedua-duanya termasuk seorang lagi yang turut ditahan iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, dibebaskan sehari kemudian selepas polis gagal mendapat perintah reman.

Tamrin, Haris ditahan semula petang ini
Harakahdaily, | 28 Mei 2013 |

Nilai kritikan dengan jujur dan benar - Nasrudin
Harakahdaily, | 28 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden
PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat
pencerahan dan mempertahankannya.
Demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
“Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya itu adalah ‘tunas perpecahan’ yang sedang menimpa Pakatan Rakyat.
“Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad, malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya,” ujarnya lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat. Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.
2. Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.
3. Asasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.
4. Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal dan dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan Allah swt.
5. Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.
6. Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku. Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujjah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan.
7. Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.
8. Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya.
9. Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujjah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.
10. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.

BBC Kelantan sedia hadapi pertambahan pembangkang
Mohd Nor Yahya, | 28 Mei 2013 |
KOTA BHARU: Kelab
Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) bersedia berdepan dengan pertambahan
bilangan pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun)
penggal ini.
Pembangkang sekarang mempunyai 12 ahli berbanding tujuh pada penggal lepas. Barisan pembangkang dijangka diketuai Adun Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menang majoriti 47 undi.
Pengerusi BBC, Azami Mohd Noor berkata, BBC mempunyai peranan besar pada setiap kali persidangan Dun.
"Terbukti pada penggal lepas ahli-ahli BBC memainkan peranan cukup besar bagi mematah hujah pembangkang,” katanya selepas mengunjungi hormat Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya baru-baru ini.
Hadir sama pada pertemuan itu Setiausaha BBC, Ustaz Abdul Rahman Yunus (Adun Pasir Tumboh); Bendahari BBC, Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) dan Setiausaha Badan Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat (Pulai Chondong).
Azami juga berkata, BBC sentiasa berdiri teguh di belakang pentadbiran kerajaan negeri dan menyokong segala dasar yang diputuskan.
Selain itu katanya, BBC juga berperanan menyebarkan pelbagai maklumat kepada rakyat.
Difahamkan majlis angkat sumpah Adun-Adun Kelantan dijangka diadakan pada 13 Jun ini.

Ikram saran kerajaan, polis bersikap adil
Harakahdaily, | 28 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang berat penahanan berkait
perhimpunan aman, ucapan-ucapan yang didakwa berbaur hasutan dan
rampasan akhbar Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.
“Ikram mendukung prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan demokrasi yang selari dengan tuntutan Islam. Prinsip-prinsip ini turut terkandung dalam perlembagaan negara,” ujar Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Ikram berpendapat penyiasatan dan pendakwaan secara terpilih khususnya yang berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menjejaskan demokrasi dan merosakkan lagi imej kerajaan.
Sehubungan itu, tambahnya Ikram menggesa semua pihak untuk menghormati semua hak-hak yang termaktub di dalam Bahagian II - Kebebasan Asasi, termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun.
Katanya, undang-undang wajar disemak agar memudahkan rakyat memperoleh kebebasan asasinya, menggunakan undang-undang untuk menghalang dan menyusahkan rakyat merugikan semua pihak.
“Sehingga undang-undang dipinda, Ikram menyarankan pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis bersikap adil dan profesional serta menggunakan budi bicara bagi menjamin rakyat mendapat haknya dan negara terus aman,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan