Posted on Thursday, May 30 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
Tentang isu bot express karam di Belaga pada hari ini, bagi penonton berita TV3, kami rakyat Sarawak ingin menyatakan bahawa ada kesilapan dalam berita tersebut apabila dikatakan ianya pengangkutan termurah yang kami pilih.
Untuk pengetahuan anda, di kawasan Belaga ini, hanya ada bot express sebagai pengangkutan. Tiada jalan raya dan lain-lain.. Jadi tiada istilah termurah atau termahal. Yang wujud hanya INI YANG KAMI ADA.
Ada pilihan? Tiada pilihan..
Jadi mau tak mau, penduduk di sana kena naik juga bot express untuk pergi dan pulang ke kampung.
* Diharapkan anda faham dan tidak memikirkan rakyat kami ni hanya mau naik yang termurah dan abaikan keselamatan.*
Info terkini layari ini kalilah... "
Safwan tidak mahu dijamin kerana protes
29 Mei 2013
Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard memberitahu, Safwan akan menyerahkan diri untuk ditahan di balai polis Sungai Buloh.
"Dia (Safwan) membuat keputusan yang amat mengejutkan.
"Saya juga rasa beliau telah memikirkan semua sebelum membuat keputusan tersebut," katanya pada pemberita di lobi mahkamah Jalan Duta, hari ini.
Difahamkan peguam yang mewakili Safwan, Ariff Azami Hussein telah cuba memujuknya namun beliau berkeras untuk tidak diikat jamin.
Dalam pada itu, isteri Safwan, Mastura Abu Bakar yang turut berada di situ turut terkejut namun tetap menyokong tindakan suaminya.
"Sebenarnya tuduhan ini, tuduhan yang jahat bermotifkan politik," ujarnya.
Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya
Posted on Thursday, May 30 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc
Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.
Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.
"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.
Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.
-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-
Safwan Anang enggan diikat jaminSumber
Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.
Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 -FMT
Satu lambang untuk Pakatan Rakyat semasa PRU
Posted on Thursday, May 30 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Apakah penggunaan satu lambang untuk Pakatan Rakyat akan dapat mengelakkan pertembungan 2 penjuru antara parti sesama Pakatan Rakyat sepertimana berlaku di beberapa tempat semasa PRU-13?
Sekiranya pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah sebuah komponen parti yang menggunakan satu lambang tidak dapat direalisasikan atau diluluskan oleh ROS menjelang PRU-14, satu kesepakatan harus dicapai untuk menggunakan satu sahaja lambang semasa PRU-14.
Sekiranya semasa PRU-13 yang lalu DAP dan PAS mencapai kesepakatan untuk menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan DAP dan PKR mencapai kesepakatan untuk menggunakan lambang PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya ROS membatalkan pendaftaran DAP, kita harus mulakan kesepakatan dari sekarang untuk penggunaan satu lambang Pakatan Rakyat untuk PRU-14.
Justeru itu para pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat baik dari PAS, PKR serta DAP haruslah bersedia sekiranya pendekatan ini menjadi kenyataan. "
SPR ditangkap menipu, mulalah berbelit lidah............
Posted on Thursday, May 30 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: notan
"Assalamualaikum,
SPR bermula angkuh, menafikan semua tuduhan menipu dan mendakwa tuduhan blackout itu cuma lakonan. Menafikan adanya pengundi Bangla, menafikan apa saja tuduhan PR terhadap penipuan PRU yang disokong oleh SPR. SPR malah bertindak menjadi jurucakap BN dan memperlelehkan PR.
Tetapi apabila bukti bukti penipuan mula disebarkan dan tidak boleh dinafikan lagi, akhirnya SPR mula mengubah nada suaranya, pengerusi dan timbalan pengerusi SPR yang sebelum ini bertindak seolah olah merekalah berkuasa menentukan segalanya,mula memperlahankan suara mereka sambil mula mengakui tuduhan menipu(walaupun bukan pengakuan yang jelas sekadar mengatakan itu kelemahan SPR).
Mula mula pengerusi SPR yang mengaku mereka tiada pengalaman mengendalikan dakwat kekal walaupun sebelumnya dia bersunggguh sungguh mengatakan dakwat itu kekal kemudian diikuti dengan pengakuan terdapatnya kelemahan dalam undang undang mendaftar pengundi walaupun belum diketahui apakah pengakuan ini akan diikuti dengan penambahbaikkan kepada undang undang yang bakal mencegah pendaftaran warga asing dan pendaftaran berganda.
Kemudian timbalannya pula turut mengubah nada, dari nada sombong dia bercakap dengan nada lembut dengan menyatakan kesediaan PSR bertemu dan berdailog dengan sesiapa saja. Paling menarik apabila timbalan pengerusi yang mulutnya celupar sebelumnya mengakui bahawa dakwaan sinisnya terhadap tuduhan blackout itu berpunca dari lapuran pegawai bertugas. Kini sudah ada lapuran polis dibuat maka timbalan pengerusi SPR menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Saya tertanya tanya selepas ini apa pula komen pengerusi dan timbalannya mengenai kehadiran Bangla yang diangkut dengan bas dan diiringi polis di pusat pengundian. Apakah mereka masih mahu menafikannya atau ada kenyataan terbaru mengenainya."
Menangis kerana BIL TNB
Posted on Thursday, May 30 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: DUKUNPASIR
"Isunya bukan politik kerana ianya dialami oleh setiap orang tak kira apa pendirian politik yang disokong. FAKTANYA pula ianya berlaku dalam negara kita...tanah tumpah dan TIADA SIAPA BERHAK HALAU KITA KELUAR DARI NEGARA INI KERANA INILAH NEGARA KITA...
Bukan mahu menuding jari tetapi FIKIRKANLAH KISAH DIBAWAH YANG DIALAMI HAMPIR SEPARUH PENDUDUK DALAM NEGARA KITA.......
"En Rashid masih termenung jauh. Penat dia bekerja di kebun pagi tadi masih terasa. Kini dia menyambung kerja dipondok Jaga untuk menampung kos sara hidup keluarganya.
En Rashid termenung kerana dia SECARA TAK SENGAJA MENENGKING ANAKNYA yang cuma bertanya......"Cuti sekolah ni kita tak kemana ke Abah".Bukan niatnya untuk marah anaknya tetapi dia terpaksa ..ditambah dengan emosi jiwa yang tidak tenteram kerana kepayahan untuk teruskan hidup .
Apa lagi yang mampu dia lakukan dengan kederat tenaga yang ada, dia juga perlu rehat yang cukup untuk bekerja, dia juga ada niat macam orang lain ingin hidup senang...tapi apakan daya, dia perlu kuat bekerja ,dia tak punya masa untuk membawa keluarga kesana kemari...
Kini En Rashid menangis lagi... menangis kerana terima satu lagi ujian dalam kos hidupnya........ Bil TNB yang diterimanya benar benar menyentuh hatinya...... AH! Tidak berbaki lagi bulan ini bisik hatinya.
Airmatanya mengalir kerana terpaksa berlaku zalim pada anak anaknya...terpaksa menipu dengan memotong wayar kipas syiling rumahnya semata mata mahu berjimat. Terpaksa mengajar anaknya tidur dalam gelap tanpa angin kipas dalam rumah batu yang didiami ,terpaksa mengajar anaknya lampu cuma digunakan untuk malam walau terpaksa meraba raba mencari barang dalam bilik semasa siang.
Begitulah cermatnya En Rashid cuba berjimat...tapi kos bayaran yang perlu dan wajib dibayar seakan tiada erti atas usaha jimat cermatnya.
Apa lagi harus dilakukan oleh En Rashid yang sudah bertahun makan nasi sekali sehari, yang cuma mampu bekal gula gula sebagai sarapan pagi.Apakah perlu En Rashid matikan enjin motornya tak kala turun bukit untuk jimat minyak.....
Kadangkala dia terharu melihat isterinya menjual kuih "SATU MEJA SATU KERUSI" kepada pengguni Flat tempat tinggalnya. Kadang kala dia ingin bermesra dengan anak anaknya...tapi Dia takut ANAK NYA MENYEBUT PERKATAAN BALIK KAMPUNG! YURAN SEKOLAH! BEG DAH ROSAK...
Bagaimana lagi yang harus dilakukan...katanya sambil mengesat air mata dan menyimpan bil TNB kedalam dompet DUIT yang sentiasa KURANG DUIT........
YANG PANAS KLIK SINI"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan