Jumaat, 24 Mei 2013

DOA DAN TERUSLAH BERDOA....DOA MERUPAKAN OTAK IBADAH....DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Doa


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

.
Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.
.
Mengikut istilah syarie, ‘doa’ bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba  kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah) Allah Ta’ala.
.
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: Aku mengikuti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya sepanjang ia ingat kepada-Ku.”    (H.R. Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah bersabda: “Tiadalah yang lebih dihargai oleh Allah selain daripada doa.”
.
Berdoa adalah ibadat pengabadian diri. Setiap kali kita melakukan solat dan membaca Al-Fatihah terdapat maksudnya: “Hanya Dikau yang kami sembah (abdikan diri), dan hanya kepada Dikau kami mohon pertolongan.”  Surah al-Fatihah, ayat 5.
Sabda Rasulullah SAW: “Doa itu adalah otaknya ibadat.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).
.
Doa dipohon sebagai tanda menginsafi dan menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Firman Allah SWT: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).
.
Berdoa hendaklah memperlihatkan permohonan yang sangat menghibakan dengan menyebut sesering mungkin, nama-nama Allah yang baik (Al-Asma’ Al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang agung dan mulia, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raaf: 180: “Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.” yang sangat diharapkan dengan melakukan hal tersebut, terkabulnya doa yang dipanjatkan.
.
Allah tidak membiarkan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati pada keheningan malam dalam keadaan hampa. Sebagaimana firman-Nya; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).
.
.
TUJUAN BERDOA
Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:
  1. Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
  2. Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
  3. Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.
.
.
SYARAT DOA
Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:
  1. Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.
  2. Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.
  3. Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.
  4. Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.
  5. Tidak berdoa untuk perkara maksiat.
  6. Tidak berdoa memutuskan silaturahim.
  7. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.
  8. Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
  9. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
  10. Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.
  11. Tidak gopoh. Jangan mengharap pengmakbulan serta-merta.
  12. Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan...
.
.
DIPERKENANKAN DOA
Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.
Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklah bersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadap qadak dan qadar ketentuan-Nya.
Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.
.
Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:
1.     Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.
2.     Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.
3.     Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.”   (HR Ahmad dan Hakim)
.
.
HIKMAH BERDOA
  1. Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.
  2. Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.
  3. Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang.

Adab Berdoa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah berfirman: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”   (Surah Al-A’raf ayat 205.)

.
1.  Sebelum
  1. Jagalah kesucian makan-minum supaya doa dimakbulkan.
  2. Dalam keadaan suci dan tidak berhadas besar.
  3. Berpakaian menutup aurat.
  4. Berwuduk
  5. Menghadap kiblat.
  6. Bertaubat dan istigfar.
  7. Pilihlah waktu mustajab agar doa itu dimakbulkan.
  8. Menghadirkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah.
  9. Mengangkat kedua belah tangan dengan telapak tangan terbuka.
Anas r.a. meriwayatkan bahawa: “Rasulullah SAW mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa dengan membuka jari-jarinya sehingga kelihatan kedua-dua belah ketiaknya yang putih dan tidak menunjuk dengan jari-jarinya. Kedua-dua belah tangan diraup ke muka setelah tamat berdoa. Demikianlah yang dilakukan oleh baginda yang dijelaskan oleh Khalifah Sayidina Omar.”
.
2.  Semasa
  1. Memuji dan mengagungkan Allah pada permulaan dan akhir doa.
  2. Berselawat pada awal, tengah dan penghujug doa.
  3. Beristighfar tiga kali dan berdoa untuk kebaikan diri dan orang lain.
  4. Pengakuan terhadap dosa dan kemaksiatan disertai keikhlasan berdoa.
  5. Tawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.
  6. Memilih kata-kata, lafaz, dan makna yang paling baik.
  7. Gunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa Rasulullah dan para sahabat.
  8. Memahami setiap doa dan ayat-ayat yang dibaca.
  9. Berusaha untuk mengucapkan dengan benar dan betul.
  10. Gunakan bahasa yang lunak dan suara yang lembut merdu
  11. Berdoa dengan rasa rendah diri, khuysuk dan takwa kepada Allah.
  12. Mengulangi doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  13. Berdoa dengan memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan.
  14. Menyakini doa itu didengari dan diperkenankan oleh Allah SWT.
.
3.  Selepas
  1. Selesai berdoa sebagai penutup, mengucapkan ‘amin’.
  2. Menyapu tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  3. Sentiasalah berdoa sama ada dalam keadaan susah atau senang.
  4. Selalu mengharap dan memohon kepada Allah SWT.
  5. Tidak boleh berputus asa dalam mengharap terkabulnya permintaan tersebut.

Tertib Dan Susunan Doa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kandungan doa perlu disusun mengikut tertib dan adab tertentu yang biasanya terdiri daripada 3 bahagian penting doa, iaitu;
.
1.  Pembukaan / Permulaan
  1. Membaca ‘Basmalah’.
  2. Ucapan pujian kepada Allah SWT.
  3. Selawat kepada Nabi SAW.
.
Misalnya ketika menadah kedua tapak tangan, di mulai dengan sekurang-kurangnya membaca:
.
Terdapat juga berbagai-bagai kalimah selawat masyhur yang boleh digunakan sebagai permulaan doa seperti Selawat Tib, Selawat Munjiyah dan sebagainya, pilihlah di antaranya.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang itu mengerjakan solat dan dia hendak berdoa di dalamnya, hendaklah dia memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan membesarkan-Nya. Sesudah itu berselawatlah ke  atas Nabi SAW kemudian itu berdoalah dengan memohon apa sahaja yang dihajati.”   (Riwayat Abu Dawud dan An-Nasa’i.)
.
2.  Kandungan
  1. Pilih doa-doa yang bersesuaian dengan tujuan dan maksud keperluan diri atau majlis.
  2. Lebih afdal dibaca doa-doa daripada Al-Quran, amalan Rasulullah SAW dan para sahabat.
.
3.  Penutup.
Semua doa hendaklah diakhiri sekali lagi dengan kalimat tahmid (memuji Allah SWT.) dan berselawat.
 
.
Nabi Muhammad SAW. bersabda; “Tiada daripada doa melainkan terdapat hijab (sekatan) di antara seseorang itu dan langit, sehinggalah berselawat ke atasku, maka  tercariklah hijab itu dan diangkatlah doanya ke langit (diperkenankan).”
.
4.  Setelah habis berdoa, sebelum membaca  doa kedua diucapkan;
a.  Istighfar 3 kali dengan harapan diampuni dosa oleh Allah SWT.:

 .
b.  Syahadah 3 kali, untuk pengukuhan iman dan meluaskan Titian Siratul-mustaqim:
.
c.  Sebelum membaca Al-Fatihah, hendaklah dimulai dengan bacaan:
.
d.  Baca Surah Al-Fatihah sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan keluarga Baginda SAW.
.
Selepas bacaan Al-Fatihah, di akhiri dengan membaca penutup doa kedua. Kebiasaannya doa kedua ini adalah doa tolak bala. Kemudian disudahi dengan mengucap syahadat sebagai penutup wirid.
.
Walau bagaimanapun jika kesuntukan masa cukup dengan sekadar bacaan Al-Fatihah sebagai selingan di antara doa utama dan doa penutup kedua.
.
.
http://shafiqolbu.wordpress.com


Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SAW, di antaranya waktu:-

.
1.  Solat
  1. Di antara azan dan iqamah.
  2. Ketika berdiri memulakan dan sesudah selesai solat.
  3. Ketika sujud dalam solat.
  4. Ketika iktidal akhir dalam solat.
  5. Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari.
  6. Di antara waktu Zuhur dan Asar dan selepas waktu Asar.
  7. Setiap lepas solat fardhu.
“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya ialah ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (di waktu itu).”   (H.R. Muslim)
“Tidak seorang pun menaruh keningnya bersujud kepada Allah dan ia berkata: Tuhanku, ampunilah dosaku sebanyak  tiga kali, kecuali pada saat ia mengangkat kepalanya telah diampuni dosanya.”   (H.R. Ibnu Abi Syaibah)
.
2.  Malam
  1. Malam Jumaat.
  2. Malam 10 Muharam.
  3. Malam Nisfu Syaaban.
  4. Malam Lailatul Qadar.
  5. Malam Aidilfitri.
  6. Malam Aidiladha.
  7. Di pertengahan malam.
  8. Sepanjang malam, paling utama sepertiga malam yang akhir (waktu sahur).

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni.”   (H.R. Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 .
3.  Hari
  1. Sepanjang hari Jumaat.
  2. Hari-hari Arafah.
  3. Semasa bermusafir.
  4. Ketika berpuasa dan berbuka puasa.
  5. Sepanjang hari dalam bulan Ramadan.
  6. Waktu ijabah (saat diperkenankan doa) hari Jumaat, iaitu antaranya:
i)   Antara ‘Subuh Saadiq’ sehingga waktu Syuruk.
ii)  Waktu Imam membaca Fatihah sehingga  ‘Amin’.
iii)  Selepas Zawal hingga tergelincir sedepa matahari.
iv)  Semasa Imam bangun untuk membaca khutbah sehingga selesai solat Jumaat.
v)  Antara waktu Asar sehingga terbenam matahari.
.
Rasulullah SAW bersabda:Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
.
4.  Peristiwa
  1. Ketika hujan turun.
  2. Semasa Lailatul-Qadar.
  3. Ketika khatam Al-Quran.
  4. Ketika dalam peperangan atau darurat.
  5. Ketika Tawaf keliling Kaabah.
  6. Ketika wukuf di padang Arafah.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah, perbanyakkanlah berdoa.”   (HR: Ahmad)
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SAW, di antaranya waktu:-

.
1.  Solat
  1. Di antara azan dan iqamah.
  2. Ketika berdiri memulakan dan sesudah selesai solat.
  3. Ketika sujud dalam solat.
  4. Ketika iktidal akhir dalam solat.
  5. Selepas solat Subuh, sebelum terbit matahari.
  6. Di antara waktu Zuhur dan Asar dan selepas waktu Asar.
  7. Setiap lepas solat fardhu.
“Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya ialah ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (di waktu itu).”   (H.R. Muslim)
“Tidak seorang pun menaruh keningnya bersujud kepada Allah dan ia berkata: Tuhanku, ampunilah dosaku sebanyak  tiga kali, kecuali pada saat ia mengangkat kepalanya telah diampuni dosanya.”   (H.R. Ibnu Abi Syaibah)
.
2.  Malam
  1. Malam Jumaat.
  2. Malam 10 Muharam.
  3. Malam Nisfu Syaaban.
  4. Malam Lailatul Qadar.
  5. Malam Aidilfitri.
  6. Malam Aidiladha.
  7. Di pertengahan malam.
  8. Sepanjang malam, paling utama sepertiga malam yang akhir (waktu sahur).

Rasulullah SAW bersabda: “Pada tiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni.”   (H.R. Malik, Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 .
3.  Hari
  1. Sepanjang hari Jumaat.
  2. Hari-hari Arafah.
  3. Semasa bermusafir.
  4. Ketika berpuasa dan berbuka puasa.
  5. Sepanjang hari dalam bulan Ramadan.
  6. Waktu ijabah (saat diperkenankan doa) hari Jumaat, iaitu antaranya:
i)   Antara ‘Subuh Saadiq’ sehingga waktu Syuruk.
ii)  Waktu Imam membaca Fatihah sehingga  ‘Amin’.
iii)  Selepas Zawal hingga tergelincir sedepa matahari.
iv)  Semasa Imam bangun untuk membaca khutbah sehingga selesai solat Jumaat.
v)  Antara waktu Asar sehingga terbenam matahari.
.
Rasulullah SAW bersabda:Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar.)
.
4.  Peristiwa
  1. Ketika hujan turun.
  2. Semasa Lailatul-Qadar.
  3. Ketika khatam Al-Quran.
  4. Ketika dalam peperangan atau darurat.
  5. Ketika Tawaf keliling Kaabah.
  6. Ketika wukuf di padang Arafah.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah, perbanyakkanlah berdoa.”   (HR: Ahmad)


Tempat Mustajab Berdoa



Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa Adalah:


    1. Dalam Masjid Al-Haram, terutama di hadapan Kaabah.
    2. Multazam, diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.
    3. Ketika melihat Kaabah.
    4. Ditempat Melakukan Tawaf.
    5. Di sisi Telaga Zam-zam ketika tenggelam matahari.
    6. Di belakang Maqam Ibrahim di Masjidil Haram.
    7. Di Hijir Ismail.
    8. Di sisi Multazam.
    9. Di bawah Pancuran Emas.
    10. Di tempat Sa’i.
    11. Di atas Bukit Sofah.
    12. Di atas Bukit Marwah.
    13. Di Padang Arafah.
    14. Di Arafah terutama selepas Asar menjelang tenggelam matahari.
    15. Di Muzdalifah.
    16. Di Mina.
    17. Di sisi Jamrah Al-Ula.
    18. Di sisi Jamrah Al-Wusto.
    19. Di sisi Jamrah Al-’Aqabah.
    20. Dalam Masjid Nabawi (di Madinah), terutama di Raudhah.
    21. Di Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqqadis.
    22. Di makam para Nabi dan Rasul.
    23. Di dalam semua masjid.
    24. Di tempat yang sunyi.



Rajah 13 Tempat Mustajab Berdoa Di Sekitar Makkah
  1. Hajar Aswad (batu dari syurga).
  2. Multazam / Hateem
  3. Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
  4. Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
  5. Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
  6. Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
  7. Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
  8. Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
  9. Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
  10. Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
  11. Rukun Yamani
  12. Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
  13. Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).
.
https://shafiqolbu.wordpress.com


Cara Mudah Dikabulkan Doa

Ahli sufi dan ulama terkenal, Abu Ishak Ibrahim al-Hurawi pernah berpesan, jika seseorang ingin doanya mudah diterima oleh Allah SWT supaya berjanji kepada diri sendiri untuk melaksanakan lima perkara berikut:
.
  1. Mengawal makan dengan memakan sekadar perlu sahaja.
  2. Memakai pakaian yang perlu sahaja dan tidak berlebihan.
  3. Mengawal tidur, dengan tidak tidur secara berlebihan.
  4. Mengawal percakapan dengan perkara yang baik-baik sahaja.
  5. Selalu merendah diri, menjaga dan memelihara hawa nafsu, pancaindera dan anggota badan daripada terjerumus kepada perbuatan dosa.
.
.

Golongan Mustajab Doa

Allah Maha Pemurah lagi Adil. Ada golongan manusia yang doanya mudah dikabulkan. Keistimewaan ini diberi oleh Allah dengan sebab-sebab tertentu kepada golongan manusia tertentu juga. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang sentiasa menghampirkan diri kepada Allah (bertakarub).
Baginda SAW ada bersabda: “Dan apabila hamba-Ku sentiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku menyintainya, jadilah Aku pendengarnya dan matanya yang digunakan untuk melihat dan tangannya yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu dan kakinya digunakan untuk berjalan. Dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonannya dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya aku lindungi akan dia.”
.
Antara golongan lain yang mustajab doanya dan diterima Allah ialah:
  1. Orang sakit.
  2. Raja yang adil.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. Orang-orang soleh dan solehah.
  5. Doa ibu bapa untuk anak-anaknya.
  6. Anak yang taat kepada ibu bapanya.
  7. Orang-orang yang berbuka puasa.
  8. Orang yang berakhlak mahmudah seperti ikhlas dan jujur.

Tiada ulasan: