Sabtu, 25 Mei 2013

HAL DUNIA JANGAN PANIK...PANIKLAH KEMATIAN NAK TIBA..SOALAN2 YANG AKAN DIKEMUKA OLEH MALAIKAT...SERTA WAKTU DIBANGKITKAN SEMULA...KEADAAN MENJADI HURA-HARA KETIKA ITU

Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

“Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

Tumpu penjenayah bukan pemimpin Pakatan

Abdul Aziz Mustapha, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat keselamatan mereka," kata beliau.

Mengulas kenyataan Low itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Low amat jelas menyatakan kepada rakyat bahawa jika seseorang mempunyai harta, ia tidak selamat lagi untuk berada dalam negara ini.

"Bukan itu sahaja, Low juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa menteri-menteri kerajaan BN mempunyai harta yang sangat banyak, mungkin sehingga berbilion-bilion dollar Amerika, sebab itulah tergugat keselamatan mereka dan keluarga mereka kalau mengisytiharkan harta," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Low itu sebagai anti-ketelusan yang sekaligus menghalang rakyat mengetahui dari manakah sumber harta menteri-menteri yang begitu banyak itu sehingga bimbang menggugat keselamatan mereka kalau diisytiharkan harta-harta tersebut.

Beliau kesal kerana Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) itu menutup peluang rakyat untuk mendapatkan ketelusan dan memastikan menteri-menteri bersih dan dilihat bersih serta tidak menyalahgunakan kuasa.

"Low nampak benar mahu membunuh isu ketelusan melalui pengisytiharan harta dengan membangkitkan isu keselamatan sehingga beliau memberi gambaran negara ini tidak lagi selamat kalau berharta," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak tindakan mengaitkan pengisytiharan harta dengan isu keselamatan.

"Pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka. Tidak pula tergugat keselamatan mereka.

"Agaknya harta pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang tidak cukup banyak untuk dirompak," kata beliau sinis

Pada masa yang sama, kata Mahfuz, mereka yang tidak mengisytiharkan harta juga dirompak.

Beliau memberi contoh, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak mengisytiharkan hartanya, tetapi rumahnya dirompak.

"Begitu juga ada pegawai-pegawai kanan atau bekas pegawai-pegawai kanan polis yang tidak mengisytiharkan harta mereka, tetapi rumah mereka dirompak juga," katanya.

Mahfuz mengingatkan Low bahawa rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduknya.

"Adakah Low membasmi rasuah atau dia pula yang diheret dan tenggelam dalam kebiasaan parti perasuah," kata beliau.

Zahid tak perlu panik - Mohamad Sabu

Salmiyah Harun, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

Zahid dilaporkan memberi kenyataan amaran kepada mereka yang berhasrat untuk menghadiri himpunan anjuran NGO esok.

Katanya, pasukan polis akan mengambil tindakan tergas biarpun terpaksa "membayar dengan harga yang mahal".

Sementara itu, Mohamad mengesahkan akan hadir esok sebagai peserta himpunan tersebut.

Majistret tolak permohonan polis reman 3 aktivis

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Majistret hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mereman tiga aktivis iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar.

Sehubungan itu ketiga-tiga mereka yang ditahan oleh polis sejak semalam di balai polis Jinjang akan dibebaskan.

Mereka semalam ditahan di tiga tempat berasingan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei lalu.

Patutlah Najib tak lantik Noh jadi menteri

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menyifatkan tindakan Perdana Menteri yang tidak mengekalkan Datuk Seri Noh Omar sebagai menteri kabinet sebgai langkah tepat.

Katanya, dengan mentaliti Noh yang mengeluarkan kenyataan agar rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya 'duduk dalam hutan', memang layak untuk tidak dilantik menjadi menteri.

"Layakkah ucapan ini  dikeluarkan oleh bekas seorang Menteri kabinet. Jika inilah mentaliti seorang pemimpin Umno memang patutlah Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lantik beliau sebagai Menteri," kata Idris dalam atu kenyataan kepada Harakahdaily.

Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor kelmarin berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan.

Mengulas lanjut, Idris yang juga AJK PAS Pusat berkata, tidak menolak kemungkinan kenyataan tersebut dikeluarkan Noh untuk menarik perhatian Najib untuk beliau kembali ke kerusi menteri.

Atau kata Idris, mungkin juga Noh terlalu kecewa dengan kekalahan teruk Umno BN di Selangor.

"Mungkin dia baru keluar daripada kolam udang Tanjung Karang, sehingga sanggup keluar kenyataan sedemikian rupa.

"Kalau pun hendak bodek bos, biarlah ada skill sikit," kata Idris.

Tranformasi Najib undur ke belakang - Anwar

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melanggar janji transformasi beliau, malah kini sedang bergerak dengan mengundur ke belakang.

Beliau berkata, tindakan mendakwa aktivis mahasiswa Adam Adli dibawah akta hasutan dan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahtivis PAS Tamrin Ghafar serta aktivis ABU Harris Ibrahim adalah satu tindakan zalim.

Tindakan serupa itu katanya juga tidak diterima oleh rakyat di negara luar sehingga menyaksikan rakyatnya bangkit menyatakan bantahan kepada kerajaan.

"Pemerintahan diktator Stalin, Marcos dan Suharto telah lama berlalu. Orang-orang seperti Ben Ali, Mubarak dan Gaddafi juga telah berlalu tidak lama dahulu.

"Walaupun masa Mahathir di mana penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan berlaku dan menjadi rahisa umum, ia juga sudah berlalu.

"Namun, Najib bukan sahaja telah memungkiri janji reformasi politik beliau, tetapi dia juga sedang bergerak kembali ke belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Anwar turut menyelar kenyataan pihak menteri dan juga polis yang memberi amaran supaya orang ramai tidak hadir ke himpunan aman bagi membantah penipuan dalam PRU13 lalu.

Namun rakyat ujarnya dilihat terus berani untuk menyatakan bantahan mereka kerana mereka percaya perjuangan mereka adalah untuk masa depan yang lebih baik.

"Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap mengeluarkan semua jenis ancaman kepada rakyat, mengambil petunjuk daripada Menteri Dalam Negeri.

"Saya mengingatkan beliau bahawa tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, keutamaan beliau adalah untuk menjaga keselamatan negara, menentang penjenayah dan bukan bertindak ke atas perhimpunan aman yang sah," katanya.

Tiada ulasan: