Tangkapan Adam cetus kebangkitan, kata NGO
Tangkapan aktivis siswa Adam Adli akan menjadi pencetus kebangkitan
anak muda dan akan menyemarakkan mood kemarahan rakyat terhadap dakwaan
penafian demokrasi secara melampau oleh kerajaan, kata sebuah NGO anak
muda.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, pada hari pertama tahanannya sahaja sudah 100 aktivis berkumpul bagi menunjukkan solidariti di hadapan lokap yang dihuninya.

Badrul (kanan)
yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kenapa pemimpin
Umno yang didakwanya berulang kali mengeluarkan ucapan berbaur perkauman
dan kebencian antara agama tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun
ratusan laporan polis dibuat.
"Malah pemimpin Umno,
proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal
dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set
undang-undang," katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Barul juga membidas menteri dalam negeri yang baru Datuk Zahid Hamidi apabila "memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat".
"Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'," katanya, merujuk kepada tulisan kontroversi Zahid di Utusan Malaysia baru-baru ini.

MP: 'Mini mahathirfiraun' sedang muncul di Kedah
Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka
Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiraun"
di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.
Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah
menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan
membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum
ini.
"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini.

"Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu
isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiraun' yang sedang muncul,"
sindir Gooi (kiri).
Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.
Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

"Kalau setakat nak
berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan
pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya
kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama
merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah
membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.
'Tsunami Cina', Cina yang mana?
ULASAN Racism
is a refuge for the ignorant. It seeks to divide and to destroy. It is
the enemy of freedom, and deserves to be met head-on and stamped out -
Pierre Berton
Sejarah tamadun dunia menunjukkan pelbagai bangsa pernah menjadi hamba kepada kezaliman. Lihat sahaja Piramid Mesir, simbol kemegahan pemimpin yang zalim, sebanyak 800 juta bongkah batu dibawa dari bumi Aswan ke Kaherah oleh hamba abdi.
Hari ini, semua orang begitu ghairah mengagumi piramid yang sergam berdiri.
Tiada siapa ambil peduli batu-batu kecil sekitar piramid, iaitu kubur 300,000 hamba abdi yang bersusah payang membina piramid untuk raja firaun.
Kita tidak mempersoalkan apa ras dan keturunan hamba ini, tetapi yang jelas mereka telah ditindas oleh firaun.
Sejarah penindasan telah melangkaui persoalan ras dan keturunan. Tiada siapa dapat menentukan warna kulit mereka sebelum mereka dilahirkan. Apabila dia ditindas adalah normal untuk dia bertindak balas melawan kezaliman.
Revolusi Rusia 1917 memperlihatkan perjuangan proletariat melawan borjuis, iaitu golongan kelas pertengahan melawan penindasan oleh kelas atasan. Idea Marxist ini telah diolah oleh Soekarno di Indonesia dengan nama Marhaeinisme, iaitu ideologi menentang penindasan manusia ke atas manusia, dan bangsa ke atas bangsa.
Ali Shariati, pemikir hebat abad ke-20 berkata, Islam adalah agama yang mengajar manusia berjihad melawan penindasan dan bukannya agama yang meratapi penindasan.
Penindasan rentas keturunan
Beliau meniupkan semangat penyatuan golongan mustadhafiin melawan penindasan oleh golongan mustakbirin. Semangat ini telah menjulang Revolusi Iran 1979.
Sejarah melawan penindasan membuktikan ras dan keturunan bukan pemangkin untuk meniup roh perjuangan menegakkan keadilan.
Keadilan tidak pernah ditegakkan melalui semangat perkauman. Seperti mana juga penindasan tidak pernah mengira ras dan keturunan. Ia berlaku di mana sahaja.
Penindasan yang berlaku ini bukan kerana ras dan keturunan, tetapi kerana kuasa. Ras dan keturunan hanyalah ilusi untuk menakutkan rakyat yang tertindas.
Sebenarnya manusia bukan dipisahkan melalui ras dan keturunan, tetapi seperti yang diungkapkan oleh pemikir hebat Karl Marx, Soekarno, dan Ali Shariati; yang membezakan kita ialah golongan penindas dan tertindas.
Bangsa Arab dan Yahudi yang hidup aman damai telah diganggu sifat organik tamadunnya dengan sentimen perkauman. Zionis dengan licik memainkan isu bangsa Arab melawan bangsa Yahudi.
Sehinggalah satu dunia percaya bangsa Arab yang ramai menindas bangsa Yahudi yang kerdil. Perjuangan kemerdekaan nasional Palestin telah tenggelam dengan sentimen perkauman.
Dahulunya Adolf Hitler melaungkan ketuanan bangsa Aryan dan melabelkan bangsa lain sebagai penumpang untuk meluaskan kuasa Nazi di Eropah.
Tak semestinya sokong Anwar
Demi kuasa mereka menjadikan sentimen perkauman sebagai ilusi untuk mengaburi mata rakyat yang tertindas. Di negara kita juga ada parti politik yang masih memainkan sentimen perkauman.
Baru-baru ini, perdana menteri Malaysia menyalahkan "tsunami Cina" atas kegagalan BN. Siapakah Cina yang dimaksudkan oleh Najib Razak?
Adakah Cina yang mahu melawan penindasan atau Cina yang memonopoli harta negara?
Walaupun secara analitikal, trend pengundi di Malaysia bukan berdasarkan kaum, tetapi berdasarkan ‘pencerahan' yang diterima di kawasan setempat.
Bangsa ‘baru' Jerman begitu sensitif untuk mengungkit dosa lama rasisme oleh Nazi, sehingga ada yang dipenjara kerana ingin membawa kembali idea Nazi.
Tetapi di Malaysia, kita semakin hebat mengapi-apikan kembali peristiwa rusuhan kaum 13 Mei. Ini semua hanya menguntungkan golongan elit penindas.
Kita hanya menyokong perubahan, tidak semestinya perlu menyokong Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, atau Nik Aziz. Kita hanya berada di belakang mereka untuk membina Malaysia baru yang progresif.
Sebab itu kita perlu lawan penindas dari golongan borjuis dan mustakbirin. Kita ditindas dengan beban hutang, kos sara hidup, kebebasan media, dan kebebasan bersuara.
Ya, itu hak setiap orang tanpa mengira ras dan keturunan.
ARIFFIN ABDULLAH pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Pahang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu.
Paulsen berkata peruntukan berkenaan terlalu umum.
Adam disiasat atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.
Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.
Siasatan juga dijalankan berdasarkan satu laporan Free Malaysia Today, memetik penganjur perhimpunan, bahawa mereka akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk “mengguling kerajaan”.
Kesalahan mengikut Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Majistret Muslinda Mohd mengarahkan Adam ditahan reman selama lima hari setelah mengambil kira bentuk kesalahan tersebut, kata Paulsen kepada Malaysiakini.
Timbalan ketua DAP Selangor Tony Pua berkata tiada lagi isu berbangkit dalam soal tersebut dan ia akan diselesaikan dengan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada komen lanjut sehinggalah agihan kerusi itu dimukmatadkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua menghadiri satu mesyuarat tergempar bersama menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga pengerusi DAP Selangoer Teresa Kok dan anggota exco DAP Selangor Teng Chang Khim.
Pua pagi ini mengadakan sidang media bagi membantah peruntukan tiga kerusi dalam exco Selangor untuk parti tersebut.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Khalid berkata DAP akan diberi kerusi speaker DUN dan juga kerusi senator.
Pua dalam sidang medianya bagaimanapun berkata DAP Selangor dijanjikan empat kerusi exco dan PAS serta PKR masing-masing tiga kerusi, selain kerusi speaker untuk PAS.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat selama setengah jam di antara ketiga-tiga parti pada hari Khamis lalu.

Suami isteri, 2 saudara maut dalam kemalangan di MRR2
Sepasang
suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam kemalangan membabitkan
empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit
Antarabangsa, di Kuala Lumpur semalam.
Mereka yang
maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan Syahida,
22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku Ahmad Faiz Tengku
Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.
"Kemalangan itu
melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal dan kesemua mangsa mati di
tempat kejadian," kata jurucakap polis trafik.
Beliau
berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, kereta Perodua
Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang
terbabas sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.
Kereta
Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa
dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui
laluan MRR2 menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan terbabas
ke laluan MRR2 arah Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.
Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.
Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.
- Bernama
- Bernama
Raja Perlis: Melayu sama Melayu pun gaduh
Raja
Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan
agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan yang tercalar selepas
pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Baginda bimbang
melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti
sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian kaum.
"Bersatu
padulah antara kaum ... Melayu sama Melayu pun bergaduh," titah baginda
pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan
ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat Kangar
semalam.
Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan
tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses
demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus
dipertahan.
Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap
rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi
negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.
"Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri," titah baginda.

Pada
majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid
menyampaikan bantuan berjumlah lebih RM1 juta kepada 33 penerima
termasuk bakal usahawan, golongan miskin dan anak-anak yatim.
Sementara
itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 59, dikurniakan
Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan menerima sumbangan
wang tunai RM2,000 serta sijil yang disampaikan Raja Perlis.
Tokoh bola sepak itu dipilih kerana jasa besar beliau terhadap pembangunan bola sepak negara dan negeri Perlis.
Turut
berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man.
- Bernama
- Bernama
Polis perluas siasatan ke atas aktivis siswa
Peguam
kepada Adam Adli, Eric Paulsen berkata polis menyiasat aktivis siswa
tersebut mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta
Hasutan.Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu.
Paulsen berkata peruntukan berkenaan terlalu umum.
Adam disiasat atas kenyataan yang dibuat dalam satu forum awam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.
Beliau dan beberapa pemimpin lain dalam perhimpunan tersebut antara lainnya menggesa orang ramai untuk mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.
Siasatan juga dijalankan berdasarkan satu laporan Free Malaysia Today, memetik penganjur perhimpunan, bahawa mereka akan menggunakan perhimpunan tersebut untuk “mengguling kerajaan”.
Kesalahan mengikut Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Majistret Muslinda Mohd mengarahkan Adam ditahan reman selama lima hari setelah mengambil kira bentuk kesalahan tersebut, kata Paulsen kepada Malaysiakini.
DAP: Senarai exco S'gor belum muktamad
DAP
Selangor berharap rundingan bagi pembentukan majlis mesyuarat kerajaan
negeri yang sedang berlangsung akan dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua
hari.Timbalan ketua DAP Selangor Tony Pua berkata tiada lagi isu berbangkit dalam soal tersebut dan ia akan diselesaikan dengan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada komen lanjut sehinggalah agihan kerusi itu dimukmatadkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua menghadiri satu mesyuarat tergempar bersama menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga pengerusi DAP Selangoer Teresa Kok dan anggota exco DAP Selangor Teng Chang Khim.
Pua pagi ini mengadakan sidang media bagi membantah peruntukan tiga kerusi dalam exco Selangor untuk parti tersebut.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Khalid berkata DAP akan diberi kerusi speaker DUN dan juga kerusi senator.
Pua dalam sidang medianya bagaimanapun berkata DAP Selangor dijanjikan empat kerusi exco dan PAS serta PKR masing-masing tiga kerusi, selain kerusi speaker untuk PAS.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat selama setengah jam di antara ketiga-tiga parti pada hari Khamis lalu.
Peserta maut motosikal konvoi bergesel
Kegembiraan
40 penunggang motosikal jenis Honda Wave yang mengikuti konvoi dari
Klang, Selangor ke Desaru berakhir tragedi apabila dua daripada mereka
maut dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Kulaijaya–Kota Tinggi di
Kota Tinggi, petang semalam.
Dalam insiden pada kira-kira 4.30 petang itu, Muhammad Fadzirul Hakimi Abd Rahim, 21, dan rakannya, Muhammad Adib Jasmani, 23, terbunuh selepas motosikal mereka dipercayai bergesel sesama sendiri dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah van yang menghala ke Kulaijaya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Mohd Nor Rasid berkata berikutan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi penunggang cedera parah dan dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Beliau berkata jenazah mangsa dituntut keluarga masing-masing semalam selepas selesai dibedah siasat.
Mohd Nor turut menasihati penunggang motosikal yang menyertai konvoi supaya mengutamakan aspek keselamatan serta mematuhi peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan mereka.
Sementara itu, seorang peserta konvoi Firdaus Aqmal, 23, yang merupakan saudara Muhammad Adib, berkata ketika kejadian, mereka menyertai konvoi anjuran kelab motosikal Honda Wave ke Desaru.
Beliau berkata mereka bertolak dari Selangor pada hari Jumaat pada kira-kira 10 malam dan sempat singgah di Skudai serta Kulai sebelum nahas itu berlaku.
"Ketika singgah berehat di Skudai, saya dan arwah Adib sempat menunaikan solat Subuh dan arwah ada mengadu dia penat, mengantuk, nak tidur. Malah ketika itu, saya turut tidur bersamanya sebelum meneruskan perjalanan ke Kulai kira-kira pukul 7 lebih," katanya.
Firdaus berkata mereka memulakan perjalanan pada kira-kira 2 petang semalam dan beliau berada dalam kumpulan belakang manakala arwah dalam kumpulan tengah konvoi.
"Saya sampai di tempat kejadian kira-kira lima minit selepas kemalangan itu berlaku. Ketika itu, saya melihat Adib masih lagi bernafas malah saya sempat menyuruhnya mengucap, bagaimanapun, dia meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan