Turun harga kereta perlukan masa
27 Mei 2013
Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.
"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.
Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.
"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.
Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.
Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.
"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.
JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.
"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).
"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama
GPRS: 'Biar cakap serupa bikin'
27 Mei 2013
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sebagai NGO, pihaknya menyambut baik tindakan Anwar kerana memutuskan untuk melarang ahli politik terlibat secara langsung dalam perniagaan GLC kerana bimbang berlakunya ‘conflict of interest’ bagaimanapun sebagai ikutan beliau juga perlu melepaskan jawatan yang disandang dalam kerajaan negeri Selangor.
Menurutnya, tindakan Anwar betul dan sewajarnya kerajaan negeri dan parti memerintah menetapkan satu garis panduan yang telus supaya tidak berlaku pertembungan antara kepentingan peribadi dan tanggung jawab terhadap rakyat.
“Ada baiknya sekiranya golongan profesional dipilih untuk menerajui dan mengemudi GLC manakala NGO mentadbir urus pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Zaman dah berubah, kerajaan perlu terapkan model ekonomi dan politik baru. NGO hari ini adalah kuasa ketiga rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seseorang pimpinan politik yang dipilih menjadi wakil rakyat tidak sewajarnya menjalankan perniagaan kerana bimbang berlakunya budaya kronisme dan nepotisme.
“Oleh itu, disarankan untuk memberikan contoh yang baik kepada ahlinya, Anwar juga perlu melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan berhenti menggunakan kemudahan yang ada di dalam negeri untuk kepentingan politik peribadi beliau.
“Seorang pemimpin tidak seharusnya terlibat dalam pertembungan ‘conflict of interest demi kepentingan rakyat dan atmosfera politik kerana negara kita kaya dengan golongan profesional yang kompeten untuk mentadbir urus,” katanya.
Benang mop dalam tomyam
27 Mei 2013
Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.
Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.
“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.
“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.
Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.
“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.
Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.
Khalid : Sultan Selangor sudah perkenan senarai Exco
27 Mei 2013
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada pukul 9.30 pagi.
"Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata Sultan Selangor turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
Ditanya sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, Abdul Khalid berkata perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding 36 pada 2008.
PKR menang 14 kerusi, manakala Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi sementara Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi. - Bernama
LANTIK MENTERI BUKAN AHLI POLITIK
Mary Yap: Jangan bawa politik dalam pendidikan
27 Mei 2013
Beliau berkata komitmen sedemikian penting kerana beliau melihat pengaruh negatif secara meluas terhadap generasi muda agar mereka tidak menghargai usaha yang telah dijalankan kerajaan, adalah benar-benar membimbangkan.
"Sebagai pendidik dan timbalan menteri, saya tidak suka membawa masuk politik ke dalam pendidikan kerana kami di sini untuk mendidik generasi muda.
"Ia membimbangkan saya, apabila mendapati budaya mempengaruhi generasi muda untuk tidak menghargai apa yang kerajaan lakukan, ia benar-benar membimbangkan dan saya tidak mahu mengulas tentang itu," jawab beliau ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya sebagai pemimpin kaum Cina untuk Barisan Nasional (BN) dan pandangan beliau mengenai laporan Malay Mail baru-baru ini yang bertanya "What More The Chinese Want".
Yap ditemui selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Pendidikan Digital Education Show Asia 2013, di sini hari ini.
Menjawab kepada satu soalan, sama ada beliau menganggapnya dirinya sebagai mewakili masyarakat Cina di dalam Kabinet, Yap berkata soalan sedemikian telah beberapa kali diajukan kepada beliau, sejak dilantik sebagai timbalan menteri.
"Saya telah bekerja di Kementerian Pendidikan sejak 36 tahun lalu, berinteraksi dengan semua kaum. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai Cina tetapi saya seorang rakyat Malaysia.
"Saya rasa ia tanggapan konsep 1Malaysia. Apabila anda bercakap tentang mewakili kaum Cina, apa-apa isu berkaitan pendidikan Cina, anda bawakan kepada saya, ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya untuk mendalaminya," tambah beliau.
Mengenai beliau tidak boleh berbahasa Mandarin, Yap berpendapat ia bukanlah satu isu.
"Kalau saya tidak fasih (Bahasa Mandarin), ini tidak bermakna saya tidak faham tentang pendidikan Cina atau latar belakangnya. Maklumat berkaitan sistem pendidikan Cina juga ada dalam Bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Malaysia. Dan saya boleh baca mengenainya. Saya pandai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan saya ada pegawai-pegawai yang berpengalaman untuk membantu saya," katanya.
Tambah Yap, pegawainya akan berperanan memberi nasihat dan membaca akhbar Cina serta menyampaikan segala maklumat mengenai apa yang dilaporkan.
"Ramai pemimpin di dunia yang tidak fasih Bahasa Inggeris tapi kerana mereka ada satu pasukan yang kuat dan penterjemah mereka boleh memimpin negara mereka dengan begitu berkesan dengan pembangunan dan kemajuan yang amat membanggakan.
"Jadi isu saya tidak boleh berbahasa Cina tidak sepatutnya menjadi satu isu dan kalau masih dijadikan isu, ini sangat tidak adil," kata Yap. - Bernama
Samy Vellu : Jangan babitkan saya perebutan jawatan MIC
27 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini
mengingatkan mereka yang mahu bertanding pada pemilihan parti agar tidak
membabitkan beliau dalam perebutan itu.
"Jangan heret saya dalam 'peperangan' anda," katanya kepada Bernama di sini, sambil menambah beliau akan membuat pilihannya sendiri mengenai siapa harus meneraju parti itu apabila tiba masanya.
Katanya beliau juga akan turun berkempen bagi pihak yang dirasakannya layak memimpin parti itu.
Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama hari ini yang menyebut kemungkinan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menandingi jawatan tertinggi parti berusia 67 tahun itu.
Laporan itu juga menyebut presiden MIC yang paling lama berkhidmat berkenaan memberi lampu hijau kepada Dr Subramaniam untuk bertanding, selaras dengan perlembagaan parti yang demokratik.
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menafikan ada berbincang dengan Palanivel dan Dr Subramaniam berhubung pemilihan parti.
"Setakat ini saya tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak baik Dr Subramaniam mahupun Palanivel," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata sedia menimbang untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti jika diminta dan disokong perwakilan MIC. - Bernama
27 Mei 2013
PETALING JAYA - Walaupun siri himpunan 'Blackout 505' yang diadakan
semakin kurang sambutan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyatakan akan terus mengadakan himpunan tersebut di seluruh negara.
Menurutnya, himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan 'Blackout 505' semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak
berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.
“Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya.
Anwar yang juga ketua umum PKR mendakwa, himpunan tersebut masih mendapat permintaan daripada rakyat untuk diadakan di beberapa bandar lain.
"Ia juga diminta untuk diadakan di beberapa bandar lain," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyatakan tiada sebarang perbincangan dibuat dengan kepimpinan PR untuk meneruskan himpunan ke Dataran Merdeka.
"Tidak, tidak ada perbincangan dibuat, dan tidak ada keputusan," tambahnya.
27 Mei 2013
SHAH ALAM- Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri
himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong
didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium
Kelana Jaya 8 Mei lalu.
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak
berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.
“Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.
“Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu.
“Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu,” katanya.
Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.
27 Mei 2013
PETALING JAYA - Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah membuat laporan polis mengenai isu
dakwat kekal tepat jam 12.30 tengahari hari ini di Balai Polis
Tropicana.
Anwar yang juga ketua umum PKR yakin, langkah yang diambil itu juga akan diambil oleh beribu rakyat yang berhadapan dengan insiden dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu.
"Jangan heret saya dalam 'peperangan' anda," katanya kepada Bernama di sini, sambil menambah beliau akan membuat pilihannya sendiri mengenai siapa harus meneraju parti itu apabila tiba masanya.
Katanya beliau juga akan turun berkempen bagi pihak yang dirasakannya layak memimpin parti itu.
Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama hari ini yang menyebut kemungkinan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menandingi jawatan tertinggi parti berusia 67 tahun itu.
Laporan itu juga menyebut presiden MIC yang paling lama berkhidmat berkenaan memberi lampu hijau kepada Dr Subramaniam untuk bertanding, selaras dengan perlembagaan parti yang demokratik.
Sementara itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan menafikan ada berbincang dengan Palanivel dan Dr Subramaniam berhubung pemilihan parti.
"Setakat ini saya tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak baik Dr Subramaniam mahupun Palanivel," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata sedia menimbang untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti jika diminta dan disokong perwakilan MIC. - Bernama
Anwar: 'Blackout 505' akan diteruskan
27 Mei 2013
Menurutnya, himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan 'Blackout 505' semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak
berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.
“Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya.
Anwar yang juga ketua umum PKR mendakwa, himpunan tersebut masih mendapat permintaan daripada rakyat untuk diadakan di beberapa bandar lain.
"Ia juga diminta untuk diadakan di beberapa bandar lain," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyatakan tiada sebarang perbincangan dibuat dengan kepimpinan PR untuk meneruskan himpunan ke Dataran Merdeka.
"Tidak, tidak ada perbincangan dibuat, dan tidak ada keputusan," tambahnya.
Sokongan himpunan Blackout 505 makin merosot
27 Mei 2013
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak
berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.
“Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.
“Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu.
“Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu,” katanya.
Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.
Anwar, Azizah buat laporan polis
27 Mei 2013
Anwar yang juga ketua umum PKR yakin, langkah yang diambil itu juga akan diambil oleh beribu rakyat yang berhadapan dengan insiden dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu.
Beliau juga berkata, dakwat yang dikatakan kekal oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sehingga lima hari itu hanya bertahan sehingga jam 5
petang selepas mengundi di Kubang Semang.
"Saya mengundi di Kubang Semang jam 9.30 pagi dan mula membersihkannya
tapi sebaik jam 5 petang tidak ada lagi kesan dakwat kekal itu di jari
saya.
"Oleh itu bagi kami rasa ia bercanggah dengan peraturan dan
undang-undang ini juga bukti sahih tentang penipuan SPR," katanya pada
sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Pada 30 Mei lalu, mengikut laporan media, dakwat kekal telah digunakan
pada pengundi awal namun banyak laporan dibuat yang menyatakan dakwat
tersebut dapat ditanggalkan.
Sehubungan itu, SPR telah mengenalpasti masalah tersebut dan menyatakan
ia berpunca daripada masalah teknikal iaitu tidak menggoncang sebelum
digunakan.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, ramai pemimpin pembangkang juga telah
membuat laporan polis ekoran dakwat tersebut yang tidak memiliki ciri
yang dinyatakan SPR.
Bagaimanapun, terbaru SPR menegaskan isu dakwat tidak kekal itu
disebabkan beberapa perkara termasuk ia perlu digoncang selama 2 jam
sekali untuk memastikan dakwat itu kekal seperti yang uar-uarkan sebelum
ini.
Dalam pada itu, ketua pembangkang itu juga menegaskan soal mengapa
beliau tidak membuat laporan sebaik sahaja mendapati dakwat itu tidak
kekal pada hari pengundian bukan menjadi halangan untuk membuktikan SPR
tidak telus.
"Sebaik sahaja saya habis mengundi saya terpaksa ke Kuala Lumpur, namun
bukan masalah saya tak buat laporan polis pada hari itu.
"Yang penting saya telah membuat laporan polis," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan