Khamis, 30 Mei 2013

BILA HUKUM ALLAH@HUKUM HUDUD DIINGKARI...DINAFIKAN..TIDAK DIPERDULIKAN...DIREMEH2KAN...TUNGGU ORANG2 BERSIKAP BEGINI BILA BERADA DIPANDANG MAHSYAR...LEBIH2 IA ULAMAK SERTA PEMIMPIN NEGARA...MAKA ROSAK IMAN MENAFIKAN DARI SEGI TINDAKAN@PERBUATAN...LISAN@UCAPAN...SERTA DALAM HATI@KALBU

Empat lelaki bergilir-gilir rogol pelajar berumur 13


kesianKlang – Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.
Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.
Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.
Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.
“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum


Klang – Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.
Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.
Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.
Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.
“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.
“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa. – METRO


Murid tahun 3 diugut dan dirogol


ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.
Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.
Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.
“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.
“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.
Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.
“Pada kira-kira jam 10.30 pagi Rabu lalu, berlaku sekali lagi kejadian sama ketika waktu rehat apabila mangsa seorang diri datangi remaja terbabit.
“Remaja itu didakwa sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk di tangga sekolah dan memberi amaran supaya mangsa merahsiakan perkara berkenaan,” katanya yang memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak keluar rehat sebaliknya berada di sekitar kawasan sekolah berkenaan seorang diri.
Kata sumber itu, mangsa yang takut hanya berdiam diri kerana bimbang dicederakannya sebelum remaja terbabit berlalu selepas melakukan perbuatan itu. “Keesokan paginya (Khamis), kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu, mangsa sekali lagi mendakwa menjadi habuan nafsu remaja terbabit dan kali ini senjata tajam diacukan di leher mangsa ketika berseorangan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa diugut bunuh jika perlakuan sumbang itu diketahui orang, namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian melaporkan kepada pengurusan sekolah.
“Pihak sekolah yang terkejut selepas diberitahu perkara itu segera menyiasat sebelum memanggil ibu mangsa memaklumkan kejadian menimpa anaknya,” katanya.
“Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sendiri datang ke sekolah kira-kira jam 3 petang sebelum bertindak melaporkannya kepada polis,” katanya .
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan, polis ada menerima laporan.
“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dan sudah mengenal pasti suspek seorang remaja lelaki dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.-METRO

Perempuan berusia 14 tahun dirogol bergilir-gilir lima lelaki di kubur


KUALA LUMPUR – Bahana mengikut ajakan rakan lelaki yang baru dikenali empat hari lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol bergilir-gilir lima lelaki di kawasan kubur di Jalan Kuari di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu didatangi dua rakan lelaki yang baru dikenali dekat kawasan rumahnya di Selayang dengan menaiki kereta mewah untuk dibawa berjalan-jalan.
Sumber polis berkata, akibat terpedaya dengan kemewahan yang dipamerkan dua rakan lelaki itu, remaja berkenaan menerima pelawaan itu sebelum, dia dibawa ke sebuah kedai cuci kereta di Cheras di mana tiga lalgi rakan lelaki terbabit menunggu di sana.
“Sebaik tiba di kedai cuci kereta itu, remaja berkenaan dibawa masuk ke pejabat premis itu untuk berbual-bual dan ketika itu, rakan lelaki yang dikenali mangsa memeluk dan sebelum mencabul remaja terbabit lalu menyatakan niatnya untuk mengadakan hubungan seks.
“Mangsa yang ketakutan memberikan alasan hendak ke tandas sebelum menghubungi abang sepupunya untuk memaklumkan kejadian dan lokasinya ketika itu,” katanya kepada wartawan semalam.
Malangnya, katanya, sebaik remaja itu keluar dari tandas, kumpulan lelaki itu mengajaknya keluar degan alasan menghantanya pulang ke rumah.
Percaya dengan alasan itu, dia mengikuti kumpulan lelaki terbabit namun mereka membawanya ke kawasan perkuburan di Jalan Kuari.
Katanya, kumpulan lima lelaki itu kemudia memeperkosa remaja itu bergilir-gilir sebelum rakan lelaki mangsa membawanya ke rumahnya di Kampung Cheras Baru.
Belia berkata, mangsa dirogol sekali lagi selepas diugut akan ditumbuk jika enggan menuritu permintaan teman lelakinya. Bagaimanapun, ketika lelaki itu berehat, mangsa menghubungi abang sepupunya semula.
“Kira-kira jam 9 pagi, abang sepupu mangsa tiba di rumah berkenaan. Bagaiamanapun, berlaku pergaduahn antara ibu rakan lelaki mangsa dengan abang sepupunya kerana wanita itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak berkuasa.
“Hasil maklumat orang awam, sepasukan polis tiba di lokasi kejadian sebelum menahan rakan lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan dibawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Assisten Komisioner Khairil Ahras ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk menjejaki emapt rakan lelaki itu. – Informasi

Gara gara bercinta, remaja 11 tahun dirogol empat lelaki


Rape victimBalik Pulau  -  Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh empat remaja lelaki ketika berkunjung ke rumah teman lelaki rakannya di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mendakwa dipelawa rakan perempuannya untuk berbual kosong di rumah berkenaan yang ketika itu terdapat lapan remaja lelaki sedang melepak.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata siasatan mendapati mangsa mengenali empat daripada lapan remaja lelaki itu sejak empat bulan lalu.
Katanya, seorang suspek dikatakan menarik tangan mangsa ke bilik, sebelum diikuti tiga lagi remaja lelaki yang kemudian bertindak mengunci pintu bilik daripada dalam.
Beliau berkata, mangsa dipaksa membuka pakaian tetapi enggan sebelum dibogelkan semua suspek yang turut menutup mulut mangsa bagi mengelaknya menjerit ketika dirogol secara bergilir-gilir.
Dua beradik ditahan
“Selepas kejadian itu, mangsa dan rakannya pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat beberapa jam kemudian.
“Sehubungan itu, polis menahan dua remaja lelaki yang juga pasangan adik beradik berusia 14 dan 16 tahun bagi membantu siasatan dengan hasil soal siasat mengaku merogol mangsa,” katanya di sini, semalam.
Mohd Hatta berkata, pihaknya kini masih menyiasat kes berkenaan dan sedang menjejaki dua lagi rakan suspek yang turut merogol mangsa.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dengan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau tidak lebih 20 tahun atau sebatan,” katanya.  -  BH

Dibogel dan dirogol, budak umur 11 jadi mangsa nafsu 4 remaja


rogol pakiBalik Pulau  -  Polis menahan dua lagi remaja lelaki yang dipercayai terbabit merogol bergilir-gilir seorang budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin, berkata remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.
Tahan empat suspek
Berikutan penahanan terbaru itu, polis sudah menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.
“Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan rogol dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Rabu lalu, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dirogol bergilir-gilir oleh empat remaja lelaki ketika berkunjung ke rumah teman lelaki rakannya di sini, kira-kira jam 3 petang Rabu lalu.
Dipelawa berbual kosong
Mangsa mendakwa dipelawa rakan perempuannya untuk berbual kosong di rumah berkenaan yang ketika itu terdapat lapan remaja lelaki sedang melepak.
Seorang suspek dikatakan menarik tangan mangsa ke bilik, sebelum diikuti tiga lagi remaja lelaki yang kemudian bertindak mengunci pintu bilik daripada dalam lalu membogelkan mangsa dan merogolnya secara bergilir-gilir.
Berikutan itu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum dua remaja lelaki yang juga pasangan adik beradik berusia 14 dan 16 tahun ditahan polis dan hasil soal siasat mereka mengaku merogol mangsa.  – bharian

4 Anggota polis rogol remaja berusia 19 tahun


SEREMBAN – Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.
Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.
Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.

Gadis berkemban dirogol warga Myanmar


AMPANG: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ‘berkemban’ sebaik keluar bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.
Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.
“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.“Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.
Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – melarang.com

Padah mengambil dadah,pelajar dirogol bergilir-gilir 20 remaja


KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.
Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.
Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.
Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.
“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.
“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.
“Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya.  -  sn

Padah keluar asrama,pelajar perempuan dirogol dan dikurung seminggu


perkosaan-pelajarAmpang- Tindakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun keluar dari asrama sekolah untuk ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia diperkosa lelaki itu.
Difahamkan, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Selayang, di sini, ‘dikurung’ dalam rumah keluarga kekasihnya di Lembah Jaya, di sini, selama seminggu sebelum meminta bantuan rakannya untuk melarikan diri.
Menurut sumber, mangsa dijemput teman lelakinya berusia 19 tahun di sekolahnya kira-kira jam 2 petang 9 April lalu. “Mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah lelaki itu dan bermalam di situ. Namun, selepas tiga hari berada di rumah kekasihnya itu, lelaki terbabit dikatakan bertindak masuk ke bilik mangsa dan mengajak melakukan hubungan seks.
“Mangsa bagaimanapun menolak ajakan teman lelakinya itu namun diugut akan memutuskan hubungan cinta mereka sekiranya mangsa enggan sebelum bertindak memperkosanya,” katanya.
Beliau berkata, keesokannya mangsa menceritakan kepada keluarga lelaki terbabit apa yang berlaku sebelum keluarga lelaki terbabit membawa mangsa ke klinik untuk pemeriksaan.
Nasib malang gadis terbabit bagaimanapun belum berakhir apabila lelaki itu sekali lagi memperkosanya, malah tidak membenarkan dia pulang ke rumahnya.
“Mangsa yang takut kejadian sama berulang akhirnya menghubungi salah seorang rakan meminta bantuan. Mangsa bertindak keluar rumah namun tindakannya disedari lelaki itu yang menghalangnya berbuat demikian.
“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa berjaya melepaskan diri. Mangsa kemudian menetap sementara di rumah rakannya itu,” katanya.
Sumber itu berkata, teman lelaki mangsa yang bimbang perbuatan kejinya itu terbongkar bertindak ke rumah rakan mangsa dan mengugut supaya tidak membongkarkan kejadian itu dan tidak mahu bertanggungjawab sekiranya mangsa mengandung.
Katanya lagi, mangsa yang pulang ke rumahnya kelmarin akhirnya nekad menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol. -Metro

Dikurung, dirogol bergilir, gadis merana selama sehari


Klang  -  Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.
Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.
Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.
“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.
rape (2)
“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.
Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.
Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.  – harianmetro/ mD

 Apabila Tomboy lahirkan bayi
Posted on Thursday, May 30 @ 10:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Dua istilah Tomboy dan Pekit, entahlah setahu saya tomboy ini sekadar berkawan dengan lelaki tapi tiada pergaulan bebas, manakala pekit pula akan melakukan seks tanpa nikah.

Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??

Apa sebenarnya pimpinan UMNO @ BN buat kepada negara ini sehingga banyak sangat perkara yang pelik dan tidak terfikir dalam akal boleh berlaku. Kalau sayangkan bangsa kita, buanglah UMNO @ BN.

Keluhan saya adalah berdasarkan berita di bawah ini:-

Seorang wanita tomboy terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.

Di fahamkan, ketika kejadian wanita itu secara tiba-tiba terasa hendak bersalin dan beliau bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita yang berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Akibat masaalah songsang, bayi lelaki beliau gagal diselamatkan setelah kaki bayi itu terkeluar terlebih dahulu dan menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menurut sumber, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber menambah, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.


Note:
Gambar di atas, sekadar hiasan sahaja.



.....
Sila layari:-
Apabila Tomboy lahirkan bayi

Akibat Nafsu, adik menjadi mangsa serakah kakak dan teman lelakinya


KANGAR  -  Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.
Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Harun berkata, pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.
Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.
Di rumah itu katanya, mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.— BERNAMA

MUFTI OH MUFTI...BAGAIMANA YANG DERHAKA PADA ALLAH SWT...TERANG2 TAK MAHU HUDUD...TERANG2 ANJURKAN MAKSIAT...TERANG2 BUKAK AURAT...TERANG2 BERCAMPUR GAUL BEBAS DLL MUNGKAR...JANGAN ANGGAP SEMUA RAKYAT BUTA HUKUM DAN TAK TAHU HUKUM AGAMA...MEMANG DIDUNIA KITA CARI MAKAN(ITU REZEKI ALLAH YANG BAGI BUKAN MANUSIA CUMA MELALUI AJE)...ABIS AKHIRAT TAK MAU MAKAN...MAAF BANYAK2

Menentang kerajaan dianggap penderhaka
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Katanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.

“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgK0R2wQpFC7Oh9GKC6wzflQpaupZ0yA5dzYa6kXwZ4GWTSt0S41LEOATeLF0KAND2hSskRlVe8h4kSzBXXOW7VHkf88-QAjwwOwh4VhYKgHmrumulSNbYakOtb8aABkVYeZK9LUcNWX0JW/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi

10 Perkara Membatalkan Syahadah

Secara dasar utama terdapat sepuluh hal yang boleh membatalkan keislaman seseorang.

   1. Syirik; (Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)

Syirik membawa maksud  ‘menyamakan selain-NYA dengan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan Allah
Lantaran syirik adalah batil yang paling batil, kezaliman yang paling zalim, maksiat yang paling keji kerana menyamakan makhluk yang bersifat pinjaman dan lemah dengan Khaliq yang maha sempurna dari segala sisi.

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan ) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun” (Al-Maa-idah:72)

   2. Menjadikan makhluk tertentu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah; Umpamanya berdoa/memohon syafaat serta bertawakal kepada perantara tersebut. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Berwaspadalah kita dengan hal yang kedua ini. Para ulama bersepakat bahawa hal sedemikian disebut kekufuran. Amatlah bahaya bagi umat Islam yang kekurangan pengetahuan rendah. Seperti meyakini bomoh, meyakini sesama makhluk. Kita dituntut berikhtiar tetapi tidak boleh memutuskan terhadap konsep tauhid. Manusia sendiri terbatas dan yang mengizinkan dan menyembuhkan tetaplah Allah yang maha berkuasa.

Antara Allah dan makhluknya tidak ada perantara, sebab itulah kita boleh sahaja terus berdoa memohon kepadaNYA. Ingatlah barangsiapa yang mengadakan perantara antara dirinya dengan Allah dalam memperoleh manafaat dan menolak mudharat; baik perantara itu berupa malaikat, nabi, kuburan, mahupun yang lainnya, mempersembahkan sembelihan, bertawakal kepada selain-NYA, maka telah jatuh kepada kufur.

   3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik. Begitu pula meragukan kekafiran mereka atau membenarkan pendapat mereka, barangsiapa yang melakukan hal tersebut maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keislaman seseorang tidak sempurna selama mana dia belum mengkafirkan orang-orang musyrik. Jika ragu dan bimbang atau berkata ”Tidak ada masalah dengan mereka” setelah adanya kejelasan mengenai kekafiran mereka, maka dia termasuk kafir seperti mereka.

Masalah ini kurang diambil perhatian oleh kebanyakan orang yang mengaku bersyahadah. Ada yang terjerumus tanpa disedari. Ada yang tidak mengkafirkan orang yang terjerumus ke dalamnya sehingga dia menjadi sama sepertinya, jika telah dikemukakan hujah kepadanya.

Termasuk kategori membenarkan pendapat mereka, setiap orang yang menilai baik sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik dari Yahudi, Nasrani, Sosialisme, Sekularisme, mahupun kelompok kafir dan sesat lainnya.

   4. Berkeyakinan bahawa selain petunjuk Allah melalui Rasulullah saw adalah lebih sempurna. Atau hukum selain hukum Allah lebih baik. Contohnya adalah orang yang lebih mengutamakan hukum taghut daripada hukum yang allah tetapkan maka dia adalah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Perhatikan dan kaji apa yang menimpa orang-orang yang menolak hukum Allah dan Rasul-NYA. Memilih hukum buatan manusia yang penuh kekurangan, segalanya tidak dapat memberi manafaat kepada sirinya sendiri apalagi orang lain, dan tidak juga boleh mencegah mudharat, musibah, siksaan, kekacauan, kezaliman dan ketidakamanan.

   5. Membenci sesuatu yang dibawa Rasulullah saw sekalipun dia mengamalkannya. Barangsiapa yang melakukan maka dia telah kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


Keadaan ini termasuk dalam satu kemunafikan i’tiqadi (keyakinan). Barangsiapa membenci sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah saw, apalagi membenci Al-Quran, misalnya membenci amal maaruf nahi mungkar, atau membenci orang yang menegakkannya ataupun yang lain yang diperintahkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka dia telah kafir.


   6. Mengolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw, pahala atau azab Allah. Orang yang melakukan ini dihukum kafir. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)


” Katakanlah ”Apakah dengan Allah, ayat-ayatNYA, RasulNYA kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu beralasan (minta maaf) kerana kamu telah kafir sesudah beriman..” ( At-Taubah: 65-66)

Melalui Fathul Majiid; Abdurrahman Bin Hasan merakamkan ”Orang yang bercanda dengan hal itu (sesuatu yang disebutkan di dalamnya nama Allah, al-Quran, Rasulullah saw), maka dia telah kafir.

Jangan sekali-kali meremehkan atau membuat bahan lawak atau bergurau dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.



   7. Sihir. Di antaranya adalah ash-sharf (guna-guna untuk memalingkan seseorang dari sesuatu) dan al-’athf (guna-guna untuk menarik sesuatu). Barang siapa yang melakukan hal tersebut atau menyetujuinya, maka dia telah kafir. ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Dalam bahasa Arab sihir disebut as-sihr, sifatnya terjadi secara rahsia (sembunyi-sembunyi) pada akhir malam.
Ash-sharf – memalingkan seseorang dari apa yang dicintainya.
Al-Athf – berusaha menarik hati seseorang mencintai sesuatu dengan cara syaitan.

Apa pun kaedah yang digunakan dalam kehidupan selama mana menggunakan unsur sihir maka akan membatalkan akidah.

”Dan mereka itu (para tukang sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah (Al-Baqarah; 102)

   8. Memberi sokongan dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Siapa sahaja di kalangan orang yang bersyahadah memberi bantuan dan sokongan kepada kaum musyrik untuk melawan kaum muslimin, maka dia telah kafir. Lazimnya lahir dari kemunafikan iaitu lahiriahnya nampak baik, batinnya sangat buruk atau dari orang yang tidak memahami agama dengan sebaik-baiknya.
Justeru timbul di dalam hatinya kedengkian dan permusuhan terhadap kaum muslimin serta kecintaan kepada musuh-musuh Islam.

Hal ini tidak akan terjadi kepada seorang mukmin yang memiliki iman, ilmu, dan kecintaan kepada Islam.

   9. Berkeyakinan bahawa sebahagian orang boleh tidak mengikuti syariat Muhammad saw. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



Meyakini perkara di atas, atau sudah tidak memerlukannya lagi atau menyarankan untuk keluar darinya, maka jelas keislaman telah terlepas dari dirinya.

Hal demikian banyak berlaku kepada sufi ekstrim dan yang seangkatan dengannya. Terpedaya dengan tipu muslihat syaitan, yang mana menganggap diri telah sampai kepada tahap ilmu dan ma’rifat untuk keluar dari syariat sehingga semua kewajipan telah gugur darinya. Perbuatan ini jelas kufur dan terkeluara dari ajaran Islam.

Ingatlah kita semua tidak akan lebih daripada Rasulullah saw. Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam kitab ”Wasiat Kerohanian’ ; ”apa yang diharamkan ke atas Muhammad saw maka haramlah ke atas kami, apa yang dihalalkan ke atas Muhammad saw maka halallah ke atas kami kerana kami tidak akan lebih mulia daripada Muhammad saw”

  10. Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. . ( Nauzubillah… mohon perlindungan Allah daripada kesyirikan)



”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdoa” (As-Sajdah;22)

Yang dimaksudkan berpaling dari agama Allah ialah menolak hal-hal yang wajib bagi setiap orang untuk mempelajari dan mengamalkannya, iaitu mengetahui ushuluddin (poko-pokok agama) dan hal-hal yang harus diketahui oleh setiap muslim.

Banyak orang-orang yang menolak mempelajari hal-hal seputar agama yang diwajibkan bagi mereka dan mengamalkannya, baik secara lahir dan batin. Akibatnya ada yang terjerumus ke dalam syirik besar, kekufuran, kemunafikan, bahkan ditambah dengan hal-hal haram lainnya, sementara dia tidak menyedarinya.

Akhirnya sentiasalah memohon hidayah dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada Allah swt bagi diri kita sendiri, keluarga, saudara-saudara, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin. Sesungguhnya kita semua tiada daya dan upaya melainkan segalanya atas keizinanNYA dan hanya milik Allah Yang maha tinggi lagi maha agung.
AKIDAH

1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1.       MAKSUD IMAN
-          DARI SEGI BAHASA :
§         percaya
-          DARI SEGI ISTILAH :
§         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-          membentuk insan muslim sejati
-          supaya istiqamah dalam ibadat
-          melahirkan generasi berakhlak mulia

3.       PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
·         SYIRIK
·         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
·         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
§         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
§         menyembah patung dan berhala
§         menyembah bulan atau matahari
§         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
§         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
§         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
-    Contoh :
§         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§         ujub (mengagumi diri sendiri),
§         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
§         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§         sukar menerima pandangan orang lain
3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
·         Ia membatalkan iman seseorang
·         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
·         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
·         Mencemarkan kesucian agama Islam
4.       Cara mengelak perbuatan syirik
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
5.       Kesan syirik
·         Membatalkan iman
·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·         Dimurkai Allah

·         KUFUR
·         MAKSUD :
-          tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

·         JENIS-JENIS KUFUR :
1.       Kufur Hakikat :
-    Maksud :
§          ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
-    Contoh :   
§          tidak mengakui balasan diakhirat
§          menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§          menyatakan solat fardhu merugikan masa
§          menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2.       Kufur Nikmat :
-    Maksud :
§          mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
-    Contoh :   
§          menggunakan nikmat kejalan maksiat
§          enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§          boros membelanjakan harta

·         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§      pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§      terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§      kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

·          KESAN PERBUATAN KUFUR ….


·         RIDDAH
·         MAKSUD :
-          berpaling atau keluar daripada agama islam

·         SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

·         SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
-            lemah pegangan agama
-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan

·         AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
-            hubungan suami isteri terfasakh
-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
-            haram dikebumikan diperkuburan Islam
-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya

·         CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

·         TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

·         HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

·         LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
-           berpegang teguh dengan ajaran islam
-           menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
-           mendalami ilmu-ilmu agama

·         LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
-           memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
-           memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
-           mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

·         KESAN PERBUATAN MURTAD …


·         KHURAFAT
·         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik


·         SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang

·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


·         NIFAK
·         MAKSUD
-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

·         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-           berdusta apabila bercakap
-           khianat apabila diberi amanah
-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-           selalu mungkir janji

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-           bercakap benar apabila berbicara
-           bersifat jujur dan amanah
-           menunaikan janji

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-            melemahkan perpaduan masyarakat
-            menghancurkan kekuatan umat islam



4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
·         Berpegang teguh pada ajaran Allah
·         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
·         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
·         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
·         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
·         Dilaknat dan dibenci oleh Allah
·         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
·         Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
·         Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
·         Keimanan mereka berpura-pura sahaja
·         Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
·         Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
·         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
·         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Tiada ulasan: