Posted on Thursday, May 30 @ 00:56:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: anaabdullah
"Kawan saya kata atau kata kawan saya pada saya orang Terengganu sudah berubah. Apakah yang berubah itu?
Jawapannya mudah, Kerajaan Pas tumbang pada PRU 11 (2004) kerana dapat duit ehsan RM 300 satu kepala daripada umno Terengganu.
Katanya lagi, PRU 13 PAS Terengganu naik hampir seratus peratus dari 8 kerusi kepada 15 kerusi, sedangkan kerajaan pusat beri bantuan RM 500 satu kepala.
Betul juga kata kawan saya itu bahawa pengundi Terengganu sudah berubah iaitu tak sama macam PRU 11 (2004).
Pada PRU 11 (2004) orang Terengganu dituduh orang bodoh kerana tolak PAS pilih umno yang jelas sudah 50 tahun mengkhianti bangsa Melayu.
Macam lagi tuduhan dilemparkan. Ada yang kata orang Terengganu macam “ikan keli” makan umpan dengan kailnya sekali.
Sehbungan dengan itu terlintas dihati saya bukan, bukan, bukan belaka.Gelombang biru bukan punca kekalahan PAS Pada PRU 11 (2004).
BN buruk pada PRU 13 baru baru ini berpunca kerana sombong dan angkuh pucuk kepimpinan. Mereka bukan setakat sombong dan angkuh malah rakus mengumpul harta sehingga lupa tugasnya sebagai pemimpin.
Anda mungkin faham dengan apa yang pernah berlaku itu. Itulah punca sebenar kekalahan teruk PAS Terengganu. Macam juga tumbangnya PAS Kedah pada PRU 13.
Kebanyakan EXCO jadi buruk reputasinya kerana jawat jawatan itu, menteri besarnya juga turut terpalit juga.
Saya tidak tahu kenapa boleh jadi macam itu, sedangkan mereka duduk dalam parti islam. Lainlah umno mereka tidak kisah halal dan haram. Hentam belaka.
Ssehingga hari ini tiga orang sahaja bekas EXCO Terengganu belum jadi buruk reputasinya, manakala 7 orang lagi jadi buruk.
Bukan setakat itu sahaja, malah apabila dicalon namanya pada PRU 13 5 Mei lepas awal awal lagi pengundi memberontak.
Maka PAS Terengganu boleh naik balik jika calonnya orang baru yang belum ada sebarang kes tidak sepertimana yang sudah ada kes sepanjang menjadi wakil rakyat dan EXCO sebelum ini.
Oleh itu, duit ehsan RM 300 satu kepala kepada rakyat Terengganu bukan punca kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 11 (2004) tetepi kemasukan 30 peratus pengundi luar yang menjadi puncanya.
Tenguk pada PRU 13 lepas bukan sahaja rakyat diberi bantuan RM 500 malah wang ehsan RM 300, RM 100 kepada pelajar, RM 250 kepada remaja, tetapi pengaruh PAS Terengganu boleh naik hampir seratus peratus.
Pokok pangkalnya reputasi pemimpin yang menjadi puncanya.Yang sangat tidak wajar mereka merasa merekalah yang pandai lantas membiarkan perkara terpencil dan mendewa dewakan perkara yang besar."
Politik Plato vs politik Islam.
Posted on Thursday, May 30 @ 00:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,
Ada orang kata Ustaz ustaz dalam PAS tidak pandai berpolitik dan tidak mempunyai ilmu politik. Ada orang kata Ustaz dalam PAS sombong, tidaK PRAGMATIS untuk mengikuti kemahuan orang bawahan, semua hujah di atas merujuk kepada ilmu politik yang digarap dari Aristorle dan Plato, politik yang dipelajari untuk menghalalkan cara, yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada lawan dalam kontek politik kepartian. Inilah hujah yang selalu digunakan untuk memperlekehkan usaha murni para ustaz yang bersama sama PAS.
PAS sebagai sebuah jemaah Islamiah terikat kemas dengan seluruh panduan ugama termasuk panduan berpolitik. Banyak kitab kitab Feqah yang membicarakan dan menghadirkan penyelesesai terhadap politik seperti yang dikehendaki oleh al-Khaliq. Dalam kontek ini, tiada manusia di negara kita selain para ustaz yang bersama PAS yang lebih mahir walaupun mereka (ustaz) tidak ada ilmu politik Aristorte dan Plato!
Politik Islam melampaui kehidupan. Ilmu politik Islam turut mengajar bagaimana menguruskan kematian dan tiada ruang untuk perang saraf yang boleh menyebabkan orang lain dizalimi atau ditipu kerana setiap perbuatan samada baik atau jahat akan dikira walaupun sebesar zahrah.
Tuduhan Ustaz dalam PAS lembah dan tidak tahu ilmu politik merupakan satu tuduhan yang tidak berasas kerana tuduhan itu hanya mengambil kira ilmu politik Aristorle dan Plato sedangkan ustaz dalam PAS hanya mengikuti apa yang diajar oleh Ilmu politik Islam. Samada menang atau kalah pilihanraya, ALLAH yang tentukan.
Ini tidak bermakna usaha dihentikan apabila gagal dalam pilihanraya. Usaha mesti diteruskan tetapi dalam kerangka carahidup yang dibenarkan oleh Ilmu politik Islam. Sebarang perkara yang menghalalkan cara sekalipun boleh memberi kemenangan tidak akan sesekali diikuti.
Nampaknya masih ramai umat Islam yang menyokong perubahan politik negara tetapi masih belum faham apa yang dikehendaki oleh politik Islam, politik yang bukan sahaja menguruskan kehidupan dunia tetapi turut menguruskan kematian.
Di sinilah perlunya ketegasan PAS menerusi peringatan dan tarbiyah berterusan kepada pemimpinnya agar tidak mudah terpengaruh dengan seruan seruan yang bertentangan dengan syariat ugama sekalipun ianya dihalalkan oleh politik Aristorle dan Plato.
Dalam politik kepartian di mana parti Islam berdepan dengan parti parti sekular, akan berlaku bertembungan PANDANG ALAM di antara pandang alam Aristorle dan plato dengan pandang alam Islam dan ini menuntut SELURUH UMAT ISLAM untuk menyokong parti yang berpandang alam Islam bukan turut menghentam kerana parti Islam ini enggan menerima ilmu politik Aristorle dan Plato.
Tetapi kalau ada juga umat Islam yang teruja dengan ilmu politik Aristorle dan Plato, ianya merupakan episod malang bagi poliitk umat Islam, kerana kalaupun politik negara boleh diubah, ianya tidak mampu mengubah sistem hidup yang ada kepada carahidup Islam.
Kami dalam PAS percaya inilah sebab kenapa ALLAH menangguh kemenangan Islam kerana orang Islam belum bersedia untuk berubah."
Adab Berjamaah Dan Menghormati Keputusan Presiden
Posted on Thursday, May 30 @ 00:26:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: petunjuk
"Timbul keributan yang tidak kurang hebatnya apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dikritik secara terbuka kerana dikatakan melanggar perjanjian dengan PKR dalam isu calon PRU 13 di Kota Damansara. Apa yang menyedihkan lagi, ada di kalangan pimpinan tertinggi PAS yang mempertahankan kritikan tersebut atas nama keterbukaan.
Perlu dipertegaskan bahawa Islam memberikan hak kepada ketua sesebuah organisasi membuat keputusan sendiri tanpa memanggil mesyuarat. Jika dipanggil mesyuarat sekali pun, beliau diberi ruang untuk membelakangi keputusan mesyuarat jika perlu. Bahkan beliau tidak perlu memperjelaskan keputusan yang diambil kepada orang bawahan.
Lihat sahaja kepada sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Persetujuan telah dicapai bersama sahabat-sahabat baginda untuk berperang jika mereka dihalang untuk masuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat umrah sebagaimana cadangan Saidina Abu Bakar. Bahkan Rasulullah s.a.w mempertegaskan lagi perkara yang sama kepada Budail bin Warqa', orang tengah antara Rasulullah dan Quraisy agar memberitahu musyrikin Mekah tentang perkara tersebut.
Apa yang berlaku, akhirnya Rasulullah s.a.w. tidak melaksanakan dan membelakangi keputusan hasil perbincangan dengan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w telah memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah yang menghendaki orang Islam pulang semula ke Madinah dan datang pada tahun hadapan untuk menunaikan umrah. Bahkan Rasulullah s.a.w. tidak memperjelaskan kepada para sahabat tentang keputusan yang diambil ini. Perjanjian ini bukan wahyu daripada Allah bahkan ia adalah kebijaksanaan baginda dalam membuat keputusan dan mengatur strategi.
Jelasnya, Tuan Guru Presiden mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam walaupun berbeza dengan keputusan mesyuarat jika dilihat di sana ada mudharat yang lebih besar boleh berlaku.
Ini tidak bermakna Islam mengamalkan sistem diktator. Sistem diktator adalah sistem yang tidak membuka ruang langsung untuk orang bawahan mengemukakan pandangan. Ada pun dalam Islam, pandangan orang bawahan adalah sangat dialu-alukan tetapi pandangan tersebut tidak boleh mengikat seorang ketua untuk membuat keputusan.
Dr Ramadhan al-Buti (Fiqh as-Sirah; 1999, m.s 237) menyebut: "Syura dalam Syariat Islam adalah sesuatu yang disyariatkan tetapi ia tidak semestinya dilaksanakan. Ini kerana kebaikan daripada Syura adalah untuk mengeluarkan pandangan-pandangan daripada orang bawahan, mencari kebaikan dan kemaslahatan yang diketahui oleh sebahagian dan tidak sebahagian yang lain atau memandang baik diri-diri mereka. Sekiranya pemimpin melihat pandangan mereka sangat baik berdasarkan dalil syarak dan hukumnya maka pemimpin itu akan melaksanakannya. Jika sebaliknya, dia boleh membuat keputusan mengikut apa yang dia kehendaki dengan syarat tidak berlawanan dengan nas Quran dan Sunnah serta ijmak orang Islam."
Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan mesyuarat atau syura perlu dilaksanakan oleh ketua atau pun tidak adalah menjadi perbahasan dan perbezaan pandangan di kalangan Ulamak. Pun begitu, pemimpin mempunyai hak untuk memilih pandangan Ulamak yang berbeza ini. Tuan Guru Presiden ada hak untuk memilih pandangan bahawa keputusan mesyuarat tidak semestinya dilaksanakan dan ahli perlu menerima pilihan Presiden.
Kewajipan ahli ialah mempertahankan dan melaksanakan keputusan Presiden walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut. Begitulah sikap yang diambil oleh para sahabat apabila mereka tidak berpuas hati terhadap Rasulullah s.a.w. apabila baginda memeteraikan perjanjian dengan musyrikin Mekah dan terpaksa balik semula ke Madinah. Saidina Umar datang menemui Rasulullah s.a.w menyatakan ketidak puasan hati beliau sehinggalah terpaksa ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar. Para sahabat tidak mahu berganjak daripada tempat mereka apabila Rasulullah menyuruh mereka bertahallul untuk pulang ke Madinah. Rasulullah s.a.w terpaksa mengulangi sebanyak 3 kali tetapi para sahabat tidak mengendahkannya. Ini kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan Rasulullah yang melanggar keputusan asal untuk berperang jika dihalang untuk masuk ke Mekah. Tetapi akhirnya para sahabat melaksanakan arahan Rasulullah apabila Rasulullah sendiri bertahallul. Mereka menerima dan melaksanakan keputusan Rasulullah walaupun mereka tidak berpuas hati.
Itulah sikap yang perlu ada dalam diri ahli pendokong gerakan Islam khususnya Parti Islam seMalaysia (PAS). Walaupun mungkin kita tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden tetapi keputusan tersebut tetap wajib dilaksanakan. Mereka boleh meluahkan ketidakpuasan hati itu mengikut saluran yang betul tetapi akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan Tuan Guru Presiden.
Adalah amat malang apabila sebahagian ahli dan pimpinan PAS tidak dapat menerima keputusan yang diambil oleh Tuan Guru Presiden dan tidak mahu melaksanakannya. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila ada di kalangan pimpinan PAS yang mempertahankan kritikan orang luar yang menyalahkan Presiden dalam isu calon di Kota Damansara walaupun Tuan Guru Presiden telah menerangkannya. Pimpinan yang seumpama ini tidak berhak berada dalam saf kepimpinan bersama dengan Tuan Guru Presiden.
Ustaz Mokhtar Senik
Ajk Dewan Ulamak Pas Pusat
Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang
www.facebook.com/DPPMalaysia "
Nisa Tanah Merah shared We Are All Safwan Anang's photo.
TERGEMPAR!PENJARA ATAU BEBAS
Keputusan drastik drpd Safwan Anang utk tidak diikat jamin walaupun ianya bernilai RM5000 sangat mengejutkn semua pihak termasuk kami.
Safwan Anang pesan kpd kami, ianya bkn soal duit sbyk rm5000..tp ianya soal prinsip.. Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2! Beliau yg mahukan AnkMuda bangkit melawan penindasan & kezaliman. Mesej utama yg beliau smpaikn ialah beliau mahu demokrasi di Malaysia dipulihkan. Sistem pilihanraya yg bobrok sgt mengecewakn rmai pihak.
Walaupun beliau di dalam, kami tetap bersama2 dgn beliau bersolidariti di luar!!! Perjuangan adlh perlaksanaan kata2! Maka, ankmuda! Adkh kamu msih lg duduk diam??!!!
Tunjukkan bahawa kalian berani! Ankmuda sudah "gila" bilamana tdk takut dgn sebarang tangkapan!!! Respon dari isteri beliau bahawa, "sy hormat keputusan suami sy.."!
Wrtawan mengalirkan air mata bilamana chegubard memberitahu yg isteri safwan sdg mengandung!
#Salute Safwan #Salute Mahasiswa! #Respect Ank Muda!!! Solidariti utk Safwan anang & Demokrasi dihdapan penjara sg buloh jam 8mlm!!!! Jom!!! Ayuh!!!!
"Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.
Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.
Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.
Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan."
"Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah2 penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.
Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.
."Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.
Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.
-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-
MOHON SHARE DAN SEBARKAN..tq
Mahadi Hj Isa shared Forgie Taha's photo.
Rafizi dedah laporan polis pengundi hantu, bekalan elektrik terputus semasa PRUPETALING JAYA, 27 Mei — Rafizi Ramli mendedahkan laporan polis dan borang rasmi bagi mengukuhkan bukti kewujudan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen (MP) Pandan (gambar) baru tersebut menunjukkan satu laporan polis bekalan elektrik terputus yang didakwa berlaku di Kedah, serta menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berbohong dengan mengatakan tiada satu laporna polis dibuat setakat ini.
Dalam laporan bertarikh 9 Mei tersebut, agen pilihan raya PKR Mohamad Soi Talib mendakwa bekalan elektrik terputus antara 7.15-7.25 malam di Sekolah Sri Lindungan Raja, yang merupakan pusat pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Kedah semasa hari pilihan raya.”Kewujudan laporan ini sekaligus adalah jawapan kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mencabar laporan sedemikian dibuat.
“Sekarang menjadi tanggungjawab beliau dan SPR untuk menjelaskan bagaimana bekalan elektrik boleh terputus di pusat pengiraan undi semasa pengiraan sedang dilakukan, walaupun TNB telah menjelaskan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik berlaku,” kata Rafizi semasa sidang media disini.
Laporan media Sabtu lalu memetik Wan Ahman, timbalan pengerusi SPR, mengatakan tiada sebarang laporan media tentang bekalan elektrik terputus setakat ini.
Wan Ahmad juga mendakwa gambar bekalan elektrik terputus yang tersebar meluas dalam internet adalah palsu dan diedarkan sejak sebelum Pilihan Raya 2013, bagaimanapun, kenyataannya itu ditolak keesokkan hari oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.
Menurut ADUN PAS yang baru dilantik itu, agennya telah menangkap gambar tersebut semasa proses pengiraan undi di Saluran 3 sedang berjalan di dalam bilik darjah SK Serdang sekitar jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu.
Rafizi juga menunjukkan lima laporan polis hari ini yang dibuat di kawasan Parlimen Kuala Kedah dimana beberapa individu tidak dikenali didaftarkan secara tidak sah sebagai pengundi di beberapa alamat, dan salinan salah satu Borang 10A yang dikeluarkan SPR bagi menunjukkan bukti kewujudan pengundi hantu.
Borang 10A adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh SPR ekoran penggunaan dakwa kekal untuk mengelak pengundi hantu ataupun cubaan mengundi sebanyak dua kali.
Rafizi telah diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan penipuan yang berlaku dalam PRU13 baru-baru ini, serta bekerjasama dengan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 dalam “Tribunal Rakyat” yang telah ditubuhkan.
Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan.
Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani
Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 5/27/2013 09:41:00 PTG
Shamsudin Sham shared Hazman Hamad's photo.
Nasir Sahlan shared Otai Reformasi II's photo.
Pengundian awal: Dua saksi lapor polis salah laku pegawai SPRPETALING JAYA : KEADILAN hari ini mendedahkan salinan laporan polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.
“Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu sekitar 30 peratus,” jelas Rafizi.
“Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa integriti undi awal diragui,” katanya.
Salinan laporan yang pertama dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
“Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi,” kata saksi, Abu Hussin Tamby dalam laporannya.
Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.
Satu lagi laporan adalah berhubung peti undi awal yang tidak sampai ke tempat pengiraan undi pada masa yang ditetapkan.
Menurut saksi, Shairi Md Tajudin yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Hulu, pada 5 Mei lalu berkata, karung undi pos tidak sampai ke Dewan Bandaran Gerik pada masa yang ditetapkan sehingga menyebabkan kiraan undi ditolak.
“Saya beranggapan ia adalah salahlaku yang disengajakan SPR bagi memberi kemenangan kepada BN di Parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut.
“Kedua-dua kejadian membayangkan betapa longgarnya kawalan, seliaan dan integriti peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu saja,” kata Rafizi mengulas bukti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan