Isnin, 27 Mei 2013

TUDUNG LABUH

ISTERI SOLEHAH DAN CIRI CIRINYA
Beruntunglah bagi seorang lelaki yang dikurniakan isteri solehah..kerana isteri solehah adalah kebahagian bagi seorang suami..Nabi s.a.w bersabda yang ertinya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,rumah yang luas,jiran yang baik dan kenderaan yang selesa” Hadis riwayat ibnu Hibban..
Beruntunglah bagi seorang wanita yang Berjaya mendidik dirinya menjadi seorang yang solehah kerana balasan baginya adalah jannah..Daripada Anas r.a. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Apabila seorang wanita mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
Nabi saw. Bersabda ertinya: “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya,maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
beza-lelaki-dan-perempuan
Disini saya sebutkan ciri-ciri isteri yang solehah buat panduan kaum muslimat :
1.Menutup aurat dari dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
2.Tidak meninggikan suara kepada suami
3.Tidak mendedahkan rahsia dan aib suami
4.Tunduk bila berjalan dihadapn suami
5.melayani kehendak suami ketika suami berhajat
6.Sentiasa senyum dihadapan suami
7.Tidak menyakiti hati suami
8.Duduk bersopan dihadapan suami
9.Bangun bila suami lalu
10.Bertanya keadaan suami
11.Jangan melupakan jasa suami dan jangan menafikan kebaikkan yang pernah dilakukannya
12.Tidak menguasai harta suami
13.Memaafkan suami..jangan berdendam dan mengungkit kesilapan lama suami
14.Jika ada kemampuan rajin-rajin beri hadiah kepada suami
15.Sediakan minuman untuk suami sebelum suami meminta
16.Tidak cemburu buta
17.Menasihati suami dengan cara yang baik
18.Mengutamakan suami dari orang lain
19.Tidak meminta benda yang suami tidak mampu
20.Diam ketika suami marah
21.Tidak keluar rumah tanpa izin suami
- Ciri- ciri isteri solehah di atas saya nukilkan dari kalam al fadhil ustaz Ismail Kamus..waahhh beruntuangnya siapa yang pada diri isterinya ada ciri-ciri tersebut….Pesan saya kepada muslimat yang bakal dan yang telah bergelar isteri,berusahalah untuk menjadi isteri solehah disamping berdoa kepada Allah…:))


Tips Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah

by Abu Nafis
Suami misali
Bismillah..
“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:“setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”
Semoga anda mendapat manfaat dari pengkongsian ini..
10 Tips Mendapatkan Anak Yang Soleh+Solehah:-
1.Untuk mendapat anak yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi..Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).574760_10151331207632258_1909922116_n
2.Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu berbahagia.” (Hadith ini telah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain)
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.Ulama berpendapat hadith ini juga terpakai buat wanita  dalam memilih pasangan hidup.
Untuk mendapatkan pasangan yang beragama\soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu..Bila anda soleh insha Allah anda akan mendapat jodoh yang solehah..Demikian sebaliknya,bila anda seorang yang solehah,maka Allah akan jodohkan anda dengan seorang lelaki yang soleh..dan jangan lupa selalu minta pada Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang beragama\soleh\berakhlak.
3.Sebelum berkahwin,jaga batasan syarak antara anda dengan bakal suami\isteri anda.Elakkan dari berjumpa..kerana bila berjumpa anda akan betentang mata,bila bertentang mata anda akan mula berpegang tangan dan seterusnya anda terdedah untuk melakukan muqaddimah zina dan selepas itu mungkin akan “terlajak”..Kesannya,keberkatan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti.Oleh itu jangan hairan jika anak-anak anda juga “bermasalah”comey
4.Ketika nak melakukan persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan anak hasil dari persetubuhan tersebut,Syaitan tidak akan dapat mengganggu anak anda..Bila syaitan tak boleh ganggu,takde la anak berperangai macam syaitan..Sebenarnya ramai anak-anak yang “bermasalah” disebabkan ibu bapa tidak membaca doa ketika bersetubuh..
Doa tersebut ialah:

اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya
         “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari  apa yang Engkau rezekikan  kepada kami”
5.Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut:
-Suami hendaklah membaca al-Quran dengan meletakkan mashaf di perut isteri..Lakukan setiap hari sehinggalah isteri bersalin..Kemudian suami berdoa dan isteri aminkan..Surah apa nk baca?berapa ayat?Terpulang nak baca surah apa dan berapa ayat sekali baca..setengah orang baca surah Maryam,yusuf dan lokman..Pada saya tidak kisahlah surah apa dan berapa ayat..yang penting lakukannya secara istiqamah sebagai rutin harian..Kalau suami mampu sehari setengah muka surat pun dah ok..Lebih bagus khatamkan..Dapat khatamkan sebelum isteri bersalin itu lebih baik..
-Isteri perlu selalu baca al Quran..Jika menghafaz itu lebih baik..Sehari hafaz dua ayat pun ok dah janji istiqamah..mulakanlah dengan juz amma..
-Isteri perlu melazimi mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama..elakan dari menonton derama-derama\filem yang lagho dan berkata sesuatu yang boleh membawa dosa..
-Suami isteri mesti selalu bercakap perkara-perkara yang baik dengan anak dalam kandungan..contoh bagi salam kepadanya..Bila nak solat,isteri\suami pegang perut isteri katakan kepada anak jom solat dengan mama dan papa..”jadi hamba Allah yang bertakwa ye” “jangan tinggal solat tau” “jangan sesekali mensyirikkan Allah” “jadi anak yang baik tau” bila nampak ada orang merokok,pesan kepada anak  dalam kandungan bila dah dewasa nanti jangan sesekali merokok..
soleh
6.Bila anak telah dilahirkan:
-suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..
Diriwayatkan bekas hamba Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali,ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaZ..
-Beri anak nama-nama yang baik..
Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi.Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman,dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam,sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i.Sanad Hadis ini majhul,namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain.Lihat: Jami’ al-Ushul 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)
Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)
Ibu bapa jangan hanya fikir nak beri nama-nama yang sedap tapi maknanya tidak tahu atau tidak memberi makna yang baik..dan jika nak panggil anak dengan nama-nama timbangan(nama manja)pastikan nama itu juga tidak membawa maksud yang tidak elok..contoh:
1) Mamat:biasanya Mamat cuma nama panggilan atau nama manja,nama penuhnya adalah Muhammad..Tahukah anda bahawa Mamat bermaksud mati..Kasihan kat budak tu..elok-elok namanya Muhammad nama Rasulullah dan ia bermaksud yang terpuji dipendekkan Mamat(mati)
2)Atan:biasanya Atan cuma nama panggilan atau nama manja..Tahukah anda Atan bermaksud keldai betina.
3)Tiz Zakiyah..Tiz=buah zakar(klu arab mesir tiz bermaksud ponggong)..zakiyah=bijak..Maka Tiz Zakiyah bermaksud buah zakar yang bijak.
Syeikh Dr.Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan:“Kunyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706,oleh Sheikh Dr.Bakr)
Ibu bapa juga hendaklah menjauhi dari memberikan nama kepada anak dengan nama-nama yang khusus bagi Allah seperti al-Ahad (yang Esa),al-Kholiq (yang Maha Pencipta),dan seumpamanya..
-Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Dari Abu Musa r.a katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
-Melakukan akikah
Kata Imam Ahmad bin Hanbal :“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”
Pernah orang mengadu kepada al Fadhil Dr Haron Din masalah anaknya yang asyik menangis ..Ustaz Haron Din bertanya kepada orang tu sudahkah dibuat akikah untuk anaknya..Orang tu menjawab belum dan ustaz haron Din minta dia buat akikah untuk anaknaya..
subhanallah,menakjubkan bila sudah melakukan akikah anaknya pun ok..dah tak nangis-nangis lagi..
-Mencukur rambut bayi.
Selain akikah,disunatkan juga mencukur keseluruhan rambut si anak.
Rambut yang tumbuh dikepala bayi dari dalam kandungan ibu boleh menyebabkan bayi itu nanti menjadi bebal..sebab itulah rambut itu mesti dicukur..itu antara hikmah disunnahkan mencukur rambut bayi yang baru lahir..wallahu’alam saya belum menemui lagi fakta ini di dalam nas-nas sohih,cuma saya pernah dengar dari seorang ustaz..
“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh,lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmizi.Disahihkan oleh al-Albani.)
Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak sebagaimana hadis di atas.
Rambut yang telah dicukur,disunnahkan juga untuk menimbangnya dan kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan kiraan berat rambut yang ditimbang dengan beberapa keping perak.Iaitu menukarkan berat rambut dengan berat perak.
Imam Malik meriwayatkan,bahawa Fatimah binti Rasulullah (s.a.w.) menimbang rambut Hasan,Husein,Zainab,dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’,Kitab Aqiqah (26),no.2)
 anak solehah
7.Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah dan pastikan anda menghadap ke arah kiblat dan anda dalam keadaan suci dari hadas(berwuduk)melainkan ketika uzur..
8.Jika anak anda ada buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesilapan yang besar.Contoh “Bodoh sangat kenapa” “Jahat la Along ni,nape buat adik”..Bimbang kata-kata itu benar-benar jadi kenyataan..maka anak itu betul-betul jadi bodoh..betul-betul jahat..
9.Doakan kebaikkan buat anak-anak anda setiap hari..Kalu setiap kali lepas solat itu lebih baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan cuma cepat atau lambat sahaja.percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat power..Oleh itu jika anak-anak anda bermasaalah,terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit,terlibat dengan kumpulan-kumpulan atau geng-geng yang tidak bermoral,kaki gaduh,melawan cakap anda,tidak mahu solat dll maka teruskanlah berdoa..dan doa dan doa agar mereka diberi hidayah oleh Allah..Agar mereka menjadi anak yang soleh..Jangan pernah berputus asa dalam mengharapkan apa yang anda harapkan dari Allah,disamping beri nasihat kepada mereka dan jaga lidah anda dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka.Secara peribadi,ramai yang telah saya lihat anak-anak yang dahulunya seperti yang disebutkan tadi mereka berubah berkat kesabaran dan doa ibu bapa yang tidak putus-putus..
10.Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik..
Antara faktor anak-anak bermasaalah dan melawan cakap ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah sebati dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan ibu bapa mereka..

Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus Ke 3

by Abu Nafis
poligami
Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus(UAI)atas pernikahan beliau dengan isteri yang ke 3.
Khabarnya isteri ketiga Ustaz Azhar idrus ini adalah anak saudara kepada Tn Hj Omar bin Tahar,Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1,Hulu Klang,Gombak.
Wallahu a’lam..
Jom tengok gambar-gambar UAI dI majlis walimahnya..
UAI Kahwin1
Untunglah UAI hehehe
gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus 2
UAI yang segak hehhe
gambar majlis pernikahan ustaz azhar idrus 3
Semoga Allah memberkati majlis pernikahan UAI
UAI 4
Isteri pertama dan kedua UAI berada disebelah kiri dan kanan,berniqab hitam:))
uia 6

Bolehkah Suami Menyetubuhi Isterinya Dalam Tempoh Iddah?

by Abu Nafis
muslimah-cantik
Jika seorang suami menceraikan isterinya dengan talak satu  atau talak dua maka secara automatik isteri masuk dalam waktu iddah.Si Isteri akan menjalani waktu iddah di rumah suaminya.Si isteri tetap tinggal bersamanya kerana ia masih berstatus isteri dalam perlindungan suami.
Jika si suami berhasrat menyetubuhinya maka menurut sebagian ulama hal itu merupakan tanda rujuk dan selesainya masa iddah isterinya.Sebahagian ulama lain berpendapat bahwa si suami wajib rujuk sebelum menyetubuhi isterinya. iaitu dengan mengucapkan kalimat rujuk.Misalnya dengan mengatakan: “Saya rujuk kepadamu,Saya kembali kepada si Fulanah”,dengan disaksikan dua orang saksi dari kalangan kaum muslimin.
Dengan lafaz seperti itu berakhirlah masa iddah,setelah itu ia boleh menyetubuhi isterinya bila saja ia mahu.Inilah cara yang paling selamat jika ia berhasrat menyetubuhi isterinya yang berada dalam masa iddah.
Adapun jika talaknya itu talak tiga,maka si isteri tidak boleh tinggal bersamanya.Si isteri harus keluar dari rumahnya dan tidak halal baginya hingga si isteri menikahi lelaki lain.Dan bila suami baru isterinya itu menceraikannya barulah ia boleh kembali kepada bekas isterinya itu dengan aqad yang baru pula.Wallahu a’lam..
Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid
Nota:
-Jika seorang isteri diceraikan suami dengan talak 1 atau 2(talak bain) haram bagi wanita tersebut keluar dari rumah suami tanpa izin suami sepanjang tempoh iddah dan haram bagi suami menghalau isteri yang dicerai agar keluar dari rumahnya.Di dalam rumah isteri tidak wajib menutup auratnya dari dilihat oleh suaminya..Mereka cuma dilarang dari melakukan persetubuhan sahaja.
-Dalam mazhab imam as-syafie jika nak setubuh isteri dalam iddah wajib melafazkan kalimah rujuk seperti contoh di atas dan tidak perlu menghadirkan saksi ketika melafazkan rujuk.

Mahasiswi Non Muslim Bertudung di Universiti Boston

by Abu Nafis
HIJABS
Mahasiswi non-Muslim di Universiti Boston mencabar diri mereka untuk memakai tudung selama 1 hari sempena Bulan Kesedaran Islam pada bulan Mac,untuk membetulkan salah faham tentang Islam dan konsep hijab,seperti yang dilaporkan oleh OnIslam pada hari Jumaat (29/3/2013).
Cabaran sehari memakai hijab ini ditaja oleh Persatuan Islam Boston University.Seramai 40 wanita non-Muslim yang melibatkan diri untuk menghabiskan satu harinya dengan mengenakan tudung sempena Hari Hijab di Boston University.
Komen Antara mereka yang menyahut cabaran sehari memakai tudung:
“Saya melihat poster di link GSU dan berfikir bahawa ini adalah hal yang sangat menarik untuk dilakukan,”kata Dian Qu,seorang mahasiswi Seni dan Sains.
Kata Dian Qu lagi “Saya meminta mereka menunjukkan kepada saya cara memakai tudung,tapi saya lupa,jadi saya memakainya dengan cara saya sendiri”
“Orang-orang Muslim memberi salam kepada saya dalam bahasa Arab” kata Perez Arias,yang menyatakan dirinya adalah seorang ateis.
“Saya tidak tahu bagaimana menjawabnya.”
“Saya merasakan penghormatan baru yang dirasai oleh wanita Muslim,” kata Gonzales.
Alhamdulillah walaupun mereka masih dalam kekafiran tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak bersangka buruk terhadap islam dan mereka telah mula berjinak-jinak mengenali islam.Semoga mereka dikurniakan hidayah oleh Allah ‘azza wa jalla..

Kisah Wanita Berniqab

by Abu Nafis
1
Suatu hari seorang gadis berniqab membeli belah di sebuah shopping kompleks di Perancis..
Setelah selesai menngambil barang-barang yang dihajatinya gadis itupun menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar barang-barangnya..

Di belakang kaunter pembayaran ada seorang gadis arab berpakaian seksi yang asalnya dari negara arab..
Gadis arab itu memandang ke arah gadis berniqab dengan pandangan benci..Sambil si gadis berniqab menyusun barang-barangnya di meja kaunter bayaran..
Tiba-tiba gadis arab seksi itu marah-marah..Katanya:”Di Perancis ini ada banyak masalah dan krisis..Kamu tahu tak niqab yang kamu pakai ini pun salah satu dari masalah yang bertambah di dalam kehidupan kami disini..kami disini nak berniaga bukan nak pamerkan agama atau sejarah..Kalau kamu nak belajar agama atau nak pakai niqab baliklah ke negara asal kamu dan belajarlah agama seperti yang kamu mahu”
Gadis berniqab tersebut berhenti dari memasukkan barang-barang yang telah dia bayar ke dalam beg dan melihat disekelilingnya..Bila dia sudah pasti di situ tidak ada orang lelaki maka dia pun menghampiri wanita arab sambil menanggalkan niqab di wajahnya..Kelihatan matanya biru dan dia berkata:
“Aku orang Perancis..Muslimah Perancis..Ayah dan datuk aku Perancis..
Ini adalah islamku..Ini adalah negara aku..Kamu telah menjual agamamu dan kami telah membelinya”
hehehehe…ammbiikkk koo….mesti gadis arab tu terkulat-kulat malu:)))
Emiratis take the first metro ride in Du

Tudung Labuh

by Abu Nafis
ustzh Fatimah
Pengalaman menarik ustazah Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi:
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
tudung-labuhMenyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
ftimah syarha dan farhan hadiMendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Hukum Menggunakan Facebook

by Abu Nafis
fb                                                                                                                                                         Hukum Menggunakan Facebook:
Kaedah Usul Feqh :
“kerosakkan kecil dibolehkan untuk mendapatkan maslahah (kebaikkan) yang besar..
Dari kaedah ini ia menjawab status hukum penggunaan Facebook
Kita tidak menafikan dengan Facebook ini ia boleh mengundang mafsadah(kerosakan) seperti melalaikan,pendedahan aurat,namimah,membuka aib dan lain-lain lagi…
Namun kita melihat mafsadahnya lebih kecil berbanding maslahahnya(kebaikkan) yang lebih besar buat umat islam sedunia…
Samalah seperti menggunakan google dan yahoo..Padanya ada kebaikkan dan padanya juga ada keburukan atau kerosakan..Semuanya dihukumkan harus selagi mana digunakan untuk perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak..Ulama kiaskan seperti penggunaan pisau..Pisau jika digunakan untuk memotong buah,bawang,tali dan untuk potong kek hukumnya harus tapi kalau guna pisau untuk melukakan atau menikam orang maka hukumnya haram..Demikianlah juga dengan facebook..
Antara Kebaikkan Facebook:
Dengan Facebook kita boleh mendapat banyak ilmu dan maklumat.
Dengan Facebook kita boleh berdakwah dan berkongsi ilmu
Dengan Facebook kita dapat berhubung dengan ahli keluarga dan kenalan yang berada jauh.
Dengan facebook kita dapat bersilaturrahim.
Dengan Facebook kita dapat melihat dan mengenali negara-negara luar dari segi adat dan budaya mereka,tempat-tempat yang menarik dan lain-lain lagi.
Dengan Facebook kita boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan.
Dengan Facebook kita boleh menjatuhkan kezaliman seperti mana yang berlaku di Mesir..Antara faktor kejayaan revolusi mesir adalah facebook.
Tapi facebook ni kan produk ciptaan yahudi…
Kita jawab…
Tidak ada halangan syarak menggunakan produk ciptaan Yahudi MELAINKAN terbukti keuntungannya disumbangkan kepda Yahudi Zionis laknatullah… Andaian semata-mata seperti yg digembar-gemburkan sebelum ini tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram…
Antara dalil keharusan bermuamalah dengan orang yahudi ialah :
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Biarkan Mark Zucherberg sebagai pencipta facebook ini..Kita pula memperalat ciptaannya ini untuk menyampaikan ilmu,dakwah dan tarbiah Islam..Seperti mana dengan dunia..Jangan sesekali kita terpedaya dan lalai dengan dunia dan jangan pula kita terus meninggalkannya,tapi hendaklah kita memperalatkan dunia untuk mencapai akhirat.
Kata Imam Yusuf Qaradawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama,sedang jihad itu adalah fardhu..
Dalil tambahan tentang keharusan menggunakan facebook adalah para ulama antarabangsa sendiri menggunakan facebook..
Wallahu a’lam..

Ada Apa Dengan Niqab?

by Abu Nafis
Niqab
Kita tidak hairan jika di barat seperti di Perancis undang-undang pengharaman niqab dikuat kuasakan..
Tapi kita hairan dan sedih bila tentangan itu datang dari orang-orang islam itu sendiri dari negara yang dikatakan negara islam..
Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu adalah hak kebebasan berpakaian
Bila wanita muslimah berniqab dikatakan extrim dalam beragama
Bila wanita berpakaian seksi dikatakan itu modern
Bila wanita muslimah berniqab dikatakan tidak bertamadun
Tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sebahagian dari hukum-hukum islam
Cuma para fuqaha’ berbeza pendapat mengenai hukumnya
Di dalam mazhab imam Syafie terdapat dua qaul(pendapat)
Qaul Pertama(qaul muktamad):wajib berniqab
Qaul kedua:Tidak wajib(sunat)
Secara umumnya jumhur(majoriti)Ulama islam berijtihad bahawa niqab tidak wajib..oleh itu muka dan tangan wanita bukanlah aurat
Sebahagian Ulama dalam mazhab Hanbali dan qaul kedua mazhab imam syafie mereka berijtihad bahawa niqab adalah wajib..muka dan tangan adalah aurat disisi mereka..
Walaupun hukum memakai niqab itu tidak wajib menurut jumhur,tapi tahukah anda bahawa memakai niqab itu adalah sunnah isteri-isteri Nabi s.a.w..
kecantikan anda hanya untuk suami anda
Oleh itu seorang muslimah yang memakai niqab dengan niat mahu mengikut sunnah isteri-isteri Nabi..dengan tujuan untuk memelihara maruahnya..dengan tujuan agar kecantikannya hanya diperlihatkan kepada suami tercinta wajarkah mereka ini dilebel sebagai muslimah yang extrim?wajarkah mereka disebut sebagai wanita yang tidak bertamadun?wajarkah hak-hak mereka ini dihalang dan dihina???

Menjawab Tohmahan Keatas Syekh Dr Said Ramadhan Albuti

by Abu Nafis
syeikhramadhan2
Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy telah difitnah dan dicemooh oleh sebagian saudara kita, beliau dikatakan berpihak dengan Presiden Syria Basyar Asad. Sebelum kita melontarkan fitnah dan kebencian kepada para ulama khususnya beliau, marilah sama-sama kita menyelidiki apa dan mengapa di balik tindakan yang diambil oleh beliau.

Berikut adalah hasil perbincangan antara Ustadzah Syarifah Fatimah bin Yahya dengan salah seorang pelajar di Damaskus:

“Pada awalnya saya juga merasa gusar seperti anda, karena beliau Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy adalah diantara ulama yang saya hormati dan kagumi. Sangat mengiris hati ini ketika Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy mengambil tindakan demikian dan sedih pula saat banyak orang mencemooh atas tindakan beliau.

Lantas saya bertanya kepada salah seorang pelajar di sana apa yang sebenarnya terjadi. Barulah lega hati ini mendengarnya, walaupun saya tidak sama dengan cara beliau namun saya tetap menghormati ijtihad beliau. Berikut adalah jawaban salah seorang pelajar di sana:

• Nuansa politik Syria adalah yang paling rumit dalam sejarah kali ini karena Syria dikuasai oleh golongan kecil Syiah Nusiriah yang menganggap halal darahnya kaum Ahlussunnah wal Jama’ah untuk ditumpahkan.

• Maka Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy telah mengambil langkah politik yang berbeda dari ulama lain dengan cara tahalluf siasi bersama Syiah Nusairiah yang diketuai keluarga al-Asad demi menjaga eksistensi Ahlussunnah wal Jama’ah, yang mana sebelumnya telah terjadi pembunuhan besar-besaran oleh kaum Syiah kepada kaum Ahlussunnah wal Jama’ah di bandar Hamah.

• Dari usaha Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy ini maka telah dicapai beberapa keberhasilan di dalam menjaga eksistenssi Ahlussunnah wal Jama’ah. Diantaranya adalah:

1. Banyak dari kalangan ulama yang akhirnya dibebaskan dari penjara.
2. Kembalinya para ulama yang lari keluar negara, ke kampung halaman masing-masing seperti Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.
3. Masuknya ulama luar negara ke Syria untuk menyampaikan dakwah seperti Syaikh Yusuf al-Qaradawi.

Jika seseorang tidak teliti dengan apa yang dilakukan Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy maka dia akan mengatakan Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy adalah seorang munafiq dan telah gegabah dalam melakukan apa yang diperbuatnya. Tapi hakikatnya beliau adalah seorang ulama yang sangat cemerlang, sehingga apa yang beliau lakukan pun mendapat dukungan para ulama Syria.

• Kita tidak akan menyaksikan seorang pun dari kalangan ulama Syria yang mencemooh atas tindakan beliau tersebut, karena mereka tahu pribadi Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy yang tidak mungkin menyalahi Sunnah.

• Lihatlah kepada penduduk Kurdi yang gencar melawan kerajaan Asad tetapi mereka tidak sampai mencemooh Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy, bukan karena Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy adalah seorang Kurdi tapi karena berkat beliau lah kerajaan Asad mau membantu kaum Kurdi di Syria.

• Saya ada satu cerita bagaimana anak Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy yakni Dr. Taufiq pernah berpesan kepada salah seorang pelajar Syria yang hendak pulang ke Malaysia semasa revolusi dilakukan dengan berkata: “Apabila kamu pulang ke Malaysia, pertahankanlah ayahku karena sebenarnya ia bukan ingin bersekongkol dengan kerajaan Asad tapi karena beliau ingin berjihad membantu Ahlussunnah semampu dia.”

Akhiinal Karim al-Ustadz Muhammad Khoiruz Zadit Taqwa mengatakan bahwa: “Sosok Syaikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy tidak masuk dalam golongan pemerintah Syiria ataupun Oposisi. Adapun statement beliau hanya sebagai tanggung jawab beliau akan keadaan yang terjadi. Beliau berbicara atas nama syari’at agama bukan kepentingan pribadi, pemerintah ataupun oposisi. Apapun itu, inilah panggung politik. Tidak peduli dia siapa, pasti akan dibenci. Seberapapun orang mencoba membuka kebenaran pasti akan tetap salah. Siapapun yang melawan, dialah musuh. Sekalipun yang musuh membawa bukti bukti kebenaran. Selamat menempuh hidup baru wahai Syaikhuna. Kini saatnya engkau merasakan manisnya kehidupan yang baru.”

B. Bau Surga Telah Tercium Sebelum Kewafatannya

Al-Habib Ali bin Abdurrahman al-Jufriy menuturkan kisahnya bahwa Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy sudah tahu akan pertemuannya dengan sang Kekasih (Allah Swt.)

Al-Habib Ali al-Jufriy mengatakan: “Aku telah menelefonnya dua minggu sebelum keawafatannya dan beliau (Syeikh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy) berkata pada akhir percakapan: “Tidak akan lama umurku melainkan beberapa hari lagi. Sesungguhnya aku sedang mencium bau surga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku.”

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy berkata: “Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad (yang ijtihadnya betul mendapat dua ganjaran dan yang keliru mendapat satu ganjaran).”

-Dari berbagai sumber-
Sya’roni As-Samfuriy, Tegal 22 Maret 2013

7 Tips Membuka Pintu Rezeki

by Abu Nafis
rezeki
Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.
Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..
Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..
Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..
Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..
1. Banyakkan beristighfar
Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”
2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…
Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.
Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…
Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.
Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..
3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim
Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..
4. Ayat Seribu Dinar
ayat-seribu-dinar
Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu
Likulli syai’in qodroo
Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..
Kaedah beramal:
Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”
P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..
5. Banyak Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).
6. Berbakti kepada Ibu Bapa
Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:
17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”
17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”
Disebutkan di dalam Hadis:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
7. Melazimi Membaca surah al Waqi’ah
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah
Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”
Jawabnya:”Aaku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya
Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”
Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..
Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki
Kata Dr Haron Din:
“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah,dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”
Pesanan saya:
1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..
2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..
3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..
4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..
5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..
6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

Kisah Dr Gary Miller Masuk Islam

by Abu Nafis
garymiller.jpg
Ayat 82 dari surah an-Nisa adalah di antara ayat-ayat Allah yang menyebabkan seorang Mubaligh kristian dan pakar matematik Dr.Gary Miller (Nama islam Abdul-Ahad Omar) tertarik untuk mengkaji Al- Quran dan kemudiannya beliau mengucapkan dua kalimah syahadah..
“…Patutkah mereka (bersikap demikian),tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah,nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya…”
( An Nisa : 82 )
Dr Miller berkata tentang ayat ini:
“…Salah satu prinsip saintifik yang terbaik adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan didalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan menjumpai kesilapannya di mana-mana … “
Beliau juga berkata tentang ayat ini:
“…Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia adalah sifar dari kesilapan,tetapi al-Quran,sebaliknya, memberitahu kita semua bahawa Ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta kita untuk mencuba untuk mencari dan pasti kita tidak akan menjumpainya…”
Diambang Kegemerlapan Cahaya Hidayah Allah:
“Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran(terjemahan) pada 1978.Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.
“Sebenarnya,saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran,agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.
“Anggapan awal saya,kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja.Akhirnya,setelah menyelak satu demi satu helaian al-Quran,apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya,” Akui Dr. Miller…
Helaian demi helaian al Quran terjemahan diselaknya untuk menemukan cerita-cerita yang mengungkapkan keburukan Muhammad s.a.w tapi yang beliau temui adalah sebuah surah yang bernama Maryam (“Maria” = Ibunda Jesus),yang di dalamnya menceritakan betapa Maria adalah seorang wanita yang sangat terhormat dan dimuliakan.
Beliau bertambah hairan karana tidak menemukan surah yang bernama Fatimah atau Aisyah.Kekagumannya menjadi jadi ketika beliau menemui nama Jesus(Nabi Isa) disebut 25 kali dalam al Quran sedangkan nama Nabi Muhammad s.a.w hanya 4 kali.
DR Miller makin bersemangat meneliti tiap ayat Quran sehingga dia menemui dan membaca Surah An Nisa ayat 82..
DR Miller menjadi semakin yakin bahawa Quran ini luar biasa.setiap yang dikatakan oleh al-Quran adalah benar benar satu kenyataan.Dan ini tidak mungkin jika manusia yang membuat al Quran.Pasti hanya Tuhan yang Maha Sempurna yang membuatnya..

Ciri-Ciri Suami Yang Hebat

by Abu Nafis
zawj-2158a16


Prof Dr Baltaji dalam bukunya “Fiqh al-Marah” menjelaskan,ada 10 sifat suami yang hebat:-
1. Imam Solat:Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
3. Suami yang matang.
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’
.
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yang jelas.
7. Melindungi anak dan isterinya.
8 suami yang serba boleh.
9. Boleh membaca al-Quran.
10. Disenangi oleh orang sekelilingnya

Pewaris Nabi Dan Penjaga Wahyu

by Abu Nafis
3
Tahukan anda Imam as Syafie mampu manghafaz sebanyak 1800 hadis yang termuat dalam kitab Hadis Gurunya (Muwata’ Imam Malik) beserta qaul-qaul yang terkandung didalamnya dalam masa 10 hari sahaja.Subhanallah.Hebatkan..
Imam as Syafie juga telah mampu  mengeluarkan fatwa seusia 15 tahun..Allah Allah Allah..
Tahukah anda murid Imam as Syafie yang disebut Imam Ahmad bin Hanbal,beliau menghafaz satu juta Hadis-Hadis Nabi s.a.w..Subhanallah.Hebatkan..
Diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal akan membawa bekas dakwat ke mana-mana..Bila ditanya sampai bila menulis ilmu?’beliau menjawab ‘hingga kubur’.Allah Allah Allah..
Tahukan anda murid Imam Ahmad bin Hanbal yang dikenali sebagai Imam al Bukhari,beliau menghafaz sebanyak 750 000 Hadis-Hadis Nabi…Subhanallah.Hebatkan..
Pernah sekumpulan ulama hadis di kota Baghdad menguji beliau.Setelah bermesyuarat, mereka mendapat cara bagaimana untuk mengemukakan soalan-soalan yang susah dijawab oleh Imam Bukhari..
Mereka telah memilih seratus hadis yang telah diputarbalikkan sanad dan matannya.Seratus hadis tersebut dibahagikan menjadi 10 bahagian,dan setiap bahagian diserahkan kepada seorang ulama’ untuk menyoal Imam Bukhari..
Ketika Imam Bukhari menghadiri majlis itu,10 orang ulama yang ingin mengujinya telah pun hadir.Ulama pertama lalu membacakan hadis yang pertama hingga kesepuluh dengan sanad dan matan yang salah sebagaimana yang telah dirancang.Dia pun bertanya,”Bagaimana menurut tuan mengenai hadis itu?”
“Saya tidak tahu,” jawab Imam Bukhari..
Ulama’ yang bertanya dan para hadirin mula tersenyum apabila mendengar jawapan Imam Bukhari.Kemudian ulama kedua pula membaca sepuluh hadis yang juga telah diputarbelitkan. Dia bertanya,”Bagaimana menurut tuan hadis tersebut?”
“Saya tidak tahu, jawab Imam Bukhari.
Begitulah seterusnya sehingga selesai seratus hadis dan Imam Bukhari cuma menjawab, “Saya tidak tahu..
Kemudian Imam Bukhari pun bangun dan memandang kepada ulama pertama lalu berkata,”Hadis pertama yang tuan bacakan adalah salah.Sedangkan yang betul adalah begini-begini…” Imam Bukhari pun membacakan hadis yang betul..
Hadis yang kedua juga salah,sedangkan yang betul adalah begini-beigni….” sehinggalah selesai membetulkan seratus hadis yang ditanya oleh 10 ahli-ahli hadis tersebut.Beliau membaca hadis-hadis tersebut menurut urutan nombor ketika ditanya.Allah Allah Allah hebat sungguh pemilik kitab hadis paling agong (kitab Al-Jami’ As-Sahih\sahih Bukhari) ini..
Begitulah betapa hebatnya para Ulama yang mana kerana mereka hadis-hadis Nabi s.a.w samapai kepada kita..Kerana mereka kita memahami as sunnah Nabi s.a.w..
Sesungguhnya penjaga wahyu di langit itu adalah Malaikat-Malaikat Allah..Adapun pun penjaga wahyu Allah di bumi ini adalah Ulama-Ulama Hadis..
sedih bila membaca dan mendengar ada dikalangan masyarakat kita lidah tidak bertulang mudah menkondem Ulama..”Kita” mengaku kita pencinta sunnah tapi kita memperkecilkan ulama yang di dalam dada mereka terdapat beribu-ribu hadis sedangkan berapa sahaja hadis yang ada di dalam dada kita?Adakah kita telah menghafaz hadis-hadis 40 imam Nawawi?Adakah kita telah khatam menelaah kitab-kitab hadis sittah?..Jika kita telah lakukan apa yang disebut ini pun sebenarnya kita tetap belum setanding dengan keilmuan para hufaz terdahulu..
Betapa gigihnya Ulama silam mencari ilmu berbanding kita…mereka tak pernah rasa terlalu pandai hingga berhenti belajar..Belajar dan mengajar seiringan..
Wallahu’alam..

1
Gambar Pendakwah bebas yang juga ikon anak Muda,Ustaz Azhar Idrus masih tetap meluangkan masa mencari ilmu walaupun telah ‘alim  dan sibuk dengan masa. Allahurabbi…
Kata Ustaz Azhar Idrus:
“Orang kafir masuk islam itu MUALAF,Orang Islam tapi tak belajar agama itu MUMALAS” hehhehe

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,Apa kabar? sihat ?
harap tuan dapat berikan sumber semula kepada web asal :)

MindaKini.Com

Terima Kasih,