'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan'
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.
"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan.
Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar duduk dalam hutan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara itu sebenarnya adalah mahu membebaskan negara dari cengkaman undang-undang rimba yang diamalkan Umno BN.
Rakyat katanya tidak boleh menerima segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya lalu dan mahukan sistem itu diperbetulkan.
Ujarnya, seharusnya pemimpin kerajaan menerima kritikan yang diutarakan rakyat untuk kebaikan negara dan bukan menyekat dan menghukum mereka menggunakan undang-undang rimba itu.
"Bila duduk dalam rimba, yang berkuasanya adalah harimau-harimau yang ganas, yang boleh bertindak sesuka hati.
"Maka himpunan ini nak bebaskan negara dari cengkaman harimau-harimau yang ganas ini," katanya lagi.
Kes Sosilawati: 4 tertuduh dihukum mati
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.
(Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu)
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 julai 2011.
Katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian online, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
Pada 12 Sept 2010 polis mengesahkan jutawan kosmetik itudan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Inilah rumah MB Kelantan
Rossem, | 23 Mei 2013 |
(Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu...walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan).
SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.
Suatu sore, seminggu selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa, justeru saya tak terkejut.
Sebuah rumah kayu (papan) beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit, langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.
Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.
Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.
Realitinya, bukan itu saja, bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga.
Bahkan ada di antara ahli Exco Kerajaan Kelantan sendiri sehingga kini menumpang di rumah orangtuanya setelah menjual rumah mewah di Kuala Lumpur yang dibeli ketika sebelum terjun bidang politik.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah juga punya rumah kediaman yang dibina dari kayu tinggalan almarhum ayahnya yang bersambung dengan masjid.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah tinggal di rumah kecil dalam kawasan pondok Pasir Tumboh dengan sejumlah keluarga yang ramai.
Adun PAS Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, sesiapa yang pernah melihat rumahnya, pasti tertanya-tanya; apakah benar ini rumah Yang Berhormat Wakil Rakyat?.
Tiada pemilihan pada kongres PKR ke-9
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
Menurutnya, mengikut perlembagaan PKR, tempoh pemegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah tiga tahun, dan hanya akan berakhir pada November tahun ini.
Dengan kondisi itu, PKR katanya mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan pemilihan parti sebelum November ataupun menangguhkannya seperti yang dibenarkan perlembagaan parti itu.
"Buat masa ini parti sedang menimbangkan kedua-dua pilihan ini, sama ada meneruskan seperti jadual asal atau menangguhkan,” katanya semalam.
Saifuddin menjelaskan, pertimbangan itu dibuat kerana jentera parti baharu sahaja berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan perlu membina semula kekuatan parti.
“PRU 13 merupakan satu pertempuran besar yang memakan belanja dan tenaga yang banyak, sebab itu kita perlu menimbangkan sama ada perlu memperkemas semula saf pasukan,” katanya.
“Bagaimanapun, sekiranya pimpinan rasa pertempuran itu tidak memberi kesan kepada parti, maka pemilihan akan diteruskan seperti biasa (hujung tahun ini),” katanya lagi.
Tambah Saifuddin, perkara itu antara cadangan yang sedang dibincangkan pimpinan parti buat masa ini dan hanya akan diputuskan selepas kongres esok.
“Selepas selesai kongres, kita akan memanggil semula semua pimpinan untuk memutuskan perkara berkaitan pemilihan pula,” jelasnya.
“Kita juga sudah bertemu ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) berhubung perkara itu, dan menurut mereka jika benar kita perlu tangguh, maka pindaan perlembagaan harus dibuat sebelum pemilihan,” katanya.
Kali terakhir pemilihan parti dijalankan ialah pada 2010.
Jelaskan: Betul ke kadar Pos naik 8 kali ganda?
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Kerajaan diminta memberikan penjelasan apakah benar pihaknya memberikan
kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menaikkan kadar perkhidmatannya
sehingga lapan kali ganda.
Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.
Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.
"Suami saya terlibat dalam bisnes jual barang ke oversea. Sejak samalam (beberapa hari lalu) semua barang dah tak boleh nak pos. Kos pos meningkat hampir 8 kali ganda. Kalau dulu kos pos RM10 sekarang dah jadi RM70++.
"Ingatkan kos antarabangsa yang naik. Bila check balik kos antarabngsa sama. Kos pos Malaysia yang meningkat. Siap ada surat kebenaran dari kementerian untuk kenaikan harga tersebut.
"Satu soalan je saya nak tanya... Apasal kenaikan harga semua benda di Malaysia sejak seminggu ni macam pesta lakk???" kata satu posting dalam facebook.
Satu lagi posting pula memaklumkan, "Baru balik dari Pejabat Pos, tak jadi pos. Biasa pos barang kat oversea dalam lingkungan RM80-90.
"Kadar baru hari ini naik lapan kali ganda iaitu RM640. Semua pos selain daripada kertas ditakrifkan sebagai parcel. Nak kata kenaikan global tapi Fed-Ex masih kekal RM35 saja.
"Pos Fed-Ex untuk sampia 3-5 hari dan Pos Malaysia ambil masa 7 - 21 hari untuk sampai.
"Aku perli kerani Pos dan kerani Pos siap tunjuk kebenaran kenaikan harga dari kementerian Pos dan Telekomunikasi," tulis seorang pengguna bernama Jabar Abdullah.
Ekoran itu, Jabar dalam Facebooknya juga memaklumkan, beliau sudah bertukar kepada perkhidmatan lain ekoran kenaikan pos yang mendadak oleh Pos Malaysia itu.
"Lupakan Pos Malaysia. Banyak lagi penghantaran alternatif yang jauh lebih murah. Inilah perniagaan monopoli yang dilopori oleh Kolongmerat Melayu tajaan BN," tulisnya.
Beliau memberikan contoh, pos daftar biasa ke USA RM64.60 sedangkan Fed-Ex baru RM33.27 dan UPS RM15.00 sahaja.

BN Sabah hilang majoriti 2/3 jika ‘1 orang, 1 undi’
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KOTA KINABALU:
Barisan Nasional sudah tentu hilang majoriti dua pertiga di dalam Dewan
Undangan Negeri Sabah pada PRU13 baru-baru ini sekiranya benar-benar
wujud sistem ‘satu orang, satu undi, satu nilai’.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata dengan 55.78 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk 60 kerusi Dun Sabah, iaitu 427,890 undi, BN sepatutnya hanya berjaya mendapat 34 kerusi Dun bukan 48 kerusi, iaitu 80% kerusi Dun.
Katanya, ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, DAP dan PAS yang bertanding di kesemua 60 kerusi Dun mendapat 248,185 undi atau 32.36% daripada jumlah undi keseluruhan, dan sepatutnya memenangi 20 kerusi bukannya 11, iaitu 18.33% daripada 60 kerusi.
Menurutnya, Star yang meletakkan 47 calon Dun, memenangi satu kerusi, dengan 5.63% daripada jumlah undi keseluruhan sementara SAPP bertanding di 41 kerusi mendapat 28,305 undi atau 3.69% daripada jumlah undi keseluruhan, tidak memenangi sebarang kerusi.
Beliau berkata, sekalipun oposisi yang kuat dan bersemangat sudah dipulihkan di Dun Sabah selepas dua dekad ketiadaannya, dengan 11 Adun Pakatan Rakyat iaitu 4 daripada DAP dan PKR (7) dan satu dari Star, pilihan raya umum pada 5 Mei merupakan pengajaran berharga buat oposisi di Sabah, yakni BN sudah tentu kalah lagi empat kerusi parlimen dan lapan kerusi Dun jika tidak kerana undi pecah di kalangan calon oposisi.
Empat kawasan Parlimen itu, katanya adalah Keningau, Kota Marudu, Pensiangan dan Tenon sementara lapan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah Elopura, Melalap, Kundasang, Liawan, Paginatan, Kiulu, Nabawan dan Tambunan.
“Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat sedang menganalisa keputusan pilihan raya umum Sabah untuk merangka pelan tindakan bagi memulakan kempen susulan bagi memenangi hati majoriti rakyat Sabah, kerana pilihan raya seterusnya akan menjadi dua perjuangan untuk ‘Ubah – di Putrajaya’ dan juga kerajaan negeri Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluakan di sini, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan