Isnin, 20 Mei 2013

INI CONTOH...KITA TAK DE KUASA DAN PENGARUH...KITA MEMANG TIADA KUASA MUTLAK....CUMA KITA PERASAN AJE...INGATLAH KEMATIAN....INGATLAH ALAM KUBUR....INGATLAH HARI HISAB...INGATLAH NERAKA ALLAH...MAKA BERTAQWALAH KITA...JANGAN KITA MENGHALANG GERAKAN ISLAM...ISLAM AGAMA ALLAH...MENGHALANGNYA BERERTI MENGHALANG ALLAH...MENENTANGNYA BERERTI KITA MENENTANG ALLAH SWT...TAK KAN NI PUN TAK TAHU...ATAU HATI TERTUTUP MEMAHAMI KERANA ANGAN2 YANG TINGGI SERTA TERLALU CINTAKAN DUNIA

'Jangan bagi satu undipun' akhirnya dia yang tak dapat satupun...

Oleh Kelab Greenboc, 19 Mei 2013



Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.


Klik untuk ikuti tulisan penuh blogger ini.

Berhenti ceramah kerana ugutan, tetapi mulai 28 November...

Oleh Omak Kau, 19 Mei 2013


KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.


Klik untuk ikuti tulisan penuh blogger ini.

Bukan Melayu, tetapi Najib mudah lupa...

Oleh Omak Kau, 19 Mei 2013



Sengaja copy paste keratan akhbar Utusan Malaysia, media rasmi UMNO yang mengkisahkan cerita betapa Hindraf di tuduh sebagai keterlaluan kerana menggangu majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Kabinet 1Syawal di PWTC beberapa tahun yang lalu.

Menjadi tajuk utama di muka depan Utusan ketika itu.

Kini pemimpin pertubuhan yang sama itu telah di angkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa perlu bertanding dalam PRU pun.


Klik untuk lihat laporan penuh blogger ini.

Bekalan air bersih tidak cukup, bukan sumber air

Harakahdaily, 19 Mei 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah Syabas.

Seruan ini dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi.

Kenyataan ini mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah, kata Khalid dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan Syabas mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan Syabas menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan, katanya.

"Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan," tegas Khalid dalam kenyataannya.

Khalid sahkan kouta Exco 4:3:3 di Selangor

Harakahdaily, 19 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.

"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.

Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.

Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.

Buat apa bersara, Pakatan menang - Anwar

Mohd Sabri Said, 19 Mei 2013

(Anwar berucap di hadapan lebih 60,000 peserta himpunan kesyukuran di Pulau Pinang)

GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum   PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan  memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat," ujarnya sambil melaungkan perkataan keramat 'lawan tetap lawan' dalam ceramah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Justeru itu kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertanggungjawab, mesti ditukar dan dibaik pulih agar proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan adil.

Selain beliau turut berucap di majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof Dr Ramasamy, Exco Belia dan Wanita Negeri, Choong Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Haji Abdul Halim Saleh.

Dialog tegang, penjelasan Ahli Parlimen Bakri

Harakahdaily, 19 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.

Menurut Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah diadakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.

“Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut menceritakan bagaimana dialog tersebut menjadi tegang.

Berikut ialah penjelasan beliau berhubung insiden tersebut.

Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.

Pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah di adakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.

Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas.

Dialog ini dipecahkan kepada 2 bahagian, sesi pertama ialah penjelasan dan sesi kedua adalah soal jawab.

Di akhir sesi soal jawab kira-kira jam 12 tengah hari, terdapat 7 orang penduduk kampung yang beratur untuk bertanyakan soalan kepada panel yang hadir.

Namun sikap pihak penganjur yang tidak prihatin terhadap permintaan penduduk telah mewujudkan suasana rundingan antara pihak penduduk dan penganjur untuk memberikan laluan kepada mereka.

Namun tindakan pihak polis yang menghalang sesi perundingan dan menghalau penduduk kampung supaya bersurai telah menimbulkan suasana tegang.

Dalam pada masa yang sama tindakan pihak polis membawa keluar penganjur dengan tergesa-gesa amatlah tidak wajar kerana program masih lagi berjalan.

Tindakan pihak peganjur yang keluar secara terburu-buru telah menyebabkan beberapa orang peserta pergi mendapatkan mereka di luar dewan.

Namun mereka mendapati pihak penganjur telah tiada dan hanya terdapat sebuah kereta yang meluru laju ke arah mereka.

Salah seorang daripada peserta cuba memberi isyarat perlahan kepada kereta tersebut, namun kereta tersebut semakin laju dan menyebabkan tangan peserta tersebut telah terkena cermin sisi.

Kejadian tersebut menyebabkan keadaan bertambah tegang dengan tindakan polis cuba menahan mangsa kemalangan dan berlaku perebutan barang bukti antara pihak polis dan mangsa.

Kejadian ini telah dilaporkan oleh mangsa di Balai Polis Sungai Rengit bersama dengan 3 orang saksi kejadian.



Tiada ulasan: