Rabu, 22 Mei 2013

BILA SIKURANG CERDIK BERTINDAK...DIA INGAT TINDAKANNYA CERDIK...TAK CERDIK DAN MAKAN DIRI...DAN DIMAKAN OLEH DOA ....INSYAALLAH

Isu tanah antara faktor PAS tewas di Kelantan selatan

Aslani M, 22 Mei 2013
KOTA BHARU: PAS Kelantan mendapati kekalahan di kawasan selatan dan pedalaman disebabkan faktor kekurangan maklumat dalam kalangan pengundi.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kelemahan memberi penjelasan terutamanya berkaitan isu-isu tanah yang dicipta Umno antara puncanya.

“Sebahagian besar pengundi di selatan tidak faham isu dengan baik dan mereka termakan dakyah BN. Selain itu faktor politik wang.

“Biar pun cuba dinafikan pemimpin-pemimpin Umno tetapi berdasar kepada maklumat memang wujud pembelian undi dalam bentuk rasuah.

“Ada keluarga yang dibayar RM500 dan RM1,000. Sebahagian mereka diminta bersumpah menggunakan al Quran untuk mengundi BN. Ini antara faktor yang menyebabkan berlaku perubahan di kawasan Kelantan selatan,” katanya di sini.

Menurutnya, biar pun tomahan yang dilemparkan berkaitan isu tanah mereka tidak berasas, namun ada rakyat terpengaruh dengan manipulasi dilakukan media massa.

“Ini menyebabkan rakyat di kawasan selatan menjadi keliru. Sebenarnya kita sudah banyak menyelesaikan masalah tanah termasuk memberi milik kepada rakyat,” katanya.

Kata beliau sejak 1990 sebanyak 78,000 fail permohonan tanah rakyat sudah diluluskan dan sekarang dalam proses kelulusan sebanyak 32,000 fail lagi.

Selain itu faktor prestasi wakil rakyat PAS juga tidak dapat dinafikan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan berkata, masyarakat meletak pengharapan tinggi kepada wakil-wakil rakyat.

“Kadang-kadang mereka tidak mampu untuk penuhi hasrat semua orang. Jadi itu boleh menjejaskan sokongan rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu PAS dan PKR gagal mendapat sebarang kerusi di parlimen Gua Musang dan Jeli.

Ikuti pendedahan ekslusif dalam Harakah cetak keluaran terbaru

 Penyanyi Rap Wanita Perancis, Melanie Geogiades Peluk Islam
Posted on Wednesday, May 22 @ 15:34:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: kamal_hasan

"Diam's : Sa première apparition officielle, voiléeDi tengah-tengah rancak dan kalut nya perdebatan nasional di Perancis berkaitan dengan tudung kepala/jilbab/hijab, seorang rapper Perancis telah mengejutkan semua peminatnya dengan mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam dan memilih untuk mengenakan jilbab.

Mélanie Georgiades, yang juga terkenal dengan panggilan nama "Diam" ini, telah melakukan “transformasi lengkap”.

Sejak tahun 2009, Diam sudah mulai bersara dari aktiviti nyanyian rap, Namun baru-baru ini bekas rapper Perancis itu membuat penampilan baru di televisyen dengan citra barunya.

Diam yang muncul dalam sebuah wawancara TV eksklusif dengan stasyen TV TF1 Perancis, untuk berkongsi tentang pengalaman masa lalu nya ,mengenai keterlibatannya dengan ketagihan ubat-ubatan terlarang, narkotik, dan hingga beliau pernah di masukkan ke rumah sakit jiwa sampai lah ke tahap dia menemui ketenangan dari Islam.

Hidayah ini datang kepadanya secara tidak disengaja,kata nya,pada mula nya dia sangat tertarik ketika melihat seorang teman Muslimnya bersolat.

Diam mengatakan dia telah berkahwin selama lebih dari setahun dan sekarang dia baru sahaja menjadi ibu, dan sudah menjauh dari kehidupan yang bergantung kepada ubat-ubat penenang,ubat-ubat terlarang dan narkotik. Dalam wawancara TV-nya itu dia mengatakan dia “beralih keyakinan ke Islam adalah hasil dari keyakinan peribadinya sendiri , setelah dia memahami dan membaca Al-Quran.”

Ketika ditanya tentang pemakaian jilbab di Perancis, sebuah negara yang telah melarang jilbab itu , dia berkata: “Saya percaya bahawa saya hidup dalam masyarakat yang toleransi, dan saya tidak merasa terluka hati oleh kritikan, ataupun penghinaan dan stereotip negatif. ”

Ditanyakan oleh pewawancara-nya tentang mengapa dia memakai jilbab sementara banyak juga wanita Muslim tidak memakainya dia menjawab: “Saya melihatnya (jilbab itu) sebagai perintah Allah , ini membawa kebahagiaan di hati saya dan bagi saya ini sudah cukup. ”

Diam yang mengatakan bahawa dengan memeluk Islam dia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dan bahawa zaman lalu nya sudah tidak sesuai dengan hidupnya lagi, yang saya tahu sekarang saya menjadi tahu apa tujuan keberadaan saya, dan mengapa saya di sini di Bumi Allah ini. ”

Membahas bagaimana hidupnya sebelum menjadi muslimah, Diam mengatakan: “Saya dahulu sangat terkenal dan saya memiliki apa yang setiap orang terkenal miliki, tapi saya selalu menangis dan meratap sendirian di rumah"

Dia menambahkan: “Saya sangat ketagihan ubat-ubatan, termasuk narkotik dan berhalusinasi dan dirawat di rumah sakit jiwa untuk pulih, tapi ini sia-sia sampai saya mendengar salah sseorang teman Muslim saya mengatakan ‘Saya mahu solat dahulu dan akan kembali , jadi saya mengatakan padanya bahawa saya ingin solat juga'.

Mengingati saat itu, Diam itu mengatakan: “itu adalah pertama kalinya saya menyentuh lantai dengan kepala (bersujud) , dan tiba-tiba saya memiliki perasaan yang kuat bahawa saya tidak pernah mengalami (kebahagiaan ini) sebelumnya, dan saya percaya sekarang bahawa berlutut dalam doa, tidak harus dilakukan kepada siapa pun selain untuk Allah. ”

Diam mengatakan bahawa dia pindah ke Mauritius untuk mempelajari Al-Quran, dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam, dan toleransinya Islam.

Lain-lain artikel menarik:
Bintang all black peluk islam.
Raquel polis detroit amerika masuk Islam"



27 NGO desak polis henti tahanan bermotif politik

Satu memorandum daripada 27 NGO hari ini dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak agar pihak polis menghentikan penahanan yang bermotifkan politik.

Wakil salah sebuah NGO yang hadir menyerahkan memorandum tersebut, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam berkata memorandum yang dihantar itu juga bertujuan meminta agar aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dibebaskan dengan serta-merta.

NONE"Kita cuma minta supaya Adam Adli dibebaskan segera dan hentikan penahanan yang bermotifkan politik.

"Kementerian tak boleh kata tak ada kena mengena kerana pelantikan polis dan ketua polis negara semuanya daripada pihak kerajaan dan kementerian. Sebarang tindakan polis, kementerian bertanggungjawab," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum.

Memorandum diserahkan kepada wakil kementerian, Timbalan Setiausaha Bahagian Keselataman dan Ketenteraman Awam,
Shamril  Faizalis kira-kira jam 2 petang.

Selain Arutchelvam, turut hadir ialah wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), R Thevarajan.
Antara tuntutan lain memorandum itu ialah meminta agar hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti yang dijamin dalam perlembagaan negara. 

Memorandum itu juga dihantar bagi meminta agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah bijak bagi meredakan kemarahan rakyat.
Sementara itu, dalam pada masa sama seramai lima orang aktivis daripada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan ke dalam kawasan kompleks kerajaan yang menempatkan bangunan KDN. 

Beberapa anggota polis menghalang kumpulan itu daripada memasuki kawasan kompleks kerajaan dengan mengatakan ia adalah arahan pihak atasan. 

Sejurus itu, mereka kemudiannya mengeluarkan kain rentang yang bertulis "Bebaskan Adam Adli. Mansuhkan Akta Hasutan. Jamin hak bersama rakyat" di luar perkarangan kompleks kerajaan selama kira-kira tiga minit.
Mereka turut melaungkan "bebaskan Adam Adli" dan "hidup rakyat" sebelum bersurai.

'Pengkhianatan orang Cina itu benar'
1:43PM Mei 22 2013
Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Di bawah ini bahagian pertama daripada tiga bahagian:

Benarkan saya bercakap yang benar. Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar. Terima kasih.

Beginilah, saya mulai dengan berkata, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu, itu adalah benar, oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak-pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu demi hendak menjaga hati dan perasaan orang Cina terpulanglah.

Tetapi bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana, orang Melayu bila dikhianati, dia membalas. Dan bila dia membalas, dendam kesumat dia tidak sudah-sudah.

Saya hanya menyeru kepada orang Melayu, untuk berjihad dan memperkasakan perlembagaan dan tidak ada sesiapa yang hendak menentangnya kerana perlembagaan itu adalah persetujuan semua masyarakat di Malaysia ini.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah, kita hapuskan istilah "Melayu", "Cina", "India" dan "lain-lain"... dalam otak kita sejak merdeka - Melayu, Cina, India dan lain lain.

Bila ada istilah "Melayu", "Cina", "India", pertama, kita mengiktiraf; kedua, kita ikut susun atur keutamaan-keutamaan.

Adakah kita letak "lain-lain" itu secara... Siapa dia, orang Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, layakkah mereka diletak di corot? Selepas orang Melayu, Cina, India, dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain lain. Salah.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecahbelahkan, istilah perkauman ini, kita hapuskan, oleh kerana dalam perlembagaan tiada sepatah pun menyebut "Cina", "Orang Cina", "India", "Orang India", "Malaysian Chinese", "Malaysian Indian", tidak ada langsung.

Jadi kenapa kita boleh iktiraf? Izinkan saya menghuraikan apa yang ada, dalam perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat. Bukan kaum, bukan bangsa, empat masyarakat.

Pertama Orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa saja yang nak dibuat menurut undang-undang bagi kemajuan, baik untuk keharmonian atau kebaikan, serba-serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang.

Siapa orang asli? Mereka adalah aborigines of Semenanjung of Tanah Melayu. (Mereka) Orang asli di semenanjung Tanah Melayu ini. Mereka ini saya katakan, adalah sepupu orang Melayu.

Yang kedua ialah, yang diiktiraf dalam perlembagaan ini, Orang Asli, orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan lahir di semenanjung Melayu sebelum Merdeka.

Termasuk salah seorang daripadanya, orang Melayu yang satu lagi (ialah yang) tidak (Melayu), yang kahwin dengan yang Melayu (maka) anaknya Melayu.

Siapa dia? orang Arab kahwin Melayu, orang India kahwin Melayu, orang Cina kahwin Melayu, siapa saja kahwin orang Melayu, anak itu adalah Melayu Nusantara.

Begitu juga Bumiputera. Bumiputera Sabah adalah anak cucu kepada masyarakat di bumi Sabah. Dan Sarawak pula, begitu juga, cuma terhad kepada anak perkahwinan sesama mereka. Kahwin campur dengan bukan pribumi Sarawak, bukan diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.

Orang Asli sepupu kita, Bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita. Selain daripada itu, adalah jiran tetangga semata-mata.

Oleh kerana mereka datang menumpang dulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan dan akhirnya kita beri kerakyatan sampai kaya raya. Maka, istilah pengkhianat itu pantang larang orang Melayu.

Kedua, menurut perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini: sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Saya guna istilah "hapuskan" oleh kerana perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan. Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran? Saya katakan, zaman Inggeris itu ada government English school, sekarang patut ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. Itu saja ada sekolah.

Jadi sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang ini, sekolah jenis kebangsaan Cina, India yang ada sekarang ini, kita ubah dia kepada sekolah kerajaan. Jenis-jenis tidak ada dah, sekolah rendah dan sekolah menengah (sahaja).

Di sana, semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama. Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong bukan saja oleh orang Melayu tetapi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Yang penting, bukan sekadar betul, kita berjihad untuk memperkasakan perlembagaan. Seandainya ada sekolah-sekolah yang membantah, maka caranya ialah, dapatkan perintah mahkamah, bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembangaan.

Tentu adanya peguam di sini dan peguam itu boleh dapatkan perintah mahkamah. Di Mahkamah Persekutuan, lima panel hakim di sana, mengatakan, pertama dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India tidak ada peruntukan dalam perlembagaan.

Lihat Perkara 12, ada menyatakan: This shall not prejudice the right of the federal government or the state government to establish or help in establishing Islamic schools and incur such expenditure as may be necessary.

Bagi sekolah agama Islam, perlembagaan menyatakan boleh digunakan dana negara dan negeri untuk menubuhkan sekolah itu atau membantu sesiapa saja yang menubuhkan sekolah agama, dan mengguna dana negara dan dana negeri sebanyak mana yang diperlukan, kerana itu ada dinyatakan.

Mana ada dinyatakan sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan India ini? Tidak ada kan?

Ini, kita ini baru defensif. Apa saya katakan tadi, itu defensif. Mari kita bertindak agresif lagi. Saya katakan bertindak agresif, seperti tadi saya katakan, orang Melayu bila dikhianati, dia ada backlash.

'GST akan beban setiap rakyat M'sia RM1,000 setahun'
2:50PM Mei 22 2013
Setiap rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

dap special meeting 110313 lim guan engMenurutnya lagi, kadar GST itu akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya, kerana kerajaan akan memperolehi balik RM5,000 setahun dari setiap isirumah menerusi cukai GST.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.

Lim berkata, cukai GST pada kadar 7 peratus itu akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan tersebut kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.

Lagipun, tambahnya, keluarga Malaysia membayar 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang dan tidak sepatutnya dibeban lagi.

"Pakatan akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan dengan undi popular 47 pertas sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

kedah black rally 220513 4Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO

kedah black rally 220513 2"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.

"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.

"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar.

kedah black rally 220513 1Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.

"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.

kedah black rally 220513 anwar 2"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya.

Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet.

"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar.

Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.
wanita mengandungAdalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Ia kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang diluar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda.  Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar didalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8)  Membawa isteri kemana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka kemana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Pas Cawangan Pak Kuning shared KOLAR PUTIH's photo.
Photo
Like · · · 2 hours ago ·
Pas Cawangan Pak Kuning shared Lie Gj Penang's photo.
Patutlah Rakyat Malaysia Terutama Orang Melayu Sokong BN... 

Sebab Lanie Rakyat Malaysia Sudah Mencapai Pendapatan Tinggi....
Patutlah Rakyat Malaysia Terutama Orang Melayu Sokong BN...

Sebab Lanie Rakyat Malaysia Sudah Mencapai Pendapatan Tinggi....
Dasyatnya Negeri yang tak terima UMNO ..naikkan gaji 3 kali ganda dan PM pun kalah atau madah berhelah?pasnie Kabinet BN nak naikkan gaji kot ...pastu nak naikkan harga barang?
Dasyatnya Negeri yang tak terima UMNO ..naikkan gaji 3 kali ganda dan PM pun kalah atau madah berhelah?pasnie Kabinet BN nak naikkan gaji kot ...pastu nak naikkan harga barang?
Like · · · 38 minutes ago ·
[LIKE & SHARE] Petua Senang Hati
[LIKE & SHARE] Petua Senang Hati
Like · · · 30 minutes ago ·

Tiada ulasan: