UAI selamat nikah kali ketiga
26 Mei 2013
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.
“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.
Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.
Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.
“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.
“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.
Pengantin sanding atas bas
26 Mei 2013
Pasangan terbabit, Muhammad Sharilary Abdullah, 26, dan Nor Jihan Zohari, 23, memilih bas dua tingkat Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) sebagai tempat melangsungkan majlis perkahwinan, sekaligus menjadi memori terindah buat mereka.
Muhammad Sharilary yang berbangsa Portugis berkata, mereka mendapat idea untuk melangsungkan persandingan unik itu menerusi idea bapa saudara kepada Nor Jihan yang bekerja di syarikat bas terbabit.
“Hasil persetujuan kedua-dua pihak dengan idea menarik yang jarang dilakukan itu, kami bersetuju merakamkan kenangan istimewa bersanding atas bas dua tingkat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut di Kampung Padang, Pokok Mangga, di sini semalam.
Pasangan berkenaan bersanding dan diarak di tingkat atas bas yang terbuka, bermula dari Kampung Padang hingga ke Klebang dan kembali semula ke Kampung Padang dengan jarak kira-kira 10 kilometer.
Majlis istimewa itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dan lebih 2,000 tetamu.
Muhammad Sharilary berasal dari Ujung Pasir memeluk Islam sejak 1998 dan kini bekerja sendiri, manakala isterinya seorang peniaga berasal dari Kampung Padang.
Sementara itu, Nor Jihan berkata, dia berasa sangat gembira dengan majlis tersebut yang berjalan lancar dengan sokongan kuat daripada seluruh ahli keluarga kedua-dua pihak.
“Kami mengharapkan perkahwinan ini akan kekal sampai bila-bila dan bahagia bersama hingga ke akhir hayat,” katanya.
Bakal pengantin maut kemalangan
26 Mei 2013
Mangsa, Nurul Aini Norman, 27, yang bekerja di sebuah kedai bunga dan cenderahati dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman itu selepas selesai mengajar silat.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang datang dari Flat Paya Nahu ingin membelok ke kanan apabila sampai di simpang berkenaan, bagaimanapun motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah depan.
“Akibatnya, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Ibunya, Sariah Sakat, berkata, segala persiapan perkahwinan termasuk hantaran hampir siap disediakan Nurul Aini sendiri.
“Dia buat sikit-sikit setiap hari selepas pulang dari kerja dan ada juga tempahan daripada kawan-kawan yang minta dia siapkan barang hantaran mereka tetapi tak sangka berlaku kejadian yang menimpa dirinya” katanya.
Menurutnya, Nurul Aini adalah anak sulung dari lima beradik dan dia merupakan anak tunggal perempuan.
Katanya, anaknya sangat aktif dalam pertubuhan silat dan kerap keluar untuk melatih ahli kerana minat dalam aktiviti itu.
“Arwah tidak pernah bawa motosikal laju-laju dan cukup berhemah ketika di jalan raya,” katanya.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Syafiq, 25, berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus ke lokasi kejadian tetapi pasukan perubatan sahkan kakaknya sudah pun meninggal dunia.
Selain aktif mengajar silat, mangsa juga pernah melatih kanak-kanak mengaji al-Quran dan persembahan kompang terutama untuk menyambut pengantin.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani di Amanjaya.
Bertembung lepas tengok kemalangan
26 Mei 2013
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kemalangan kedua berlaku kira-kira jam 10 malam di KM 8.0 jalan yang sama.
Menurut Yusuf, kemalangan pertama membabitkan sebuah kereta yang melanggar seekor babi hutan manakala kemalangan kedua telah membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga, Proton Persona dan Proton Waja.
"Selepas kemalangan pertama, difahamkan pemandu Proton Saga dari arah Selama ke Taiping melihat kemalangan pertama menyebabkan dia hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Kejadian tersebut menyebabkan Proton Saga berkenaan bertembung dengan Proton Persona dari arah Kamunting ke Selama, manakala Proton Waja terbabit gagal mengelak lalu melanggar belakang Proton Persona," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Yusuf, kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan kepada ketiga-tiga kereta dan hanya pemandu Proton Saga mengalami kecederaan.
"Pemandu yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan," katanya.
Kahwin bawah umur : PGSM cadang Jain dilantik pihak pendakwaan, pembelaan
26 Mei 2013
Presidennya, Musa Awang berkata, cadangan ini sedikit sebanyak dapat menutup ruang terhadap cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.
“Hal ini juga dilihat dapat mengelakkan undang-undang Syariah disalahguna walaupun ia membolehkan perkahwinan bawah umur diiktiraf sebagai sah, asalkan memenuhi syarat-syarat tertentu.
“Oleh itu PGSM menyambut baik cadangan supaya undang-undang Sivil dan Syariah negara ini dikaji semula bagi memperketat peraturan berkaitan perkahwinan bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun mencadangkan supaya kedua-dua undang-undang berkenaan dikaji semula.
“Kita akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang sivil dan syariah sama ada terdapat keperluan menggubal undang-undang baru atau menambahbaik undang-undang Sivil dan Syariah sedia ada.
"Misalnya, mengikut peruntukan undang-undang sekarang (syariah), apabila seorang bapa (ibu bapa) dan Mahkamah Syariah membenarkan kanak-kanak itu (berkahwin) maka perkahwinan itu dibenarkan walaupun masih muda atau bawah umur," katanya.
Azizah berkata demikian sebagai mengulas satu kes baru-baru ini membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang didakwa merogol gadis berusia hampir 13 tahun dan kemudiannya memaklumkan telah berkahwin dengan gadis itu mengikut undang-undang Syariah.
Mengulas perkasa sama, Musa berkata, pihaknya berharap kajian tersebut dibuat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah supaya sebarang keputusan yang dibuat tidak menghalalkan perkara yang haram dan tidak mengharamkan perkara yang halal disisi syarak.
“Undang-undang yang dibuat mestilah disesuaikan dengan kehendak agama, bukan agama disesuaikan dengan kehendak undang-undang.
“PGSM berharap kenyataan baru-baru ini akan menghentikan polemik tentang isu perkahwinan bawah umur kerana bimbang boleh mengelirukan sekali gus menimbulkan fitnah terhadap Islam,” katanya.
Musa menambah, musuh Islam akan menggunakan isu ini untuk mengatakan Islam melanggar hak kanak-kanak dan wanita.
Malah hal ini katanya boleh menjadi `jarum’ yang mampu menggugat keimanan umat Islam sendiri sekiranya polemik itu tidak dihentikan.
Sehubungan itu katanya lagi, PGSM juga bersedia berkerjasama dengan Kementeriaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk turun padang bagi menerangkan pelbagai isu berbangkit terutama perkahwinan yang membabitkan pasangan bawah umur kepada orang ramai.
Cemas kereta terangkat ditiup angin lintang
26 Mei 2013
Zulkarnain Ismail, 45, berkata, dia yang kebetulan melalui jalan berkenaan tergamam melihat detik menakutkan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, seorang pembantu kedai, Nurkahidayu Walid, 23, bersama rakannya cedera apabila kereta Toyota Vios yang mereka naiki ditiup angin lintang dalam hujan lebat.
Nurkahidayu yang memandu kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Dungun ke Kemasik hampir tersepit, apabila kereta berkenaan remuk di sebelah kanan dan mengalami kecederaan di bahu kanan.
Mangsa dihantar ke Klinik Kerteh sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut sementara rakannya hanya mengalami lebam di bahagian badan.
Kata Zulkarnain, laluan di Jambatan Meka itu sering berlaku kemalangan kerana tiupan angin lintang.
“Saya cadangkan pihak berkuasa pasang papan tanda di Jambatan Meka bagi memberi peringatan supaya pemandu berhati-hati ketika melalui kawasan ini,” katanya.
Dalam pada itu, abang Nurkahidayu, Mat Kamil Walid, 34, berkata, adiknya itu dalam perjalanan ke Mesra Mall sempena cuti hari minggu untuk membeli barang keperluan.
“Semasa tiba di jambatan, saya sangka adik sudah meninggal dunia, kerana kereta dipandu remuk di sebelah kanan. Namun saya bersyukur kerana dia berada dalam keadaan stabil.
“Terima kasih kepada orang ramai kerana menghulurkan bantuan," katanya.
Empat pemancing hilang di laut sejak Jumaat lalu
26 Mei 2013
Bagaimanapun katanya, hatinya mula gelisah apabila lewat petang suaminya tidak muncul, lalu dia cuba menelefon menghubunginya.
“Saya terus menghubungi suami, tetapi hampa kerana telefon bimbitnya berada di luar kawasan.
“Beberapa kali saya cuba menghubungi, tetapi gagal dan situasi ini amat meresahkan saya khuatir sesuatu yang buruk menimpa suami saya itu,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Dalam Rhu, di sini.
Mohd Osman antara empat pemancing yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing di laut sejak Jumaat lalu.
Selain Mohd Osman, mereka yang hilang ialah dua sepupunya yang juga pasangan adik beradik Mohd Fadzuan Suhaimi, 25 dan adiknya, Mohd Firdaus Suhaimi, 18 serta pemandu bot, Mohd Masdi Che Hassan, 39.
Dalam keadaan cemas itu, Nor Syakirah terus menghubungi keluarga sepupunya bertanya khabar kerana Mohd Osman turun ke laut bersama dua sepupunya, Mohd Fadzuan dan Mohd Firdaus.
Katanya, keluarga sepupunya juga tidak dapat menghubungi mereka lalu satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada jam 12 malam berhubung kehilangan mereka itu.
“Saya berharap suami saya dapat dijumpai dengan selamat, kepulangannya dinantikan kami sekeluarga,” katanya yang mempunyai dua anak, Nur Fatin Afifah, 8 dan Nur Fatin Afina, dua bulan.
Tiga sepupu dan rakannya dilaporkan hilang selepas keluar memancing di laut sejak Jumaat lalu.
Mereka dilaporkan hilang selepas berlepas dari jeti Kampung Dalam Rhu menaiki bot jenis fiber kira-kira jam 2 pagi.
Empat kaki pancing tersebut yang dilaporkan hilang itu ialah Mohd Fadzuan Suhaimi, 25 dan adiknya, Mohd Firdaus Suhaimi, 18, sepupu mereka, Mohd Osman Mohamad, 36 dan pemandu bot, Mohd Masdi Che Hassan, 39.
Sementara itu, abang Mohd Fadzuan, Mohd Fadzli, 27 berkata, dia tidak menyangka kegembiraan mereka bertiga turun ke laut untuk mencandat sotong menjadi satu penantian yang menyeksakan untuknya sekeluarga.
“Saya amat risau keselamatan mereka, khuatir bekalan makanan yang dibawanya tidak mencukupi.
“Hari ini sudah masuk hari kedua kehilangan mereka, tetapi mereka masih belum dapat dijejaki lagi.
“Saya berharap pihak Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dapat menemui mereka dengan segera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, mereka dilaporkan hilang selepas berlepas dari jeti Kampung Dalam Rhu menaiki bot jenis fiber kira-kira jam 2 pagi.
“Sehingga kini empat pemancing tersebut gagal ditemui, operasi mencari dilakukan oleh Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.
Mohd Fadzuan dan Mohd Firdaus berasal dari Kampung Dalam Rhu, Mohd Osman dari Kampung Morak manakala Mohd Masdi dari Kampung Kutan, di sini.
Sementara itu, Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superitendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, gerakan mencari mangsa yang dilaporkan hilang dilakukan sejak jam 8.30 pagi hari ini (semalam) di perairan negeri ini.
“Operasi mencari diteruskan sekitar 12 batu nautika dari Kuala Besar bersama dua bot APPM dan satu bot PPM.
“Sehingga tengah hari ini (semalam) empat lelaki tersebut masih belum ditemui,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan