Khalid ucap tahniah kepada Exco Selangor
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada
barisan Exco kerajaan negeri bagi penggal 2013-2018 yang selesai
mengangkat sumpah pagi ini.
Adun Pelabuhan Klang itu turut memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu negeri.
Berikut ialah senarai Exco Kerajaan Selangor.
Iskandar Abdul Samad (Cempaka) - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
Dr. Halimah Ali (Selat Klang) - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.
Sallehen Mukhyi (Sabak) - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa.
Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Rodziah Ismail (Batu Tiga) - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Dr. Daroyah Alwi (Sementa) - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Khalid melalui twitter juga mengucapkan tahniah kepada Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik Speaker Dewan Negeri Selangor dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.
(Bot yang karam ditarik naik)
MIRI: PAS Sarawak berpendapat, pembinaan jalan raya yang baik sebagai alternatif kepada penggunaan bot boleh mengelakkan tragedi bot karam berulang.
Timbalan Pesururuhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, jalan sungai adalah satu-satunya cara untuk mereka pulang atau cara pengangkutan untuk mereka sampai ke destinasi.
"Maka pihak kerajaan juga perlu mencari jalan alternatif untuk kemudahan penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpaksa menggunakan sungai.
"Selain menggunakan jalan sungai sepatutnya jalan darat juga perlu disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Ini akan memberi mereka pilihan dan kemudahan selain menggunakan sungai sebagai jalan alternatif untuk mereka pulang ke kampung," kata Jofri (gambar) dalam kenyataannya.
Beliau mewakili PAS simpati dengan nasib yang menimpa para penumpang dan mangsa tragedi bot ekspres karam baru-baru ini di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang.
Antara punca tragedi bot ekspres karam adalah disebabkan terlalu ramai penumpang sehingga melebihi had yang dibenarkan. Menurut Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan bahawa siasatan awal mendapati nahas bot ekspres karam di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang kelmarin, berpunca daripada kegagalan enjin.
"Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak yang terbabit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan dan juga pihak yang berkenaan," tambah beliau.
Walaubagaimana pun, katanya, pihak kerajaan jangan mengambil mudah dengan perkara ini dengan hanya bertindak apabila sesuatu kejadian berlaku sedangkan selama ini mereka yang terbabit terpaksa memenuhi pemintaan para penumpang yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung masing-masing terutama sekali semasa musim perayaan.
"Kita mengesa pihak kerajaan agar segera membina jalan alternatif untuk menyelasaikan masalah ini supaya penduduk tidak berebut-rebut untuk sampai ke destinasi masing-masing semasa musim perayaan yang terpaksa menggunakan jalan sungai," katanya.
"Kepada kaum Dayak, kita mengucapkan selamat bergawai dan berhati-hati ketika pulang ke tempat destinasi masing-masing.
"Hati-hati di sungai dan di darat sebab jalan sungai dan jalan darat di Sarawak amat merbahaya kalau kita cuai dan tidak berhati-hati ketika memandu.
"Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk sebab ini boleh menyebabkan kemalangan. Selamat Gawai kepada kaum Dayak," katanya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya
Baha Zain di atas penganugerahan sebagai Sasterawan Negara ke 12 pada 28
Mei lalu.
Timbalan Ketua DPPM Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pelantikan Datuk Dr Baharuddin Zainal (gambar) sebagai Sasterawan Negara ke 12 adalah tepat dan sesuai dengan kedudukannya.
"Kita menganggap pengumuman beliau menobatkan seorang lagi tokoh sasterawan negara yang menempa sejarah sebagai insan terbilang di negara ini.
"Dengan pengalaman yang luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif, beliau dilihat menepati dunia kesusasteraan masa kini. Pelantikan beliau membuktikan negara tidak pernah ketandusan insan kreatif yang mampu membina masyarakat melalui penulisan yang bermanfaat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dengan penganugerahan itu katanya, Baha Zain diharap akan menaikkan lagi mutu sastera negara dan menjadi rujukan masyarakat khususnya kepada generasi muda.
"Semoga beliau dan insan seangkatan dengannya terus berkarya dan memberi sumbangan bakti yang berguna kepada bangsa dan negara," katanya.
Datuk Dr. Baharuddin dipilih sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif dan kegiatan sastera bermutu tinggi.
Beliau menerima wang tunai RM60,000, Watikah Sasterawan Negara ke-12 selain kemudahan berkarya.
Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia Dan Sepanyol.
KUALA LUMPUR: Himpunan Black505 bagi membantah penipuan
dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu akan diteruskan, dengan
fokus kepada tiga tuntutan utama sebagai reformasi awal pilihan raya.
Pengarah himpunan itu, Datuk Johari Abdul berkata, paling utama antara tiga tuntutan itu adalah mendesak seluruh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang meletak jawatan.
Menurutnya, ini kerana SPR yang diterajui Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah gagal memastikan PRU13 lalu berjalan dengan telus serta tanpa keraguan.
"Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh.
"Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media semalam.
Sehubungan itu ujarnya, himpunan yang menyaksikan hehadiran lebih 50, 000 di setiap kawasan yang dianjurkan sebelum ini akan diteruskan di empat negeri pada bulan Jun ini.
Ianya termasuk di Perlis pada 10 Jun, Sunagi Petani Kedah (11 Jun), Kota Bharu Kelantan (12 Jun), Batu Pahat Johor (14 Jun).
“Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang menyertai Black505 di seluruh Malaysia.
“Ia menjadi lambang baru kesedran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 pertaus rakyat yang menyokong reformasi dan pembaharuan di negara ini,” ujar beliau lagi.
Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.
Baca lagi
Adun Pelabuhan Klang itu turut memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu negeri.
Berikut ialah senarai Exco Kerajaan Selangor.
Iskandar Abdul Samad (Cempaka) - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
Dr. Halimah Ali (Selat Klang) - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.
Sallehen Mukhyi (Sabak) - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa.
Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Rodziah Ismail (Batu Tiga) - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Dr. Daroyah Alwi (Sementa) - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Khalid melalui twitter juga mengucapkan tahniah kepada Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik Speaker Dewan Negeri Selangor dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.
Jalan darat boleh elak tragedi bot karam berulang
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
(Bot yang karam ditarik naik)
MIRI: PAS Sarawak berpendapat, pembinaan jalan raya yang baik sebagai alternatif kepada penggunaan bot boleh mengelakkan tragedi bot karam berulang.
Timbalan Pesururuhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, jalan sungai adalah satu-satunya cara untuk mereka pulang atau cara pengangkutan untuk mereka sampai ke destinasi.
"Maka pihak kerajaan juga perlu mencari jalan alternatif untuk kemudahan penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpaksa menggunakan sungai.
"Selain menggunakan jalan sungai sepatutnya jalan darat juga perlu disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Ini akan memberi mereka pilihan dan kemudahan selain menggunakan sungai sebagai jalan alternatif untuk mereka pulang ke kampung," kata Jofri (gambar) dalam kenyataannya.
Beliau mewakili PAS simpati dengan nasib yang menimpa para penumpang dan mangsa tragedi bot ekspres karam baru-baru ini di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang.
Antara punca tragedi bot ekspres karam adalah disebabkan terlalu ramai penumpang sehingga melebihi had yang dibenarkan. Menurut Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan bahawa siasatan awal mendapati nahas bot ekspres karam di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang kelmarin, berpunca daripada kegagalan enjin.
"Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak yang terbabit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan dan juga pihak yang berkenaan," tambah beliau.
Walaubagaimana pun, katanya, pihak kerajaan jangan mengambil mudah dengan perkara ini dengan hanya bertindak apabila sesuatu kejadian berlaku sedangkan selama ini mereka yang terbabit terpaksa memenuhi pemintaan para penumpang yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung masing-masing terutama sekali semasa musim perayaan.
"Kita mengesa pihak kerajaan agar segera membina jalan alternatif untuk menyelasaikan masalah ini supaya penduduk tidak berebut-rebut untuk sampai ke destinasi masing-masing semasa musim perayaan yang terpaksa menggunakan jalan sungai," katanya.
"Kepada kaum Dayak, kita mengucapkan selamat bergawai dan berhati-hati ketika pulang ke tempat destinasi masing-masing.
"Hati-hati di sungai dan di darat sebab jalan sungai dan jalan darat di Sarawak amat merbahaya kalau kita cuai dan tidak berhati-hati ketika memandu.
"Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk sebab ini boleh menyebabkan kemalangan. Selamat Gawai kepada kaum Dayak," katanya.
Tahniah buat Baha Zain, sasterawan negara ke-12
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
Timbalan Ketua DPPM Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pelantikan Datuk Dr Baharuddin Zainal (gambar) sebagai Sasterawan Negara ke 12 adalah tepat dan sesuai dengan kedudukannya.
"Kita menganggap pengumuman beliau menobatkan seorang lagi tokoh sasterawan negara yang menempa sejarah sebagai insan terbilang di negara ini.
"Dengan pengalaman yang luas, ilmu dan kemahiran sastera serta gaya penulisan yang tinggi dan kreatif, beliau dilihat menepati dunia kesusasteraan masa kini. Pelantikan beliau membuktikan negara tidak pernah ketandusan insan kreatif yang mampu membina masyarakat melalui penulisan yang bermanfaat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dengan penganugerahan itu katanya, Baha Zain diharap akan menaikkan lagi mutu sastera negara dan menjadi rujukan masyarakat khususnya kepada generasi muda.
"Semoga beliau dan insan seangkatan dengannya terus berkarya dan memberi sumbangan bakti yang berguna kepada bangsa dan negara," katanya.
Datuk Dr. Baharuddin dipilih sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif dan kegiatan sastera bermutu tinggi.
Beliau menerima wang tunai RM60,000, Watikah Sasterawan Negara ke-12 selain kemudahan berkarya.
Puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia Dan Sepanyol.
Black505: Himpunan diteruskan, fokus tiga tuntutan
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
Pengarah himpunan itu, Datuk Johari Abdul berkata, paling utama antara tiga tuntutan itu adalah mendesak seluruh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang meletak jawatan.
Menurutnya, ini kerana SPR yang diterajui Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah gagal memastikan PRU13 lalu berjalan dengan telus serta tanpa keraguan.
"Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh.
"Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media semalam.
Sehubungan itu ujarnya, himpunan yang menyaksikan hehadiran lebih 50, 000 di setiap kawasan yang dianjurkan sebelum ini akan diteruskan di empat negeri pada bulan Jun ini.
Ianya termasuk di Perlis pada 10 Jun, Sunagi Petani Kedah (11 Jun), Kota Bharu Kelantan (12 Jun), Batu Pahat Johor (14 Jun).
“Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang menyertai Black505 di seluruh Malaysia.
“Ia menjadi lambang baru kesedran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 pertaus rakyat yang menyokong reformasi dan pembaharuan di negara ini,” ujar beliau lagi.
Negara paling selamat: Anak menteri kena ragut rugi RM8,000
http://greenboc.blogspot.com, | 30 Mei 2013 |
Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
10 exco Selangor angkat sumpah hari ini
Harakahdaily, | 30 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah barisan Exco Selangor berlangsung hari ini di Istana Alam Shah, Klang.
Angkat sumpah ini selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018.
Selangor mengemukakan empat muka baru menerajui pentadbiran negeri itu iaitu dua daripada DAP dan masing-masing satu daripada PKR dan PAS selepas sultan menggunakan formula 6:4, iatu enam Melayu dan empat bukan Melayu.
Mereka ialah Adun Kota Alam Shah, V Ganabatirau, Dr Daroyah Alwi (Sementa), Sallehen Mukhyi (Sabak), serta bekas Speaker Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang).
Enam yang masih kekal ialah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Kelang), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), Rodziah Ismail (Batu Tiga), serta Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan).
Iskandar (gambar) mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA
Khairil Abdul Rahim, | 29 Mei 2013 |
KUANTAN:
Perhimpunan ‘Blackout 505’ yang dianjurkan rakyat negara ini ternyata
lebih aman daripada perhimpunan menonton perlawanan separuh akhir kedua
bola sepak Piala FA 2013.
Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat.
Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditunda.
Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.
“Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu.
“Malah jika kita lihat ada penonton yang membawa kanak-kanak dan bayi ke stadium semalam walaupun berisiko, namun tiada tindakan diambil,” katanya.
Semua media hari ini menyiarkan berita kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur semalam apabila dikatakan dihadiri penonton berlebihan dipercayai akibat penjualan tiket palsu.
Selepas pasukan Johor enggan keluar meneruskan perlawanan, berlaku pula insiden lempar melempar objek sehingga ada penonton yang tercedera dan perlawanan ditangguhkan.
Syed Ali berkata, tahun lalu penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah berceramah juga di Stadium Darul Makmur dengan dibanjiri kira-kira 75,000 orang.
“Tetapi perhimpunan itu aman,” katanya.
KEJAHATAN ULAMA
Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulama-ulama yang menganut agama dari Nabi2 atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat. Artinya kalau di zaman masih ada Rasul maka seorang Rasul yang akan didatangkan, tapi selepas Rasul tak ada lagi maka bila ulama sudah jahat sangat itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang. Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.
Sabda Rasul saw yang maksudnya :
Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.
Rasul saw dalam hadis ini menyebut ulama' dahulu sebelum pemimpin, artinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.
Di zaman kita ini ke 2 golongan itu sudah rosak, iaitu ulama dan pemimpin atau penguasa/pemerintah. Di zaman sekarang kemuncak kerosakan ulama itu telah berlaku.
Rasul saw berkata di akhir zaman banyak ulama suk. Akhir zaman itu adalah zaman kita ini. Sejauh mana suk atau jahatnya ulama? Mari kita analisa sejauh mana rosaknya ulama. Sudah banyak aspek kerosakan yang berlaku di kalangan ulama :
1. Ulama sudah cintakan dunia.[/u]
Cinta dunia itu ibunya kejahatan, puncanya kejahatan, pintu masuk kejahatan untuk berhadapan dengan kejahatan yang lebih banyak. Cinta dunia membuka pada kejahatan yang lebih banyak. Sebab Rasul saw berkata cinta dunia itu ibu segala kejahatan, jadi bila ibunya sudah berlaku, untuk anak2nya lagi mudah berlaku. Maksud cinta dunia itu adalah cinta duit, cinta harta, cinta nama, cinta jawatan, glamor, itu semua bentuk cinta dunia. Bila ulama sudah cinta dunia, maka akan lahir di kalangan ulama kejahatan2 lain. Dari kejahatan ini timbul kejahatan kedua :
2. Ilmunya tidak lagi global.[/u]
Mengapa ilmunya tak global? kerana ulama ikut sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah disusun oleh Barat. Kalau ikut sistem Barat maka bila sudah lulus periksa dia akan rasa belajarnya sudah cukup. Sebab periksa itu kalau sudah lulus, hendak kejar dunia : pangkat, jawatan, nama dsb. Tidak seperti ulama dahulu yang sistemnya tidak seperti ini. Dahulu ulama mengaji sampai puas. Tak berbentuk seperti sekarang ini ada sukatan2. Jadi ulama dahulu tak tahu dia sudah lulus atau belum sebab tak ada sijil. Sekarang tidak begitu. Bila ulama itu sudah ada kelulusan maka pintu dunia terbuka : boleh kerja, boleh makan gaji, dsb. Sebab tujuan mengajipun hendak dapat dunia. Bila dapat sijil, maka akhirnya setakat itulah ilmunya. Sebab itu ulama sekarang ilmunya tidak global. Sedangkan ilmu Islam itu global, ilmu Islam itu untuk menyelesaikan berbagai2 masalah masyarakat. Tapi ulama sekarang ilmunya tidak global, hanya satu aspek sahaja sedangkan ulama adalah tempat bertanya masyarakat. Maka banyaklah masalah tak dapat jawab, banyaklah masalah tidak selesai. Bila dirujuk pada ulama yang ilmunya singkat, banyak benda tak terjawab, bahkan ramai ulama berkata “Ini bukan bidang saya.†Inilah kejahatan yang kedua, kerana ilmu ulama sudah tidak global lagi. Ulama belajar had mana sijil nya laku, setakat itulah dia belajar dan dia tak akan belajar lagi. Ini bahaya.
3. Ulama tak menjadi pewaris Nabi.[/u]
Rasul berkata : “Ulama itu pewaris Nabi. Maksud pewaris itu apa yang datang dari Nabi dari Rasul dipusakakan pada ulama :
Sudut Ilmu. Dalam point 2 tadi telah disebut bahawa tidak semua bidang ilmu, ulama sekarang dapat miliki. Sedangkan Nabi, Rasul ilmunya global. Jadi di bidang ilmupun ulama sudah tidak dapat mencontohi Nabi lagi.
Sudut Ibadah. Patutnya ulama mewarisi ibadah para Nabi. Tapi ibadah ulama sekarang sudah bukan contoh lagi. Sembahyang pun dibuat cepat2, jangan2 iftitah, surat pendek tak baca, hanya baca yang wajib-wajib sahaja. Sembahyang berjemaah tidak menjadi kebiasaan.
Akhlak ulama hari ini tak mencerminkan akhlak Rasul, dari segi diri pribadi, sikap, percakapan, pergaulan tak menggambarkan lagi akhlak Nabi terutama tawadhu tak ada langsung. Sedangkan tawadhu itu adalah tradisi para Nabi dan Rasul. Tawadhunya sangat disenangi orang ramai. Dahulu orang ramai jatuh hati pada Ulama kerana tawadhunya tapi sekarang tawadhu pada ulama sudah tak ada. Jadi akhlak pada ulama sekarang khususnya dari sudut tawadhu tak ada, tak mewarisi akhlak Nabi.
4. Ulama bukan milik umum, tapi dimiliki golongan tertentu
Ulama bukan kepunyaan umum lagi tapi kepunyaan golongan tertentu. Samada golongan politik atau pihak kerajaan. Jadi para ulama sudah dimiliki oleh kerajaan atau orang politik. Kerana mahu mencari makan, kerana cinta dunianya, maka dia akan cakap mengikut kehendak orang politik dan kerajaan. Jadi bila kerajaan mahukan satu perkara maka dicarilah fatwa2 yang membolehkan. Kalau orang politik atau pihak kerajaan tak mahukan sesuatu, maka dia carilah nash2, fatwa2 yang tidak membolehkan perkara itu. Bahkan ulama sekarang ada yang sudah dimiliki oleh orang Kristian. Ulama sanggup diberi wang oleh orang Kristian dan orang Kristian mensyaratkan ulama bila hendak membagi fatwa. Mereka sanggup jadi orang yang memberi fatwa mengikut telunjuk musuh. Kalau syarat itu dari kerajaan boleh tahan, tapi yang berlaku sekarang ulama sudah mengikut apa kata orang Kristian. Apa lagi yang kita boleh harap dari ulama? ulama sudah ada agen2 yang memilikinya : orang politik, kerajaan, orang Kristian. Jadi fatwa dibuat ikut kehendak musuh bukan ikut kehendak Tuhan.
5. Ulama hasad dengki pada ulama yang haq
Bila ulama sudah jahat, dibeli oleh Agen2, sedangkan ulama ada ulama haq juga, maka salah satu kejahatan ulama suk adalah hendak menyorokkan ulama yang haq ini. Perjuangan ulama yang haq itu dihasad dengki. Kalau ulama Haq itu menonjol sangat dimana kalau dibiarkan makin nampak kejahatan ulama suk maka Ulama suk itu akan arahkan kerajaan tangkap, jel, paling tidak disekatkan aktiviti ulama yang haq. Ini kejahatan yang ke 5. Ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia.
6. Lahir ulama jumud dan ulama liberal
Ulama yang sudah dibeli ini ada 2 golongan :
• Bila dia diberi duit, dia jadi jumud, beku. Kebanyakkannya pendidikan pesantren. Jadi bila ulama jumud, sedangkan zaman ini zaman maju, zaman membangun, ini menjadikan orang ramai tidak tertarik dengan kepimpinan ulama kerana jumudnya para ulama. Bila diberi duit dia tak jumud tapi jadi ulama moden, dia menterjemahkan Islam secara Barat supaya diterima orang ramai sebab hari ini orang rujuk pada Barat. Jadi supaya mereka diterima oleh orang ramai diapun berfikiran seperti Barat maka lahirlah Islam liberal yang disesuaikan dengan otak mereka dengan tujuan orang ramai boleh terima.
Tapi akhirnya kedua golongan ulama ini tidak diterima orang ramai. Yang satu jumud sangat, yang kedua cara berfikir sahaja yang maju, tapi tindakan tak maju. Cara berfikirnya maju tapi rosak kerana agama ditafsirkan cara Barat.
7. Ulama tidak membangun jemaah
Oleh kerana ulama sudah ada agen yang punya, sudah liberal, cara berfikir sudah rosak, atau kerana ulama sudah jumud sangat, maka sunnah yang besar sudah ditinggalkan iaitu membangunkan jemaah. Membangunkan jemaah itu sunnah yang besar sudah ditinggalkan ulama. Kemudian ada yang mahukan jemaah tapi diubah suai termasuklah masuk parti politik, bagi mereka adalah jemaah. Lagi rosak, akhirnya dia dimiliki oleh orang politik kalau orang poltik itu kuasai negara maka ulama itu dimiliki oleh kerajaan, jadi apa yang dikehendaki oleh kerajaan, suara ulama itu disesuaikan dengan kehendak kerajaan. Jadi kejahatan ke 7 adalah dia tak mau lagi bangunkan jemaah sedangkan itu sunnah terbesar Rasul saw
8. Ulama suka berjalan sendiri untuk tujuan komersil
Ulama lebih suka berjalan sendiri2 sebab dia fikir ada nilai komersial berdakwah sendiri. Kemudian bila ada duit boleh buka sekolah, dapatlah mengambil duit orang ramai. Bahkan ulama2, kalau hendak buat seminar, hendak buat mensyuarat, syarikat rokok yang sponsor. Kejadian ini mungkin di Malaysia tertutup tapi di Indonesia berlaku secara terang2an banner, kain rentang, sebut seminar itu disponsor oleh syarikat rokok. Jadi kerana ulama hendak kejar dunia sudahlah tak buat jemaah, suka buat sendiri2 kerana hendak buat komersial. Sebab itu di Indonesia kalau untuk khutbah Jumaat kena bayar, kalau tak bayar tak mau. Dia tanya dahulu apakah sanggup bayar. Kalau tak sanggup bayar maka tak mau baca khutbah. Itulah ulama, suka jalan sendiri kerana mahu dapat duit untuk hidup.
Kalau kejahatan2 ini sudah berlaku, jadi kejahatan lain sudah jadi kecil. Dengan 8 jenis kejahatan inipun sudah cukup menghancurkan Islam, Umat Islam sudah bingung sedangkan ulama itu adalah ibarat pagar/benteng dari Umat Islam. Bila benteng telah roboh terdedahlah Umat Islam pada bahaya. Itulah yang berlaku sekarang sampai peringkat orang Kristian miliki ulama. Apa lagi yang boleh kita harap dari ulama sedangkan kalau ada sedikit2 kebenaran, kalau dia ulama kerajaan, dia arah kerajaan sekat, ulama2 itu menekan, itu paling ringan, lebih dari itu suruh tangkap. Kalau sudah begitu kejahatan para ulama akhir zaman, tanda tak boleh harap lagi kecuali datang penyelamat dari Tuhan
Jadi sudah terhurailah kejahatan ulama artinya sudah lengkap kejahatan ulama, ulama tak boleh diharap lagi. Tak boleh harap kecuali datangnya penyelamat. Ada beberapa perkara yang kita kena buat :
Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai ulama suk (jahat)."
Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.
Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi
1. Cinta dunia
Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.
Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.
Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).
2. Ilmu yang tidak global
Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.
Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.
Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.
Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.
3. Sudah tidak mewarisi nabi
Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."
Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.
Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.
4. Ulama sudah dimiliki
Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.
Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.
5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki
Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.
6. Kejumudan dan liberalisme
Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.
Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.
7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal
Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.
8. Bekerja untuk dapat duit
Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.
Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:
Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."
Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.
Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...
Wallahu'alam..Nauzzubillah..
1. Golongan yang tidak susah hati dan boleh menerima keadaan itu
Golongan ini yang paling ramai. Mereka tidak susah hati dan boleh menerima keadaan. Seolah-olah apa yang berlaku itu sudah jadi satu budaya. Kalau orang hendak dedah aurat, dedahlah. Orang hendak bergaduh, bergaduhlah. Ikut sahaja apa yang dicorak oleh masyarakat. Kalau masyarakat penipu, dia pun tipu sama. Kalau masyarakat jahat, dia pun jahat sama. Kalau masyarakat khianat, dia pun khianat sama. Kalau masyarakat amalkan rasuah, dia pun rasuah sama. Begitu juga kalau masyarakat jatuh menjatuhkan, dia pun kalau berpeluang, buat juga. Sudah begitu keadaannya. Dia lahir sahaja, hidup masyarakat sudah begitu. Seolah-olahnya, budayanya sudah begitu. Ikut sahaja lah. Ini satu golongan. Bahkan golongan ini yang paling ramai.
2. Golongan yang rasa sedih berhadapan dengan situasi itu
Golongan ini tidak boleh terima apa yang sedang berlaku.
�Bukan begini masyarakat Islam. Masyarakat yang tidak ada harmoni dan kasih sayang. Menakutkan dan membimbangkan.� Ini golongan yang kedua. Golongan ini, walaupun tidak terpengaruh dengan suasana masyarakat tetapi tidak ada cita-cita hendak membaikinya. Kalau dia tidak tahan, dia carilah tempat-tempat yang dia agak boleh selamat. Dia memencilkan diri dan bawa diri. Kurang berada di tengah masyarakat. Ini golongan yang kedua. Golongan ini sangat sedikit.
3. Golongan yang tidak boleh menerima keadaan masyarakat, bercita-cita dan berusaha membaikinya
Golongan ini tidak boleh terima keadaan masyarakat yang begitu rupa. �Bukan begini yang dibuat oleh Rasulullah. Bukan begini berlaku di zaman salafussoleh. Bukan begini masyarakat yang Tuhan hendak.�
Datang satu cita-cita dan kemahuan yang kuat untuk baiki semula masyarakat Islam yang sudah rosak. Dia pun mencari kawan-kawan yang sealiran lalu menyatu padukan kawan-kawan yang seia sekata. Kemudian dia susun barisan perjuangan, datang ke tengah mastarakat, berdakwah, memberi ilmu dan pendidikan untuk pulihkan semula masyarakat yang sudah begitu kronik. Ini golongan yang paling sedikit. Ini golongan yang ada cita-cita. Biasanya, kalau masyarakat itu sudah di puncak kronik penyakitnya, orang yang ada cita-cita begini, mesti bermula dari seorang pemimpin yang yang mengumpul kawan-kawannya yang juga ada cita-cita, datang ke tengah masyarakat untuk membaiki semula masyarakat yang sudah rosak. Biasanya bila di kemuncak kejahatan, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu, kalau waktu ada Rasul, maka Rasul-lah. Kalau waktu itu sudah tidak ada Rasul, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu ialah mujadid. Mujadid datang 100 tahun sekali yakni di setiap awal kurun Hijrah.
Bila satu generasi itu melihat gambaran hidup yang saya telah katakan tadi, mereka yang sedar dan insaf, yang hendak membaik pulih semula masyarakat Islam yang telah rosak, dia mesti mengkaji, dari mana sumbernya penyakit ini, bila bermulanya dan siapa pencetusnya. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, pasti Tuhan beri dia faham. Di antara yang Tuhan fahamkan, ada dua sebab terbesar mengapa masyarakat itu jadi begitu, sudah begitu dirosakkan. Kebanyakan orang tidak tahu sumbernya. Pemimpin yang ditunjuk Tuhan itu, dia dapat melihat mengapa masyarakat itu jadi sampai begitu rupa. Pemimpin yang dipimpin oleh Tuhan, dia sempat melihat apa yang disebut oleh hadis yakni bila masyarakat itu sudah begitu rosak, ada dua sebab terbesar yakni ada dua golongan penting dan berpengaruh di tengah masyarakat sudah rosak iaitu ulama dan pemimpin.
Ini memang dijelaskan oleh hadis. Ada dua golongan manusia yang apabila mereka baik, maka baiklah masyarakat. Tetapi apabila dua golongan ini rosak, maka rosaklah masyarakat. Mereka ialah ulama dan pemimpin.
Golongan yang pertama adalah ulama.
Bila ulama sudah rosak, oleh kerana dia adalah contoh maka rosaklah rakyat. Ulama ibarat benteng masyarakat. Bila benteng rebah, masyarakat ikut rebah. Yang kedua adalah pemimpin. Pemimpin itu ada berbagai-bagai peringkat. Samada bertaraf negara, bertaraf bangsa, bertaraf etnik, bertaraf jemaah atau bertaraf puak, pokoknya dia pemimpin. Pemimpin itu adalah bayangan masyarakat. Pemimpin adalah orang yang disegani dan berpengaruh di kalangan masyarakat. Apabila dia rosak, mudah sahaja masyarakat rosak. Bila pemimpin semua peringkat sudah rosak, maka rosaklah masyarakat.
Dari sini baru kita faham, bila masyarakat itu rosak, puncanya bukan dari masyarakat tetapi ia adalah berpunca dari dua golongan ini iaitu ulama dan para-para pemimpin. Ini diberitahu oleh Tuhan melalui lidah Rasulullah SAW.
Hadis juga beritahu, sebab yang kedua mengapa berlakunya kerosakan masyarakat adalah kerana umat Islam ini sudah cinta dunia dan takut mati untuk Tuhan. Untuk dunia, umat Islam sanggup mati. Untuk pangkat, sanggup mati. Untuk duit dan untuk perempuan, sanggup mati. Tetapi untuk Tuhan, tidak. Jadi faktor kedua ialah cinta dunia dan takut mati.
Bila cinta dunia, ertinya tidak cinta Tuhan. bila cinta dunia, ertinya tidak takut Tuhan. Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, ertinya jati diri umat Islam sudah roboh. Rohnya sudah kiamat. Sudah terdedah kepada segala maksiat. Bila tidak takut dan cinta Tuhan, seolah-olah hati itu sudah ternganga untuk menerima berbagai-bagai kejahatan. Bila begitu keadaannya, musuh ambil peluang. Yahudi ambil peluang setelah mereka faham jati diri umat Islam sudah tumbang. Maka Yahudi masukkan berbagai perkara negatif seperti bahan-bahan lucah, bahan-bahan yang boleh merosakkan akhlak, perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu jahat, sesuai dengan hati umat Islam yang sudah terdedah kepada kejahatan kerana tidak takut dan tidak cinta Tuhan lagi.
Orang Yahudi ambil perhatian. Orang Islam tidak ambil perhatian. Termasuklah para ulama. Orang yahudi menunggu. Dari masa ke masa dia baca umat Islam. Bila dia lihat umat Islam sudah cinta dunia dan takut mati kerana Tuhan, dari situlah dia masukkan berbagai perkara negatif untuk rosakkan iman, rosakkan akhlak, rosakkan nafsu dan perpaduan umat Islam. Akhirnya makan masa beratus tahun, maka terjadilah masyarakat sebagai mana yang saya gambarkan tadi. Bila satu generasi itu lahir-lahir sahaja sudah berada dalam masyarakat yang tidak sihat itu, mereka tidak tahu apakah puncanya.
Dengan kasih sayang Tuhan, Dia tidak biarkan keadaan itu berlama-lama. Maka Tuhan lahirkan seorang pemimpin.Begitulah yang disebut oleh Rasulullah. Sebab itu Rasulullah pesan, waktu ini kena cari walaupun terpaksa susah payah dan berkorban. Bila jumpa, wajib ditaati. Begitulah anjuran Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Malangnya umat Islam lupakan pesanan hadis. Dia terpengaruh dengan pejuang-pejuang yang ada. Terpengaruh dengan politik, dengan militan, terpengaruh dengan ajaran-ajaran ekonomi yang ada hingga terlupa pesanan Allah melalui lidah RasulNya.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1968 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.

Kenali Ulama Su' Di Akhir Zaman

- Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
Bila Masyarakat Rosak
Kalau satu generasi itu, apabila lahir sahaja di satu zaman, membesar di zaman itu dan melihat masyarakatnya sudah terlalu kusut di semua aspek, semua golongan sudah rosak, yakni sebagai contoh, sudah wujud krisis, pepecahan, jatuh menjatuhkan, sudah wujud pendedahan aurat, dadah, sumbang muhram, jenayah yang berbagai bentuk, pergaduhan, perkelahian dan peperangan di mana-mana, biasanya generasi yang hidup di waktu itu, secara umumnya, sudah tidak pandai menilai lagi penyakit masyarakat itu dari mana datangnya, dari mana sumbernya, siapa yang membawanya dan bila ia mula berlaku. Ini antara fikiran umum waktu itu. Biasanya generasi ini, kalau lahir sahaja, sudah begitu rupa masyarakatnya, maka setidak-tidaknya ada 3 kategori masyarakat dalam menilai dan berhadapan dengan situasi masa itu.1. Golongan yang tidak susah hati dan boleh menerima keadaan itu
Golongan ini yang paling ramai. Mereka tidak susah hati dan boleh menerima keadaan. Seolah-olah apa yang berlaku itu sudah jadi satu budaya. Kalau orang hendak dedah aurat, dedahlah. Orang hendak bergaduh, bergaduhlah. Ikut sahaja apa yang dicorak oleh masyarakat. Kalau masyarakat penipu, dia pun tipu sama. Kalau masyarakat jahat, dia pun jahat sama. Kalau masyarakat khianat, dia pun khianat sama. Kalau masyarakat amalkan rasuah, dia pun rasuah sama. Begitu juga kalau masyarakat jatuh menjatuhkan, dia pun kalau berpeluang, buat juga. Sudah begitu keadaannya. Dia lahir sahaja, hidup masyarakat sudah begitu. Seolah-olahnya, budayanya sudah begitu. Ikut sahaja lah. Ini satu golongan. Bahkan golongan ini yang paling ramai.
2. Golongan yang rasa sedih berhadapan dengan situasi itu
Golongan ini tidak boleh terima apa yang sedang berlaku.
�Bukan begini masyarakat Islam. Masyarakat yang tidak ada harmoni dan kasih sayang. Menakutkan dan membimbangkan.� Ini golongan yang kedua. Golongan ini, walaupun tidak terpengaruh dengan suasana masyarakat tetapi tidak ada cita-cita hendak membaikinya. Kalau dia tidak tahan, dia carilah tempat-tempat yang dia agak boleh selamat. Dia memencilkan diri dan bawa diri. Kurang berada di tengah masyarakat. Ini golongan yang kedua. Golongan ini sangat sedikit.
3. Golongan yang tidak boleh menerima keadaan masyarakat, bercita-cita dan berusaha membaikinya
Golongan ini tidak boleh terima keadaan masyarakat yang begitu rupa. �Bukan begini yang dibuat oleh Rasulullah. Bukan begini berlaku di zaman salafussoleh. Bukan begini masyarakat yang Tuhan hendak.�
Datang satu cita-cita dan kemahuan yang kuat untuk baiki semula masyarakat Islam yang sudah rosak. Dia pun mencari kawan-kawan yang sealiran lalu menyatu padukan kawan-kawan yang seia sekata. Kemudian dia susun barisan perjuangan, datang ke tengah mastarakat, berdakwah, memberi ilmu dan pendidikan untuk pulihkan semula masyarakat yang sudah begitu kronik. Ini golongan yang paling sedikit. Ini golongan yang ada cita-cita. Biasanya, kalau masyarakat itu sudah di puncak kronik penyakitnya, orang yang ada cita-cita begini, mesti bermula dari seorang pemimpin yang yang mengumpul kawan-kawannya yang juga ada cita-cita, datang ke tengah masyarakat untuk membaiki semula masyarakat yang sudah rosak. Biasanya bila di kemuncak kejahatan, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu, kalau waktu ada Rasul, maka Rasul-lah. Kalau waktu itu sudah tidak ada Rasul, maka pemimpin yang Tuhan lahirkan itu ialah mujadid. Mujadid datang 100 tahun sekali yakni di setiap awal kurun Hijrah.
Bila satu generasi itu melihat gambaran hidup yang saya telah katakan tadi, mereka yang sedar dan insaf, yang hendak membaik pulih semula masyarakat Islam yang telah rosak, dia mesti mengkaji, dari mana sumbernya penyakit ini, bila bermulanya dan siapa pencetusnya. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, pasti Tuhan beri dia faham. Di antara yang Tuhan fahamkan, ada dua sebab terbesar mengapa masyarakat itu jadi begitu, sudah begitu dirosakkan. Kebanyakan orang tidak tahu sumbernya. Pemimpin yang ditunjuk Tuhan itu, dia dapat melihat mengapa masyarakat itu jadi sampai begitu rupa. Pemimpin yang dipimpin oleh Tuhan, dia sempat melihat apa yang disebut oleh hadis yakni bila masyarakat itu sudah begitu rosak, ada dua sebab terbesar yakni ada dua golongan penting dan berpengaruh di tengah masyarakat sudah rosak iaitu ulama dan pemimpin.
Ini memang dijelaskan oleh hadis. Ada dua golongan manusia yang apabila mereka baik, maka baiklah masyarakat. Tetapi apabila dua golongan ini rosak, maka rosaklah masyarakat. Mereka ialah ulama dan pemimpin.
Golongan yang pertama adalah ulama.
Bila ulama sudah rosak, oleh kerana dia adalah contoh maka rosaklah rakyat. Ulama ibarat benteng masyarakat. Bila benteng rebah, masyarakat ikut rebah. Yang kedua adalah pemimpin. Pemimpin itu ada berbagai-bagai peringkat. Samada bertaraf negara, bertaraf bangsa, bertaraf etnik, bertaraf jemaah atau bertaraf puak, pokoknya dia pemimpin. Pemimpin itu adalah bayangan masyarakat. Pemimpin adalah orang yang disegani dan berpengaruh di kalangan masyarakat. Apabila dia rosak, mudah sahaja masyarakat rosak. Bila pemimpin semua peringkat sudah rosak, maka rosaklah masyarakat.
Dari sini baru kita faham, bila masyarakat itu rosak, puncanya bukan dari masyarakat tetapi ia adalah berpunca dari dua golongan ini iaitu ulama dan para-para pemimpin. Ini diberitahu oleh Tuhan melalui lidah Rasulullah SAW.
Hadis juga beritahu, sebab yang kedua mengapa berlakunya kerosakan masyarakat adalah kerana umat Islam ini sudah cinta dunia dan takut mati untuk Tuhan. Untuk dunia, umat Islam sanggup mati. Untuk pangkat, sanggup mati. Untuk duit dan untuk perempuan, sanggup mati. Tetapi untuk Tuhan, tidak. Jadi faktor kedua ialah cinta dunia dan takut mati.
Bila cinta dunia, ertinya tidak cinta Tuhan. bila cinta dunia, ertinya tidak takut Tuhan. Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, ertinya jati diri umat Islam sudah roboh. Rohnya sudah kiamat. Sudah terdedah kepada segala maksiat. Bila tidak takut dan cinta Tuhan, seolah-olah hati itu sudah ternganga untuk menerima berbagai-bagai kejahatan. Bila begitu keadaannya, musuh ambil peluang. Yahudi ambil peluang setelah mereka faham jati diri umat Islam sudah tumbang. Maka Yahudi masukkan berbagai perkara negatif seperti bahan-bahan lucah, bahan-bahan yang boleh merosakkan akhlak, perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu jahat, sesuai dengan hati umat Islam yang sudah terdedah kepada kejahatan kerana tidak takut dan tidak cinta Tuhan lagi.
Orang Yahudi ambil perhatian. Orang Islam tidak ambil perhatian. Termasuklah para ulama. Orang yahudi menunggu. Dari masa ke masa dia baca umat Islam. Bila dia lihat umat Islam sudah cinta dunia dan takut mati kerana Tuhan, dari situlah dia masukkan berbagai perkara negatif untuk rosakkan iman, rosakkan akhlak, rosakkan nafsu dan perpaduan umat Islam. Akhirnya makan masa beratus tahun, maka terjadilah masyarakat sebagai mana yang saya gambarkan tadi. Bila satu generasi itu lahir-lahir sahaja sudah berada dalam masyarakat yang tidak sihat itu, mereka tidak tahu apakah puncanya.
Dengan kasih sayang Tuhan, Dia tidak biarkan keadaan itu berlama-lama. Maka Tuhan lahirkan seorang pemimpin.Begitulah yang disebut oleh Rasulullah. Sebab itu Rasulullah pesan, waktu ini kena cari walaupun terpaksa susah payah dan berkorban. Bila jumpa, wajib ditaati. Begitulah anjuran Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Malangnya umat Islam lupakan pesanan hadis. Dia terpengaruh dengan pejuang-pejuang yang ada. Terpengaruh dengan politik, dengan militan, terpengaruh dengan ajaran-ajaran ekonomi yang ada hingga terlupa pesanan Allah melalui lidah RasulNya.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1968 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan