Selasa, 21 Mei 2013

NI KESAN BILA TAK MEMAHAMI PERJUANGAN...HALA NYA MUNGKIN BALIK KAMPUNG...KEMBALI PARTI ASAL MASING2...MUNGKIN KOD...JIKA TIDAK MUNGKIN MASUK PAS ATAU DAP...TAK KAN MASUK BERJASA

Zahid Sindir Hishamudin??
Posted on Tuesday, May 21 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh TranungKite Offline

Beberapa blog UMNO menulis tentang tindakan Zahid Hamidi dilihat sebagai sindiran tajam kepada Dato' Hishamuddin Hussein kerana dilihat sebelum ini sangat 'lembik' dalam membuat tindakan kepada kebangkitan rakyat.
Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas. kata Zahid.

Tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerajaan harus dijaga dengan baik dan pihak UMNO tidak akan berdiam diri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Sikap ketegasan harus ada pada kepimpinan UMNO kata Zahid.

Ramai pengulas terutama dikalangan penulis UMNO membuat analisis kenyataan ini selain ditujukan kepada Pakatan Rakyat juga ditujukan kepadsa penyandang Kementerian sebelum ini yang dilihat tidak banyak berbuat sesuatu bagi mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat.

APAKAH INI TANDA AKAN WUJUD PERANG
DALAM UMNO... MENJELANG PEMILIHAN NANTI
KITA TUNGGU DAN LIHAT... 

Zahid Sindir Hishamudin??

 Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak
Posted on Monday, May 20 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber MalaysiaKini

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.
Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.
Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

  Jerangkung dalam PKR: Apa yang ditelah, menyerlah
Posted on Monday, May 20 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Azmin Ali dan Mak Lempir, Zuraida KamaruddinAzmin Ali dan Mak Lempir, Zuraida Kamaruddin dua Jerangkung dalam PKR Beberapa hari lalu, dalam satu posting di sini, antara lain ditulis; Zuraida Kamaruddin berkemungkinan besar menghajatkan habuan wang ringgit daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk agenda NGO yang juga menjadi sayap kiri PKR mereka.

Melaluisatu wawancara, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim seakan mengakui telahan KR sebagai benar;

"Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik."

Seiring dengan apa yang telah Kerajaan Rakyat nyatakan, berdasarkan kepada tindak-tanduk dan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, makcik mulut celupar yang menjadi perasit dalam PKR ini bersungguh-sungguh cuba merakus sumber kewangan kerajaan negeri Selangor untuk menggerakkan sayap politik peribadinya seperti Jingga 13 yang dikoordinasikan oleh Saudara Fariz Musa. Umum mengetahui, Jingga 13 adalah agenda politik Zuraida Kamaluddin dan Azmi Ali untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Md Akin. Jingga 13 turut dikesan berperanan untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai CheguBard.

Tan Sri Khalid turut menganggap cadangan menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan politik peribadi seperti apa yang Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali mahukan sebagai satu perkara yang teruk.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata; "Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima,".

Sekali lagi Kerajaan Rakyat ulangi: Baru dapat pertahankan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali sudah berebut kuasa dan ingin merakus harta, kalau Pakatan Rakyat dapat Putrajaya dan dua mangkok berayun ini masih dalam PKR, entah berapa billion RM mereka nak rembat pulak?


Nota:

- Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.

- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik.

Kerajaan Rakyat - Kerajaan Rakyat"


 Kemana Hala Tuju Azmin Dan Zuraida??
Posted on Monday, May 20 @ 17:24:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: matuse68

"PRU 13 sudah berlalu. DS Anwar Ibrahim dengan beberapa orang 'pendekar'nya terus buat kerja menemui rakyat untuk memberitahu rakyat mengapa kita menolak keputusan PRU 13 yang lalu. Peraturan dan undang-undang juga dipatuhi di mana petisyen kini sedang disiapkan untuk difailkan di mahkamah, di dalam masa yang sama rakyat juga perlu diberitahu mengapa petisyen ini perlu dibuat kerana kita tiada media radio atau TV untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.

Di dalam kesibukan DS Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata-rata negeri, Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin terus mendapat kecaman dari ahli-ahli parti. Azmin sepatutnya bersama-sama DS Anwar, paling tidak pun Azmin sesekali turun membantu DS Anwar Ibrahim kerana beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Setiap program "BLACK OUT 505", DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum akan ditemani oleh Presiden PKR, DS Wan Azizah. Sdr Johari Abdul, Tian Chua, Chegu Bard dan beberapa orang yang lain sentiasa bersama membantu Ketua Pembangkang ini. Di mana Azmin? Ketua Wanita, Zuraida juga di mana?

Azmin Ali awal-awal lagi sudah nyatakan sikap "tidak perlu berdemo" setiap hari, minggu atau bulan. Beliau mahu DS Anwar Ibrahim terima sahaja keputusan PRU 13 walaupun semua maklum, mustahil Umno/Bn boleh menjadi kerajaan jika tidak dengan menipu. Tetapi Azmin Ali buta perut, Zuraida pula besarkan perut duduk sahaja melihat Ketua Serikandinya, Siti Aishah yang sering membantu DS Anwar Ibrahim.

Azmin dan Zuraida, dua pasangan yang kini menjadi perhatian ahli-ahli PKR khasnya. Terlalu banyak kesilapan yang telah mereka lakukan. Sikap menghormati Ketua Umum dan Presiden PKR sudah tiada lagi. Mungkin beliau merasa sudah hebat apabila memenangi Kerusi Parlimen dan Dun di Selangor dengan jumlah undi yang besar. Zuraida pun sama. Kecaman Ketua Wanita ini terhadap pimpinan PAS dan DAP di dalam isu perlantikan MB Selangor sudah cukup untuk membuatkan beliau akan menerima akibatnya selepas ini. Artikel lengkap sila klik disini...


 Mat Said tak akan meta kalau pengundi Kijal tak benarkan!
Posted on Monday, May 20 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,
Pagi tadi setibanya di rumah selepas menghantar anak ke sekolah, tiba tiba muncul kawan , Guru Besar di sekolah anak mengajak minum di kedai kopi.Beliau memberitahu  hari ini beliau cuti sakit kerana setok karung atau kekejang otot kerana main bola bersama murid muridnya.katanya lagi, sepatutnya beliau kena menghadiri sambutan hari guru di Kuala Terengganu tapi mujurlah MCnya menyelamatkannya dari bersua muka lagi dengan Mat Said yang pasti akan memulangkan paku buah keras kepada warga pengetua dan gurubesar yang rata rata tidak menyokongnya.Saya bertanya tak kan Mat Said begitu sombong atau meta kata orang Terengganu?

Katanya itulah yang dapat dibayangkan lagipun apa kejadahnya menjemput Mat Said untuk majlis hari guru? Saya berkata Mat Said tak akan jadi meta begitu kalau pengundi DUN Kijal tidak membenarkannya.Tapi malang bagi Terengganu akibat sokongan yang membawa rebah pengundi DUN Kijal kepada Mat Said.

Saya berani katakan kalau 70% hingga 80% pengundi Kijal yang terdiri dari orang melayu Islam tidak mengundi Mat Said samaada mereka memilih calon PAS atau tidak keluar mengundi langsung, jangan  harap Mat Said boleh jadi meta seperti hari ini.Burma, Bangla, Indon yang membentuk hantu belaan Mat Said dengan bantuan SPR pasti tidak akan mampu memberi kemenangan besar kepada Mat Said kalau pengundi tempatan menolak Mat Said, tapi malangnya ada pengundi tempatan bersubahat dengan Mat Said dan ada yang tak kisah  dengan apa yang berlaku tapi terus memberi undi kepada Mat Said.
Itulah yang membuatkan Mat Said meta, Mat Said tak perlu memikirkan pengundi tempatan yang menentangnya, kerana pengundi yang menyokongnya masih terlalu ramai untuk ditundukkan oleh penentangnya walaupun sebenarnya yang menyokongnya tidaklah sampai 50% dari pengundi tempatan kerana kekurangan yang kecil itu boleh ditampungi oleh hantu!
Satu satunya cara untuk mengajar manusia yang meta ini ialah mengajak penyokongnya di DUN Kijal supaya berpaling tadah.Saya terharu apabila seorang sahabat yang tinggal di Kuala Krai Kelantan tetapi menjadi pengundi DUN Kijal pulang mengundi pada hari mengundi walaupun dia tahu Mat Said tidak dapat dikalahkan.Semangatnya cukup kuat apabila keretanya dibalut dengan bendera PAS di bahagian depan, dan beliau memandu dari Kuala Krai hingga ke Kijal dengan kereta bersama bendera PAS.
Saya kira semangat sahabat ini harus dijadikan penguat semangat untuk peneraju dan sukarela PAS di DUN Kijal.Masa untuk menyerang DUN Kijal   untuk melenyapkan sikap meta Mat Said.Tahniah Najib Razak, tahniah Idris Jusoh
Posted on Monday, May 20 @ 10:52:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjagakubur

Oleh: anaabdullah

"Rasanya belum terlambat untuk ucap tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dan tak lupa juga untuk tahniah kepada Datuk Seri Idris Jusoh. Tahniah kepada Najib kerana sudah lantik Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran II dan tahniah kepada Idris kerana sudah dapat jawatan menteri dalam kabinet yg dikatakan seimbang.

Kita tidak tahu apakah yang dikatakan kabinet Najib itu sebagai kabinet seimbang gabungan antara yang baru dan lama.

Jika begitu, penulis boleh setuju. Akan tetapi ia sangat bahawa kabinet Najib tidak seimbang. Kenapa? Kerana 7 menteri dari Sarawak dan 6 dari Sabah yang akan mencipta permasalahan. Percayalah.


Pada penulis, pelantikan Idris Jusoh sebagai menteri Pelajaran dan pengajian tinggi II sangat tidak kena. Kenapa? Bayangkan seorang menteri pelajaran dan pengajian yang tiada dengan dunia pendidikan tanahair.
Buktinya, ketika menjadi menteri besar Terengganu (2004) Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu di jual.
KUSZA di jual kepada kerajaan pusat untuk dijadikan university Darul Iman (UDM) dan tidak pernah mendapat restu daripada Al Sultan Terengganu.
Kolej Yayasan Terengganu di jual kepada UITM untuk dijadikan UITM cawangan Cendering Kuala Terengganu dengan alasan konon boleh menyelamatkan RM 70 juta wang rakyat.
Penulis sangat bimbang suatu masa nanti aka nada beberapa buah universiti milik penuh kerajaan akan dijualkan kepada pihak swasta.
Adalah tidak mustahil akan di perlakukan demikian dengan alasan yang sama sepertimana yang berlaku di negeri Terengganu.
Idris Jusoh merupakan seorang pengamal politik dendam yang tidak boleh di nafikan lagi, kerana semasa menjadi menteri Terengganu LOT LOT tanah yang diluluskan oleh kerajaan PAS negeri kaya rakyat miskin dirampas balik, hatta yang sudah dibayar premiumnya.
Ramai guru guru jadi mangsa tukar 24 jam memisahkan anak Isteri. Ada yang ditukarkan ke Sabah Sarawak kerana mereka tidak menyokong umno.
Penulis bimbang perkara yang sama akan berlaku, kerana menterinya salah seorang pengamal politik dendam yang melampau dan jelas bercanggah dengan tranformasi pendidikan tanahair yang telah digariskan oleh perdana menteri yang paling rendah sokongan rakyat pada PRU 13 lepas berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Tiada ulasan: