Mahkamah rayuan kekal hukuman bersalah Khir Toyo
Mahkamah
Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri
Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan
dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam,
semasa menjadi penjawat awam.Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.
Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.
"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.
"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.
Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.
Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.
Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.
Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu:
- Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam;
- Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran;
- Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni;
- Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah;
- Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan
- Sama ada pembelaan Khir boleh diterima.
Katanya, Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian.
Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.
Oleh itu, Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi.
Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "
"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.
Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Kami akan memfailkan rayuan esok," kata Shafee.
DPP Dusuki Ahmad membantah sebarang penangguhan hukuman, dengan alasan sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman.
Bagaimanapun, Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Khir.
Nurul Izzah tidak dibenar masuk Sabah
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.
Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.
"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.
Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.
Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.
"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.
Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.
Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.
30 MEI 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA
NURUL IZZAH DIHALANG MASUK TANDA DEMOKRASI TENAT DI BAWAH BN SABAH
YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk.
KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.
Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut.
KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
ADUN Seri Setia
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Mohd Hanif Md Sultan and Nasir Sahlan shared Demi Rakyat's photo.
KENYATAAN MEDIA DARI PARTI KEADILAN30 MEI 2013

Khalid Samad hentam pembodek pemimpin PAS
Timbalan
Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan
'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di
DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi
itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.
"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.
"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.
"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.
Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.
Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.
Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.
Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.
"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.
Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".
"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".
Pada 21 Mei lalu, Panel
Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri supaya mengisytihar aset bagi setiap tiga tahun, "bagi
memastikan integriti pentadbiran kerajaan".
Pengerusi panel itu, Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah, sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat.Sementara itu, dalam sidang media sama, Khalid juga memberitahu, upacara angkat sumpah bagi Speaker dan Timbalan Speaker serta Ahli DUN akan diadakan pada 21 Jun depan.
Katanya, bagi sidang pertama itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan merasmikan persidangan tersebut.
Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu
kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy (kiri) berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).
"Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam. Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.
"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.
Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.
Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa
hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan.
Bila nak bayar balik hutang2 yg kerajaan gunakan. gomen tahu plak 'sound' student yg pakai & pinjam PTPTN bila lmbat byr balik. dah ganti blom berbillion2 duit KWSP, duit kami yg kamu gunakan NAJIB oiiii.... makin jahanam negara kamu kerjakan. Dunia akhirat tidak kami halalkan, akhirat nnti kami tuntu kamu kelak... Tahi lembu (in english)
p/s: Pada najib RM10 Billion it's small figure. jika skrg rakyat M'sia 28.3 juta, MEANS sorang dpt RM353.36 jer... sbb tu najib tak kesah rembat hak rakyat
- Arabic -
PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.
“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya.
Sivamalar berkata, polis seharusnya bertindak demikian, dan bukan hanya mengeluarkan surat penghargaan kepada anggotanya yang didakwa dimaki hamun oleh peserta perhimpunan dalam kejadian tersebut.
"Polis sepatutnya menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Seorang peguam perempuan, Fadiah Nadwa Fikri ditendang polis pada malam itu dan polis pula terima surat penghargaan," dakwanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sivamalar berkata demikian apabila mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berserta gambar yang merakamkan kejadian di hadapan balai berkenaan.
Laporan berkenaan adalah berhubung surat penghargaan oleh pasukan polis kepada seorang konstabel, Muhalim Osop, yang dilaporkan sabar menghadapi caci hamun peserta perhimpunan berkenaan.
Sivamalar dalam gambar bersama laporan itu pula ditunjukkan dalam keadaan marah dan menuding jari ke arah seorang anggota polis.
Katanya, beliau menunjukkan reaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan kerana dihalang daripada bertemu individu yang ditahan polis dalam kejadian tersebut.
'Siasatan buang masa'
Sivamalar mewakili MP Subang R Sivarasa yang disiasat polis hari ini berhubung kehadiran di perhimpunan sama.
Sivarasa berkata, beliau dimaklumkan oleh pasukan polis dari IPD Sentul berkenaan bahawa beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berpendapat, polis membuang masa kerana terpaksa hadir untuk merakam kenyataannya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Semua ini bagi saya adalah perkara yang mereka sudah tahu, sebab yang hadir malam itu bukan satu atau dua orang polis tetapi berpuluh-puluh orang dan sebahagian polis dilengkapi video kamera.
"Kalau pegawai kanan dipaksa buang masa dengan perkara ini, saya risau kadar jenayah tidak akan berkurangan," katanya.
"Saya yang berdiri di dalam penghadang jalan secara tiba-tiba disepak oleh seorang pegawai polis yang berada di belakang saya.
"Beliau kemudiannya dengan pantas beredar ke belakang untuk menyembunyikan diri," kata peguam muda itu dalam laporannya bertarikh 23 Mei.
Selain Fadiah, dua lagi peserta perhimpunan juga mendakwa dipukul anggota polis pada malam tersebut turut membuat laporan polis.
Kedua-dua orang berkenaan merupakan antara 18 orang yang ditahan apabila polis menyuraikan perhimpunan bagi menggesa polis membebaskan aktivis siswa Adam Adli.
PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.
“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya.
Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.
"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.
"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.
"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.
Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.
Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.
Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.
Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.
"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.
Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".
"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".
Exco S'gor isytihar harta sebelum sidang DUN
Exco
kerajaan Selangor ditetapkan supaya mengisytiharkan harta sebelum
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula, kata Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Selain itu, beliau juga berkata, setiap penambahan aset ketika seseorang exco itu bertugas juga perlu diisytiharkan.
"Boleh
(isytihar harta). Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai
pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat
dahulu. Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan
dilaporkan.
"(Ia) Termasuk exco yang lama.
Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas upacara
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam
Shah, Klang hari ini.
Pengerusi panel itu, Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah, sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat.Sementara itu, dalam sidang media sama, Khalid juga memberitahu, upacara angkat sumpah bagi Speaker dan Timbalan Speaker serta Ahli DUN akan diadakan pada 21 Jun depan.
Menurut Khalid lagi, pada 28 Jun pula, sidang DUN negeri yang pertama bagi penggal ini akan diadakan.
Waytha mahu anggota polis terbabit digantung tugas
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan
yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat
berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah
itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut.Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu
kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy (kiri) berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).
"Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam. Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.
"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.
Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.
Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa
hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan.
Syabab Pas Kampar shared Janji Dicapati ~'s photo.
KETUA AUDIT NEGARA .. Siapa si PEMBOROS ni?Bila nak bayar balik hutang2 yg kerajaan gunakan. gomen tahu plak 'sound' student yg pakai & pinjam PTPTN bila lmbat byr balik. dah ganti blom berbillion2 duit KWSP, duit kami yg kamu gunakan NAJIB oiiii.... makin jahanam negara kamu kerjakan. Dunia akhirat tidak kami halalkan, akhirat nnti kami tuntu kamu kelak... Tahi lembu (in english)
p/s: Pada najib RM10 Billion it's small figure. jika skrg rakyat M'sia 28.3 juta, MEANS sorang dpt RM353.36 jer... sbb tu najib tak kesah rembat hak rakyat
- Arabic -
KEADILAN bongkar rancangan SPR benarkan pengundian dua kali
(Oleh Aisha Geoffrey)PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.
“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya.
'Ada wanita kena sepak, tapi polis dapat penghargaan'
Peguam
Sivamalar Genapathy menggesa polis agar turut menyiasat dakwaan bahawa
seorang peguam wanita disepak oleh anggota pasukan tersebut dalam satu
perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang, Kuala Lumpur pada malam 22 Mei
lalu.Sivamalar berkata, polis seharusnya bertindak demikian, dan bukan hanya mengeluarkan surat penghargaan kepada anggotanya yang didakwa dimaki hamun oleh peserta perhimpunan dalam kejadian tersebut.
"Polis sepatutnya menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Seorang peguam perempuan, Fadiah Nadwa Fikri ditendang polis pada malam itu dan polis pula terima surat penghargaan," dakwanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Sivamalar berkata demikian apabila mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berserta gambar yang merakamkan kejadian di hadapan balai berkenaan.
Laporan berkenaan adalah berhubung surat penghargaan oleh pasukan polis kepada seorang konstabel, Muhalim Osop, yang dilaporkan sabar menghadapi caci hamun peserta perhimpunan berkenaan.
Sivamalar dalam gambar bersama laporan itu pula ditunjukkan dalam keadaan marah dan menuding jari ke arah seorang anggota polis.
Katanya, beliau menunjukkan reaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan kerana dihalang daripada bertemu individu yang ditahan polis dalam kejadian tersebut.
'Siasatan buang masa'
Sivamalar mewakili MP Subang R Sivarasa yang disiasat polis hari ini berhubung kehadiran di perhimpunan sama.
Sivarasa berkata, beliau dimaklumkan oleh pasukan polis dari IPD Sentul berkenaan bahawa beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Beliau berpendapat, polis membuang masa kerana terpaksa hadir untuk merakam kenyataannya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Semua ini bagi saya adalah perkara yang mereka sudah tahu, sebab yang hadir malam itu bukan satu atau dua orang polis tetapi berpuluh-puluh orang dan sebahagian polis dilengkapi video kamera.
"Kalau pegawai kanan dipaksa buang masa dengan perkara ini, saya risau kadar jenayah tidak akan berkurangan," katanya.
'Polis sembunyikan diri'
Sementara
itu, Fadiah dalam laporan polisnya mendakwa pegawai polis yang terlibat
dalam kejadian tersebut menyembunyikan diri selepas menyepak badannya."Saya yang berdiri di dalam penghadang jalan secara tiba-tiba disepak oleh seorang pegawai polis yang berada di belakang saya.
"Beliau kemudiannya dengan pantas beredar ke belakang untuk menyembunyikan diri," kata peguam muda itu dalam laporannya bertarikh 23 Mei.
Selain Fadiah, dua lagi peserta perhimpunan juga mendakwa dipukul anggota polis pada malam tersebut turut membuat laporan polis.
Kedua-dua orang berkenaan merupakan antara 18 orang yang ditahan apabila polis menyuraikan perhimpunan bagi menggesa polis membebaskan aktivis siswa Adam Adli.
KEADILAN bongkar rancangan SPR benarkan pengundian dua kali
(Oleh Aisha Geoffrey)PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.
“Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya.
Sultan titah k'jaan S'gor tunai janji manifesto PRU
Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pimpinan kerajaan
negeri yang diteraju gabungan parti PAS, PKR dan DAP menunaikan
janji-janji manifesto pilihan raya yang lepas, secara adil dan saksama
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan
Selangor.
Baginda bertitah manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti adalah "satu janji dengan rakyat" yang mesti dilaksanakan tanpa berlengah apabila mereka memerintah negeri.
"Oleh itu, amatlah penting ianya (manifesto) ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh penuh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah, di Klang hari ini.
Sultan Selangor menyeru pimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangunkan program yang memberi impak sebenar kepada negeri itu untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.
Titah baginda setiap tanggungjawab yang dipikul hendaklah dikendalikan secara intelektual, bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing.
"Apabila menjalankan tugas, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan dan janganlah sekali-kali melanggar undang-undang ini serta membuat sesuatu dengan mengikut kehendak hati semata-mata," titah baginda sambil mengingatkan wakil rakyat Selangor menjauhkan diri daripada amalan rasuah.
Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan wakil rakyat Selangor yang dipilih memahami kehendak dan keperluan rakyat dan sentiasa menitikberatkan perpaduan berteraskan konsep muhibah antara kaum.
Titah baginda, keutamaan perlu diberi kepada memajukan negeri Selangor di samping memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum berada dalam keadaan selesa dan aman sehingga ke generasi akan datang.
Titah baginda, wakil rakyat Selangor hendaklah sentiasa berdamping dengan rakyat untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka serta mengatasi masalah-masalah yang dihadapi mereka.
"Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka sehingga ke dapur rumah mereka, tetapi apabila telah mendapat undi dan memperolehi kemenangan, kelibat Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.
"Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri," titah baginda.
-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan