Jumaat, 24 Mei 2013

YANG CADANG SAPE...ENGGAN...NAMPAK SANGAT...NAK LARI MANA ...ALLAH BERKUASA SEGALA2NYA...TUNGGU SAJA BALASAN ALLAH KALAU KITA BUAT JAHAT

Debat : SPR enggan layan pembangkang

24 Mei 2013
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melayan gesaan parti pembangkang untuk berdebat mengenai proses Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana tiada keperluan untuk berdebat memandangkan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen.

"Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka?

"Jika tidak puas hati failkan petisyen pilihan raya melalui saluran yang sahih, bukan dengan ke medan debat atau ke jalanan...SPR punya segala bukti tetapi kami perlu menghormati tempoh 21 hari petisyen," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata debat juga akan menyebabkan subjudis berlaku kerana pihak masing-masing tentunya akan berdebat perkara yang terkandung dalam hujah-hujah petisyen pilihan raya.

"Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat...dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, tindakan seorang pemuda dari Kuantan yang cuba memperlekeh sistem pilihan raya dengan keluar mengundi dua kali, memakan diri apabila lelaki itu boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pilihan Raya.

Wan Ahmad berkata pemuda itu jelas melanggar dua kesalahan iaitu cubaan mengundi dua kali dan membawa keluar kertas undi yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan hilang hak mengundi selama lima tahun, jika disabit kesalahan.

"Saya cukup kasihan dengan budak itu, dia rasa perbuatan dia begitu berani dan seronok sedangkan dia tidak sedar dia diperalatkan oleh orang politik.

"Kalaupun dia menyesal sudah tidak berguna, dia tidak boleh nafikan lagi kerana pengakuannya telah tercatit di bawah aduan polis...inilah akibatnya apabila hendak cuba menipu sistem pilihan raya," katanya.

Beliau berkata polis perlu menyiasat tuduhan pemuda berkenaan kerana banyak perkara yang diceritakannya adalah tidak masuk akal, wujud persoalan dan boleh dipertikaikan kebenarannya.

"Bagaimana dia boleh masuk untuk mengundi dua kali sedangkan nama telah dipotong dan bagaimana dia dapat bawa kertas undi itu keluar sedangkan banyak mata yang melihat dan proses yang ketat dijalankan bagi memastikan tiada kertas dibawa keluar...ini perkara yang perlu disiasat.

"Ini kes yang menarik, adakah dia berbohong?...SPR cukup berminat hendak lihat apa hasil siasatan polis dan kami akan beri kerjasama pada polis untuk memberikan penjelasan yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat 'post mortem' dalaman yang terperinci untuk melihat kelemahan, penambahbaikan dan perkara-perkara lain yang perlu dikaji.

Beliau berkata beberapa perkara teknikal yang terlepas pandang seperti teknik menggunakan dakwat kekal yang perlu digoncang setiap dua jam akan turut dijadikan pengajaran.

"Insiden dakwat telah berlaku jadi kami belajar dari kesilapan...kami terlalu fokus kepada menyimpan dakwat di lokasi selamat iaitu di lokap polis dan merahsiakan warna dakwat kerana hendak mengelakkan sabotaj pilihan raya hingga terlupa hendak baca dengan teliti cara penggunaan dakwat itu.

"Kami mungkin juga akan menambah lagi bilik-bilik darjah bagi mengatasi masalah beratur panjang ketika hari mengundi," katanya. - Bernama
Surat terbuka KJ
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2013
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
Berikut adalah surat terbuka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kepada sebuah media  antarabangsa, The Economist bagi pihak kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas berhubung liputan berita media terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

TUAN - Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah negara ini.

Proses pilihan raya ini turut dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang telah menggesa semua pihak untuk menerima keputusan lalu.

Namun, berbeza dengan laporan anda yang bertajuk("Tawdry victory",  11 May 2013) dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini tidak satu pun bukti untuk menyokong apa-apa tuntutan penipuan pilihan raya atau luar aturan.

Dakwaan yang mengatakan terdapat warga asing yang telah dibayar sebagai "pengundi hantu" telah dibuktikan palsu apabila tidak ada satu pun kes yang direkodkan pada hari mengundi.

Semua kertas undi telah disemak dan dikira di hadapan wakil-wakil dari semua parti yang bertanding. Jika terdapat mana-mana bukti penipuan, pihak kerajaan menggalakkan parti yang berkaitan untuk memfailkan petisyen di mahkamah bagi membolehkan proses pengadilan dilakukan.

Bagaimanapun, Anwar menolak untuk menerima keputusan pilihan raya kerana mempunyai cita-cita peribadi sepanjang hayat beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Presiden parti beliau sendiri dan rakan-rakan perundangan beliau turut telah menggesa beliau menerima keputusan itu.

Mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua-ketua kerajaan negeri di mana mereka menang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tampil ke hadapan untuk perdamaian nasional.

Beliau akan mengutamakan pembaharuan utama yang dijanjikan sebelum pilihan raya untuk memastikan Malaysia menjadi negara dibangunkan menjelang 2020 seiring dengan amalan demokrasi matang dan liberal.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
Putrajaya, Malaysia

Nota : The Economist merupakan media mingguan berbahasa Inggeris yang menerbitkan laporan mengenai hal ehwal antarabangsa yang memberi tumpuan kepada berita politik antarabangsa dan berita perniagaan dan pendapat dan dimiliki oleh akhbar The Economist Ltd yang beribupejabat di London.

 Perbandingan Aqidah Antara ASWJ & Syiah
Posted on Friday, May 24 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: al-bahanj

"

Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:



Ahli Sunnah Wal Jama`ah
Syi`ah
1
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan.
Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng.
2
Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang dating dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.
Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.
3
Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.
Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah.
4
Sunnah Nabi adalah apa sahaja yang dating daripada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam samada dalam bentuk percakapan, perbuatan atau pun taqrir.
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman ALLAH Ta`ala dan sabda Nabi.  Meriwayatkan daripada Imam 12 sama seperti meriwayatkan hadith Nabi kerana Imam 12 dianggap maksum.
5
Syariat Islam telah sempurna.
Beri`tiqad bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan sebahagian syariat sahaja.  Dan sebahagian lagi disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali.
6
Menerima periwayatad dari para Sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in kerana mereka adil dan thiqah (sangat dipercayai).
Menolak periwayatan para Sahabat.  Syiah beri`tiqad bahawa para Sahabat adalah penipu, contohnya Abu Hurairah.
7
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain.
Tidak menerima kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah mereka.
8
Berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ sebagai prisip asas kepada syariat Islam.
Tidak percaya dengan Ijma` sama ada dari para Sahabat atau selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.
9
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah, para ambiya’ dan Rasul-rasul terdahulu.
Mereka beri`tiqad bahawa Imam-imam Syiah adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah.  Imam-imam Syiah tidak akan berdosa samada sengaja atau tidak sengaja.
10
Mukjizat yang dianugerahkan ALLAH kepada para Rasul dan Nabi-nabi adalah satu bukti tentang kebenaran.
Mukjizat hanya untuk para Imam Syiah.  Mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi.
11
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan ALLAH.
Para Imam Syiah mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab dari mereka akan ilmu-ilmu apa yang ada di langit, di bumi, di Syurga dan di Neraka.

Brochure terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dimaksudkan:  [KLIK]
Ternyata daripada senarai di atas, perbezaan antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dengan Syi`ah adalah dalam soal pokok agama iaitu dalam perkara aqidah.  Dan perbezaan dalam soal aqidah tidak boleh kita pandang ringan dan remehkan.  Ummat Islam mesti disedarkan bahawa Syi`ah adalah suatu aliran yang sesat dan jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Lain-lain penjelasan di blog ini mengenai kesesatan Syiah boleh dibaca di pautan berikut, in shaa’ ALLAH:
  1. Penjelasan JAKIM tentang fahaman Syiah
  2. Video Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan Syiah
  3. Video Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah
  4. Pautan-pautan lain mengenai Syiah
Semoga kita semua dikurniakan ALLAH Ta`ala akan hidayah dan taufiqNYA, amin…
- muzir.wordpress.com

*Sumber:  http://muzir.wordpress.com/2013/05/23/perbandingan-aqidah-aswj-syiah/


 Apakah ada kemungkinan PAS bergabung dengan UMNO?
Posted on Friday, May 24 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,,.
Beberapa hari lepas seorang sahabat berbangsa cina bertanya saya, apakah ada kemungkinan PAS akan bergabung dengan UMNO? Soalan ini datang dari seorang berbangsa cina yang  tidak faham kalau saya katakan tidak mungkin kerana PAS dan UMNO berbeza pandang alam tentang kehidupan, PAS mahukan petunjuk dan panduan ugama sedangkan UMNO berideologi nasionalist  yang memisahkan panduan agama dalam soal soal pengurusan dunia.

Jadi agak sukar bagi saya menerangkan perbezaan yang diibaratkan seperti minyak dan air yang tidak mungkin bercampur. Sebelum saya menjelaskan apakah jawaban saya, saya ingin menarik perhatian tentang kebimbangan setengah orang orang cina mengenai kemungkinan bergabungannya PAS dan UMNO yang saya faham dari soalan sahabat yang turut memberi undi kepada PAS semasa PRU 13 lalu.

Saya agak terkejut sebenarnya kerana ada juga orang cina yang bimbang dengan kemungkinan penggabungan PAS UMNO.Saya juga teringat kata kata seorang orang kuat kepada YB Wan Hakim ADUN Air Putih, Kemaman yang pernah mengatakan kepada saya, satu hari mung(PAS) akan bergabung jugak dengan aku(UMNO) kerana dok kang mung nok tengok cina memerintah Malaysia.Lalu saya jawab, boleh bergabung tapi syaratnya mung kena terima hukum dulu!
Berbalik kepada soalan sahabat cina itu, saya mendapat idea untuk menjelaskan bagaimana seorang perompak yang merompak rumah kita kemudiannya datang untuk berdamai meminta  kita lupai semua harta yang pernah dirompaknya.Kalau mereka datang untuk mengakui kesalahan mereka dan memulangkan semua harta yang dirompak mungkin boleh diterima tetapi mereka hanya datang  untuk berdamai dan bergabung tanpa sediktipun menyebut tentang harta yang dirompak itu, apakah beliau sahabat cina yang pernah tinggal sebilik dengan saya di hotel ketika menghadiri kursus di MII dulu fikir orang yang dirompak itu akan setuju berdamai? Beliau lalu mengangguk kepala tanda faham.
Itulah jawaban saya yang akhirnya dapat  juga menghilangkan kerunsingan sahabat cina dengan langsung tidak mengajukan soalan tambahan seperti bagaimana perompak itu datang sambil mengaku kesalahan mereka dan meyerahkan semula hasil rompakan.Saya bersedia untuk menjawab soalan itu seperti mana jawaban saya kepada  kepada orang kuat Wan Hakim tapi dalam versi jawaban kepada bukan Islam.Namun sahabat cina saya tidak melanjutkan soalannya tanda beliau faham siapa UMNO dan siapa PAS.
Apa yang menyedihkan saya ialah orang melayu Islam yang masih ramai mempunyai otak yang beku yang masih beranggapan PR tidak boleh   mentabdir negara kerana penguasaan cina melalui DAP akan mengecilkan suara melayu.Pada mereka yang telah dibekukan otak otak mereka oleh UMNO, DSAI hanya boneka kepada DAP.Gambaran ini boleh saya nampak dari seorang JKK Kg. Berenjut yang datang berurus niaga dengan saya selepas PRU.Walaupun beliau banyak komplain mengenai harga yang tinggi tetapi masih menyebelahi UMNO kerana katanya kalau PRK (maksudnya PR) memerintah keadaan lebih teruk.
Malang kerana beliau tidak mendengar tawaran PR dan langsung tidak peduli dengan pengkinatan UMNO memberi taraf kerakyatan yang mudah kepada warga asing dan lebih teruk, beliau setuju dan sokong semua penipuan pilihanraya yang dilakukan UMNO.Peliknya beliau sungguh sungguh mahu melihat orang melayu berjaya dalam bidang perniagaan sehingga mencadangkan agar saya meluaskan perniagaan saya tapi bagaimana mahu berjaya kalau otak dah beku?
Lebih malang kerana saya tidak dapat memberikan sedikit input kepada beliau kerana otaknya sudah ditutup tidak seperti sahabat cina yang jauh lebih terbuka untuk mendengar penjelasan mengenai perkara yang dibimbanginya.Barangkali inilah perbezaan ketara antara orang cina dan melayu  yang dirosakkan UMNO.Saya ada pengalaman berdebat dengan sahabat UMNO ketika berkempen melalui sms dan dari pengalaman itu saya dapati otaknya sudah teruk dirosakan oleh BTN sehingga beliau tidak dapat berfikir dengan waras lagi walaupun beliau seorang graduan.Sedih memikirkan perkara ini, bangsaku sedang dirosakkan oleh UMNO. 

 Transformasi dan Transnasional , ujian dalan kejadian
Posted on Friday, May 24 @ 11:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: HishamAhmad

"Sabtu 18-5-2013, menghampiri jam 6 petang di Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TS-BTS). Saya bersama ibu, bapa, isteri dan 5 orang anak menaiki bas untuk pulang ke Melaka. Sudah terlalu lama saya tidak menaiki bas bagi satu perjalanan, dekat atau jauh. Ini kali kedua saya berada di sini.

Pusat perhentian (Bas) ini memang canggih dan cantik. Saya tidak tahu mana satu bas hendak dipilih. Kaunter tiket banyak. Saya memilih kaunter Transnasional. Seperti ada unsur nostalgia.

Kami bertolak pukul 6 petang. Keadaan dalam bas selesa. Penumpang tidak ramai. Selain kami 9 orang, terdapat sekitar 5-6 orang lain. Anak-anak saya bergembira ‘menguasai’ kerusi-kerusi kosong di bahagian belakang. Tiada apa-apa video dipasang melainkan kedengaran lagu berbentuk hiburan biasa.

Apabila melepasi sempadan Melaka, dalam keadaan menghampiri waktu maghrib atau telah melepasi sedikit waktu maghrib… isteri saya berbisik kepada saya bahawa dia terdengar pemandu bercakap dalam telefon mengenai bas rosak. Saya memerhatikan keluar dan kedepan. Oh, baru disedari, bas bergerak terlalu perlahan. ‘Tenaga’ dalamnya bagai diperah untuk menggerakkan ‘badan’ yang besar. Namun bas tetap terus dipandu. Beberapa penumpang lain juga kelihatan merasa curiga. Namun pemandu tidak memberi apa-apa makluman kepada kami.

Saya mengarahkan anak-anak saya yang seronok bermain dikerusi-kerusi kosong di belakang agar duduk semula di bahagian hadapan. Rasa tidak sedap hati. Lebih mudah jika hendak bersegera keluar jika situasi memaksa, fikir saya.

Tiba-tiba bas diberhentikan, isteri saya mengatakan ada banyak asap dapat dilihat daripada bahagian depan. Saya melihat dan terperanjat lalu mengarahkan semua ahli keluarga saya keluar. Suara saya yang diperkuatkan menyebabkan semua penumpang bersegera bertindak untuk turun dan keluar.

Saya tidak tahu setakat mana risiko bahaya… adakah boleh membawa kebakaran!? Tetapi seperti dikatakan’ “hope for the best prepare for the worst’.

Bayangkanlah betapa kelam-kabut untuk mengeluarkan dengan segera anak-anak yang tidak begitu kesah apa yang berlaku dan tidak merasa takut. 13 tahun, 12 tahun, 9 tahun, 7 tahun dan 3 tahun. Saya perlu mendukung anak bongsu perempuan saya turun dan keluar. Kalau berlaku apa-apa keburukan luar dugaan, saya tidak pasti sama ada saya sempat mengeluarkan mereka semua.

Alhamdulillah. akhirnya, semua selamat keluar. Apa yang pasti pemandu dan keluar dahulu.

Bas besar tersadai di tepi jalan, lorong kecemasan. Kami juga tersadai di tepi jalan tidak jauh dari depan bas. Disebelahnya curam yang tidak tahu berapa dalam. Hanya jika tergolek ke bawah barulah tahu. Keadaan makin gelap. Saya sudah lengoh mendukung anak kecil yang tidak selesa dalam keadaan yang ada. Anak 7 tahun pula memang tidak mudah duduk diam. Kenderaan besar seperti lori dan bas yang lalu-lalang ditepi/sebelah bas mewujudkan keadaan cemas. Kalau ada lori melanggar bas ini, tidak tahulah untung nasib kami. Saya teringat almarhum keluarga pemilik perniagaan Fadilat Herbs di Melaka (tak berapa pasti nama produk/syarikatnya) yang terkorban sekeluarga apabila kereta BMW baru mereka melanggar kenderaan yang dletakkan di lorong kecemasan ini. Begitulah yang saya dengar. Kesemuanya meninggal dunia.

Ketika ini saya sedar bahawa tidak banyak usaha yang dapat saya lakukan. Haya berserah dan berdoa. Saya pasrah dan bertawakal, menerima dan memujuk hati untuk bersedia menerima apa jua ketentuan. Namun lidah dan hati tidak berhenti mengharap kesudahan yang baik.

Sekian lama, kami dalam ‘comfort zone’. Bila keluar sahaja dari zon itu, kami di uji. Ujian tidaklah besar mana tetapi bagi kita yang sudah biasa dengan keselesaan, ia cukup menguji. Anak-anak selama ini juga berada di dalam zon selesa. Sentiasa ada ibubapa, dato dan makwe (nenek) untuk hampir semua perkara. Makan, minum, belajar, kemudahan pengangkutan ke sana sini selain tempat bermanja dan mengadu.

Saya terkenang ujian-ujian yang dilalui oleh kanak-kanak yang lain khususnya di Palestin dan Syria. Kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung. Ujian yang dihadapi tidak terbanding dan tidak dapat dirasionalkan oleh akal-budi dan rasa kemaknusian. Kita juga kekadang merasa sukar untuk menjustifikasikannya dengan logik dan fikiran munasabah. Bagaimana sebahagian manusia boleh terlalu begitu tersangat jahat dan kejam?!.

Biarpun begitu, keyakinan kita tetap teguh sesungguhnya Allah Maha Adil.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya…” (al-Muik:2)

“dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar” (al-Anfal, 8:28)

“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Ankabut 29-2)

“dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya” (Ankabut 29:69)

Kembali. Akhirnya kami semua selamat. Tidak berapa lama dalam penungguan, sebuah bas tiba dan mengambil kami. Di dalamnya dipasangkan rakaman video majlis maulud yang dipenuhi pelbagai selawat atas nabi s.a.w. Antara yang menjadi pilihan ialah

“Ya hana na..” yang bermaksud “alangkah beruntungnya kami”…

Oh, hampir saya terlupa. Terdapat satu perkara yang menjadi kemusykilan ialah tentang isu ‘code and conduct’ seorang pemandu atau protokol keselamatan. Sekiranya bas tidak lagi selamat di pandu atau apabila di dapati ada masalah pada bas, mengapa tidak segera berhenti pada tempat yang selamat? Mengapa terus dipandu sehingga sampai berasap … dan akhirnya tempat diberhenti sangat tidak sesuai dan berisiko ?

Perkara ini perlu diperjelaskan oleh pihak Transnasional segera.

Transnasional perlu lakukan transformasi, jika tidak mereka terdedah kepada liabiliti.

Untuk detail dan lain maklumat, visit hisham-ahmad.blogspot.com"


 Anak Samy Vellu Kutuk Keras Penangkapan Keatas Tian Chua, Haris Ibrahim Dan Tamr
Posted on Friday, May 24 @ 11:35:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"ANAK SAMY VELLU KUTUK KERAS PENANGKAPAN KEATAS TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DAN TAMRIN TUN GHAFAR DIBAWAH AKTA HASUTAN SEDANGKAN PEMIMPIN PERKASA DAN UTUSAN BEBAS UNTUK LAKUKAN APA SAJA TANPA SEBARANG TINDAKAN!!!!

Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.

Anak DS Samy Vellu, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.

Ketiga-tiga mereka telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.

Vell Paari berkata tangkapan akan menyemarakkan kemarahan orang ramai dan rakyat kepada pihak berkuasa dan persepsi akan terbentuk dan akan dilihat sebagai mengamalkan double standard apabila ia datang untuk menguatkuasakan Akta Hasutan.

"Walaupun orang-orang seperti [pemimpin Perkasa] Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin dan ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah dibenarkan untuk berkeliaran bebas walaupun membuat kenyataan pembakar tentang bangsa dan agama, tokoh-tokoh pembangkang bagaimanapun dengan pantas diheret dan di cekup..

"Malah,muka depan Utusan Malaysia selepas pilihan raya umum, yang memaparkan kisah 'Apa Lagi Cina Mahu? , suatu yang menjerit hasutan tetapi pemimpin-pemimpin kita memilih untuk mempertahankan penerbitan, "kata pengarah strategi MIC.

Vell Paari berkata, perkembangan ini tidak memberikan petanda yang baik bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Info terkini layari ini kalilah™..."

Tiada ulasan: