Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA
Khairil Abdul Rahim, | 29 Mei 2013 |
KUANTAN:
Perhimpunan ‘Blackout 505’ yang dianjurkan rakyat negara ini ternyata
lebih aman daripada perhimpunan menonton perlawanan separuh akhir kedua
bola sepak Piala FA 2013.
Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat.
Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditunda.
Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.
“Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu.
“Malah jika kita lihat ada penonton yang membawa kanak-kanak dan bayi ke stadium semalam walaupun berisiko, namun tiada tindakan diambil,” katanya.
Semua media hari ini menyiarkan berita kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur semalam apabila dikatakan dihadiri penonton berlebihan dipercayai akibat penjualan tiket palsu.
Selepas pasukan Johor enggan keluar meneruskan perlawanan, berlaku pula insiden lempar melempar objek sehingga ada penonton yang tercedera dan perlawanan ditangguhkan.
Syed Ali berkata, tahun lalu penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah berceramah juga di Stadium Darul Makmur dengan dibanjiri kira-kira 75,000 orang.
“Tetapi perhimpunan itu aman,” katanya.
SEORANG menteri baru dan mana-mana pemegang jawatan baru diperhatikan akan tindakan pertamanya mengambil jawatan.
Tunku Abdul Rahman Putra semasa menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu tahun 1955 tindakan pertamanya memperkenalkan undang-undang pengayuh basikal tidak boleh berpayung.
Tindakan pertama Dr. Mahathir mula jadi Perdana Menteri membebaskan tahanan ISA yang ditangkap Tun Hussein Onn seperti Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas. Lama kemudian baru dia tangkap orang. Ramai!
Tun Abdullah Badawi pula tindakan pertamanya jadi Menteri Dalam Negeri, menyekat Harakah dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.
Kerja pertama Datuk Najib jadi Perdana Menteri, membenarkan semula Harakah terbit dua kali seminggu. Dia tidak kisah juallah Harakah di mana-mana dan kepada sesiapa.
Mari Zahid Hamidi jadi Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polisnya yang baru, langkah sulung kedua-duanya tangkap pembangkang dan rampas Harakah, KeADILan dan Roket.
Sama ada kedua-duanya berpakat atau tidak, tetapi mereka memulakan kerja dengan menangkap orang yang pada mereka ada salahnya. Empat tahun Najib jadi Perdana Menteri dengan dua KPN, Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ismail Omar, tidak dipedulikannya kepada siapa Harakah dijual dan diedar. Tak perasan dia ada menangkap pembangkang.
Tak sampai sepuluh hari Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, kurang seminggu dia ada KPN baru, ditangkapnya tiga aktivis pembangkang termasuk Tamrin Ghafar dan Tian Chua atas nama undang-undang. Ketika sama mereka rampas Harakah dll kerana langgar undang-undang.
Begitu banyak jenayah dan pelanggaran undang-undang yang menyebabkan kematian, hilang harta benda, melari anak dan membuang anak, mengedar dadah dll, yang mereka dulukan menyerbu Harakah dari pengedarnya. Benda-benda yang lebih besar tidak didulukan, penjualan Harakah secara terbuka yang diutamakan.
Ditanya Zahid tentang kejadian itu, katanya dia tidak tahu kerana ia tindakan polis. Sama ada polis maklumkan tindakan mendulukan benda yang boleh dikemudiankan, tindakan polis itu dilihat mencerminkan dasar dan sikapnya. Tanggungjawab dan akauntibiliti tetap kepadanya.
Polis ada kuasa tangkap sesiapa; sindiket dadah, tipu dll tetapi polis tentu maklumkan kepada menteri terhadap tindakan yang melibatkan politik. Silap polis tangkap perompak dan penyamun tidak banyak melibatkan sikap menteri, tetapi tindakan tepat menangkap orang politik tetap menyentuh kebijaksanaan menteri.
Jika tangkapan ke atas Tamrin dan Tian Chua itu menyebabkan kerajaan dan menteri boleh dicerca, maka menterilah yang lebih banyak dicerca. Dr. Mahathir boleh salahkan Tan Sri Rahim Nor kerana mempelupuh Anwar Ibrahim sampai pengsan, walaupun Rahim Nor pikul akibatnya, tetapi tetap Mahathir dipersoal atas kekejaman Rahim itu.
Saya tidak mahu menyamakan Zahid dengan Dr. M dan KPN baru dengan Rahim Nor, tetapi mereka telah memulakan tugasnya penuh kontroversi. Payah hendak membela mereka terutama semasa kerajaan, pemimpinnya dan polis dipertikai oleh banyak pihak.
Kedua mereka akan mengambil masa untuk menjadi pemimpin dan pegawai mesra rakyat kerena memerka memilih tindakan yang tidak popular sebagai tindakan pertama. Mahathir dan Tun Hanif Omar sebagai KPN banyak tangkap orang di bawah ISA terutama peristiwa Operasi Lallang dan Memali. Tetapi dia memulakan tugas PM dengan membebas tahanan ISA yang membabitkan dakwaan komunis.
Berita dari Sinar Harian
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
Tahniah syabas dan kepada kesemua Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (AP) dan tidak kira mana-mana
parti asalkan mereka ini disahkan sebagai Ahli Yang Berhormat yang
dipilihkan dan diamanahkan oleh rakyat negara Malaysia yang tercinta
ini. Jika bukan kerana ketokohan dan jasa mereka, mana mungkin rakyat
memilih mereka untuk wakilkan bagi pihak mereka berjuang untuk
kepentingan rakyat dan berani pula bersuara apabila berada di Dewan
Undangan Negeri atau pun di Dewan Rakyat.
Masing-masing telah menerima watikah dan rakyat Malaysia sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu sejauh mana mereka yang diamanahkan sebagai wakil kepada rakyat ini akan berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Kita mahu lihat mereka yang dipilih ini banyakkan berkerja daripada banyaknya bercakap dan kita tidak mahu mereka ini hilang entah ke mana hingga jarang hadiri sidang Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri, malah jarang pula berada di pejabat untuk urusan bersabit dengan masalah rakyat kerana perkara ini sering menjadi rungutan kepada pengundi yang mengharapkan kepimpinan mereka ini dimasa-masa lalu.
Perlu ingat anda dipilih oleh rakyat untuk diamanahkan dan buangkan sikap aku ini 'Tuan' tetapi sematkan di minda bahawa rakyat itulah tuan yang sebenarnya dan apabila ada perubahan sebegitu barulah adanya kesefahaman dan hubungan antara wakil rakyat dengan rakyat. Buang sifat ego, bersederhanalah, jangan berlagak dengan kereta mewah masuk ke kampung dan apabila melawat pula hanya beberapa minit sahaja kemudian berlalu dari situ.
Para Yang Berhormat juga akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat kerana rakyat pada zaman ini terdiri daripada bijak pandai dan berilmu. Bercakap biarlah jujur dan ikhlas serta apa juga penyelewangan dan salah laku walaupun sedikit bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat biasa tetapi oleh parti lawan. Oleh yang demikian berhati-hatilah kerana menjadi wakil rakyat ini bukannya mudah kerana banyak dugaan dan rintangan perlu ditempuhi dan kadangkala kena fitnah pula.
Apabila anda diamanahkan bererti anda menjalankan kewajipan yang dituntut oleh agama dan oleh yang demikian turunlah kepadang selalu melihat sendiri apa juga permasalahan rakyat serta bermesralah dengan mereka dan buatlah apa yang termampu demi untuk kebaikan dan kebajikan penduduk. Kalau di England atau di Australia, Jepun, Korea serta di negara maju yang lain, pemimpin dan menteri tidak segan silu pergi tempat kerja mereka sekali sekala menaiki kenderaan awam saperti LRT ataupun bas dan berjalan kaki ditempat-tempat awam bertujuan melihat sendiri situasi di sekeliling mereka dan merasakannya sendiri apabila anda meletakkan diri anda sebagai orang biasa. Dari situlah anda memahami naluri dan menjiwai jiwa rakyat itu nanti.
Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman".
Protes mesti dibuat sebagai menunjukkan kita tidak rela dengan penipuan dan penyelewingan. Islam tidak benarkan negara ditadbir oleh mereka yang menang secara menipu.
PAS sudah menyertai pilihanraya sejak diperkenalkan di negara ini pada tahun 1955. Kerana ini adalah wasilah PAS untuk mendapatkan kuasa, supaya Islam dapat dijadikan cara hidup yang lengkap. Tanpa kuasa PAS hanya boleh menyeru tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan idealisma perjuangan parti.
Oleh itu menjadi calon di dalam PAS adalah amanah, bukan kemuliaan. Apabila menjadi calon, ia bukan bertanding atas tiket peribadi tetapi atas nama jamaah. Ia menjadi duta PAS. Tingkah laku dan tutur kata diperhati oleh orang ramai kerana ia mewakili parti yang menjadikan Islam sebagai dasar.
Oleh itu menjadi calon bukan pilihan individu. Melobi meminta menjadi calon merupakan pantang larang di dalam PAS. Orang yang hendak sangat menjadi calon, inilah senarai pertama yang akan ditendang daripada senarai.
Restu daripada majoriti ahli dan organ parti merupakan perkara asas untuk menjadi calon. Kerana kita bertanding atas lambang parti. Menang kalah kita bersama dengan parti. Jangan sama sekali kita takbur kepada jentera parti. Kononnya menang kerana popular peribadi kita, bukan faktor jentera. Jika mempunyai sifat ini, ia akan mendatangkan musibah kepada jamaah.
Bukan senang untuk menjadi calon PAS. Ia memerlukan kekuatan fizikal, spritual dan mental. Terutama untuk menghadapi serangan musuh dan media yang sarat dengan fitnah. Terpaksa menghadapi memokan masyarakat, ahli keluarga yang tidak sealiran.
Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah orang yang bersama dengan para Anbiya' di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan. Masyarakat akan fokus kepada kita, kerana kita mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka akan menilai apakah orang PAS bercakap serupa dengan bikin. Ada atau tidak kelainan (tamayyuz) dengan pihak musuh. Segala tingkah laku, perkataan, pakaian, ahli keluarga, cara hidup semuanya dinilai oleh kawan dan lawan.
Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. Penyakit riya', suma'ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.
Ujian bagi mereka yang kalah, bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima' (bersama) jamaah. Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan. Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah: "Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah".
Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung. "Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan perjuangan dan mengakhiri perjuangan."
Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat.
Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditunda.
Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.
“Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu.
“Malah jika kita lihat ada penonton yang membawa kanak-kanak dan bayi ke stadium semalam walaupun berisiko, namun tiada tindakan diambil,” katanya.
Semua media hari ini menyiarkan berita kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur semalam apabila dikatakan dihadiri penonton berlebihan dipercayai akibat penjualan tiket palsu.
Selepas pasukan Johor enggan keluar meneruskan perlawanan, berlaku pula insiden lempar melempar objek sehingga ada penonton yang tercedera dan perlawanan ditangguhkan.
Syed Ali berkata, tahun lalu penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah berceramah juga di Stadium Darul Makmur dengan dibanjiri kira-kira 75,000 orang.
“Tetapi perhimpunan itu aman,” katanya.
Tugas pertama Zahid, KPN baru tangkap
Subky Latif, | 29 Mei 2013 |
Tunku Abdul Rahman Putra semasa menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu tahun 1955 tindakan pertamanya memperkenalkan undang-undang pengayuh basikal tidak boleh berpayung.
Tindakan pertama Dr. Mahathir mula jadi Perdana Menteri membebaskan tahanan ISA yang ditangkap Tun Hussein Onn seperti Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas. Lama kemudian baru dia tangkap orang. Ramai!
Tun Abdullah Badawi pula tindakan pertamanya jadi Menteri Dalam Negeri, menyekat Harakah dari dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.
Kerja pertama Datuk Najib jadi Perdana Menteri, membenarkan semula Harakah terbit dua kali seminggu. Dia tidak kisah juallah Harakah di mana-mana dan kepada sesiapa.
Mari Zahid Hamidi jadi Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polisnya yang baru, langkah sulung kedua-duanya tangkap pembangkang dan rampas Harakah, KeADILan dan Roket.
Sama ada kedua-duanya berpakat atau tidak, tetapi mereka memulakan kerja dengan menangkap orang yang pada mereka ada salahnya. Empat tahun Najib jadi Perdana Menteri dengan dua KPN, Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ismail Omar, tidak dipedulikannya kepada siapa Harakah dijual dan diedar. Tak perasan dia ada menangkap pembangkang.
Tak sampai sepuluh hari Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, kurang seminggu dia ada KPN baru, ditangkapnya tiga aktivis pembangkang termasuk Tamrin Ghafar dan Tian Chua atas nama undang-undang. Ketika sama mereka rampas Harakah dll kerana langgar undang-undang.
Begitu banyak jenayah dan pelanggaran undang-undang yang menyebabkan kematian, hilang harta benda, melari anak dan membuang anak, mengedar dadah dll, yang mereka dulukan menyerbu Harakah dari pengedarnya. Benda-benda yang lebih besar tidak didulukan, penjualan Harakah secara terbuka yang diutamakan.
Ditanya Zahid tentang kejadian itu, katanya dia tidak tahu kerana ia tindakan polis. Sama ada polis maklumkan tindakan mendulukan benda yang boleh dikemudiankan, tindakan polis itu dilihat mencerminkan dasar dan sikapnya. Tanggungjawab dan akauntibiliti tetap kepadanya.
Polis ada kuasa tangkap sesiapa; sindiket dadah, tipu dll tetapi polis tentu maklumkan kepada menteri terhadap tindakan yang melibatkan politik. Silap polis tangkap perompak dan penyamun tidak banyak melibatkan sikap menteri, tetapi tindakan tepat menangkap orang politik tetap menyentuh kebijaksanaan menteri.
Jika tangkapan ke atas Tamrin dan Tian Chua itu menyebabkan kerajaan dan menteri boleh dicerca, maka menterilah yang lebih banyak dicerca. Dr. Mahathir boleh salahkan Tan Sri Rahim Nor kerana mempelupuh Anwar Ibrahim sampai pengsan, walaupun Rahim Nor pikul akibatnya, tetapi tetap Mahathir dipersoal atas kekejaman Rahim itu.
Saya tidak mahu menyamakan Zahid dengan Dr. M dan KPN baru dengan Rahim Nor, tetapi mereka telah memulakan tugasnya penuh kontroversi. Payah hendak membela mereka terutama semasa kerajaan, pemimpinnya dan polis dipertikai oleh banyak pihak.
Kedua mereka akan mengambil masa untuk menjadi pemimpin dan pegawai mesra rakyat kerena memerka memilih tindakan yang tidak popular sebagai tindakan pertama. Mahathir dan Tun Hanif Omar sebagai KPN banyak tangkap orang di bawah ISA terutama peristiwa Operasi Lallang dan Memali. Tetapi dia memulakan tugas PM dengan membebas tahanan ISA yang membabitkan dakwaan komunis.
Piala FA: Aksi kucing 'ganti' perlawanan Pahang vs JDT
http://www.hariankini.com, | 29 Mei 2013 |
Piala FA 2013: Siaran langsung kucing berak 'ganti' perlawanan Pahang vs JDT
By Admin - Rabu, 29 Mei 2013
Hariankini.com -- Perlawanan antara
pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir
kedua Piala FA awal malam tadi di Stadium Darul Makmur terpaksa
dibatalkan gara-gara kekecohan hampir 7,000 orang memenuhi kawasan trek
stadium akibat limpahan penonton memasuki stadium melebihi kapasiti
sebenar.
[Tonton video di bawah artikel]
Stadium yang berkapasiti 35,000 itu telah dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan kerana dilaporkan wujud penonton yang memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, ada juga laporan wujud
provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sehingga ada beberapa
penonton yang tercedera akibat balingan objek keras dari luar stadium.
Kerana bimbangkan keselamatan, pihak pengurusan perlawanan terpaksa
menangguhkan perlawanan yang dilaporkan akan diadakan di stadium
berkecuali tanpa penonton.
Namun apa yang menggelikan hati, para penonton di rumah yang menonton melalui Astro Arena 801 untuk siaran langsung perlawanan berkenaan telah disajikan dengan siaran 'gantian' iaitu aksi seekor kucing sedang melakukan aksi 'akrobatik' membuang najis di tengah padang.

Video di sini
# Harakahdaily tidak
bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali
blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA
http://www.ekeleh.com, | 29 Mei 2013 |
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
Seorang penonton terkena objek terbang
Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!!Nasihat untuk wakil rakyat
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Masing-masing telah menerima watikah dan rakyat Malaysia sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu sejauh mana mereka yang diamanahkan sebagai wakil kepada rakyat ini akan berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Kita mahu lihat mereka yang dipilih ini banyakkan berkerja daripada banyaknya bercakap dan kita tidak mahu mereka ini hilang entah ke mana hingga jarang hadiri sidang Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri, malah jarang pula berada di pejabat untuk urusan bersabit dengan masalah rakyat kerana perkara ini sering menjadi rungutan kepada pengundi yang mengharapkan kepimpinan mereka ini dimasa-masa lalu.
Perlu ingat anda dipilih oleh rakyat untuk diamanahkan dan buangkan sikap aku ini 'Tuan' tetapi sematkan di minda bahawa rakyat itulah tuan yang sebenarnya dan apabila ada perubahan sebegitu barulah adanya kesefahaman dan hubungan antara wakil rakyat dengan rakyat. Buang sifat ego, bersederhanalah, jangan berlagak dengan kereta mewah masuk ke kampung dan apabila melawat pula hanya beberapa minit sahaja kemudian berlalu dari situ.
Para Yang Berhormat juga akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat kerana rakyat pada zaman ini terdiri daripada bijak pandai dan berilmu. Bercakap biarlah jujur dan ikhlas serta apa juga penyelewangan dan salah laku walaupun sedikit bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat biasa tetapi oleh parti lawan. Oleh yang demikian berhati-hatilah kerana menjadi wakil rakyat ini bukannya mudah kerana banyak dugaan dan rintangan perlu ditempuhi dan kadangkala kena fitnah pula.
Apabila anda diamanahkan bererti anda menjalankan kewajipan yang dituntut oleh agama dan oleh yang demikian turunlah kepadang selalu melihat sendiri apa juga permasalahan rakyat serta bermesralah dengan mereka dan buatlah apa yang termampu demi untuk kebaikan dan kebajikan penduduk. Kalau di England atau di Australia, Jepun, Korea serta di negara maju yang lain, pemimpin dan menteri tidak segan silu pergi tempat kerja mereka sekali sekala menaiki kenderaan awam saperti LRT ataupun bas dan berjalan kaki ditempat-tempat awam bertujuan melihat sendiri situasi di sekeliling mereka dan merasakannya sendiri apabila anda meletakkan diri anda sebagai orang biasa. Dari situlah anda memahami naluri dan menjiwai jiwa rakyat itu nanti.
Usah cemarkan kemurnian sambutan Hari Guru
‘Atiqah Syairah Shaharuddin, |
Negara
dihangatkan dengan video sambutan hari guru di sebuah sekolah menengah
di Subang yang mempersembahkan Bobo bersama beberapa orang guru dalam
salah satu slot persembahan.
Isu ini adalah sangat membimbangkan kerana sebagai salah seorang ikon yang terlibat dalam pembentukan modal insan para pelajar, sebarang aktiviti yang tidak membina nilai diri ini hanya akan membantutkan proses pendidikan di Malaysia.
Sebagai salah seorang guru, saya melihat proses penerimaan anak-anak murid kepada guru itu memerlukan para guru untuk menggunakan pendekatan yang interaktif. Namun demikian, ini bukan alasan untuk kita menggunakan kaedah yang sewenang-wenangnya dan menyebabkan para pelajar keliru untuk mengambil nilai-nilai ilmu dari sosok seorang guru.
Pada hemat saya, guru tidak sepatutnya jadi seperti sebatang jarum. Menjahit segala jenis pakaian, tetapi dirinya sendiri sedang ‘tidak berpakaian’. Demikian juga kita sebagai seorang pendidik, jangan hanya sibuk mencurahkan ilmu dalam masa yang sama kita berkelakuan seperti orang yang tidak memiliki ilmu. Cadangan supaya setiap guru dapat mengikuti kelas-kelas kemahiran bersosial yang mana kita dapat mempelajari kaedah mendekati para pelajar dalam masa yang sama masih di landasan adab, budaya dan agama.
Saya berharap supaya pihak yang bertanggungjawab dapat melihat isu ini sebagai isu serius untuk ditangani. Dalam misi membangunkan agenda pendidikan negara, setiap pihak harus memainkan peranan secara proaktif. Perkara terakhir yang para pelajar perlukan adalah suasana kebanjiran idola tetapi kemarau tauladan dalam kalangan orang-orang dewasa di sekitar mereka.
Guru : 1 Aspirasi, 1 Agenda,
Penulis ialah Exco Latihan dan Pembangunan PKPIM.

Kalah menang adalah tarbiah
Ustaz Idris Ahmad, | 28 Mei 2013 |
Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman".
Protes mesti dibuat sebagai menunjukkan kita tidak rela dengan penipuan dan penyelewingan. Islam tidak benarkan negara ditadbir oleh mereka yang menang secara menipu.
PAS sudah menyertai pilihanraya sejak diperkenalkan di negara ini pada tahun 1955. Kerana ini adalah wasilah PAS untuk mendapatkan kuasa, supaya Islam dapat dijadikan cara hidup yang lengkap. Tanpa kuasa PAS hanya boleh menyeru tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan idealisma perjuangan parti.
Oleh itu menjadi calon di dalam PAS adalah amanah, bukan kemuliaan. Apabila menjadi calon, ia bukan bertanding atas tiket peribadi tetapi atas nama jamaah. Ia menjadi duta PAS. Tingkah laku dan tutur kata diperhati oleh orang ramai kerana ia mewakili parti yang menjadikan Islam sebagai dasar.
Oleh itu menjadi calon bukan pilihan individu. Melobi meminta menjadi calon merupakan pantang larang di dalam PAS. Orang yang hendak sangat menjadi calon, inilah senarai pertama yang akan ditendang daripada senarai.
Restu daripada majoriti ahli dan organ parti merupakan perkara asas untuk menjadi calon. Kerana kita bertanding atas lambang parti. Menang kalah kita bersama dengan parti. Jangan sama sekali kita takbur kepada jentera parti. Kononnya menang kerana popular peribadi kita, bukan faktor jentera. Jika mempunyai sifat ini, ia akan mendatangkan musibah kepada jamaah.
Bukan senang untuk menjadi calon PAS. Ia memerlukan kekuatan fizikal, spritual dan mental. Terutama untuk menghadapi serangan musuh dan media yang sarat dengan fitnah. Terpaksa menghadapi memokan masyarakat, ahli keluarga yang tidak sealiran.
Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah orang yang bersama dengan para Anbiya' di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan. Masyarakat akan fokus kepada kita, kerana kita mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka akan menilai apakah orang PAS bercakap serupa dengan bikin. Ada atau tidak kelainan (tamayyuz) dengan pihak musuh. Segala tingkah laku, perkataan, pakaian, ahli keluarga, cara hidup semuanya dinilai oleh kawan dan lawan.
Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. Penyakit riya', suma'ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.
Ujian bagi mereka yang kalah, bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima' (bersama) jamaah. Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan. Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah: "Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah".
Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung. "Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan perjuangan dan mengakhiri perjuangan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan