Posted on Tuesday, May 28 @ 09:31:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Dr Rashidi
Salam. Ini adalah bahagian kedua untuk pembaca di tranungkite ....... Agak menarik juga hasil dari komen-komen pada bahagian 1 yang menyatakan aku ni balaci UMNO ataupun lebih tepat lagi sebagai agen UMNO. Malahan terdapat juga komen yang terlebih ekstrim menyatakan dalam arus politik ini tiada pemerhati.
Sekali lagi aku tegaskan seperti dahulu bahawa aku ini bukan ahli PAS. Aku adalah pemerhati dalam arus dan kancah politik perdana negara . Lantaran itu aku akan melihat dan memerhati setiap detik dan perkara yang berlaku dalam arena poltik yang melibatkan semua pihak di negara ini.
So
sebagai pemerhati poltik ...... ini adalah edisi kedua aku yang akan
mengutarakan dan mengupas secara peribadi tanpa melibatkan mana-mana
pihak .Di mana kupasan ini secara lebih dekat kepada beberapa isu yang
aku sebutkan secara rambang dalam penulisan terdahulu terutamanya
aspek perpecahan dalaman PAS Kedah serta isu-isu sampingan yang menjadi
faktor tumbangnya sebuah kerajaan adil dan amanah yang tidak pernah
dikecapi oleh rakyat Kedah sebelum ini.
Pembuka
bicara dan kalamku bermula peristiwa ataupun kemelut yang berlaku di
Jerlun yang melibatkan DUN Air Hitam dan Kota Seputih. Seperti yang
diwar-war oleh PAS, Ustaz Abdul Ghani Ahmad merupakan pemimpin pelapis
dalam PAS Kedah, malah menerajui PAS Kawasan Jerlun sebagai YDP. Beliau
seorang anak tempatan yang diangkat wakil rakyat pada penggal 2008 bagi
Dun Air Hitam. Dalam pemerhatian aku , Ustaz Abdul Ghani di lihat hebat
dari aspek gaya dan style penampilannya. Namum kelebihan ini belum
cukup untuk menyusup ke qalbu dan jiwa penyokong dan ahli PAS khasnya
golongan veteran. Oleh itu kedengaran gelaran seorang pemimpin yang
'kedekut', serta mempunyai senyuman yang mahal . Malahan yang paling
penting, dia sukar untuk menerima buah fikiran dan pandangan ahli.
Akibatnya, keriuhan di Jerlun pun bermula dengan angin-angin sepoi
memperkatakan pemilihan jawatankuasa PAS Kawasan telah 'disusun’. Dari sumber yang sahih, aku dijelaskan bagaimana orang-orang lama diketepikan dan melantik mereka yang hanya direstui sahaja. Aku pon tak faham apa itu maksud direstui itu.........Malah,
lebih memburukkan situasi tiba-tiba muncul satu nama( rahsia), satu
manusia ( ataupun elian kot he..he.. he.. ) yang entah datang dari
mananya telah dilantik sebagai pengendali pusat khidmat wakil rakyat
yang menjadi orang penting bagi pihak Ustaz Ghani Abdul Ghani. Yang
peliknya watak kepercayaan ini hanya muncul selepas kemenangan PRU2008 .
Malahan gosip yang lebih hangat memperkatakan individu itu bekerja bagi
pihak UMNO. Yang pastinya tuduhan itu semua tidak pernah dibuktikan,
tetapi bagi aku isu ini misteri kerana ianya tidak pernah disiasat
kesahihan samada benar atau hanya tuduhan liar kerana orang tersebut
mendapat sentiasa mendapat pembelaan. “This man” ini dikatakan amat
berpengaruh hinggakan tidak keterlaluan aku bagi perumpamaan 'putih kata dia, putih lah kata Ustaz Ghani. Hitam kata dia, hitam lah kata Ustaz Ghani'.
Selanjutnya
berbalik di Dun Kota Seputih melalui dari pemberi maklumat aku
diberitahu, tidak pernah langsung diberikan perhatian oleh Ustaz
Abdul Ghani .Ini menyebabkan ahli-ahli PAS merasa dianak tirikan.
Malahan menjelang PRU 13, berbagai cadangan penyelesaian dicadangkan,
tetapi tidak diendah oleh Ustaz Ghani selaku YDP PAS Kawasan . Malahan
lebih parah lagi aku dimaklumkan beliau membantah keras sebarang
campurtangan dari Pesuruhjaya Negeri yakni Ustaz Azizan. Klimaks nya
apabila didedahkan dalam media cetak Sinar Harian (aku lupa tarikh
terbitannya) yang terdapat beberapa markas PAS (Unit Peti Undi) bakal
ditutup dan seluruh ahli jawatankuasanya meletak jawatan. Tersentak
dengan itu baharulah Ustaz Abdul Ghani hendak bertindak untuk meredakan
keadaan, tetapi sudah terlambat kerana tempoh penyelesaian diberikan
sudahpun berlalu.
Kemelut
ini dengan jelasnya telah mewarnai corak politik tempang di Dun Kota
Seputih hingga pada saat akhir menjelang hari penamaan calon, pergolakan
masih berterusan.Yang jelas aku rasa ramai tahu episod ini ini
diakhiri dengan perletakan jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD)
serta beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Walaupun perlantikan baru
dibuat serta merta, cakap-cakap orang kedengaran iaitu jawatankuasa yang
baru dilantik tidak diiktiraf oleh PAS Kawasan Jerlun. Dari pemerhatian
dan perbualan aku dengan ahli lama PAS di situ mendapati punca kejadian
dan kesalahan menyeluruh diletakkan atas kegagalan YDP menjalankan
fungsi nya dengan memfokuskan perhatian utma kepada Dun nya sendiri
sahaja. So ........ apa kata anda?
Baiklah
seterusnya, kupasan aku seterusnya pula berkaitan calon untuk di Dun
Kota Seputih. Di mana yang jelasnya aku dapati terdapat persaingan
calon antara kehendak PAS Kawasan dan kehendak ahli di cawangan.
Situasi ini mewujudkan fenomena lobi melobi kedengaran, malahan lebih
parah sehingga ke peringkat memburukkan pesaing. Aku tidak mahu
mendetailkan situasi ini, namun difahamkan bahawa perbuatan melobi
sampai ke peringkat pusat.
Fenomena
ini juga berlaku bagi calon di Parlimen Jerlun apabila PAS Kawasan
menolak calon yang diputuskan oleh PAS Pusat dan mengemukakan calon
pilihan mereka sendiri. Aku tidak diberitahu oleh pemberi maklumat
siapa nama yang dicadangkan oleh PAS Kawasan Jerlun, tetapi dimaklumkan
bahawa pada hari mengisi borang calon di Kompleks PAS Kedah, calon
Jerlun tersebut hadir dan mengisi borang. Namun hajat mereka tidak
kesampaian kerana pada sebelah malamnya, calon yang diumumkan secara
rasminya ialah Dr Ismail bagi calon Jerlun.
Yang
pelik nya dari pemerhatian aku , setelah nama calon diwar-war dengan
rasminya, penolakan tetap berlaku di Jerlun, calon Dr Ismail tidak
diterima baik oleh pihak-pihak terbabit hingga menyebabkan ketercampurtangan
oleh Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS. Namun sedih aku lihat,
episod tempang masih lagi tidak terubat jua dan seluruh jentera di
kedua-dua Dun bergerak dalam ketempangan dan ketenatan. Malahan dari
survey aku lakukan di Dun Kota Seputih sendiri, masih ada ahli yang
bercakap mengenai calon pilihan masing-masing walaupun sehingga tempoh
kritikal sepanjang kempen. Angin situasi menjelaskan Seperti anai-anai berjalan malam hinggakan tiada siapa yang pasti siapa yang benar dan siapa yang salah.
Yang
jelasnya, aku pasti pada hari mengundi, berlakulah perbuatan khianat
sabotaj terhadap calon.Malahan di khabarkan juga pihak-pihak yang tidak
bersetuju bertindak ekstrim tidak keluar mengundi di Dun Kota Seputih
manakala di Dun Air Hitam berlaku penolakan kepada kepimpinan Ustaz
Abdul Ghani sendiri. Dr Ismail juga ditolak bukan kerana ianya calon
import, tetapi kerana dia bukan calon yang direstui dan pilhan hati
ahli.
Seterusnya pula, isu calon Dr Ismail, yang dalam PRU 2008 mewakili
Dun Alor Mengkudu. Keputusan meletakkan Dr Ismail bertanding di
Parlimen Jerlun tidak dipersetujui oleh sebahagian besar ahli
jawatankuasa PAS Kawasan Alor Setar yang mana beliaul adalah YDPnya.
Setelah nama calon diumumkan secara rasmi di Kompleks Pas, Kota Sarang
Semut secara rasmi Dr Ismail bakal bertanding di Parlimen Jerlun.
Kedengaran dengan lantang dan berani mereka mengugut untuk menutup
markas telah jelas kedengaran. Ramai ahli di peringkat pertengahan tidak
bersetuju dengan keputusan terbabit walaupun pada aku sepatutnya ia
diterima dengan positif dan yakin.
Bagi
aku bertanding di peringkat Parlimen memang bersesuaian bagi Dr Ismail
kerana latarbelakang pendidikan serta pengalaman beliau sebagai wakil
rakyat dapat digunakan sebaik mungkin. Pengalaman beliau sebagai wakil
rakyat Alor Mengkudu juga diharapkan agar dapat menambat hati penduduk
tempatan di Parlimen Jerlun jika beliau terpilih. Selain itu, latar
belakang beliau sebagai seorang doktor diharapkan dapat memberi
sumbangan besar kepada negara sekiranya PR berjaya menguasai
Putrajaya.Ini bagi pandangan peribadi aku.
Namun
aku “tershock” sedikit, apabila wujud perasaan tidak berpuas hati dan
sikap mementingkan diri sebahagian ahli PAS menyebabkan jentera
pilihanraya Dun Alor Mengkudu hampir lumpuh.Ini memang jelas setiap kali
aku meronda, jelas kelihatan majoriti ahli jawatankuasa di peringkat
atas dan pertengahan Dun Alor Mengkudu meninggalkan tugas dan fungsi
masing-masing di Alor Mengkudu tetapi YANG PELIKNYA pergi membantu
Dr Ismail di Jerlun. Lantas aku bertanyakan beberapa orang PAS adakah
mereka menolak calon yang ditentukan oleh PAS Pusat iaitu Ustaz Ahmad
Yahya?.
Jawapan
diterima agak mengelirukan dengan jawapan yang pelik mereka tidak
menolak Ustaz Ahmad Yahya, tetapi lebih suka Dr Ismail . Ini kalau jawab
periksa boleh lulus atau tidak dengan jawapan yang cukup misteri bagi
aku. Namun yang jelas dari pemerhatian aku, yang nyata situasi ini
berlaku iaitu bagaimana mungkin 'tidak menolak', tetapi pada masa yang
sama memboikot gerak kerja di Dun ketika tenaga mereka diperlukan. Hanya
satu-satunya alasan terbaik yang aku terima iaitu selama Dr Ismail
menjadi wakil rakyat di Dun Alor Mengkudu, beliau telah berjaya membina
pengaruh peribadi dan tidak membawa imej parti bersamanya.
Justeru,
pada aku sepatutnya beliau menasihati kepada para penyokongnya supaya
menerima keputusan yang dibuat tanpa beralasan dan bekerja membantu
jentera parti di Alor Mengkudu.Yang jelas ALLAH Maha Mengetahui yang
tersirat, Dr Ismail dilihat gagal walaupun mengambil peluang membawa
petugas-petugas dari Dun Alor Mengkudu membantu kempennya di Jerlun.
Walaupun kempen berjalan, pekerja-pekerja import Dr Ismail khusus dari
Alor Mengkudu dilabelkan sebagai 'lebih sudu dari kuah'
kerana nak tunjuk pandai di kampung laman orang. Keadaan ini bukan
membantu menaikkan imej Dr Ismail tetapi menjahanamkan potensi sebagi
calon di situ. Perbualan aku dengan seorang orang lama di situ dengan
nada menempelak ataupun orang Kedah kata “cenge’” berkata "macam kami tak pandai buat kerja untuk pilihanraya, datang nak tunjuk ajar kita!, yang pelik depa tinggal calon Dun depa pulak".
Ini situasi yang sebenar berlaku di Jerlun kalau anda semua mahu tahu
kenapa dan mengapa calon yang berkaliber boleh juga tewas dalam PRU 13
lalu.
Pandangan dan kupasan aku yang bukan ahli PAS, adalah hasil yang
terkumpul dari interaksi aku dengan pelbagai pihak dan kekerapan
melawat kawasan tersebut tanpa gaji. Kesimpulannya amat nyata
sepertimana yang telah aku tuliskan pada siri yang lalu iaitu apabila
keputusan peringkat tertinggi tidak dipatuhi, maka terjadilah apa yang
telah terjadi. Apabila seorang pemimpin berjalan tempang, tidak
langsungnya membuka ruang kepada ahli bawahan berlagak tempang walaupun
tidak tempang. Dan di peringkat ini, pengaruh pertentangan antara orang
nombor dua dan nombor satu dalam PAS Kedah tidak jelas mempengaruhi
kerana isunya bersifat setempat. Yang Jelas aku nak memperngatkan
kepada anda pembaca semua Tidak ada orang PAS di Dun Kota Seputih dan
Dun Air Hitam boikot atau tidak keluar mengundi hanya disebabkan marah
kepada nombor satu atau nombor dua, tetapi sebenarnya kerana masalah
tempatan mereka sendiri.
Tujuan
aku ceritakan semula adalah sebagai pendedahan kerana sudah tiada
keperluan ianya disembunyikan. Semua orang sudah maklum kejatuhan PAS
Kedah akibat masalah dalaman, tetapi ramai yang tertanya-tanya apa
masalahnya?. Yang aku tuliskan inilah sebahagian puncanya sebagai
maklumat semua. Insha-allah siri seterusnya akan menyusul
Tamrin, Haris ditahan semula
28 Mei 2013
Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali dua individu terbabit.
"Safwan Anang turut ditahan," tulis beliau.
Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam.
"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata.
Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.
Dalam perkembangan terkini, Tian juga kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi
KWSP kekal had umur 55 tahun keluar simpanan persaraan
28 Mei 2013
Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.
"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.
Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.
Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.
Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.
Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas. - Bernama
NGO desak 'bebaskan' media dari pengaruh politik
28 Mei 2013
Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mendakwa kerajaan BN selama ini telah memonopoli RTM sekaligus menafikan hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.
"Saya sendiri boikot banyak akhbar arus perdana kerana mereka tidak bebas.
“Jika pada tahun 80-an 90-an, saya boleh ditemui di media arus perdana, dan kini sebaliknya.
"Media arus perdana hari ini walaupun diboikot, namun mereka masih membuat keuntungan daripada surat khabar,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Katanya, RTM sepatutnya menjadi media kepada rakyat yang membayar cukai.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tenaganita (Women's Force) Dr Irene Fernandez mendakwa, rakyat begitu kecewa dengan media arus perdana susulan pemberitaan yang tidak telus.
Katanya tindakan boikot ini bukan sahaja dilakukan NGO malah dilakukan secara individu susulan pelbagai maklumat yang diperolehi di media sosial.
“Laporan (setengah) media arus perdana sangat mengelirukan dan ada kalanya dimanipulasikan keseluruhannya, tidak kurang pula laporan yang tidak jujur," ujar beliau.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Ho Yock Lin, tindakan boikot ini sebenarnya mencerminkan kekecewaan rakyat terhadap media yang diperalatkan oleh pihak tertentu untuk mencapai cita-cita politik.
"Mungkin kebanyakan rakyat tidak lagi mendapatkan maklumat dari media arus perdana, kerana media alternatif lebih berguna dan telus dalam setiap laporan mereka," ujar beliau.
Isu Rohingya: Akhirnya Suu Kyi bersuara
28 Mei 2013
Pengharaman itu sebenarnya mula dilaksana pada tahun 1994 tetapi menurut pegawai kerajaan, ia baru saja dikuatkuasakan dalam kawasan yang mempunyai kadar kelahiran tinggi di kawasan yang bergolak akibat ketegangan etnik melibatkan Islam dan Buddha.
Sebuah suruhanjaya turut ditubuhkan bagi menyiasat punca keganasan dan mencadangkan penggunaan pendidikan perancangan keluarga bagi menangani pertumbuhan pesat umat Islam.
Suu Kyi tidak mengesahkan lagi sama ada undang-undang ini benar-benar dilaksanakan atau tidak tetapi bertegas jika benar ia dikuatkuasakan, ianya jelas salah di sisi undang-undang.
“Jelas berlaku diskriminasi dan ia juga tidak selaras dengan hak asasi manusia,” kata Suu Kyi.
Konflik ini semakin meruncing sehingga membawa kepada pertempuran di antara kedua-dua etnik itu bermula tahun lalu.
Sebelum ini, sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi pernah dikritik kerana enggan bercakap mengenai nasib masyarakat Rohingya di negara itu.
Berikutan konflik perkauman yang berpanjangan itu, menyebabkan berpuluh-puluh ribu umat Islam Rohingya terpaksa tinggal di kem sementara.
Masyarakat Rohingya ini mempunyai lebih 800,000 orang tinggal di negara itu tetapi kerajaan tidak mahu mengiktiraf mereka sebagai warganegara.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menggambarkan mereka sebagai kumpulan minoriti Islam di barat Myanmar dan merupakan kaum minoriti yang paling teraniaya di dunia.
Najib ulang janji turun harga kereta
28 Mei 2013
"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.
Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. - Bernama
KPN pertahan tindakan tahan aktivis pembangkang
28 Mei 2013
Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa.
"Polis tidak memilih sesiapa untuk kuatkuasakan undang-undang, jadi bila berlaku sesuatu pelanggaran undang-undang kami akan ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa anggota exconya di Bukit Aman, di sini.
Dalam pada itu Khalid menyambut baik langkah yang dibuat MCPF terutama dalam menyumbangkan idea serta cadangan bernas kepada polis melalui kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah.
"Lawatan MCPF hari ini amat kami alu-alukan kerana sebagaimana kita tahu MCPF rakan lama kita dalam urusan pencegahan jenayah. Jadi saya harap kerjasama MCPF dengan Jabatan Pencegahan Jenayah akan bertambah erat dan saya turut mengalu-alukan kerjasama dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain dalam memberikan pandangan dan cadangan," katanya.
Sementara itu, Lee berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan polis terutama dalam mengurangkan indeks jenayah yang dilihat sebagai satu cabaran yang perlu ditangani bersama.
"Kami akan memberikan komitmen terutama kepada Jabatan Pencegahan Jenayah terutama dalam menyumbangkan pandangan serta cadangan dalam mencegah jenayah seterusnya menurunkan kadar jenayah," katanya.- Bernama
BUKAN KELANTAN SAJA TAPI NEGERI2 LAIN JUGA
Peningkatan gejala sosial di Kelantan membimbangkan
28 Mei 2013
Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kelantan ACP Aziz Salleh berkata peningkatan itu berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab serta suka 'lepas tangan' kepada pihak lain.
"Mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru di sekolah sepenuhnya untuk mendidik anak mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup latihan tahunan Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan di Pantai Bisikan Bayu hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut berhubung perkara itu.
Aziz juga berkata gejala yang lebih membimbangkan adalah penglibatan pelajar dalam penagihan serta pengedaran dadah oleh sindiket yang cuba mengambil kesempatan terhadap mereka.
Perkara ini bukan sahaja membabitkan pelajar di bandar malah seluruh pelusuk kampung, termasuk kawasan pedalaman, katanya. Beliau berkata sehubungan itu, polis kini memantau situasi berkenaan secara serius dan mengambil tindakan sewajarnya, dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, termasuk memberi ceramah di sekolah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan