Selasa, 21 Mei 2013

IKUT FIKIR BODOH SERTA ANAK ORANG KAMPUNG...TEKNIK UGUT SERTA TANGKAP SATU TINDAKAN TAK BEBERAPA BETUL...RAKYAT AKAN BENCI DAN BANGKIT...RAKYAT AKAN SIMPATI...BILA RAKYAT LIHAT ADA PILIH KASIH@KIRA BULU...SATU PERKARA HARUS KITA FIKIR ...BILA RAKYAT RAMAI2 MENADAH TANGAN KEHADRAT ALLAH MEMOHON MENJATUHKAN HUKUMAN SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN DAN KEZALIMAN MEREKA...KAN NAYA KITA JUGA...INGAT GOPOH GAPAH ITU PERBUATAN SYAITAN

Bukankah acap saya tulis sokong himpunan aman?

Harakahdaily, 21 Mei 2013
KUALA LUMPUR: “Saya menulis pasal 'spring', bukan himpunan bantah kezaliman. Bukankah telah acap saya menulis menyokong himpunan aman?” ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya.
Baginya, himpunan aman yang besar dan aman perlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu, segar jiwanya membaca ratusan komen yang pro dan kontra, panas dan cool daripada anak-anak muda terutamanya.

Tulisan ada kaitan dengan laporan Utusan Malaysia hari ini yang dipetik kenyataannya di laman Facebook dengan tajuk ‘Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh’.
Akhbar pro Umno itu yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat melaporkan, seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah, menurut laporan itu lagi, beliau mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Sambil mengucapkan terima kasih dengan komen anak muda ekoran laporan akhbar yang kerap kalah dalam kes saman itu, beliau berkata api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air.

“Saya hanya percikkan air, bukan menyimbah untuk memadamkan api kemarahan anak muda.

“Bacalah beberapa kali pesan yang pendek itu. Ia mengandungi nasihat yang bagus,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Mengenai himpunan aman yang besar dan aman, jelasnya ia memerlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

“Takuti provokasi tak terkawal oleh musuh PR yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi PR yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat.

Katanya, Pemuda PAS telah pun buat kenyataan rasmi yang konsisten perihal penangkapan Adam.

“Solidariti DPPM untuk Adam Adli,” tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalahgunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat.
“Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cool,” ujarnya.

Demo pro-Adam kecoh di PP, ceria di KL
10:00AM Mei 21 2013
Dua perhimpunan nyalaan lilin diadakan masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menyatakan kebersamaan dengan aktivis Adam Adli yang lima hari polis bawah Akta Hasutan bermula Sabtu lalu.

NONEBagaimanapun, suasana di kedua-dua tempat amat berbeza apabila kecoh dekat Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan ceria di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur dekat Jinjang, Kepong.

Di USM, kira-kira 30 orang yang berkumpul depan kampusnya diganggu sekumpulan individu kira-kira sepuluh orang, yang menyaksikan Penyelaras Suaram Sean Ho dan dua wartawan dikasari ketika membuat liputan.

Semuanya bermula apabila seorang lelaki bertopi keledar dan berbaju oren dengan logo 1Malaysia bertempik kepada peserta himpunan menyuruh mereka pulang atas alasan Pakatan Rakyat sudah menang di Pulau Mutiara itu.

"Jangan ganggu keamanan kami di sini," jerit lelaki itu. [Baca berita penuh]
kuala lumpur vigil for adam 200513 01Di Kuala Lumpur (kanan) pula, keadaan jauh berbeza apabila keadaan seperti pesta dengan kehadiran sekurang-kurangnya 200 orang peserta pelbagai kaum.
Pelbagai kelompok masyarakat hadir, termasuk mahasiswa, kartunis, ahli politik dan kumpulan peguam.

Antara mereka Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan ayah Adam sendiri yang datang daripada Pulau Pinang sejak Sabtu lalu -- hari pertama anaknya ditahan.
PAS: Zahid sudah tunjuk taring jantan
10:43AM Mei 21 2013
Datuk Seri Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.

Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan (kanan).

Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Setelah diasak hebat, beliau semalam memberikan amaran kepada Malaysiakini yang memberitakan tulisannya di Utusan supaya berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

'Belajarlah dari Khairy'
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Nasruddin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata, kenyataan Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.

"Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat," katanya.

"Beliau tidak tahu sekiranya rakyat sedar perjalanan pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih, mustahil rakyat akan berani dan sanggup turun ke Perhimpunan ‘Black 505' dengan berhujan, tanpa upah dan dalam notis yang singkat."

Nasrudddin juga berkata, Zahid sepatutnya belajar dari Menteri Belia dan Sukan Umno Khairy Jamaluddin yang "mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang" yang tidak berdendam terhadap musuh politik, sekali gus menggambarkan politik baru yang diinginkan rakyat.

Khairy dalam sidang media pertamanya sebagai menteri di Putrajaya sebelum ini mendapat pujian selepas berazam melibatkan semua pihak, termasuk pembangkang dalam agenda membentuk kerukunan sosial selepas pilihan raya umum

Beliau malah berazam menjadikan kementeriannya milik semua orang dan bukan hanya "kementerian beliau dan sukan BN".

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)
Persoalan integriti tentukan nasib BN dalam PRU

Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah berkata isu integriti memainkan peranan terhadap nasib BN dalam pilihan raya umum (PRU) sejak pilihan raya ke-11 ketika negara ini masih dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Antara agenda Abdullah pada ketika itu, titah baginda, menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan suruhanjaya diraja penambahbaikan perjalanan dan pengurusan polis, bertujuan mengembalikan imej, reputasi dan integriti polis.

Begitu juga dengan pendakwaan yang dibuat terhadap nama-nama besar, antaranya Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam - langkah yang memberikan imej kerajaan yang berazam mengutamakan integriti dan memerangi rasuah tanpa gentar tanpa pilih kasih.

NONE"Senario ini dipercayai ada pengaruh di kalangan pengundi semasa PRU ke-11 dan BN mencipta kejayaan gemilang memenangi 198 kerusi Parlimen dan 63.8 peratus undi popular.

"Keputusan PRU ke-11 memanifestasikan harapan dan hasrat rakyat yang mahukan pentadbiran negara bersih, berintegriti dan sifar rasuah.

"Rakyat dijanjikan, rakyat diberi harapan, rakyat mempercayainya, rakyat memberi sokongan," titah baginda.

Bagaimanapun, menjelang PRU ke-12 pada 2008, kerajaan gagal memenuhi harapan tinggi rakyat dan mereka merasakan kata tidak di kota.

"Rakyat tidak dapat diyakinkan dengan ucapan, dengan janji, dengan indeks pencapaian, sekiranya indeks pencapaian tidak memberi erti, tidak benar-benar dirasakan dalam kehidupan harian rakyat," katanya.
Amanat terakhir Zahid untuk Hishamuddin
JAMILAH HAMZAH
21 Mei 2013
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar kesinambungan pencapaian "lima bintang" yang dipraktikkannya dalam kementerian itu dapat diteruskan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Menurutnya, kecemerlangan yang dicapai pada tempoh kurang empat tahun sehingga memperlohei petunjuk prestasi utama (KPI) sebanyak 109 peratus adalah hasil daripada kesinambungan gerak kerja yang dilakukan oleh Perdana Menteri semenjak 14 tahun lalu.

Beliau juga berkata, agar pasukan tentera yang diketuainya dulu terus bersemangat melawan musuh dan menghalang negara daripada diceroboh.

"Kita telah meletakkan Mindef kelandasan yang betul ketika Datuk Seri Najib (Tun Razak) jadi Menteri Pertahanan lagi.

"Saya ketika itu menjadi setiausaha politik pada beliau, apa yang saya lakukan adalah kesinambungan yang diletakkan oleh Najib," katanya dalam majlis perpisahannya, di sini, hari ini.

Azni Jenic Aishah shared Jom Berdakwah Di FB's photo.
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Silakan Tag/Share..

Like · · · about an hour ago ·

Abu Hashim Jalal shared Yas Zy's photo.
Adam Adli dizalimi !

1. Sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan " apa lagi orang cina mahu ? " kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya , membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawa b mengungkapkan kenyataan tersebut ?

2. Semasa Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini ... dimana pihak berkuasa ? Kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal ini ?

3. Tatkala Menteri Besar negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan penuh emosi, berdendam dengan rakyat dan jelas menghasut serta mencetus kebencian dikalangan rakyat apabila menteri besar cap ayam ini mengatakan mana - mana kawasan yang sokong pembangkang atau tidak sokong BN tidak akan diberi bantuan. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ? Mengapa mereka tidak menangkap menteri besar yang tidak ada kelas ini ?

4. Kenapa Adam Adli menjadi mangsa ? Kenapa Adam Adli ditangkap ? Kelihatan UMNO dan BN sangat takut kepada Adam Adli ? Mengapa Adam Adli disoal siasat ? Jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah. 

5. Inilah wajah sebenar pemerintah negara kita. Menjadi pemangsa ke atas rakyat sendiri. Bukan sahaja suara rakyat tidak didengari malah rakyat pula dibelasah hanya kerana mereka berkuasa dan terus mahu kekal berkuasa. 

Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini. Serentak itu kami mengecam sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli.

Saya juga menyeru agar anak muda bangkit menolak kerajaan yang rakus dan zalim ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

#Anak Muda Bangkit !!!

demokrasi di Malaysia ni dah menuju ke kuku besi
Tindakan Polis Menahan Nik Nazmi Dan Adam Adli, Bertujuan Menakutkan Rakyat !

Tindakan polis menahan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis mahasiswa, Adam Adli di bawah Akta Hasutan adalah cubaan biadab Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan menakutkan rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Tegasnya, tindakan polis dipersoalkan kerana hanya menahan individu yang melaksanakan tanggungjawab kepada negara, namun gagal bertindak terhadap individu dan kumpulan yang cuba menimbulkan suasana tidak stabil dalam negara dengan memainkan isu perkauman.

“Adakah kita sudah kembali ke zaman Tun Dr Mahathir yang terus memperalatkan kuasa polis untuk bertindak terhadap rakyat yang mahu hak asasi mereka dikembalikan? kata Azmin dalam kenyataannya, hari ini.
“Apabila kita lihat Jabatan Peguam Negara juga mula bersikap penakut, maka kita akan saksikan lebih banyak penahanan dan dakwaan akan dikenakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis hak asasi,” ujar Ahli Parlimen Gombak.

Secara sinis, Azmin turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menggunakan jawatannya dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di Malaysia agar pergi ke negara lain.

“Inikah maknanya ‘kabinet transformasi’ yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Zahid bertindak angkuh dan bodoh terhadap Pakatan?
“Beliau harus faham. Kita bukan bergaduh. Ini adalah negara kami dan anda (Umno BN). Masalah sekarang ialah Umno-BN yang sebenarnya gagal memahami hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil,” tegas Azmin

Like · · · 2 hours ago ·

Pelajar Tingkatan 5 Dirogol bergilir gilir oleh enam lelaki di Kota Bharu

rogolKOTA BHARU – Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.
“Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa.
“Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.
Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan.
“Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut,” katanya. – SH
Setem Besi shared Yas Zy's photo.
PRU 13 - WORLD REKOD , PILIHAN RAYA PALING JIJIK DAN PALING KOTOR DI DIDUNIA PENUH DGN SEMUA BENTUK PENIPUAN DAN RASUAH UNDI :P
PRU 13 - WORLD REKOD , PILIHAN RAYA PALING JIJIK DAN PALING KOTOR DI DIDUNIA PENUH DGN SEMUA BENTUK PENIPUAN DAN RASUAH UNDI :P
Gred gaji bakal diselaras
JANATUL FIRDAUS YAACOB
21 Mei 2013
Gred gaji bakal diselaras
Khusrin menyampaikan plak penghargaan kepada warga kerja cemerlang MBSA.
SHAH ALAM – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjanjikan penyelarasan gred gaji selepas penstrukturan semula pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi berkata, jaminan isu-isu dibangkitkan akan diambil tindakan terutamanya melibatkan isu perjawatan kontrak dan PBT.

“JPA menjanjikan penstrukturan semula tiga PBT di Selangor sebelum menyelesaikan masalah penyelarasan gred jawatan daripada kontrak kepada perjawatan tetap.

“Penyelarasan gred jawatan akan dilaksanakan setelah penstrukturan dalam majlis perbandaran dilakukan,” katanya.

Menurut Khusrin, JPA telah mengakui dan mengiktiraf majlis perbandaran di Selangor kerana ia tidak boleh dibandingkan dengan majlis perbandaran di negeri lain.

“Kerana ini bergantung pada jumlah penduduk, pendapatan dan permasalahan berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Seramai 101 warga kerja MBSA dari pelbagai peringkat jawatan dan bahagian telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, tiga orang warga kerja menerima Anugerah Khas Datuk Bandar dan lima orang menerima Anugerah Khidmat Setia iaitu berkhidmat melebihi 25 tahun.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan berkata, komitmen dan kesungguhan yang diberikan warga kerja MBSA dalam meningkatkan sistem penyampaian amat membanggakan.

“Tahun lalu, MBSA menerima sebanyak 18 pengiktirafan antaranya, Anugerah Khas pada Pertandingan Cabaran Meningkat Prestasi PBT Melalui Projek Inovasi Bertajuk

“Memproses Permohonan Kelulusan Pelan Cadangan Banglo Baru (Individu) daripada 60 hari kepada sehari” pada Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT).

“Selain itu, tempat kedua (Kategori Kumpulan Kecil – Lesen 1 Jam ), Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Selangor,” katanya.

Tiada ulasan: