Rabu, 29 Mei 2013

NEGARA NI MILIK ALLAH...DAN DAH DITITIP PADA KITA...JADI JANGAN DIURUSKAN DUA TIGA ORANG SAJA...ATAU DIPUNYAI KELOMPOK2 TERTENTU SAJA...SAMA2 TADBIR DENGAN AMANAH

Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA

http://www.ekeleh.com, 29 Mei 2013
Berita dari Sinar Harian
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2StadiumDarulMakmur5
Seorang penonton terkena objek terbang
Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!! 



 Polarisasi Kaum Atau Pengherotan Maklumat?
Posted on Wednesday, May 29 @ 06:19:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dr. Shaharir

Hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu-UMNO. Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara ini. Pada zahirnya, mereka ini seolah-olah mahu akan demokrasi tetapi batinnya tidak  demikian.

Sekalipun pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hampir setiap 5 tahun, namun pada masa yang sama mereka ini, sang “politikus” ini, akan melakukan apa sahaja cara di luar kerukunan demokrasi itu sendiri seperti menjadikan media sebagai alat propaganda politik berat sebelah, menyalah-gunakan konsep menanam budi di musim pilihan raya,  sehingga boleh ditafsir sebagai usaha merasuah secara halus, dan menggerrimander (melakukan persempadanan pengundian secara tidak adil) dan menyunglap atau bermain silap mata dengan kaedah PRU bagi memastikan kemenangannya.

Dalam keadaan apapun, mereka yang berjaya mengalahkannya atau menyebabkan kurang undi kemenangannya akan dicap dengan label-label buruk, didenda atau dicerca dengan pelbagai kaedah, secara langsung atau tidak langsung. Justeru, negeri yang diperintah oleh parti lawannya akan didera dengan pelbagai caranya, dan mereka yang dikenal pasti telah tidak memilihnya di mana jua pun akan diberi layanan yang tidak sama dengan mereka yang diketahui telah menyokongnya.
Nampaknya,  budaya dendam kesumat ini sudah semakin berkuku dalam sistem politik tanah air.
Hal keadaan sebegini kelihatan sangat menjolok sekali berlaku dengan jeleknya dan kejinya selepas PRU13 kerana sokongan yang diraih oleh parti yang selama ini begitu angkuh jelas begitu merosot pencapaiannya sehingga tinggal hanya sekitar 47% sahaja rakyat yang menyokong parti pemerintah Pusat, Barisan Nasional (BN); bahkan ada pula negeri yang diperintah oleh parti sang kuasawan itu  memperoleh undi hanya sekitar 44% sahaja. Jelaslah sang kuasawan itu langsung tidak boleh mengakui atau tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi diperintah oleh parti yang hilang kredibiliti walaupun telah memerintah sejak 50-an tahun dahulu. Pemimpin-pemimpin parti yang kehilangan integriti ini tidak boleh dan tidak mahu menerima kuasa rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.  Oleh kerana itulah hasil pilihan raya PRU13 telah ditafsirkannya sebagai mengikut kehendak gelagat  hawa nafsu cauvinis sempit Melayu yang mudah melemparkan  tohmah dengan menghina, memperbodoh, dan mempersalahkan kalangan rakyat yang selama ini dianggapnya wajib menyokongnya walaupun atas sebab-sebab yang juga menjurus kepada perkauman.
Dengan melihat apa yang telah dan sedang berlaku di tanah air,  GATERA berasa terpanggil untuk menyedarkan para pemimpin besar atau kecil itu agar menginsafi persoalan “Apakah rasionalnya kita menghabiskan tenaga secara besar-besaran dan wang beratus juta ringgit untuk mengadakan pilihan raya jikalau para “politikus” yang berkuasa itu terus-menerus berpendirian tidak mahu atau tidak redha bila-bila masa pun untuk rakyat memilih calon pemimpin yang lebih bersih, lebih berintegriti dan yang peka terhadap keperluan rakyat dan kepentingan negara melalui saluran demokrasi yang ada menerusi pilihan raya yang bebas?”
GATERA dengan ini ingin mengajak rakyat semua kaum di Malaysia ini supaya bertindak waras dengan tidak mengikuti atau terperangkap dalam gejolak serakah para pemimpin politik, institusi, atau BBK yang telah berseronok-seronok dalam syurga-loka nafsu kekuasaannya selama ini. Kini, mereka yang setelah diuji oleh badai kebangkitan kesedaran rakyat, wajiblah insaf bahawa demi kepentingan negara dan bangsa Malaysia, mereka haruslah berubah untuk memperbaiki diri agar keunggulan akhlak yang bersih, kesungguhan mengamalkan keadilan dan sifat amanah, adalah tanggungjawab yang utama kepada rakyat, dan bahawa kuasa yang dipegang itu adalah dari rakyat dan untuk rakyat.
GATERA berasa lebih-lebih terpanggil lagi untuk menyatakan kerusuhan hati  terhadap mereka yang mencipta pelbagai ungkapan perkauman yang akan memperburuk lagi suasana hubungan kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang memerlukan pemupukan dan galakan pada setiap masa demi mewujudkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

Dr. Shaharir bin Mohamad Zain
Ketua GATERA
(GERAKAN INTELEKTUAL RAKYAT (GATERA))

 Kempen 1 Juta Laporan Polis Dakwat Tidak Kekal
Posted on Wednesday, May 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Batu Maung

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih.

Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil.

Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:

“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar.

Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ.

Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR.

Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN

--
Posted By Blogger to N37 Batu Maung at 5/27/2013 11:55:00 AM


Timb Pengerusi SPR Disabotaj Petugas SPR Sendiri?
Posted on Wednesday, May 29 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Muhamad Suhaimi

Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian ‘black out’ di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan  akhirnya memakan diri.

ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari PAS. Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut. Pengakuan ini mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat.

Soalnya, siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon? Bagaimana Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut. Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya?
Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut? Mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan beliau mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki. Jika begitu, bagaimana perkiraan Datuk Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu. Boleh Datuk Wan Ahmad bayangkan? Apa alasan lain yang akan diberikan oleh Datuk Wan Ahmad dengan pengakuan itu?
Sepatutnya Datuk Wan Ahmad melihat permasalahan sebenar bahawa ada suatu usaha mensabotaj keputusan pilihanraya dengan memadamkan lampu pada bilik pengiraan undi supaya keputusannya akan berlainan daripada yang sepatutnya. Terlalu banyak strategi kotor yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memastikan Pakatan Rakyat tumbang di banyak tempat.
Jika beginilah sikap Timbalan Pengerusi SPR, beliau telah mengecewakan jutaan pengundi pilihanraya. Kenyataan dan tingkah laku beliau jelas menggambarkan sikap beliau yang berat sebelah dalam mengadili pilihanraya. Beliau lupa bahawa yang menjadi petugas pilihanraya adalah sukarelawan yang terdiri dari pelbagai lapisan rakyat yang bijak serta tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya.
Seharusnya, demi menjaga maruah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar meletakkan jawatan mereka. Semakin banyak mereka pertahankan institusi tersebut, semakin banyak pendedahan yang dibongkarkan menunjukkan hilangnya wibawa mereka melaksanakan tanggungjawab ini.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Empat aktivis pembangkang didakwa hari ini
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2013
Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
SHAH ALAM - Empat aktivis Pakatan Rakyat yang dibebaskan 24 Mei lalu, ditahan semula dan didakwa di bawah Akta Hasutan hari ini selepas permohonan reman polis diterima majistret semalam.

Mereka yang ditahan sehingga jam 9.30 malam tadi adalah Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar, Muhammad Safwab Anang@Talib dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis Hishamudin Md Rais.

Ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Permata: Najib puji Rosmah kerana KPI atau suami

Harakahdaily, 29 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Tidak pasti apakah pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut.

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail (gambar) menyatakan demikian ketika diminta mengulas pujian Najib dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara.

Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak, lapor Selangorku.

“Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal.

“Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat,” ujarnya yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Jika dilihat, kebanyakan projek-projek persekutuan ini lebih pentingkan bilangan atau kuantiti sementara kualiti langsung tidak dipantau.

“Malah, kita juga tidak tahu siapa yang benar-benar menerima manfaat daripada projek yang dijalankan,” ujarnya.

 Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA
Posted on Wednesday, May 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"StadiumDarulMakmur2Berita dari Sinar Harian
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2
StadiumDarulMakmur5
Seorang penonton terkena objek terbang
Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!! - Lagi

Bergambar: Muslimat kung fu tetap tutup aurat

http://greenboc.blogspot.com, 29 Mei 2013

[BERGAMBAR] Apa Yang Muslimat Yang Tutup Aurat Tak Boleh Lakukan?



Muslimat Kung-Fu TETAP tutup aurat.

Muslimat dan pelajar sekolah Umum Bad-Assery

Gambar-gambar berikut telah diambil dari esei foto dalam China Daily: Mereka sangat mahir dan tangkas. Mengagumkan, perkara ini bukan baru di rantau ini, warga India-Muslim di rantau selatan biasanya melibatkan diri dalam pembelajaran pelbagai seni mempertahankan diri.

Sekolah muslimat Islam dari pengajian tinggi Maaz di India mengamalkan, wushu-Cina seni mempertahankan diri di dalam kawasan sekolah di bandar selatan India Hyderabad. Muslimat dari umur 10-16 mengambil bahagian dalam sesi mingguan semasa sesi sekolah - (Agensi)






Tiada ulasan: