Posted on Friday, May 31 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"
ada hari kita di atas
ada hari kita di bawah
ada hari kita di luar
ada hari kita di dalam
ada hari kita tidak kisah apa orang kata
kerana kita berkuasa dan berpangkat
ada hari kita tidak peduli sengsara rakyat di Berembang
ada hari kita seronok bagi penyapu pada pegawai kita
hari ini
baru kita tahu langit tidak selamanya cerah bagi kita
dan langit tidak selamanya mendung bagi yang dizalimi
hari ini juga
baru kita tahu doa-doa yang dizalimi dimakbulkan Tuhan Yang Maha Adil
dan hari ini juga baru kita tahu jalan yang diambil Mat Taib
jalan yang betul, benar dan penuh keinsafan
Kita masih ada saki baki hari yang bakal indah
kerana Tuhan itu Maha Pengampun
Gambar ini memberi sejuta makna."
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara
Posted on Friday, May 31 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN, Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.
Pada PRU13 PAS minta kerusi itu, tetapi oleh kerana kerusi itu telah dimenangi oleh PKR maka PKR berkeras mahukan kerusi berkenaan, sama seperti Parlimen Kuantan yang dipanjamkan kepada PKR dan kebetulan PRU1999 PKR memang kerusi itu dan sukar untuk PAS nak ambil balik kerusi berkenaan terutama kerusi yang dimenangi.
Situasi sama juga berlaku di Perlimen Dungun, Terengganu kerusi asal adalah kerusi PAS dan PAS bercadang untuk mencalonkan Dr Mutaruddin (bekas ahli parlimen UMNO) tetapi saat akhir ada masalah maka PAS tawarkan kerusi itu kepada PKR dengan syarat PKR mesti meletakkan calon kepimpinan. Kerusi itu dicadangkan kepada Azmin Ali oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi tetapi Azmin ingin bertanding di Selangor. Kerusi itu diberikan kepada Shamsul Mohd Arip, tetapi Shamsul kalah lebih teruk daripada Dun PAS yang menang.
Ini kena tanya Abdul Rahman Setpol Anwar Ibrahim sebab apa Mazlan boleh bertanding BEBAS?? |
Pada PRU13 PAS nak semula kerusi berkenaan dan PKR tak setuju akhirnya
pada PRU13 bertanding 3 penjuru dan AJK PKR Dungun, Mazlan Harun
bertanding atas tiket bebas. PAS tak bising pun walaupun PKR tikam
belakang di Terengganu!!!
Berbalik semula Kota Damansara... PSM bergaduh dengan PKR dan ada beberapa masalah berlaku. PSM membuat kenyataan pada 5 April 2013 dan disiarkan di akhbar utama. Baca petikan di bawah:-
Parti
Sosialis Malaysia (PSM) masih belum membuat sebarang keputusan sama
ada mahu bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Kita masih belum buat keputusan sama ada untuk menggunakan lambang PKR atau mana-mana parti dalam PRU-13. Perkara itu kita akan bincangkan dalam mesyuarat PSM esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nampak tak isunya Dun Semenyih dan Kota Damansara yang menjadi masalah pertindihan. Kalau orang ada akal akan dengar baik-baik kata Presiden PAS, kita bertanding di kawasan menjadi masalah DEMI MENYELAMATKAN PAKATAN RAKYAT.
Saya sebut sejarah, saya sebut senario supaya pembaca faham kenapa perkara ini berlaku. PRU bukan kerja mainan, gerakerja perlu dibuat lebih awal sebab itu bila PAS buat keputusan PAS akan terus dengan keputusan bagi memastikan gerakerja berjalan dengan baik.
Saya rasa tidak menjadi salah untuk PAS ingin semula Dun berkenaan kerana jentera kerja PAS di situ kuat berbanding dengan parti PR lain, lagi pun PSM 'celang c elup' dengan PKR dan demi memastikan kerusi PR terjamin PAS perlu buat keputusan segera.
Tapi malangnya antara kelemahan yang berlaku Majlis Presiden Pakatan Rakyat lambat membuat keputusan.
Lagi pun Azmin Ali sendiri mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9 (rujuk di sini). Takkan Khalid Samad kata kesilapan Presiden PAS?? Mana satu nak pakai ni?
Semua yang saya tulis ini takkan Khalid Samad tak tahu!!!
Habis kenapa Khalid nampak beriya-iya masih nak salahkan PAS?? dan ditujukan penulisan itu kepada Presiden??
Soal calon Dr Mohd Nasir lebih baik. Adakah kalau PAS letak Mohamad Sabu kerusi itu akan diberikan kepada PAS? Itu bukan persoalan, isunya tapak itu sepatutnya menjadi hak milik siapa?? Adakah pembahagian mengikut apa yang dipertandingkan pada PRU1999??
Sudah pasti PKR yang untung kerana isu pada masa itu berbeza dengan isu sekarang dan PAS banyak memberikan kawasan dan tenaga kerja kepada PKR pada PRU 1999. Tidak adillah PKR 98 kerusi sedangkan PAS hanya 62 kerusi... Kita bercakap soal rasional bukan emosi dan bukan mainan sentimen pada media sosial dan melabel itu dan ini.
PAS ada wadah perjungan sendiri, PKR pun sama, begitu juga dengan DAP. Kita ada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak ada kerjasama dengan PSM?? Kenapa itu Khalid Samad boleh jawab sebab dia kepimpinan PAS.
Kalau sama rasanya elok Khalid masuk PSM.. Saya tak kata keluar PAS masuk PKR nanti ada labelkan saya geng UG, geng tarbiyyah PAS Terengganu. Ini satu lagi bangang dalam penulisan sikit-sikit UG sikit UG sedang yang menulis itu tak mengerti apa yang dia tulis sekadar menjadi burung kak tua kepada 'onar' menyebut UG atas dasar emosi tanpa kajian menyeluruh... Perangai begini sama dengan cara pemikiran UMNO sikit-sikit bengkrap, sikit-sikit huru hara!!! Stupid!!
Dalam kita menyebut jatuh kepada BN kepada kita fokus PAS sahaja sedangkan DAP sendiri ada membuat perkara yang lebih buruk menyebabkan Dun Damak PR kalah. Sila baca artikel saya sebelum ini. (rujuk di sini)
Itu luahan saya kepada luahan Khalid Samad. Ada 3 lagi isu yang belum saya luahkan... rasanya saya sambung kemudian.
....
Sila layari
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara
PAS Terengganu akan ke Besut dan Setiu
Posted on Friday, May 31 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,.. PAS Terengganu mula mengorak langkah untuk memberi tumpuan di daerah Besut dan Setiu.Hasrat PAS Terenggnau dilihat setengah orang sebagai baru bangun dari tidur tetapi masalah sebenar PAS Terengganu hanya diketahui oleh pemimpin dan pengerak gerak kerjanya sahaja.
PAS Terengganu tempang sejak tahun 2004 di dua daerah ini.Sebabnya kurangnya sambutan penduduk tempatan untuk tampil menjadi sukarelawan atau alhawariyyun, yang ada cuma suara suara mengkritik dari jauh.Akibatnya, walaupun menyedari situasi sebenar yang berlaku di dua daerah ini sehingga DUN Batu Rakit yang hampir dengan staidum runtuhpun, PAS Terengganu gagal memberi kesedaran kepada pengundinya.
Cabaran sebenar PAS Terengganu di dua daerah ini ialah Deris Jusoh yang menjadi pengarah pilihanraya BN Malaysia.Deris Jusoh sudah meletakkan perisai yang kuat di dua daerah ini yang masih gagal dipecahkan oleh PAS Terengganu kerana kekuatannya sendiri masih lemah.
Tetapi keputusan PRU 13 menampakkan harapan apabila undi yang diperolehi PAS meningkat walaupun dalam situasi gerak kerja yang lemah akibat ketiadaan sukarekawan yang mencukupi.Saya meyebut sukarelawan bukan sahaja semasa berkempen kerana menjadi tren di Terengganu di mana ketika berkempen muncullah ramai sukarelawan untuk memasang bendera dan membuat kerja kerja khusus untuk pilihanraya.Yang saya maksudkan sukarelawan yang berkerja untuk ground work parti seperti culaan berterusan, gerak kerja kemasyarakatan dan dakwah yang berterusan.
Sebenarnya inlah kekurangan PAS Terengganu sejak dulu lagi tetapi seperti dibuktikan oleh beberapa Dun seperti DUN Chukai, Paka, Sura, semua DUN Kuala Terengganu dan hampir semua DUN Marang, gerak kerja awal membuktikan PAS Terengganu mampu melakukannya.
Berdasarkan kekurangan dan kelemahan ini, PAS sebelum ini meletakkan DUN yang disasarkan menang dan hampir semua DUN yang disasarkan menang itu menyumbang kecuali beberapa DUN yang dipercayai ada unsur penipuan dan petisyen akan dihantar.
Sementara DUN yang tidak termasuk dalam sasaran ini jelas kelihatan dari Besut dan Setiu kerana maslaah di sana terlalu berat untuk dihadapi oleh PAS Terengganu mengambil kira kekuatan yang ada.Tetapi keputusan PRU menunjukkan majoriti yang diperolehi BN bagi kesemua DUN Setiu dan Besut adalah kecil, membuktikan sokongan kepada PAS semakin meningkat di sana walaupun perisai yang dibina Deris Jusoh masih terasa.
Lantaran, keputusan untuk masuk ke Besut dan Setiu adalah tepat.Saya percaya pesuruhjaya PAS Terengganu dan pasukan kepimpinannya sudah mengenal pasti apa yang patut dilakukan, antaranya berusaha menambah sukarelawan bagi menggerakkan gerak kerja yang berterusan di sana.Sebenarnya inilah masalah utama PAS Terengganu di Besut dan Setiu. Saya pernah ada pengalaman di Setiu di mana semasa saya ke Setiu pada 2011. Ketika itu saya singgah di bangsal burger untuk membeli burger kerana anak anak nak makan burger. Apa yang memeranjatkan saya ialah penjual burger itu seorang anak muda kelihatan terpenranjat dan melemparkan senyuman kepada saya apabila melihat kopiah berwarna putih hijau di kepala saya.Saya terfikir bahawa anak muda di Setiu juga berminat dengan PAS tetapi kerana kurangnya usaha mengumpulkan mereka menyebabkan mereka tidak tahu ke mana untuk pergi.
Saya berharap PAS Terengganu mengambil serius perkara ini.Timbalan pesuruhjaya PAS ada pengalaman mengumpul anak anak muda di DUN Paka jadi saya harap Timbalan Pesuruhjaya mampu mengadaptasikan pengalamannya di Besut dan Setiu.
Apa sekalipun keputusan petisyen PRU nanti, samada PAS berjaya membalikkan meja(turn the table) atau PRU akan diadakan semula, gerak kerja di dua daerah ini perlu dipercepatkan.Kerana selain dua daerah ini PAS Terengganu masih menghadapi masalah besar di DUN Kijal dan Air Putih Kemaman malah masalahnya jauh lebih besar dari Besut dan Setiu.
Kalau perisai yang dibina Deris Jusoh berjaya dipecahkan, PAS Terengganu masih mempunyai misi untuk memecahkan pula perisai yang dibina oleh Mat Said di Kijal dan Air Putih.
Beri hutang lebih baik dari beri sedekah
Posted on Friday, May 31 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rozmal
"Begitu banyak perkara baru yang dipelajari malam tadi semasa Majlis Ceramah sempena Israk Mikraj di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Sheikh Haji Baba Abdul Karim bin Haji Isa Al Fatoni, seorang ulama yang berasal dari Patani, Thailand akan tetapi telah berkhidmat di mahkamah Arab Saudi selama lebih 20 tahun. Pertama kali saya mendengar ceramah Sheikh Baba.
Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.
Malam
tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan
dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke
Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw.
Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.
Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.
Antaranya
ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang
memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi
sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi
hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang
memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan
tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya
tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.
Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.
Kepada
mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid
Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan
menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.
Cubalah
pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek,
ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita
melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.
Autisme dan Pancaran Kedewasaan
Posted on Friday, May 31 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: HishamAhmad
"7/5/2013, malam hari Isnin. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan pertanyaan dari anak lelaki saya; “Abah, air mani itu apa?”
Apa relevannya pertanyaan ini? Relevannya kerana ia datang dari anak lelaki saya berumur 13 tahun yang mempunyai autisme. Isu air itu timbul hasil perbualan dia dengan F, adiknya yang berumur 12 tahun. Semasa soalan itu ditanya, kami baru nak keluar ke surau bagi solat isyak. Jadi saya tidak dapat bertanya lanjut perbincangan 2 beradik itu sehingga timbul topik ‘pancaran kedewasaan’ itu.
Posted on Friday, May 31 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: HishamAhmad
"7/5/2013, malam hari Isnin. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan pertanyaan dari anak lelaki saya; “Abah, air mani itu apa?”
Apa relevannya pertanyaan ini? Relevannya kerana ia datang dari anak lelaki saya berumur 13 tahun yang mempunyai autisme. Isu air itu timbul hasil perbualan dia dengan F, adiknya yang berumur 12 tahun. Semasa soalan itu ditanya, kami baru nak keluar ke surau bagi solat isyak. Jadi saya tidak dapat bertanya lanjut perbincangan 2 beradik itu sehingga timbul topik ‘pancaran kedewasaan’ itu.
Semasa
menulis tentang ini, saya masih tidak sempat lagi untuk menyiasat atau
mengorek apa isi perbualan mereka kerana terlupa dan masih belum
berpeluang. Buat masa ini, anak saya F telah kesekolah untuk kelas
persediaan UPSR. Adakah perlu untuk saya siasat? Apa pendapat tuan-puan?
Mungkin perbualan mereka sekadar atas isu agama yang ustaz ajar
disekolah tetapi mungkinkah juga mereka berbincang pasal
‘girlfriend-boyfriend’, cinta-cintun hingga ke isu seks. Tak mungkinlah,
anak-anak saya ini. Seorang ‘innocent’ sifatnya, seorang lagi pengawas
sekolah, yang bila diusek dengan awek, menunjukkan rasa tidak suka.
Ah! itu didepan bapanya, bersama-sama kawan-kawan, kita tidak tahu.
Berbaik sangkalah.
Berbaik
sangka? Alamak, nanti dulu. Kalau kita mendengar kisah-kisah budak
sekolah rendah dari guru-guru sekolah dalam hal berkaitan isu sebegini
(unsur seksual), percayalah, banyak elemen ‘surprise’ bagi yang
bersangka baik.
Saya
teringat. Komen pertama saya dalam facebook autisme
(www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/) sebagai respon kepada
sambutan mesra yang saya terima daripada sekian saudara muslimin dan
muslimah. Sambutan baik dan sifat kemesraan keluarga facebook ini memang
hebat dan mengharukan sehingga saya risau bahawa buku autisme (aku
bersyukur anakku autisme) yang seadanya itu tidak memenuhi ‘expectation’
ibubapa bertuah.
Lalu
apa komen saya? Komen saya ialah ‘kekadang menulis jauh lebih mudah
daripada melakukan apa yang ditulis’ (lebih kurang begitulah ayatnya).
Begitulah
berlaku dalam kes saya sendiri. Bila si anak mengeluarkan pertanyaan
begitu. Serasa ketukan tepat didahi saya. Mengapa saya tercuai daripada
bertanya dahulu soalan itu. Saya pernah ‘syak; atas pertukaran suaranya
yang menjadi lebih garau dan besar. Semasa itu, saya mungkin merasa,
takkanlah dia cepat didatangi berahi yang mendorong kepada mimpi indah
hingga berlaku pancaran kedewasaan. Kerana apa? Kerana dia anak
‘innocent’ dan rasa sensual sebegitu mungkin masih terlalu awal bagi
dirinya. Saya tersilap. Mungkinkah perubahan kematangan fizikal boleh
mendorong kepada kedewasaan itu. Harap ada saudara/saudari yang
ahli/pakar dalam bidang ini yang dapat membantu menjelaskan hal ini.
Bila
tiba perkara sebegini, baru diri sendiri rasa teruji atas kefahaman
ilmu ini sedangkan ada bahagian atau bab dalam buku autisme itu yang
berkaitan isu dewasa, baligh dan sebagainya. Saya tulis tentangnya
tetapi belum tentu saya sendiri dapat menghayati atau merealisasikan
ilmunya dengan berkesan.
Saya
sedar ada ayat al-Quran yang memberi peringatan atau teguran terhadap
mereka yang tidak melakukan apa yang dikatakan. Kita memohon
perlindungan-Nya dari termasuk golongan yang ‘cakap tak serupa bikin’.
Namun
saya mengambil pendekatan bahawa penulisan itu sendiri merupakan satu
motivasi atau dorongan untuk kita berusaha melakukan atau ke arah
melakukan dan merealisasikan apa yang dikata, ditulis.
Kembali
kepada pertanyaan anak saya itu. Saya pun menjawab “Air mani itu putih
macam susu, rasa melekit..” D… ada keluar air mani ke?”
“Ada,
hari itu…” katanya. Saya memandang kepada isteri saya , mempamerkan
muku terkejut (tetapi tidaklah ketahap "terkejut beruk") sambil
tersengih seperti 'kerang yang belumlah lagi busuk' dan dengan perlahan
berkata; “alamakkkk...”
Dipendekkan
cerita. Setelah sedar dari kejutan, saya menyuruh dia mandi wajib
dahulu dan solat isyak di rumah. Isteri saya mengajar niat mudah mandi
wajib dan apa yang perlu. Saya bergegas ke surau.
Terlintas
difikiran, bagaimana solat-solatnya dalam 1-2 hari ini, jika dia tidak
meniatkan mandi wajib (bersuci dari hadas besar). Semoga Allah
mengampun kami atas kelemahan dan kejahilan ini. Saya bergantung kepada
dalil atau nas bersandarkan harapan kepada kewujudan satu hadith,
yang menyatakan ada situasi nabi s.a.w. atau seorang sahabat terlupa
mandi wajib dan mengimami solat jemaah.Semoga ada pelepasan begitu atas
ketidaksengajaan itu. (Belum sempat untuk semak kesahihan kewujudan
authoriti atau kesahihan kualiti (jika hadith atau athar, apa statusnya-
moga ada bantuan dan pencerahan)
Isunya,
pada aspek aspek syariah, adakah dia sudah dianggap dewasa? Status
mukalaf? Namun saya yakin penilaian dirinya (dalam hal dosa dan pahala)
tentulah berdasarkan kematangan pemikirannya. Nasib baik tidak lama
sebelum itu, saya ada membuat satu sesi semakan secara ‘one to one’
dalam hal solat, hafazan, bacaan dan kefahaman. Selama beberapa jam,
saya menghabiskan masa dengannya. Pada aspek untuk membaiki kualiti
bacaan fatihah sahaja telah menduga kesabaran saya. Sesungguhnya,
memanglah perlu untuk semakan dilakukan dari masa ke semasa. Kini,
proses mengajar ilmu dan memberi kefahaman adalah lebih perlu
disegerakan.
Sekiranya
atau apabila dia sudah mula dipertanggungkan dalam soal dosa dan
pahala, kita mahu anak ini memulakan langkah kedewasaan sebagai anak
muda yang mantap tauhidnya, memahami objektif solat dan melakukan dengan
kualiti, mejauhi dosa dan mula aktif mengumpul pahala. Pun begitu saya
tahu ia satu cabaran bagi saya. Cabaran yang berterusan ....entah
untuk berapa lama lagi?
Sesungguhnya
buku (aku bersyukur anakku autisme) itu mungkin mengandungi nas dan
dalil (Quran dan Hadith) yang agak banyak untuk dijadikan rujukan,
bandingan dan panduan dalam menjelaskan hubungan kita dengan anak
autisme daripada pelbagai aspek, namun hakikatnya ilmu dan kemahiran
spesifik yang tinggi dalam didikan anak autisme adalah hasil usaha jerit
perih yang berterusan dari masa ke semasa oleh si-ibu, ibu, ibu dan
bapa. Penyudahnya, bagi setiap anak ini, si ibu atau sibubapanya yang
lebih memahami.
Maksud
saya, hasil perkongsian maklumat yang dilakukan dalam facebook itu
jika disunting, akan mengumpulkan ilmu-ilmu khusus, terperinci dan
penting kerana ia berdasarkan pengalaman realiti. Inilah antara ‘buku’
autisme terbaik yang tidak harus ditinggalkan dari dibaca.
Buku saya (as co- writer) jika sekadar dapat mendatangkan rasa ‘lega’ (comfort),
rasa ‘tenang’, rasa ‘ada hikmah disebalik kejadian’ , rasa ‘layak
kepada ujian’, rasa ‘sabar’ atau lebih tinggi lagi, rasa ‘syukur’, maka
ia telah mencapai ‘expectation’ saya sendiri, dan saya mohon maaf sekiranya ia jauh dari ‘expectation’ para ibu dan bapa bertuah kepada anak-anak syurga.
Bersambung… Allah juga yang maha mengetahui.
Untuk maklumat lanjut. http://hisham-ahmad.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan