Isnin, 20 Mei 2013

TIPU ATAU TAK...CUBA DENGAR BAIK2

Khairy Jamaluddin mulai dikritik oleh blogger UMNO pasal Kementerian BN
Posted on Sunday, May 19 @ 14:18:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Beberapa penulis blog UMNO marah betul dengan kenyaatan Khairy Jamaluddin (KJ) pasal KEMENTERIAN BN. Antaranya menyebut:-

Tak perlu bersandiwara..semua tahu..Kementerian Belia untuk bangunkan Belia..bangun dan majukan sukan melalui Sukan Teras sebagai sukan yang d utamakan.

Apa yang KJ nak jelaskan d atas sana..kenyataan beliau seolah-olah selama ini Kementerian Belia atau apa saja Kementerian yang ada semuanya 100% staff atau pekerjanya sokong dan dokong BN ? Kerajaan yang selama ini memberi segalanya kepada kakitangannya ?

Bukan itu sahaja malah mereka ini telah mengecam KJ. Lihat di bawah:-

Apakah Kj nak pujian dari semua orang d hari-hari pertama beliau jadi Menteri penuh atau beliau nak apa..?

Sorilah Kj..bukan Aakj tak setuju dengan minta pandangan orang yang cuba ranapkan Barisan Nasional..Aakj hanya minta Saudara Kj tumpukan ;

1) Pembersihan Parasit dalam KBS..parasit yang hari-hari berkempen untuk KUBURKAN UMNO BN

2) Kukuhkan Belia dengan program Belia Hargai Apa Kerajaan Buat ! Didik Belia kenal antara kaca dengan INTAN !!

3) Minta idea dari akar umbi pemimpin belia yang sokong dasar Kerajaan BN d bawah sana, apalagi yang tak sempurna..apa lagi yang tak tercapai....nak minta pandangan Ketua Pemuda Pas ? hahaha dont ruin my sweet afternoon la Bro..


Paling saya gelak ayat di bawah ini. Aku rasa blogger UMNO ni SENAK OTAK!! Bila pula UMNO nak ikut nabi??

Saudara Kj..Nabi saw pun tak minta idea dari musuhnya untuk bangunkan Madinah !!



Note:
Senak = Sakit

...
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 

Rafizi Dedahkan Mengapa Pakatan Rakyat Dakwa Menang PRU13.. (Video Inside)


Ini adalah rakaman video forum “Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang PRU13″ yang telah berlangsung di Dome, Komtar, Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 yang lalu dan ianya telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Forum ini yang menampilkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau telah membentangkan statistik dan hujah-hujah yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun memenangi PRU13 baru-baru ini.

Sebelum itu lihat dulu apa cerita Guan Eng mengenai rasuah pembelian undi DUN Ayer Putih yang dilakukan secara terang-terang oleh ejen-ejen BN..






Dan ini adalah video pendedahan oleh Rafizi Ramli.. 
 
 

Dialog tegang, penjelasan Ahli Parlimen Bakri

Harakahdaily, 19 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.

Menurut Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah diadakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.

“Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau turut menceritakan bagaimana dialog tersebut menjadi tegang.

Berikut ialah penjelasan beliau berhubung insiden tersebut.

Pada pagi tadi, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.

Pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah di adakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.

Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas.

Dialog ini dipecahkan kepada 2 bahagian, sesi pertama ialah penjelasan dan sesi kedua adalah soal jawab.

Di akhir sesi soal jawab kira-kira jam 12 tengah hari, terdapat 7 orang penduduk kampung yang beratur untuk bertanyakan soalan kepada panel yang hadir.

Namun sikap pihak penganjur yang tidak prihatin terhadap permintaan penduduk telah mewujudkan suasana rundingan antara pihak penduduk dan penganjur untuk memberikan laluan kepada mereka.

Namun tindakan pihak polis yang menghalang sesi perundingan dan menghalau penduduk kampung supaya bersurai telah menimbulkan suasana tegang.

Dalam pada masa yang sama tindakan pihak polis membawa keluar penganjur dengan tergesa-gesa amatlah tidak wajar kerana program masih lagi berjalan.

Tindakan pihak peganjur yang keluar secara terburu-buru telah menyebabkan beberapa orang peserta pergi mendapatkan mereka di luar dewan.

Namun mereka mendapati pihak penganjur telah tiada dan hanya terdapat sebuah kereta yang meluru laju ke arah mereka.

Salah seorang daripada peserta cuba memberi isyarat perlahan kepada kereta tersebut, namun kereta tersebut semakin laju dan menyebabkan tangan peserta tersebut telah terkena cermin sisi.

Kejadian tersebut menyebabkan keadaan bertambah tegang dengan tindakan polis cuba menahan mangsa kemalangan dan berlaku perebutan barang bukti antara pihak polis dan mangsa.

Kejadian ini telah dilaporkan oleh mangsa di Balai Polis Sungai Rengit bersama dengan 3 orang saksi kejadian.




Analisis awal Jabatan Pilihanraya PAS Johor PRU13

http://www.nusajayakini.com, 19 Mei 2013

Dun Sg Abong PAS (Dr Syeikh Ibrahim Salleh) 14084 BN 10271 Menang majoriti 3813
Dun Puteri Wangsa PAS(Ustaz Abdullah Husin) 20357 BN 16888 Menang majoriti 3469
Dun Maharani PAS (Dr Mohamad Taslim) 12731 BN 9595 Menang majoriti 3136
Dun Pt Yaani PAS (Hj Aminolhuda Hassan) 11278 BN 10090 Menang majoriti 1188

Dun Gambir PAS (Dato' Dr Mahfodz Mohamed) 8395 BN 8705 Kalah majoriti 310
Dun Mahkota PAS (Khairulfaizi Ahmad Kamal) 18323 BN 19431 Kalah majoriti 1108
Dun Pemanis PAS (Normala Sudirman) 8976 BN 10305 Kalah majoriti 1329
Dun Tenang PAS (Md Zin Johar) 6335 BN 7921 Kalah majoriti 1586
Dun Sg Balang PAS (Malik Mohd Diah) 8081 BN 9716 Kalah majoriti 1635
Dun Senggarang PAS (Dr Ramli Md Kari) 9285 BN 11368 Kalah majoriti 2083
Dun Nusajaya PAS (Salahudin Ayub) 20965 BN 23166 Kalah majoriti 2201
Dun Serom PAS(Azmi Ahmad) 9354 BN 11618 Kalah majoriti 2264
Dun Endau PAS(Ust Azam Abd Razak) 6073 BN 9183 Kalah majoriti 3110
Dun Bkt Permai PAS( Mazlan Aliman) 7867 BN 11236 Kalah majoriti 3369
Dun Buloh Kasap PAS(Firdaus Mas'od) 6078 BN 9448 Kalah majoriti 3370
Dun Pulai Sebatang PAS(Ungku Mohd Noor Mahmod) 10142 BN 13554 Kalah majoriti 3412

Terdapat 12 Dun yang PAS tandingi di Johor kali ini kalah dengan majoriti tipis dan memperolehi lebih 40% undi. Dun Bkt Permai adalah Dun yang peratusan keluar mengundi paling tinggi di Johor iaitu 90.10%.

Sejumlah 292,588 pengundi telah mengundi PAS berbanding 408,776 pengundi mengundi BN. Jumlah ini adalah merangkumi 40.76% keseluruhan pengundi di DUN PAS bertanding. Ini adalah peningkatan sejumlah 7.9% berbanding PRU 12.

Isu perkauman yang dieksploitasi secara terancang dikenalpasti antara punca utama undi melayu menyokong BN.

Menurut Mazlan Aliman, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Postmortem PAS Johor bersama pasukannya akan membentangkan hasil bedah siasat dalam tempoh 1-2 bulan lagi.


Bukan Melayu, tetapi Najib mudah lupa...

Oleh Omak Kau, 19 Mei 2013



Sengaja copy paste keratan akhbar Utusan Malaysia, media rasmi UMNO yang mengkisahkan cerita betapa Hindraf di tuduh sebagai keterlaluan kerana menggangu majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Kabinet 1Syawal di PWTC beberapa tahun yang lalu.

Menjadi tajuk utama di muka depan Utusan ketika itu.

Kini pemimpin pertubuhan yang sama itu telah di angkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa perlu bertanding dalam PRU pun.


Klik untuk lihat laporan penuh blogger ini.

Berhenti ceramah kerana ugutan, tetapi mulai 28 November...

Oleh Omak Kau, 19 Mei 2013


KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.


Klik untuk ikuti tulisan penuh blogger ini.

'Jangan bagi satu undipun' akhirnya dia yang tak dapat satupun...

Oleh Kelab Greenboc, 19 Mei 2013



Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.


Klik untuk ikuti tulisan penuh blogger ini.

Tiada ulasan: