Selasa, 28 Mei 2013

JIKA KITA MUKMIN KEARAH MENCARI JALAN UNTUK KE SYURGA LAH...MENCARI KEREDAAN ALLAH...MENCARI KERAHMATAN ALLAH...BUKAN MEMBUAT AMALAN2 AHLI2 NERAKA ..BUKAN MEMBUAT AMALAN2 SYAITAN DAN BUKAN MENCARI KEMURKAAN ALLAH SWT

SPR tukang nafi untuk BN?
Posted on Tuesday, May 28 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.
Setiap dakwaan dari pelbagai lapisan rakyat terhadap SPR dan sistem pilihanraya Malaysia pasti akan dinafikan oleh SPR, samada pengerusinya atau timbalan pengerusinya akan menjadi jurucakap ketika penafian itu dibuat.Kesemua dakwaan rakyat tidak betul di mata SPR dan kerajaan yang dipilih oleh sistem past the post itu yang terbaik.Apakah selama ini SPR ditubuhkan  untuk mengendalikan pilihanraya dan membuat kenyataan yang menafikan semua dakwaan rakyat?

Atau ditubuhkan hanya untuk mengendalikan pilihanraya berdasarkan sistem yang dipersejutui oleh perlembagaan dan berdiam diri kepada semua kritikan dan dakwaan rakyat kerana SPR adalah badan bebas yang tidak berpihak kepada mana mana parti apatah lagi mahu membantu parti tertentu memenangi pilihanraya.

Sudah banyak penafian yang dibuat oleh SPR.Segala dakwaan dan tuduhan yang ditujukan kepada BN dan melibatkan SPR pasti dinafikan oleh sama ada pengerusi atau timbalan pengerusinya.
SPR tidak mahu dipandang rakyat sebagai memihak kepada BN tetapi perbuatannya semakin jelas di mata rakyat memihak kepada BN.Lantaran itu semakin SPR menafikan segala dakwaan semakin kuat rasa marah rakyat kepada SPR. kerana SPR hanya membela BN dalam setiap penafian yang dibuat mereka.
Rasanya majoriti rakyat sudah muak melihat kelibat dua orang penting SPR yang kerjanya menafikan semua tuduhan walaupun tuduhan itu terbukti benar seperti kes dakwat kekal dan kehadiran Bangla di pusat pengundi.
SPR kalau berdasarkan undang undang ialah badan bebas tetapi dua orang teratas mereka ialah ahli  UMNO.Atau dengan erti kata lain, SPR adalah pengadil, dalam permainan bolasepak, pengadil dilarang mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan perlawanan yang diadilinya, tetapi dalam kes pilihanraya kita, SPR berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk parti pembangkang dan membela kerajaan.Itulah pengadil pilihanraya kita.
Di Malaysia, SPR lebih pandai dari ahli akedemik kerana itu timbalan pengerusinya boleh menafikan pandangan ahli akedemik yang mengatakan sistem past the post membolehkan BN berkuasa selama lamanya.Timbalan pengerusi SPR dengan yakin menafikannya seolah olah sistem ini mesti diikuti dan tidak dapat diubah kerana itu pandangan ahli akedemik dianggap tidak betul.Ianya menampakkan seolah olah SPR yang berkuasa menentukan sistem mana yang adil apabila timbalan pengerusi SPR berkata sistem ini adalah terbaik di mana dia seolah olah turut menafikan peranan Parlimen yang boleh mengubah sistem.
Yang jelas penafian SPR mempunyai maksud tersembunyi.Sepatutnya SPR berdiam diri ketika menghadapi dakwaan dakwaan ini dan menyerahkannya kepada Parlimen untuk membahaskannya. 

 Minah ni naik angin kerana Ustaz Azhar kahwin lagi
Posted on Monday, May 27 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

" UAI
Entah kenapa si minah ini, Elly Nina Ahmad dengkikan Ustaz Azhar setelah tersebar gambar Ustaz Azhar berkahwin lagi.


UstazAzhar_Kahwin1
 UstazAzhar_Kahwin2

Sedap kenyataannya apabila menggunakan ayat 44,45, dan 46 surah Al-Maidah. Namun begitu belum apa-apa dia begitu seronok menghukum dan bantai orang lain. Kenapa dia boleh menulis ustaz ini mengambil sebahagian ayat surah Al-Maidah. Lagi berserabut si Elly ini, Ustaz Azhar dah menghalalkan cara, ambil sebahagian ayat dan tak berani mentafsir sepenuhnya. Bila pula Ustaz Azhar menyerabutkan fikirannya dengan kenyataan itu semua.
Kalau dah tak bersetuju poligami yang dihalalkan agama, janganlah mempermainkan hukum dan menuduh orang lain, lagi berserabut jadinya. Jangan kita nampak tak cerdik kerana tak bersetuju dengan sesuatu. Apa nak dikisahkan, isterinya mengizinkan dan si isteri baru Ustaz Azhar sanggup bermadu.
Kenyataannya disambut “gila seks ke orang tua ni“, punah jadinya. Kita tak naklah bantai minah ni lebih-lebih kerana gambarnya bertudung, Alhamdulillah, cuma kena cerdiklah… atau dia nak isi satu lagi kuota Ustaz Azhar Idrus. Janganlah malu-malu, hantar permohonan!!
Sampaikan salam kepada Elly Nina Ahmad. – Lagi.MY

Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/minah-ni-naik-angin-kerana-ustaz-azhar-kahwin-lagi/"


 SPR tipu
Posted on Tuesday, May 28 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

"


Dakwat tidak kekal  - SPR jawab lupa goncang.Kena goncang setiap 30 minit.
Lampu padam semasa mengira undi di Seri Serdang dan Kulim Bandar Baru.
Apa pula jawapan SPR ?
Mulanya SPR kata ini adalah lakonan.

Apabila ianya benar-benar berlaku, barangkali ini jawapan SPR :
Ini mungkin jawapan Orang No 2 SPR Wan Ahmad :
i ) "Ohhh...elektrik kawasan itu perlu di charge setiap 30 minit...."
ii ) " Ohhh... dah 30 bulan Dewan pengiraan tak bayar bil elektrik..."
iii) " Ohhh..... lepas ni SPR akan melatih pekerjanya mengira undi dalam gelap...."
iv) " Ohh...elektrik tanggungjawab TNB...kami SPR kira undi sahaja....."

jawapan sebenar, " Ohhh...itulah cara kami tolong UMNO tambah undi......rileks bro, bukankah SPR itu barua UMNO dulu,kini dan selamanya...."

Hey Wan Ahmad ! mung boleh tipu rakyat dalam satu masa, tetapi mung dok leh tipu rakyat dalam semua masa !

Alaihai....SPR semakin bodoh dan bodoh !


 Perjuangan PAS (Penerangan untuk ahli dan pendokong)
Posted on Tuesday, May 28 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Hebahan Oleh: petunjuk

"Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sabuah gerakan Islam. PAS di asaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini.

Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisma, bahkan apa jua ideologi bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisma, sosialisma, komunisma, dan pragmatisma dan sebarang ideologi yang bertentangan dengan dasar Islam, walau apa ism sekalipun. PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang bercanggah dengan syarak, iItu dasar nasinalisma, menghalalkan amalan riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan alainnya yangbnyata bercanggah dengan dasar syarak. Maka demikianlah PAS akan menolak sosialisma, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima sebarang cara yang tidak syarie.

Penerimaan kita bekerjasama dengan pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang kita terikut- ikut arus kemarahan, tanpa memikir apa asas penentangan kita. PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak, apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini patameter kita dalam meujudkan kerjasama.

Perjuangan kita bukan sekadar menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram serta patuh syariah sebagai prinsip.

Isu rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan, riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya sistem jahiliyyah ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ketua Penerangan PAS)


 Insentif untuk Anak-Anak Negeri Sembilan
Posted on Tuesday, May 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"

Kepada anak-anak Negeri Sembilan dari pelbagai lapisan kaum yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi pada tahun ini, kerajaan Negeri Sembilan telah menjanjikan pemberian insentif.
Untuk maklumat lanjut mengenai pemberian insentif tersebut sila hubungi



Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek,
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9081 atau 9052

Aku janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 : “Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi”.

 
 Ke mana Arah Anwar mahu bawa Pakatan Rakyat
Posted on Monday, May 27 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ahmadhadeed

"Perhimpunan di PJ pada malam 25 Mei 2013 memberi banyak signal tentang halatuju politik Anwar yang di kira amat misteri sekali percaturan nya. Dunia sudah tahu rancangan Anwar untuk menawan Putrajaya telah gagal kali kedua dan ramai rakyat Malaysia terutama anak muda merasa sedih kerana apa yang di janji oleh PR gagal dilaksana. Namun apakah Anwar akan menukar kritikan terhadap SPR kepada revolusi yang akan mengulingkan kerajaan secara kekerasan. Itu menjadi tanda tanya.

Dunia telah di goncang dengan berbagai revolusi semenjak perang dunia kedua. Revolusi Algeria melawan Perancis, revolusi India melawan British dan revolusi Indonesia melawan Belanda. Itu berlaku pada tahun 50 an. Pada tahun 80 an terdapat revolusi Islam menjatuhkan Shah Iran dan revolusi Afghan merdeka dari soviet. Pada abad ke 21 terdapat revolusi menjatuhkan dictator di negara Arab bermula dari Arab Spring di Tunisia merebak ke Mesir , Libya dan Syria. Dari segi kezaliman regim yang cuba mempertahan kuasa , Arab Spring di Tunisia paling kurang memakan korban diikuti Mesir , Libya dan yang sedang berlangsung sekarang ialah di Syria yang telah memakan korban 70,000 dan pelarian berjuta. Ia juga melibat jenayah perang yang melebihi kejahatan melebihi kejahatan Israel dan perang orang  Kafir terhadap orang Islam. Ini realiti menjatuhkan regim dictator secara kekerasan yang terpaksa di tanggung oleh rakyat. 

Persoalan nya ialah adakan gerakan menentang SPR yang diketuai oleh Anwar dan pemimpin NGo yang lain akan snowballing atau bertukar dinamisma nya dari mendesak ketua spr berhenti kepada mendesak BN melepaskan kuasa. Analisis ini perlu di buat berhati hati kerana adalah penting agar tiada sebarang pihak membuat perkiraan yang tidak di fahami. Buat masa sekarang Anwar hanya mendesak agar perhimpunan aman perlu di teruskan untuk mendesak ketua  SPR meletak jawatan dan orang ramai membuat laporan polis berkaitan salah laku pilihanraya Aktivis juga di nasihat menyebarkan maklumat ini kepada orang kampung. Walau itu arahan Anwar , leftenan Anwar saperti Chegu Barb sudah mengumumkan pendaftaran sukarelawan untuk ' sit in' depan bangunan SPR. Kita mesti ingat Arab Spring di Kaherah bermula dengan acara ' sit in ' di Tahrer Square dan apabila polis dan gangster parti Mubarak bertindak ganas maka terjadilah pembunuhan. Tentera masuk campur dan tidak mahu menyerah kuasa tentera dan berlaku banyak lagi pembunuhan di jalan raya dan di dalam penjara.
Arab Spring di Libya bermula dengan perarakan di Benghazi dan serangan ketenteraan Ghadafi ke atas bandar itu sehingga di ancam akan di bunuh penentang dari rumah ke rumah sehingga general berpaling tadah dan Tripoli di tawan dengan pertolongan USA. Di Syria pula perarakan jalanan di tembak dengan sharp shooter dan kerajaan jahat Bashar cuba menghapus etnik sunni atas alasan cuba mengulingkan nya.
Berbalik kita kepada issue Anwar ...kemanakah  arah Anwar mahu membawa anak muda Malaysia. Adakan saperti model di Mesir atau kalau tidak di kawal menjadi syria. Inilah yang menyebabkan pemimpin PAS dan juga DAP berhati hati dalam memberi sokongan kepada aktiviti Anwar dan sedang memerhati tindak tanduk Anwar secara teliti. 



10 Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Pintu masuk kepada Islam adalah aqidah. Kesalahan dalam memahami aqidah menyebabkan seseorang salah dalam memahami hakikat ajaran Islam. Adalah sebuah kekeliruan apabila masyarakat mencoba memahami Islam dari sudut-sudut selain aqidah, seperti melalui fiqah, tasawuf, ekonomi, atau politik, tanpa memahami aqidah terlebih dahulu.
Ketidakpahaman akan aqidah Islam yang benar, membuat orang-orang Islam melakukan hal-hal yang membatalkan ke Islaman mereka tanpa disadari. Tidak perlu heran dengan fenomena ini, karena masyarakat kita hanya tahu apa yang membatalkan wudhu, sholat, atau puasa. Sayangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah atau keislaman mereka. Mereka menganggap sekali mereka lahir dalam keaadaan Islam, dijamin syahadah mereka tidak akan batal seumur hidup.
Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh masyarakat kita. Di sekolah, masjid, surau, guru-guru lebih menumpukan kepada fiqah, seperti batalnya solat, wudhu, atau puasa, sehingga mereka lupa mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai tentang perkara-perkara yang membatalkan Islam seseorang.
Padahal, salah satu syarat diterimanya amal solih adalah aqidah yang bersih, seperti yang dijabarkan di bawah ini:
  1. Hendaklah betul aqidahnya
  2. Ikhlas kepada Allah
  3. Menepati apa yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Tidak artinya sholat, puasa, sedeqah kita, apabila kita masih sering pergi ke dukun, memakai susuk, menyimpan jimat, dan sebagainya.
10 Perkara Yang Membatalkan Keislaman Kita
  1. Syirik
  2. Perantara
  3. Enggan mengkafirkan
  4. Yakin yang lain
  5. Membenci Syariat
  6. Mempermainkan Islam
  7. Sihir
  8. Bantu kafir memusuhi Islam
  9. Mengecualikan dari Syariat
  10. Berpaling dari agama
1. Syirik
Mempersekutukan Allah dalam ibadah.
2. Perantara
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah. Misalnya meminta doa dan syafaat serta berserah diri dan bertawakkal kepada perantara tersebut. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan para ulama adalah menjadi kafir.
“Kami tidak menyembah berhala, tetapi kami ingin menjadikan berhala itu mendekatkan kami kepada Allah.” Az-Zumar 39:3
Sebagian golongan dari ajaran yang sesat, menyembah para wali, misalnya Abdul Qadir al-Jailani, Wali Songo, dll. Walaupun wali-wali tersebut adalah orang baik-baik, penyembahnya telah menjadi syrik.
3. Enggan mengkafirkan
Tidak mengkafirkan orang musryik, atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau membenarkan ajaran mereka. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir. Ini karena mereka telah dikafirkan oleh Allah SWT. Apabila ada orang yang enggan menyatakan mereka bersalah, seakan-akan menganggap perbuatan mereka betul, maka dia telah keluar dari Islam, karena telah membantah ataupun telah menyalahkan Allah dan Rasul.
Secara ringkasnya, orang yang telah jelas kafir, tetapi ada orang Muslim yang enggan mengatakannya, seperti “Saya tidak mau mengatakan orang Hindu kafir. Dia ada caranya sendiri. Kita mengakui semua agama.”
4. Yakin dengan yang lain
Berkeyakinan bahwa petunjuk selain daripada petunjuk Nabi SAW adalah lebih baik atau lebih sempurna.
Contohnya seperti golongan yang menganggap bahwa peraturan Islam ialah peraturan yang usang dan tidak sesuai di zaman modren. Ataupun menganggap Islam sebagai penyebab kemunduran kaum Muslimin.
Barang siapa yang melakukan demikian, beriqtigad demikian, atau mengucapkan hal demikian, maka dia telah membatalkan Islamnya, dan telah masuk ke daerah kufur.
5. Membenci syariat
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullullah SAW sebagai syariat, walaupun dia mengamalkannya. Sesiapa yang melakukan demikian itu maka dia menjadi kufur.
Contohnya seperti seseorang yang membenci syariat solat, membenci puasa, membenci hukum-hakam yang telah ditunjukkan oleh Rasul, sehingga dia membenci apabila Rasulullah menyatakan: “Makanlah dengan tangan kanan,” umpamanya.
6. Mempermainkan Islam
Mempermainkan (membuat jadi bahan lelucon) Allah, atau kitab-Nya, atau Rasul-Nya, atau sesuatu dari ajaran agama. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir.
Contohnya seperti dia bermain-main dengan hukum-hakam Al’Quran, membuat lelucon hukum-hakam Rasul, meremehkan syariat, menjadikan dia BAHAN KETAWA atau BAHAN SINDIRAN. Maka di sisi Allah SWT dia menjadi kafir.
7. Sihir
Barang siapa yang mendatangi tukang sihir dan membenarkannya, maka dia telah keluar dari ajaran agama, dan menjadi kafir.

8. Membantu orang kafir memusuhi Islam

Perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam, atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar, adalah perbuatan murtad, atau riddah, yang menjadikan pelakunya murtad.
9. Mengecualikan diri dari syariat
Berkeyakinan bahwa seorang individu dibolehkan untuk tidak mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan demikian menjadi kafir.
Ini seperti iqtiqad dan keyakinan sebahagian golongan yang menganggap bahwasanya guru mereka, atau syeikh mereka, ataupun orang- orang tertentu, tidak perlu mengikuti syariat, karena sudah sampai pada maqam tertentu. Seperti golongan sufi yang berlebihan, dan ajaran-ajaran sesat yang menganggap adanya manusia-manusia istimiwa yang mereka itu tidak memakai ilmu syariat, tetapi memakai ilmu hakikat, ma’rifat dan seumpamnya.
10.Berpaling dari agama
Yang kesepuluh, ialah berpaling daripada agama Allah, atau perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakannya.
Diringkas dari buku:
10 Perkara Batal Islam dan Apa Itu Syirik
oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin – Mufti Kerjaan Negeri Perlis – Malaysia


40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

Posted by nurul yaqin on Sunday, January 22, 2012
Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam. Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT.

Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:

  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuar peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.
Sumbangan Dato' Hj Mohd Alias Dato' Latfi 



30 Amalan Yang Dilaknat

Posted by nurul yaqin on Sunday, January 22, 2012
Kehidupan dunia yang sarat dengan pelbagai fahaman dan ideologi telah menuntun umat islam menuju ke lembah kehinaan dengan melakukan beragam amalan yang bukan sahaja dibenci oleh masyaakt, malah mendapat laknat daripada Allah SWT.

Saban hari umat Islam semakin menjauhi amalan yang telah ditunjukkan oleh peribadi mulia Rasulullah SAW sebagai panduan hidup di dunia. Semakin leka umat Islam mengejar impian duniawi, semakin terkebelakang nilai moral yang patut berjalan seiring pembangunan material. Tanpa jiwa yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan sungguh-sungguhnya, amalan buruk sudah pasti menjadi darah daging umat Islam dan menjauhkan kita memperoleh rahmatNYA.

Drs H Syahrin Nasution telah membuat kajian dan pencarian berdasarkan al-quran dan hadis telah mendapati ada 30 perbuatan yang dilaknat oleh Allah SAW. iaitu:

  1. Memaki Ibu Bapa sendiri
  2. Derhaka kepada Ibu bapa
  3. Menjadikan orang lain sebagai ayah
  4. bertuan kepada orang lain
  5. Imam yang dibenci oleh jemaah
  6. Tidak memenuhi panggilan solat
  7. Orang yang mengamalkan riba
  8. Minum Khamar (arak)
  9. Sembelihan atas nama selain dari Allah
  10. Membuat gambar makhlok bernyawa
  11. Kahwin cina buta
  12. Meratapi mayat
  13. Meratap sambil menjerit dan mengoyak baju
  14. Menerima dan memberi rasuah
  15. Menukar dan memindahkan tanah
  16. Menyesatkan orang buta di jalan
  17. Liwat (Homoseks)
  18. Mendatangi wanita dari duburnya
  19. Bersetubuh dengan binatang
  20. Tidak berterima kasih kepada suami
  21. Meninggalkan tempat tidur suami
  22. Enggan menuruti kehendak suami
  23. Lelaki menyerupai wanita
  24. Membuat Tatto
  25. Mencukur alis mata dan menjarangkan gig
  26. Menyambung rambut
  27. Menipis (menghaluskan) kulit
  28. Mengerjakan kejahatan di Madinah
  29. Melindungi penjahat di Madinah
  30. Menakut-nakut penduduk Madinah
Wallahu alam
Sumber : Dipetik dari Buku 30 Amalan Yang Dilaknat, Drs. H. Syahrin Nasution, Penerbit Darulnuman, 2006.
Sumbangan Artikel : Dato Hj Mohd Alias Dato Lafti

Tiada ulasan: