Sabtu, 25 Mei 2013

UNDANG2 ALLAH DINAFI...UNDANG2 YANG ADA PILIH BULU...SAMPAI BILA MASALAH TAK SELESAI

Saiful, Nik Suryani sah suami isteri
NORHAFIZA MUSA
25 Mei 2013
Saiful, Nik Suryani
Saiful menyarungkan cincin kepada Nik Suryani disaksikan ahli keluarga terdekat dan rakan mempelaidi Masjid Kristal, hari ini. – Foto Sinar Harian oleh NORHAFIZA MUSA
Saiful, Nik Suryani
Pasangan pengantin baru, Saiful dan Nik Suryani . – Foto Sinar Harian oleh NORHAFIZA MUSA
KUALA TERENGGANU - Inilah jodoh saya, demikian ungkapan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada media sebaik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.

Pengantin perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Mohd Saiful dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.

Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam ini.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan itu.
Kongres PKR lulus usul tangguh pemilihan 6 bulan
NORUTUL ILHAM MAD JARI
25 Mei 2013
Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - Kongres PKR hari ini meluluskan usul penangguhan pemilihan kepimpinan parti itu selama enam bulan bermula tempoh pengakhirannya pada November tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, usul tergempar itu diterima sebulat suara oleh para perwakilan.

Mengikut perlembagaan PKR, tempoh pemegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah tiga tahun dan hanya akan berakhir pada November tahun ini.

"Tempoh tiga tahun berakhir November tahun ini, bagaimanapun tadi saya telah membentangkan usul tergempar ini dan meminta supaya tempoh memegang jawatan itu dilanjutkan kepada enam bulan lagi seperti yang dibenarkan dalam Perlembagaan parti.

"Kongres sebagai pembuat keputusan tertinggi dalam parti bersetuju  dengan usul tersebut sekaligus bermakna pemilihan parti akan ditangguhkan dan pemilihan parti di peringkat cabang juga akan ditangguhkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga akan mengetuai jawatankuasa mengkaji peruntukkan itu berkata, pihaknya turut akan mengkaji peruntukkan pindaan dalam parti.

"Apabila ia selesai dikaji, ia mesti diadakan kongres khas yang bertujuan untuk meluluskan pindaan perlembagaan.

"...tetapi kongres khas itu akan diadakan tahun ini, manakala pemilihan boleh ditangguhkan ke tahun depan sehingga bulan April," katanya.

Sebelum ini, Saifuddin menjelaskan, pertimbangan untuk penangguhan itu dibuat kerana jentera parti baru sahaja berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan memerlukan masa untuk membina semula kekuatan parti.

"PRU13 merupakan satu pertempuran besar yang memakan banyak belanja dan tenaga, sebab itu kita perlu menimbangkan sama ada perlu memperkemaskan semula saf pasukan," katanya.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung perkara itu.
Zahid, media sosial kerjasama banteras aktiviti menyalahi undang-undang

25 Mei 2013
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.
"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.
Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.
Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.
"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.
Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.
Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. - Bernama
Anwar bertegas tidak akan undur
NORUTUL ILHAM MAD JARI
25 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada persada politik tanah air.

Katanya, tindakan itu kerana mendakwa Pakatan Rakyat (PR)  kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?

"Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.

Anwar juga pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, katanya beliau bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu kemenangan BN.

"Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tetapi kekalahan  ini melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan," dakwanya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, sekiranya kerusi parlimen yang ditandingi turut dicurigai berlaku penipuan, beliau sedia jika berhadapan dengan pemilihan semula.

"Saya sedia bertanding semula, tetapi jika parti memilih saya kembali," katanya.
BN sebagai parti tunggal akan makan masa
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
25 Mei 2013
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM - Cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah idea yang baik tetapi ianya memerlukan satu rombakkan besar-besaran dan memerlukan masa yang panjang untuk merealisasikannya.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, gagasan ini perlu dilakukan secara berperingkat sebagaimana penubuhan Kelab BN terdahulu.

“Perkara ini pernah dilaksanakan oleh Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar tetapi menemui jalan buntu apabila penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang ditubuhkan pada 26 Ogos, 1951 tidak mendapat tempat dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Katanya, cadangan tersebut besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN,” katanya.

Sebelum ini, cadangan ini dikemukakan oleh Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat parti tunggal bagi mewakili semua suara di bawah satu parti.

Ketika diminta mengulas garis panduan bagi merealisasikan cadangan tersebut, Ahmad Atory berkata, panel khas bagi mengkaji secara mendalam cadangan perlu diwujudkan.

Usaha ini katanya, perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keberhasilannya mencapai sasarannya seperti penubuhan kelab BN dan perlu mendapatkan sokongan majoriti daripada semua parti komponen di dalam BN.

Langkah ini katanya bagi mengelakkan wujudnya perselisihan faham ataupun pendapat di masa akan mendatang.

Sementara itu menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr.Fuad Mat Jali, beliau berpandangan cadangan ini tidak signifikan untuk dilaksanakan pada masa terdekat sebaliknya akan memakan masa sekurang-kurang dua atau tiga tahun untuk dilaksanakan.

Katanya, parti BN yang ada sekarang sudah cukup baik dan mantap.

“Cadangan ini tidak signifikan untuk dilaksanakan dan kajian terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya perlu diadakan pungutan suara setiap ahli dalam Umno dan parti komponen  sama ada bersetuju atau tidak berkenaan cadangan ini dan selepas itu baru cadangan ini boleh diterima.

“Cabaran paling besar bagi merealisasikan cadangan ini adalah berkenaan sensitiviti kaum, pembahagian kerusi, dan kedudukan calon dalam parti itu.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah memperkuatkan parti komponen bukannya mewujudkan parti tunggal, kerana ianya dilihat lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.Inilah masanya parti komponen untuk bermuhasabah diri dan berusaha memperkuatkan parti, bukannya memberi cadangan seperti ini,” katanya.
Dilarikan perompak berseluar dalam
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2013
Dilarikan perompak berseluar dalam
Samsudin menunjukkan cara perompak mengacukan senjata ke leher Amalia.
PONTIAN - Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.

Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.

Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.

“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.

“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada  Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai  Masjid Tampok.

Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.

“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak  cedera,” katanya.

Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.

Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.

“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.

Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian.
Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2013
Jualan Galaxy S4 cecah 10 juta unit
Galaxy S4 terjual pada kadar empat unit setiap saat.
SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan jualan bagi telefon pintar terbaru keluarannya, Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia, atau empat unit setiap saat, sejak ia dilancarkan secara global pada 27 April lalu.

Galaxy S4 juga mencacatkan satu lagi rekod baru bagi Samsung apabila menjana jualan lebih cepat daripada mana-mana produk terdahulu. Untuk perbandingan, Galaxy S3 mencapai jualan 10 juta unit dalam tempoh 50 hari selepas dilancarkan pada 2012 manakala, Galaxy S2 mengambil masa lima bulan dan Galaxy S memerlukan tujuh bulan untuk mencapai jumlah sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, Samsung akan terus menghasilkan produk yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati di 110 negara dan pengeluarnya menyasarkan untuk mencapai 155 negara tidak lama lagi.

Samsung turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak warna untuk model Galaxy S4 iaitu biru, merah diikuti ungu dan coklat.

Tiada ulasan: